Friday, August 25, 2017

Perth #1

Well hello mate. Wat chu guys doin' ? Hope you'r in pink of health.

Hahaaha aku nak sembang aussie tp jadi mcm rempits pulak ni dah kenapaaa. Okay kita untuk post kali ini kita akan bercerita pasaaaaaal, PERTH~

Okay bare in mind ini adalah trip yang very the last minutes okay hahha. Sebabnya setahun lepas memang ada sebut sebut nak pergi Aussie since bila tgk tgk balik cuti tuu bulan 8 dah habis praktikal. So usha negara Aussie yang musim winter aka musim sejuk. Sebab I macam dah taubat nak pergi jalan musim summer haha.

Cari cari orangg, siapa nak pergi sebab bapak kata boleh pergi tapi kena 4 orang paling minimum. Haziq memula nak ikut tapi kena operate kaki pulakk, so tak jadi. Tim sebab ada event kena jaga, biasa laa orang orang penting Terengganu tu takleh kacau sangatt. Hahah lepas tu aku dengan Shey je la yang confirm skrg ni, pastuu ajak Kak Amy. Kak Amy kata dia tanya Abang E dulu. Time ni aku dah redha dah tk pergii, aku macam tkpe la pergi pulau je laa. Sekali Kak Amy onz kauuu hahaha. Bapak aku pun bagi 3 orang lakk. Itu yang plan menjadi tuu. hahaha

Lepas tu terus la mula misi beli tiket, book hostel, usha tempat apa semua tu.

Flight
Jadinya kami beli tiket 3 minggu (Beli 26July, holiday 14August-18August) sebelum kejadian. Haha tengok ler kemain last minute kan! Jadi return ticket per pax RM767. Pergi murahh je dalam 299 balik tu mahal sikit but still dapat RM767 kira okay. Tapi kan kalau boleh dapat harga lagi murah dohh, sebab masa dalam flight ada sorang girl ni dia kata dapat harga return RM400+ Hahahahha gila betul ah airasia ni. Jackpot betul perempuan tu haha. Oh btw aku tk tahu laa airasia ni dah naik harga ke, atau sebab pergi Perth ke, tapi yang pentinggg harga meal dah naik, nak select seat pun dah naik. Meal dulukalau beli online dalam RM10 je kan? Sekarang RM18 doh. Hahaha mahal gila argh.

Accommodation 
Abah dah bising bising kata bila nak book hostel ni. Sebab dia kata makin lambat makin naik. Betul la tu, dan makin tkde choice haha. Banyak yang dah habis, eh occupied. Sebab nak pilih tempat hostel ni pun kena pikir gak, jauh dengan airport ke, ada public transport ke, dekat dgn bandar ke ahh macam macam lagi. Susah ye nak buat pilihan kahkah. Jadi kami ada aimed satu hostel ni, eh motel (Bailey Motel). ada private bathroom sendiri. Ada microwave sendiri, semua laa pastu memang ada katil for 3 person. Tapiiiii, masa nak book tu kita orang baca kena ada deposit 200AUD.... Dan kena bayar card credit. Tak boleh cash. Sedih gila sebab itu dah rasa yang terbaik. Haha tp cari punya carii, jumpa satu Hostel ni, The Emperor's Crown Hostel. Kami book yang family room with private bathroom untuk 4pax. Kira dapat dua katil queen. Dan bilik dia sangat besar wehhh. Rasa selesa gilaaa. Sebab salu hostel hostel ni bilik kecik ngam ngam je. Toilet lak ada bathtub! Wowww sebab masa dekat Booking.com tengok takde bathtub pun dia mention. Dan cuma satu je kurang, takde heater dkt bilik. Bukan water heater, tp heater untuk bilik tu. Ada aircond je. Gigil sejukk even tk bukak aircond. Haha tp overall saya sangat selesa disini. Jadi saya recommend kan pada awak awak. Oh dkt sini ada jugak private room untuk 3 orang tapi sebab dah book lambat kan, dah habis. Itu ler amek yang 4 pax je. Huhu harga untuk bilik ni untuk 3 malam, 297AUD. Sorang dalam 99AUD = RM338


Mana ada apa apa yang saya rosakan em mana ada.

Visa
Ya, untuk ke Aussie ni kena ada visa ye anak anak. Tapi bukan visa yang lekat dalam passport tu. Dia cuma ETA Visa. Electronic Travel Authority ni kta just apply then dia link terus dalam passport. Dan kalau engkorang search mana nak buat ETA Visa ni, fuh macam macam. Ada yang dari website australia punya sendiri, ada travel agency yang buat kan. EasyETA pun ada jugakk aku baca. Tapi yang beza dia adalah hargaa. Haha ada 20AUD, ada yang RM25 ada yang RM40 tapi aku punya dapat RM20 woohooo. Dan aku buat dengan Wiya Travel. Via Whatsapp je kau hahah macam takot dan tak percaya kan tapi ini adalah benar. Ko cakap untuk berapa orang then bagi gambar passport. Fast reply fast action. Cuma kau kena tengok balik masa dia bagi ETA via email tu cukup tk berapa orang yang mintak. Sebab masa aku tu, dia bagi aku punya je. OMG pastu aku tanya mana lagi dua orang tu lepas tu esok baru dia bagi. Terlepas pandang la tu ish ish. Tapi overall okay je, tkde masalah masa nak pergi dan balik. Hihi

Dia akan bagi dalam A4 size PDF. Nak print boleh taknak print boleh. Dorang tak mintak punnn. Sebab teknologi semua dihujung jarii. Tp kan masa dia bagi aku ETA ni kan, aku ragu ragu sikit. Sebab masa ETA Approval tu dia tulis 2100 which is pukul 9 malam kan. Tapi masa dia email dekat aku, belum kul 9 lagi. Waktu Aussie dengan Malaysia sama je. Hahaha i think too much kan. Pape je laa.

Okay apa lagi yang penting before i proceed to the itinerary. Hmmm itu sahaja okay mari. 


14 Aug - KUL - PER + Hotel check in + Shopping groceries
15 Aug - Caversham Wildlife Park + Sight Seeing around City of Perth
16 Aug - Elizabeth Quay + Blue House Boat + Cottlestoe  Beach + Fremantle + Churross!
17 Aug - Megabes Malaga + Kings Park 
18 Aug - PER - KUL 💗

14 Aug 2017
Masa beli tiket tu yang paling murah flight pukul 9 pagi. Jadi untuk nak kena ada dekat airport 3 jam sebelum la kan macam biasa. Since saya dah check in dekat rumah so kira senang terus check document travel je. Oh biasa kan kalau dah check in dekat rumahh, dia akan terus bagi boarding pass dkt email/code kan. Tapi untuk ke Perth ni dia bagi cm gini ha. 


Aku rasa dia nak check passport kita ada visa ke tak, tempoh visa tu valid lagi ke tak, ha itu pasal la. Masa dia check tu dia tkde mintak pun visa yang aku print mcm dekat atas tu. Haha dia check check lepas tu dia bagi boarding pass baru yang valid. So ko masuk la dengan senang hati sebab visa yang ko buat dengan harga RM20 functionnnn! Hhahah

Tiga dari ekor guys fuh.

Sebab tak amek seat, dia campak ko dekat ekor kapal terbang kaw. Hahah gila bising ah bunyi enjin fuhh tapii luass. Tapi lantak kan semua itu sebabnya i tido jee. I bangun waktu makan dengan nak sampai haha. Sedap gila oii Nasi Minyak dia seriousssss, rasa macam ada kenduri atas kapal terbang tu haha. Oh ye, KUL ke PER ni amek masa dalam 5 jam 30 minit. Itu tido lenaa je. Haha tapi wehhhh aku tk sure la pilot dia tu budak intern ke baru ke atau cuaca memang tk cantik tapi yang pastii 30mins before landing tu memang menakutkan gilaa. Dia bawak langgar awan masuk dalam awan tapi mcm ada bumber teruk sgt. Biasa langgar awan mcm gegar sikit sikit je. Ini memang rasa lain macam ah, mcm naik roller coaster haha. This is the worst roller coaster i ever had haha. Serious lain macam, rasa macam nak balik nanti naik kete tau.

Bulu mata tak sempat nak buat extension guys itu mcm penyapu. Pape pun yang penting I lena guys.

Credits to Kak Amy (Camera Iphone 7 lawa gila dohh)

So dalam pukul 3 ptg tuh dah sampaiii. Alhamdulilah yeayyy~ Waktu sana dengan sini sama je tkde ubah, so senang laa tkde laa orang malaysia yang kena tinggal tu rinduu dkt kita sangat hihiih. Jadi plan nya nak beli simcard, Optus. Bebetul depan arrival hall. Tapii tak jadi sebab kongsi data dengan Kak Amy sebab dia dah roaming dekat Malaysia. Kira sebagai upah i belanja dia churros je laa haha.

Lepas tu terus cari jalan keluar ke hostel naik bas. I tanya je pakcik pakcik guard dekat situ mana nak amek bas num sekian sekian. Sebab dekat sana bus stop banyak tapi ikut num bas ha gitu. Direction Google Maps kata dari Airport nak ke Hostel naik bas City of Perth num 380. 

OMG OMG macam mana aku boleh lupa nak cerita ni omggg. Selalu aku baca blog dorang cakap masa dekat immigration nanti ada hanjingg akan cek kita. Sebab dekat sini kan susah sikit nak bawak makanan makanan luar. Semua kena declare. Leceh kann. Itu yang pergi sini tk bawak apa apa makanan mcm Nasi Brahim ke Ketupat ke Sambal Ikan Bilis ke sebab malas dan leceh. So masa nak lalu immigration ni, ada hanjingg lalu sebelah kita dan bau bau kot kot lerr ada barang bukan bukan. Jadi masa kami tu, ingat dah tkde hanjing sebab ada yang kata dorang tk kena cek dengan hanjingg. Rupanya adaa!  Hanjing polis yang hitam besor tu, ada dua ekor. Gilir gilir dorg keluarkan dari sangkar. So kita akan dipanggil untuk line up, dalam 6 orang jarak jarakk then dia bawak kuar hanjing dia tu lalu sebelah kita. Korang berharap je laa dalam hatii hanjing tu tk bersentuh dengan seluar atau beg korang haha. Tapi dua dua dalam keadaan kering so tk payah samak pun kalau kena cuma, kita tk biasa kan dengan hanjing. Nampak hanjing rasa mcm nak lari jauh jauh haha.

 Baru campai 

Notes 101
Fare tickets dekat Perth dia ikut zone. Zone 1 dalam $3.10 dan Zone 2 $4.70. Dia ada 3 zon tapi zone yang ke tiga ni kami tk lalu pun so lantakkan sana. Jadi kau kena tahu dekat zon mana ko nak stop. Mana nak tahu? Ko cari dekat website dia, Transperth. Ha lepas tu download laa. Usha ushaa utk buat bajet kira kira. Aku nak link kan, tapi internt rumah aku semput doh maaf sangat. Dan lepas dapat tiket tu, sila simpan sebab boleh guna lagi smpai expired date dia. Cuma satu je aku tension bas dekat sini. pit stop dia tiang pendek je okay. Ada yang bus stop proper tp bukan semua. Masalah dia yang buat aku tensionnya sebab, kau tk tahu itu station apa. Sebab tk boleh nk kira tiang pendek. Ala paham tak? Dan dia tk berhenti dkt semua station, dia stop dekat mana yang org tekan loceng je. Haha mcm rapid kl laa tp sbb dkt negara luar ko tk familiar jalan. Lagi satu dalam bus pun tkde indicator mcm "next station is ___ "so susah nak tahu ko dekat mana. Jadi rajin rajin laa tanya dan buat la yang terbaik haha.

Ha cm gini laa tiket dia, sekali dengan masa expired utk ko guna tiket ni.

Dan bas dia ikut waktu ye guys, tp dalam sejam ada dua kali bus so no worries.

Ok sebenarnya ada satu penyesalan, saya tk amek gambo depan hostel. Argh! Ok kena pergi Perth balik nii hihihihi. Pape pun paling penting hostel dia sangat sangat sangat senang nak cari. I jalan je ikut Google Maps tu. Walaupun ada gak tersalah tapi cecepat kembali kejalan yang benarr.  Sampai sampai bagi tahu nama kita, then dia mintak passport dengan deposit kunci $10 jewww.

 Groceries Shopping! Total price : $41.90

Time ni kita orang google je mana kedai yang bukak (Zoom Convenience Store on Murray Street) Sebab time tu dah pukul 630ptg. Banyak dah kedaii dah tutup. But for the sake of wataaahh and foods, we redahhh haha. Tapi aku cadang kan kalau nak beli groceries nanti beli dekat Woolworth. Murah lagi dari kedai 24/7. Tapi kalau tkde choice, ha buat la yang terbaik. Sebab time kita orang keluar tu dah malam, langit dah macam pukul 9mlm kan so agak takut dgn seram sikit haha. Dengan tetibe ada orang bersiul siul dengan kat lepas tu mcm berlega lega belakang kita orang, fuh cuaks. Tapi tah tahh sebenarnya dia tenang je tp weols gelabah sikit haha.

Ok post ni dah panjang sgt dan membosankan dah ni. 
I think should end this first post, yeay thats bettahh hihi.

No comments:

Post a Comment