Wednesday, February 8, 2017

Hong Kong #Part2

Izinkan saya sambung entry HongKong :))

18 Jan 2017
OMGG HARI PALING TAK SABAR! 
Ke DISNEYLAND ARGHHHH!!
Ok aku tk capslock dah, hahhaa. Fuhh sebenarnya kami plan nak ke Disneyland semalam, tapi macam ada sedikit masalah technical maka tunda hari inii. Dannnnnn nasib baik la tak beli tiket fixed date, fuh alhamdulilah sangat. Sepatutnya kalau ko beli dekat Klook ke dekat website Disney sendiri dia akan suruh letak fixed date nak pergi bila. Kebetulan tiket aku beli dia tkde fixed date tapi valid sampai bulan 6 fuhh sangatt fuhhh. Cantikkan aturan Allah :)

Memang plan hari ni satu hari kita dalam ni, dari bukak sampai dia tutuppp hahah sebab last tu bunga api hehehe. Masing masing excited pagi tu sebab disney bukak pukul 10 tapi i know weolls akan bergambar dan sesi photoshoot kan maka kul 8 tu dah keluar hotel menuju ke Disneyland. Mok tk shabar!

Then lane nak ke Disneyland dia punda MTR sangat comel! Gambar Mickey Mouseee! Dalam train tu pun argh cantik mcm bermimpi sbb salu tgk vlog tgk youtube je T.T


Ni acah acah malu nak excited ke apa? 


Ni baru masuk train dah 30 keping gambar amek, belum dekat Disneyland lagii hahahah! Memang sepanjang perjalanan tu muka ada senyummm jee hehehe. Pastu smpai depan entrance yg ada pintu gerbang tu dalam pukul 9. Cantikkk weolls ada sejam untuk bergambar before masuk theme park! Tapii time tu orang lain dah ada, pukul 930 orang dah makin ramai, ada yang dah beratur! Kita apa lagi orang berpusu nak beratur kita kena joinnn! Hahaha Sebab tiket dah beli kan so beratur sahaja dkt lane scan tiket tuu. Tapi dalam hati masih cuakk, mana la kalau tiket ni unavailable ke tk leh pakai ke kena reject ke, haha sebab takot kena tipu kannn! Tapi masa scan tu alhamdulilah hanya tuhan saja yang tahu lega hati saya!!!

Ok jagajagaa mak nak spam gambar niii....












Kalau akak nak letak semua macam mengarut la pulak. Haha letak sekadar cukup je la ekk. Tapi serious best serious kena pergi. Lantak la tk extreme ke mcm budak budak kee tapi seriousssss kena pergi rasa sendirii. Sebab omg aku tengah mimpi di siang hari ke ceh otak dia ayat macam novel yek.

Highlight of the day!
FIREWORKS!




Maafkan saya sebab tk belajar nak shoot fireworks. Maafkan sayaaa tak habis menuntut didalam youtube. Semua gambar bunga api saya tk cantik dan buruk sebab saya tak tahu setting yang sesuaii. Maafkan saya sekali lagii.

Tapi saya nak bagi tahu ciked, next time kalau awak awak pergii. Pls pls pls put your camera down and enjoy the view, enjoy the fireworks, enjoy the movie (sebab diakan pancarkan projector dkt castle then ada music sekali bukan fireworks je). Amek gambar sikit then enjoy all of that, sebab apa yang kita tengok depan mata tk sama macam kita tgk yg recording. Jgn penatkan tangan record lama lama dan tk bagi 100% focus dkt fireworks tu. Sebab aku macam sedikit kesal sebab busy merecord, aku mcm beriya nak dapat lam best shoot tp aku sendiri tak men-enjoykan diri. So kepuasan tgk fireworks tu kurang. Ok itu je nasihat akak :)

Lepas ni kalau pergi Disneyland lagii nak tgk jeeeee tknak record tknak amek gambar!!


19 Jan 2017
Untuk hari ni macam free and easy jugak laa, macam tkde nak rushing sangatt. Pagi tu gerak dalam pukul berapa eh i lupaa tapi macam 10 keatas. Sebab main point nak ke The Peak je dgn malam tu ke Ladies Market. So ke The Peak ni kami naik ferry then jalannnn kakii macam biasa ke tempat tu. Sebenarnya kalau nak jalan kakii direct darii jetty ke The Peak memang jauhh tapi before ke The Peak dorang request nak ke Hard Rock Cafe. Tu yang jalan kaki tu then alang alang dah dekat, teruskan je jalan kaki ke The Peak Tram. Peak Tram okayy sbb nanti kami akan naik Tram ke The Peak.


Ok semua sila poyo.



Ok sila poyo lagi sekalii. Nice

Dari Hard Rock ke The Peak Tram jalan kaki okkay... Jalan kakii....
Kalau awak tanya direction maaf saya tk boleh nak bantu sebab saya pakai Google Maps time tu. Maka nasihat saya, belila internet. Dia sangatttt membantuuu! Selain insta story, cari jalan pun membantu. 


Untuk tiket tram ni kami beli combo tram one way + Sky Terrance. Jap aku lupa la berapaa emmm kalau tak silap emmm ala lupaa jap akak cuba ingt kannn emm dalamm 75HK rasanya. Kalau tersilap boleh usha website dia sendiri. Btw boleh bayar pakai Octopus Card jugakk! Tapi time ni kami beli lain sbb duit dalam Octopus Card untuk tambang lain hehe. Dan bare in mind yang nak beratur tu sangat laaaa panjanggggg hahaha sbb kami pergi dalam pukul 4 kott pastu kena beratur sejamm! Haha padan muka.

Trem dia kecik je dalam 100 lebih jee orang yg boleh naik. Dannn sangat laa curam sumpah serious gilaa tk tipuu. Hahaha aku rasa kecuraman dia hampir 90 kott. Serious weh serious hahaha. sebab kerusi dia pendekk then nak terjatuh kebelakang masa naik tu fuhhh. 



Cian kabus nk tgk apa tk tahu cian.
Tapi kalau korang pergi malam cantik sebab ada lampu lampuu. Tapi kami malam tu nak ke tempat lain maka buat la mana yang baik dan mana yang sempat.





Balikk!
Turun dari The Peak ni weolls amek bus. Nanti tanya je orang dalam mall tu mana nak amek bas. Then memula beratur dekat lane bus biasa, bus double decker tuu then macam ramai gila tauuu tp time tu tk tahu lak pulak bus dua tingkat. Lepas tu depan tu ada lane bus mini, dan frequency bas tu samgat cepat. Sebab pernah baca dalam blog baca website dia semua tu boleh naik bas mini jugak. Tapi aku time tu tk sure boleh pakai Octopus Card ke tak. Lepas tu pergi sana tanya orang dkt situ dia kata boleh pakai. So we olls turun naik bas mini hijauu. Sampai Central Pier kena laa dalam 8HK. Dan rasa selamat sikit sebab jalan turun dia pun sama curam macam naik tp sbb naik bas mini kan rasa selamat. Kalau bus duble tu tk tahu la macam mana, haha!


Pastu singgah Avenue Star lagi hm.


Ladies Market!!!


Aku tkde apa apa tips sangat pun, macam biasa kata kata blogger lain. Sila bargain. Hahaha dorg suka hati je letak harga mahal nokharam. Kalau ko rasa ko nak beli tu, tanya dan bargain ok. Kalau tknak beli tk yah la tanya nanti kena bebel dgn dia. Oh dari hotel ke sini kami naik train. Em tk dapat nak ingat perjalannya sbb semua tu hanya Google Maps. Hihii lagi sekali aku tekankan, belilaa internet :)

Ok sambung part 3 nanti la pula merangkap part akhir!
Penat dah nak sembang ni jari dah kejung ceh 
See 'ya!

Tuesday, February 7, 2017

Hong Kong #Part1

I know i know, its been a while since my last post. Im sorry i know i know.

Ek eh aku cakap ni macam ada orang baca je kahkah. Ok whatever sebab sebenarnya banyak sangat tak ceritanya pun adui. Habis final hari tu first time tak tulis post luahkan kata kata geram dan kecewa untuk setiap subjek. Hahaha ok anggap sahaja sem lepas final takde kahkah tetibe sangat. Oh btw, gua sekarang sedang praktikal huhuhu. Sekali lagi praktikal heheh tapi sebelum praktikal tu weolls holidayyyyy~ Yeahhh!

Okay aku cerita general dulu la ye. Sebenarnya plan ke Hong Kong ni sangat la tetibe, serious. Hahah dia mcam pap pap papp eh dekat sana dah. Hahaha okay macam ni meh akak cerita, Sha yang mengajaknya, katanya nak holiday jugak sebelum intern. Pastu kebetulan air asia ada promo, dan macam murah untuk 5 harii. Pastu Aku dengan Sha dah macam serious tp nk cari lagi dua org mcm tu sebab abah suruh group of travel 4 person. Pastu mcm mana tah ajak ajak ajak, ha muka muka ni la yang ikutnyaa.

Ok jadinya, nak aku cerita by day ke by subject?
Ok suka hati aku la nak macam mana kan.

Tiket Flight - Air Asia
Dah setel tiket flight yang sepatutnya boleh dapat RM313/return tapii time tu tak beli so dapat RM470/return. Tapi ni kami beli agent tiket kapal terbang, dan aku tak nak bagi tahu agent mana sebab aku tk recommend kan untuk korang beli dekat dia dan itu akan jadi first and last kami beli jugak hahaha.... Oh ya, tiket kami beli ni one month before fly.

Accommodation
Aku dengan Sha mengigihkan diri cari dekat Booking.Com, Trivago, mana tah lagi. Pastu memula kami book dorm dekat satu hostel ni, then kira kira rasa tk berbaloii. Lagi berbaloi amek hotel, family room untuk yang gegirl la kan. Tapi duit kami tambah tolak bahagi sama rata untuk bilik boboy gakk. Ok itu lagi murah, Maka dapat la empat malam untuk seorang RM 240/pax  Jadi hotel tu nama Icon Inn dekat area Tsim Sha Tsui. Aku rasa duduk area sini senang sebab mcm dekat dengan semua. Bagi aku lerr. Tapi kawasan dia aku mcm tk berapa suka, aku mcm tk recommendkan jugak hahahahh. Sebabnya, pertama bilik sempit. Ngam ngam jee, Second sebab nak ke bilik dia kena naik lif yang kecik tu. Tah la ramai orang. Hotel dia dalam satu bangunan Chungking Mansion. Dekat situ mostly semua ada hotel yang aku tgk dalam Booking Hotel, Contoh macam Canada Hotel. Dekat dekat je rupanya dia macam anak hotel untuk satu hotel. Tapi tempat stategik dah. Tapi kalau nak duduk sini pun okay jee, cuma aku tk recomend kan ha gitu.

Disneyland Ticket
Untuk tiket disney ni memula nak beli dekat 11street sebab murah. Dapat RM 284. tapi masa nak beli tu habis lak sedih gak laa, then beli dekat Klook, dalam RM290+ tapi masa dah beli tu then nak bayar dia punya harga jadi RM310+ tauu. Terkejut la mak, mak taknak mahal mahal. Maka aku dan Sha decide nak void, then kami pun void. Nak dijadikan cerita, duit total 300 lebih darap 7 orang tu dia hold dalam account. Call la cimb tanya kenapa hold sbb kami dah void, dah cancel nak beli tiket dengan Klook tu. Then pihak cimb pun kata la sebab apa ek aku lupa yang pasti dia akan unfreeze duit tu dalam masa 10 hari macam tu. Dan ditambahkan cerita lagi time tu bebetul lagi 2 weeks before gerak. Memasing dah macam risau. Kalau duit tu hold sampai kami ke sana nak pakai duit apa ni tah la ada ngam ngam jeee. Hahah sebab kami plan nak beli dekat sana je terus. tapi dengan bantuan Abah tetibe bagi wasep screenshot yang dekat group backbacker dalam FB nak letgo tiket disneyland dengan harga RM250. Valid up to bulan 6 2017. Alhamdulilah Allah mudahkan jalan. Memula takot gak nak beli macam tu sebab takot kena tipu, tapi kami macam cekal kan hati dan percaya qada dan qoda, beli jugak. 3hari before beli rasanya duit dah boleh guina dari hold, alhamdulilah sangatt! Sebab kami pun memang nak fly dahh. Hahaha COD dengan orang tu dapat physical ticket.

Okay akak nak masuk gear 3 pulak ni, nak membebel banyak sikit. Tapi sebelum tu akak bagi itternary duluu.

Ittenary to HongKong 16-20 January 
16 Jan - Departure - Check In 
17 Jan - Masjid Ammar - Star Avenue
18 Jan - Disneyland!
19 Jan - Hard Rock - The Peak - Star Avenue - Ladies Night
20 Jan - Jardine's Cres Market - Home!

Serious korang jangan la plan nak pergi satu tempat tu lebih dari dua. Sebabnya takkan dapat atau susahnak capaii. Hahah sebab gegirl ni suka sangat menyinggahnya nak amek gambar. So akan makan masa sikit sikit lama lama jadi bukit. Dan satu tempat ke satu tempat pun jauh so masa perjalanan lagii, pls amek kira semua tu okay. 

16 Jan 2017 (Mon)
Sebab flight pukul 130 petang, maka keluar rumah dalam pukul 9 gituu. Sampai sana pukul 11 ngam ngam la sebab kami nak kumpul semua dekat sana pukul 11. Dan berlari gak la nak ke gate. Sebab macam rasa lama lagi tapi rupanya dah dekat dengan gate nak bukak. Gila ko tak cuak, dah bawak ramai anak anak, 7 orang tuu. Sorry la mak ni kabut sikit, mak taknak tertinggal bas eh airbus. Tapi alhamdulilah sempat semuanya sebab delay dalam 5 minit gituu. Gate otak dia jauh nak mati penat mak. Dalam flight tk full punnnn~


Sebab tk de orang nak amek gambar kami semua, Irfan ler mangsa nyaa heheh

Aku kemain sembang kata taknak belii makanan dalam flight sekali tertewas. Cis dah la mahal mende tahhh hahahha. Ok lepas tu jangan lupa isi borang immegresion masa stewardess bagi tu okayy. Kalau tk dapat mintak okayyy. Untuk mencepatkan perjalanan keluar dari immegersion dekat HK sana. Sebab time kami tu, Amni dengan Mek tak dapat dan depa diam je depa ingat satu tu boleh kongsi hahahaha aduhh. tapi tkpe jangan panik, kalau tkde nanti dekat kawasan airport before check passport tu ada borang tu berlambak. Cuma dah makan masa dekat situ. Tapi mcm kami tkde la nak rushing sangat so tenang tenang je.

Pastu terus gi kedai 1010 macam mana dalam blog lain cerita untuk dapat kan internet kan, ha samala kami pun belii. Tapi beli 2 simcard je, share share. Dan OMGG harga dahh naik okayyyy! Dalam blog tak silap aku kata 68HK je, tapi hari tu dah 118HK untuk 5GB!! O M G SIKITNYAA tapi yang magic tahan gila sampai balik dohh! Dah la kongsiiii! hahaha salu dekat Malaysia 5GB aku boleh habis kan dalam 3 hari je kahkah.

Dan kami beli Octopus Card jugakk~ Macam biasa blog blog lain cerita gak. Naka ku ulang balik ke?!?! MALAS LAAA!! Psst - Octopus Card ni boleh guna untuk semuaaaaaa pengankutan weh! Bus, Mini Green Bus, Tram, Ferry, MTR omg beli barang pun bolehh. Ok mesti ada tanya kan ok ni je akak bagi tahuuu.

Dah setel semua tu baru keluar cari bas nak ke hotel, time tu dalam pukul 7 malam kalau tk silap. Direction nak ke Hotel Icon Inn Sha yang incharge untuk carii. Kami naik bas murah ciked. dalam 33HK sahajaa. Nanti kalau kamu nak cari jalan ke hotel kamu, kamu search siap siap dari MY pakai Google Maps then dekat situ dia dah siap bagi tahu nak naik bas apa. Fare pun boleh tahu.

Satu je tips nak bagi tahu - kalau tak tahu plstanya. Ringankan mulut untuk bertanya :)


Menuju ke bas dengan style


Night Walk untk first night diHK! #kembarabumiAllah

17 Jan 2017 (Tue)
Gerak ke Masjid Ammar nak rasa dimsum dan makan disituu~  Kalau baca blog lain banyak caraaaa untuk ke sanaa. Tapi saya nak cari yang paling murah transportation-nya. Hahaha google goole, then ada orang cakap ke sana naik ferry. 2HK je kott!! Whatt so cheap! Then bila nak Google Maps, eh asal dia tk bagi direction naik ferry ni. Okay lantak kan dia kita direction satu satu. Dari hotel ke Tsim Sha Shui Pier then dari sana amek direction ke Wan Chai Pier. Then scan saja octopus card awak tu, kena la 2.50HK sebab upper ferry. But still, murahh~ 

Dari Wan Chai Pier nak ke Masjid Ammar, kami google maps je. Direction walking, huhu dia mcam jauh sebab ada construction buat so tk leh nak lintas sukahati kena masuk ikut building bagai. Rasa macam sedikit cuak takot sesat sbb time ni akak person in charge lead jalan. Tapi alhamdulilah mengikut rancangan, tak sesat dan sampai juga. Sempat kami makan dan solat dekat situu. Meriah masjid nya walaupun macam rupa masjid tu bukan macam masjid biasa. Sebab dia dalam building lain. Aku memang 90% based on Google Maps. Cuma bila ko dah baca blog blog orang ko akan dapat gambaran sikit. Bila nampak 7Eleven semua tu.

Bila ko rasa macam sesat ko pun akan terkenang nasib sedikit...


Direction bila ko tahu dah semakin hampir..



1. Ko dah lintas jalan besor, then ko stop dan pandang belah kiri ko. Ko cari W Square. 


2. Ok tkpe aku tolong zoom kan untuk ko, itu dia W Square. Lalu jalan la lorong kecik disituuu. Sebelah tu ada jalan kecik macam gambar dekat bawah ni.



3. Ini la jalan nyaa! Dan sebelah kanan ko ada court basketball. Ok ko teruskan perjalanan naik tangga tuu sampai atas.



4. Sampai dekat atas, ko akan jumpa dua makhluk ni kahkah k tak. Ko akan jumpa 7Eleven. So maknanya ko dah hampir tibaa! Kalau ko google, banyak blog akan bagi tahu landmark 7E nii. Tapi dari macam macam arah, ada dari kanan dimana aku berdiri amek gambar ni. 



5. Takpe yang penting ko tahu ko perlu jalan sahaja dia hadapan. Okayyy, jalan sahaja sampai laluan jalan ko suruh belok kirii.


6. Jalan je ok, jangan risau ko tak salah. Masjid tu macam belakang building ni.



7. Sampaiii~ 


Tapi bagi aku makanan dekat situ tk murah. Dan macam mana orang orang lain boleh kata murah aku sedikit musyhkil hahaha... Tapi kalau kongsi okay jewww,


Oh kami ada makan nasi goreng gakk btw.



Pastu bila rasa nak balik, ko balik lerr. Hahahah otw balik tu kami ke Star Avenue nak tengok Symphony of Light katanya dalam blog setiap hari pukul 8malam. Tapi dua kali kami pergi tkde pun cis aku tak tahu la salah tempat ke memang time tu tkde ke atau memang tk wujud pun sebenarnya cis.




Dua jam weolss diri cop tempat depan sekali tauu, tapiiiiii kena game dengan Symphony of Light kahkah! Tah laa sejuk gilaaa! Anggap sahaja tiada rezeki hahaha.

Ok done dua hari, lagi 3 hari mak cerita dalam part 2 okay. Yang mana aku pun tk tahu bila lagi akan aku update kahkah sorry la mak dah malas sikit. Mak dah tido awal sekarang sebab praktikal punya hal ok. Adious!