Friday, August 25, 2017

Perth #1

Well hello mate. Wat chu guys doin' ? Hope you'r in pink of health.

Hahaaha aku nak sembang aussie tp jadi mcm rempits pulak ni dah kenapaaa. Okay kita untuk post kali ini kita akan bercerita pasaaaaaal, PERTH~

Okay bare in mind ini adalah trip yang very the last minutes okay hahha. Sebabnya setahun lepas memang ada sebut sebut nak pergi Aussie since bila tgk tgk balik cuti tuu bulan 8 dah habis praktikal. So usha negara Aussie yang musim winter aka musim sejuk. Sebab I macam dah taubat nak pergi jalan musim summer haha.

Cari cari orangg, siapa nak pergi sebab bapak kata boleh pergi tapi kena 4 orang paling minimum. Haziq memula nak ikut tapi kena operate kaki pulakk, so tak jadi. Tim sebab ada event kena jaga, biasa laa orang orang penting Terengganu tu takleh kacau sangatt. Hahah lepas tu aku dengan Shey je la yang confirm skrg ni, pastuu ajak Kak Amy. Kak Amy kata dia tanya Abang E dulu. Time ni aku dah redha dah tk pergii, aku macam tkpe la pergi pulau je laa. Sekali Kak Amy onz kauuu hahaha. Bapak aku pun bagi 3 orang lakk. Itu yang plan menjadi tuu. hahaha

Lepas tu terus la mula misi beli tiket, book hostel, usha tempat apa semua tu.

Flight
Jadinya kami beli tiket 3 minggu (Beli 26July, holiday 14August-18August) sebelum kejadian. Haha tengok ler kemain last minute kan! Jadi return ticket per pax RM767. Pergi murahh je dalam 299 balik tu mahal sikit but still dapat RM767 kira okay. Tapi kan kalau boleh dapat harga lagi murah dohh, sebab masa dalam flight ada sorang girl ni dia kata dapat harga return RM400+ Hahahahha gila betul ah airasia ni. Jackpot betul perempuan tu haha. Oh btw aku tk tahu laa airasia ni dah naik harga ke, atau sebab pergi Perth ke, tapi yang pentinggg harga meal dah naik, nak select seat pun dah naik. Meal dulukalau beli online dalam RM10 je kan? Sekarang RM18 doh. Hahaha mahal gila argh.

Accommodation 
Abah dah bising bising kata bila nak book hostel ni. Sebab dia kata makin lambat makin naik. Betul la tu, dan makin tkde choice haha. Banyak yang dah habis, eh occupied. Sebab nak pilih tempat hostel ni pun kena pikir gak, jauh dengan airport ke, ada public transport ke, dekat dgn bandar ke ahh macam macam lagi. Susah ye nak buat pilihan kahkah. Jadi kami ada aimed satu hostel ni, eh motel (Bailey Motel). ada private bathroom sendiri. Ada microwave sendiri, semua laa pastu memang ada katil for 3 person. Tapiiiii, masa nak book tu kita orang baca kena ada deposit 200AUD.... Dan kena bayar card credit. Tak boleh cash. Sedih gila sebab itu dah rasa yang terbaik. Haha tp cari punya carii, jumpa satu Hostel ni, The Emperor's Crown Hostel. Kami book yang family room with private bathroom untuk 4pax. Kira dapat dua katil queen. Dan bilik dia sangat besar wehhh. Rasa selesa gilaaa. Sebab salu hostel hostel ni bilik kecik ngam ngam je. Toilet lak ada bathtub! Wowww sebab masa dekat Booking.com tengok takde bathtub pun dia mention. Dan cuma satu je kurang, takde heater dkt bilik. Bukan water heater, tp heater untuk bilik tu. Ada aircond je. Gigil sejukk even tk bukak aircond. Haha tp overall saya sangat selesa disini. Jadi saya recommend kan pada awak awak. Oh dkt sini ada jugak private room untuk 3 orang tapi sebab dah book lambat kan, dah habis. Itu ler amek yang 4 pax je. Huhu harga untuk bilik ni untuk 3 malam, 297AUD. Sorang dalam 99AUD = RM338


Mana ada apa apa yang saya rosakan em mana ada.

Visa
Ya, untuk ke Aussie ni kena ada visa ye anak anak. Tapi bukan visa yang lekat dalam passport tu. Dia cuma ETA Visa. Electronic Travel Authority ni kta just apply then dia link terus dalam passport. Dan kalau engkorang search mana nak buat ETA Visa ni, fuh macam macam. Ada yang dari website australia punya sendiri, ada travel agency yang buat kan. EasyETA pun ada jugakk aku baca. Tapi yang beza dia adalah hargaa. Haha ada 20AUD, ada yang RM25 ada yang RM40 tapi aku punya dapat RM20 woohooo. Dan aku buat dengan Wiya Travel. Via Whatsapp je kau hahah macam takot dan tak percaya kan tapi ini adalah benar. Ko cakap untuk berapa orang then bagi gambar passport. Fast reply fast action. Cuma kau kena tengok balik masa dia bagi ETA via email tu cukup tk berapa orang yang mintak. Sebab masa aku tu, dia bagi aku punya je. OMG pastu aku tanya mana lagi dua orang tu lepas tu esok baru dia bagi. Terlepas pandang la tu ish ish. Tapi overall okay je, tkde masalah masa nak pergi dan balik. Hihi

Dia akan bagi dalam A4 size PDF. Nak print boleh taknak print boleh. Dorang tak mintak punnn. Sebab teknologi semua dihujung jarii. Tp kan masa dia bagi aku ETA ni kan, aku ragu ragu sikit. Sebab masa ETA Approval tu dia tulis 2100 which is pukul 9 malam kan. Tapi masa dia email dekat aku, belum kul 9 lagi. Waktu Aussie dengan Malaysia sama je. Hahaha i think too much kan. Pape je laa.

Okay apa lagi yang penting before i proceed to the itinerary. Hmmm itu sahaja okay mari. 


14 Aug - KUL - PER + Hotel check in + Shopping groceries
15 Aug - Caversham Wildlife Park + Sight Seeing around City of Perth
16 Aug - Elizabeth Quay + Blue House Boat + Cottlestoe  Beach + Fremantle + Churross!
17 Aug - Megabes Malaga + Kings Park 
18 Aug - PER - KUL 💗

14 Aug 2017
Masa beli tiket tu yang paling murah flight pukul 9 pagi. Jadi untuk nak kena ada dekat airport 3 jam sebelum la kan macam biasa. Since saya dah check in dekat rumah so kira senang terus check document travel je. Oh biasa kan kalau dah check in dekat rumahh, dia akan terus bagi boarding pass dkt email/code kan. Tapi untuk ke Perth ni dia bagi cm gini ha. 


Aku rasa dia nak check passport kita ada visa ke tak, tempoh visa tu valid lagi ke tak, ha itu pasal la. Masa dia check tu dia tkde mintak pun visa yang aku print mcm dekat atas tu. Haha dia check check lepas tu dia bagi boarding pass baru yang valid. So ko masuk la dengan senang hati sebab visa yang ko buat dengan harga RM20 functionnnn! Hhahah

Tiga dari ekor guys fuh.

Sebab tak amek seat, dia campak ko dekat ekor kapal terbang kaw. Hahah gila bising ah bunyi enjin fuhh tapii luass. Tapi lantak kan semua itu sebabnya i tido jee. I bangun waktu makan dengan nak sampai haha. Sedap gila oii Nasi Minyak dia seriousssss, rasa macam ada kenduri atas kapal terbang tu haha. Oh ye, KUL ke PER ni amek masa dalam 5 jam 30 minit. Itu tido lenaa je. Haha tapi wehhhh aku tk sure la pilot dia tu budak intern ke baru ke atau cuaca memang tk cantik tapi yang pastii 30mins before landing tu memang menakutkan gilaa. Dia bawak langgar awan masuk dalam awan tapi mcm ada bumber teruk sgt. Biasa langgar awan mcm gegar sikit sikit je. Ini memang rasa lain macam ah, mcm naik roller coaster haha. This is the worst roller coaster i ever had haha. Serious lain macam, rasa macam nak balik nanti naik kete tau.

Bulu mata tak sempat nak buat extension guys itu mcm penyapu. Pape pun yang penting I lena guys.

Credits to Kak Amy (Camera Iphone 7 lawa gila dohh)

So dalam pukul 3 ptg tuh dah sampaiii. Alhamdulilah yeayyy~ Waktu sana dengan sini sama je tkde ubah, so senang laa tkde laa orang malaysia yang kena tinggal tu rinduu dkt kita sangat hihiih. Jadi plan nya nak beli simcard, Optus. Bebetul depan arrival hall. Tapii tak jadi sebab kongsi data dengan Kak Amy sebab dia dah roaming dekat Malaysia. Kira sebagai upah i belanja dia churros je laa haha.

Lepas tu terus cari jalan keluar ke hostel naik bas. I tanya je pakcik pakcik guard dekat situ mana nak amek bas num sekian sekian. Sebab dekat sana bus stop banyak tapi ikut num bas ha gitu. Direction Google Maps kata dari Airport nak ke Hostel naik bas City of Perth num 380. 

OMG OMG macam mana aku boleh lupa nak cerita ni omggg. Selalu aku baca blog dorang cakap masa dekat immigration nanti ada hanjingg akan cek kita. Sebab dekat sini kan susah sikit nak bawak makanan makanan luar. Semua kena declare. Leceh kann. Itu yang pergi sini tk bawak apa apa makanan mcm Nasi Brahim ke Ketupat ke Sambal Ikan Bilis ke sebab malas dan leceh. So masa nak lalu immigration ni, ada hanjingg lalu sebelah kita dan bau bau kot kot lerr ada barang bukan bukan. Jadi masa kami tu, ingat dah tkde hanjing sebab ada yang kata dorang tk kena cek dengan hanjingg. Rupanya adaa!  Hanjing polis yang hitam besor tu, ada dua ekor. Gilir gilir dorg keluarkan dari sangkar. So kita akan dipanggil untuk line up, dalam 6 orang jarak jarakk then dia bawak kuar hanjing dia tu lalu sebelah kita. Korang berharap je laa dalam hatii hanjing tu tk bersentuh dengan seluar atau beg korang haha. Tapi dua dua dalam keadaan kering so tk payah samak pun kalau kena cuma, kita tk biasa kan dengan hanjing. Nampak hanjing rasa mcm nak lari jauh jauh haha.

 Baru campai 

Notes 101
Fare tickets dekat Perth dia ikut zone. Zone 1 dalam $3.10 dan Zone 2 $4.70. Dia ada 3 zon tapi zone yang ke tiga ni kami tk lalu pun so lantakkan sana. Jadi kau kena tahu dekat zon mana ko nak stop. Mana nak tahu? Ko cari dekat website dia, Transperth. Ha lepas tu download laa. Usha ushaa utk buat bajet kira kira. Aku nak link kan, tapi internt rumah aku semput doh maaf sangat. Dan lepas dapat tiket tu, sila simpan sebab boleh guna lagi smpai expired date dia. Cuma satu je aku tension bas dekat sini. pit stop dia tiang pendek je okay. Ada yang bus stop proper tp bukan semua. Masalah dia yang buat aku tensionnya sebab, kau tk tahu itu station apa. Sebab tk boleh nk kira tiang pendek. Ala paham tak? Dan dia tk berhenti dkt semua station, dia stop dekat mana yang org tekan loceng je. Haha mcm rapid kl laa tp sbb dkt negara luar ko tk familiar jalan. Lagi satu dalam bus pun tkde indicator mcm "next station is ___ "so susah nak tahu ko dekat mana. Jadi rajin rajin laa tanya dan buat la yang terbaik haha.

Ha cm gini laa tiket dia, sekali dengan masa expired utk ko guna tiket ni.

Dan bas dia ikut waktu ye guys, tp dalam sejam ada dua kali bus so no worries.

Ok sebenarnya ada satu penyesalan, saya tk amek gambo depan hostel. Argh! Ok kena pergi Perth balik nii hihihihi. Pape pun paling penting hostel dia sangat sangat sangat senang nak cari. I jalan je ikut Google Maps tu. Walaupun ada gak tersalah tapi cecepat kembali kejalan yang benarr.  Sampai sampai bagi tahu nama kita, then dia mintak passport dengan deposit kunci $10 jewww.

 Groceries Shopping! Total price : $41.90

Time ni kita orang google je mana kedai yang bukak (Zoom Convenience Store on Murray Street) Sebab time tu dah pukul 630ptg. Banyak dah kedaii dah tutup. But for the sake of wataaahh and foods, we redahhh haha. Tapi aku cadang kan kalau nak beli groceries nanti beli dekat Woolworth. Murah lagi dari kedai 24/7. Tapi kalau tkde choice, ha buat la yang terbaik. Sebab time kita orang keluar tu dah malam, langit dah macam pukul 9mlm kan so agak takut dgn seram sikit haha. Dengan tetibe ada orang bersiul siul dengan kat lepas tu mcm berlega lega belakang kita orang, fuh cuaks. Tapi tah tahh sebenarnya dia tenang je tp weols gelabah sikit haha.

Ok post ni dah panjang sgt dan membosankan dah ni. 
I think should end this first post, yeay thats bettahh hihi.

Monday, August 7, 2017

My Internship Life

Busynyaa saya sisturrr busynyaaa...
Dah habis intern pun busynyaa..

Fuh lama gilaa ah tk update, berbulan bulann. Blog saya makin dilupaii, sedihhhnyaaaa! Kasihan rasanya. Tapi tidak apa mari saya cuba akan update nii. Hahah dan nk cerita tentang my Internship Life, jeng jeng jenggggg.

As u know, back to diploma years, I'd already doing my internship. Tapi sbb utm ni lain maciam, so kena lagi intern time degree fuhhh. Satu sem lagi kena intern, dan sebenarnya aku jadi macam fobia. Haha eh fobia ke right words dia, tp dia jadi macam takot. Takot sebab tkde kerja, hanya duduk diopis tk buat apa. Serious ohh masa bdk bdk ni semua nak apply tempat praktikal aku mcm aaa takotnyaaa, harap sangat sangat tempat yang aku apply ni ada kerja tk bosan dan yang penting banyak belajar. Nak dijadikan cerita alhamdulilahhhh, dengan bantuan lecturer aku dapat tempat ni. Dekat Melawatii. Rasa macam tknak cakap nama karang bila search dekat google nama firm ni keluar aku punya blog. Uishh sherammm hahaha tp kalau nak tahu boleh pm tepii kehkeh. Tp hint dia dekat Melawati, dan company yang besar. Ada tiga cawangan kot jangan main mainnnn. 

Masa first day datang, muka ssesuci lebaran babe. Haha pastu memang tk tahu sesiapa pun yang akan masuk sekali ke, sebab dari utm memang aku soranggg je ni ha yang praktikal sini. So masa dalam meeting pagi pagi tu depa suruh kenalkan nama, apa semua kan. Lepas tu time tu baru laa tahu ada budak gak praktikal sekali, dari uitm shah alam. Yeayyy kita ada kawann yeayyy. Even dia praktikal kejap je, tp weols dah ngamm teroksz haha! Sebab memang boleh masuk dengan Mira ni. Dia pun jenis melayan haha. So dalam dua bulan macam tu je kita org intern sama. Rasa kejapppp je tp sempat gak buat macam macam cuma macam alaa sedih nyaa dia dah habis. I menangis kot dalam kete pikir kan u tahu tk hahaha i memang sensitifff tp i cool. Huhu thankiu Mira for everything, seronok kenal dengan awakk. Goodluck praktikal lagi dekat Seri Kembangan tuu haha! Goodluck jugakk backpack ke Korea sana hihi. 





Your last day yang tk macam last haha ❤

Kita letak dua gambo je laa, kalau nak ikutkan banyak selfie dengan budak ni tapii hahaha karang menyampah lakk kahkah

Moving on to Kak Ain!

Hahaha my supervisor kecik. Sebab yang besar Bos so dia yang kecik hahaha. OMG kakak ni umo dah nak 30 dahhh tapiii perangaiii mcm baya baya saya jeee. Dengan pendek dia tu hahaha kelakar dan comel jeee. Kira macam senior dah dia dekat sana sebab dah lebih 5 tahun kerja kan. Tapi dkt sana ada yang dah kerja lebih 10tahun fuh powernya lahaii. So macam kerja memang I banyak bantu dia, dia bagi kerja i buat. Katanya I ni blur blur tp perform haha! Tak baik betul apa salah kitaa. Kita double confirm pun kena blur blur. Haha, Tanpa diaaaa jugakk report saya tk akan dapat A haha alhamdulilah merasa gak dapat 4flat uuuuu hahaha. Terima kasih kak atas tunjuk ajar dan ilmu dan masa dan segalanya. Syukurr dapat kenal akak, akak the best. Bapak laa ayat aku mcm bodek kan tp I really mean it. Hahaha

Ok untuk gambo sebenarnya dalm phone, payo bebenor la nak transfer dkt email ni aduhh dah dua kali dah saya try. Oh boleh je transfer pakai usb tp malassssss! nanti laa cucuk. haha

Moving on tooooooo Worker Up Department!

O M G department paling happening sekali kotttt. Hari harii ada gelak ada senyumm Hahahad duduk bawah tak stress tapi dia jadi stress bila ko tgh buat kerja focus then time tu la ramai bersembang hahah time tu je laa rasanya nya stress ciked. Hahahah oh yaaa dan selaluu sangat ada makan makan, hahaha aku disana dijaga dengan rapi dan teliti. Asek makan je seronok betul. Itu ler bam bam kahkah. Terima kasih Abang Lan, Kak Azi, Kak Min, Abang Nayen, Ciknan, Abang Wan, dan Syapik! Uolls buat i terhibur selalu terima kasih atas semuanyaaa, insyaAllah nanti kita jumpa lagi :) 19 hb kan kelah kelah? Hahaha pape pun Syapik paling sempoii haha. Dengan dia ah salu buat kerja gila, eh tak tak bukan salu sebab aku penakut. Dia yang salu, kita teman dan ikut je. Haha kalau ko tkde bosan gak aku, nasib la ko masuk kerja time aku praktikal haha.

Last but not least!

Tempat sini sendiri dah gemmmmpak! Hahaha banyak sangat aktiviti nyaaa. Majlis Buka Puasa, Big Loser Challenge, Jamuan Raya, Badminton fuhhh semua ada. Power ahhhh, Serious seronok laaa praktikal sinii, ala untuk yang kerja banyak tu bila ada time time je. Yang lain i happy je tauu hehehe.

Thankiu thankiu thankiuu.
I'll be back :)

(Tapi dalam hati aku sedikit keliru sebab aku tk tahu aku boleh jadi ke QS ni)

Friday, May 26, 2017

SKYTREX

Ramadhan tibe, Ramadhan tibaaa~

Kali ini kita sambut puasa dekat rumah yeayyy! Kalau tahun lepas kita puasa dekat UTM sambil hadap final eh ye ke eh ala lupa lak hahaha. Tapi aku serious serioussssss nak kuih dekat bazaar JB tuu. Kuih jepun kot nama dia. Dia macam apam balik, tapi dlm tu ada cokelat. Weh sedappp! Dekat sini tkde punnn tk jumpaaa kenapaaa, adakah ini bermakna saya kena turun jaybeeee hihihih

Sebenarnya tetibe nak up post ni sebab dah lama tk membebel yang panjang punyaaa haha. Sekalii aku nak habaq sikit pasal Skytrex dekat Shah Alam nun jauh disana fuhhhh~

Mula nya kami kami kami nii mcm dah lama tak berjumpa, iya la sorang praktikal sini sorang praktikal sana. Masing masing busy dengan kerja, ini baru praktikal, belum kerja lagi. Kalau kerja i rasa 3 tahun sekali kot la berjumaa. Haha tp inshaAllah i try keep in touch tp kalau u yang tk nak keluar ngan i tkpe laa i paham. #tolongccdekatshey #cekapdiabusyapasgttu #tkmerajukpun #iokay.

So semua macam okay jum keluar tapii taknak shopping mall, kita buat something lain lakk. Haha mastu mcm mana end up with this crazyy idea. Kahkah masa membeli tu semua macam alright je, Bila dah tiba hari kejadian, ha ko padan muka haha. Tapi masa hari kejadian tu Amalina tak dapat hadikan diri sebab kena buat taking off. Huhuhu #qslife sangatt. Takpe la nak paksa pergi pun mcm tk baik karang dia tk siap nanti measurement dia. Tapi Aku dengan Maira dah macam alahhhhh.... Kita orang dah plan nak celebrate birthday kot. Sehari sebelum tu pergi beli hadiah. Itu laa masa birthday sorg sorg takk nak pergi sambutt, tunda tunda ha ko terus celebrate untuk tiga orang sekalii. hahaha 

Level kami amek ni level Big Thrill (Intermediate). Kita dah book siap siapp before pergi, sebab murah kott eh entah la i tk ingat. Hahaha maaf kan laaa i!! Tapi serious mencabar gak ahh. Perasaan dia macam aku boleh ke buat niii. Tapi lepasa dah lepas halangan macam laa okay je. Kira tempat ni macam built confident and muscle. Hahaha masalahnya muscle semua orang terkejut sebabnya tak tak warm up. Dah tahu nak guna semua angkota badan dan muscle tapi tak warm up padan mukaa. Balik tu memang badan sengal habis. Seminggu gak ah nak hilang. So akak nak pesan dekat sini, jangan acah superman. Warm up laa, kalau engko memang dah lama tk bersukan lepas tu tk warm up pastu panjat panjat, memang padan muka la hahaha.




Pape pun syiok gak huhu tapi mungkin bukan untuk kali kedua. Hahaha tapi lepas ni kita try water rafting jummmm! Hahah ajumm laaa ajumm laaa.

Car booth surprise celebration.
Hahahah maaf laa tk well prepared sangat. Tapi itu je mampu kami lakukan. Before gerak, Maira datang rumah I, so time tu hias la sikit sikitt sebab nantii tk payah bersusah payah nak nyorok nyorok dekat sanaa.

Dah setel main situ semua, gerak makan lu weh lapar gila kott. Badan pun dah mashammmm hahah tp lantak makan je dulu. Pastu singgah masjid nak solat mandi semua haha pastu dekat sini celebrate. Haha #sambutbirthdaycaraisalam #sederhanaitucukup. Tapi maaf girls kalau tk fun, sebab dalam masjid tkleh pasang radio lagu happy birthday kuat kuat. hahah whatever it is, we were still remembered your birthday. Iloveyouu! :) Gosh i miss ma girls.





Anggap je la Amalina dekat sebelah Shaa tu. Hahaha



Sorry again kalau macam tah papeee punya celebration! Nest year lak I try yang grand grand eh hehehehhe muahh! Jum water rafting weh ahahahaha ni kalau Amalina takde I merajuk setahun!

Saturday, April 15, 2017

What's new

Hey hey hey hyee

Perh intro dia hey hey ehh hahaha. Kemainn sangattt amboiii. Jadii apa kabar omg i miss chu guys heree, lamaa gila tk update ciann. Hahaha aku sembang mcm blogger terkenal an macam orang usha salu je. Tapi lantak kan sanaa, aku nak menaip nii. Aku cumaa RiiiiNnNNndddDDuu~

Okay apa yang baru?
Updated life.
  1. Aku masih berpraktikal. Lagi dua bulan nak habis fuhh semangat! Aku rasa dkt sini aku belajar macam macam, serious serious memang macam macam kalau nak banding dengan masa diploma duluu. Dan sampai rasa taknak OT dahh hahaha sebab kalau dulu aku rasa excited OT sebab dua kali sahajaa OT masa diploma tu. Sekarang Allah kalau boleh nak lari cepeat bila pukul 530 tuu dan berharap tidak terserempak dengan halangan halangan yang menghalang untuk saya balikk. Hahahaha
  2. LDR sucks. Hahahahahha serious first time jauh sebab selalunya depan mata kahkah padan muka kauu rasakan. Hahaha sebab kalau dulu, 'Eh jum pergi sini' 'Eh jum pergi sana' Ada je orang nak temann, ada je orang nak teman bila tekak tengah mengada craving macam macam. Pastu bila dah jauh, nak pergi mana mana ke apa pikir dua kali. Tah la kekadang ajak member tp member busyy, pastu kekadang member jauh malas nak pergi amek hantar. Pastu end up sedih la sorg sorang tk keluar kahkah. Tapi 2 3 minggu lepas sabtu ahad dekat opis je. huhu busy huhuh.
  3. APA LAGII?!?!? AKU TK TAHU DAH HAHAHHA
Ok la dah rasa malas nak type dah la byee.

Wednesday, February 8, 2017

Hong Kong #Part2

Izinkan saya sambung entry HongKong :))

18 Jan 2017
OMGG HARI PALING TAK SABAR! 
Ke DISNEYLAND ARGHHHH!!
Ok aku tk capslock dah, hahhaa. Fuhh sebenarnya kami plan nak ke Disneyland semalam, tapi macam ada sedikit masalah technical maka tunda hari inii. Dannnnnn nasib baik la tak beli tiket fixed date, fuh alhamdulilah sangat. Sepatutnya kalau ko beli dekat Klook ke dekat website Disney sendiri dia akan suruh letak fixed date nak pergi bila. Kebetulan tiket aku beli dia tkde fixed date tapi valid sampai bulan 6 fuhh sangatt fuhhh. Cantikkan aturan Allah :)

Memang plan hari ni satu hari kita dalam ni, dari bukak sampai dia tutuppp hahah sebab last tu bunga api hehehe. Masing masing excited pagi tu sebab disney bukak pukul 10 tapi i know weolls akan bergambar dan sesi photoshoot kan maka kul 8 tu dah keluar hotel menuju ke Disneyland. Mok tk shabar!

Then lane nak ke Disneyland dia punda MTR sangat comel! Gambar Mickey Mouseee! Dalam train tu pun argh cantik mcm bermimpi sbb salu tgk vlog tgk youtube je T.T


Ni acah acah malu nak excited ke apa? 


Ni baru masuk train dah 30 keping gambar amek, belum dekat Disneyland lagii hahahah! Memang sepanjang perjalanan tu muka ada senyummm jee hehehe. Pastu smpai depan entrance yg ada pintu gerbang tu dalam pukul 9. Cantikkk weolls ada sejam untuk bergambar before masuk theme park! Tapii time tu orang lain dah ada, pukul 930 orang dah makin ramai, ada yang dah beratur! Kita apa lagi orang berpusu nak beratur kita kena joinnn! Hahaha Sebab tiket dah beli kan so beratur sahaja dkt lane scan tiket tuu. Tapi dalam hati masih cuakk, mana la kalau tiket ni unavailable ke tk leh pakai ke kena reject ke, haha sebab takot kena tipu kannn! Tapi masa scan tu alhamdulilah hanya tuhan saja yang tahu lega hati saya!!!

Ok jagajagaa mak nak spam gambar niii....












Kalau akak nak letak semua macam mengarut la pulak. Haha letak sekadar cukup je la ekk. Tapi serious best serious kena pergi. Lantak la tk extreme ke mcm budak budak kee tapi seriousssss kena pergi rasa sendirii. Sebab omg aku tengah mimpi di siang hari ke ceh otak dia ayat macam novel yek.

Highlight of the day!
FIREWORKS!




Maafkan saya sebab tk belajar nak shoot fireworks. Maafkan sayaaa tak habis menuntut didalam youtube. Semua gambar bunga api saya tk cantik dan buruk sebab saya tak tahu setting yang sesuaii. Maafkan saya sekali lagii.

Tapi saya nak bagi tahu ciked, next time kalau awak awak pergii. Pls pls pls put your camera down and enjoy the view, enjoy the fireworks, enjoy the movie (sebab diakan pancarkan projector dkt castle then ada music sekali bukan fireworks je). Amek gambar sikit then enjoy all of that, sebab apa yang kita tengok depan mata tk sama macam kita tgk yg recording. Jgn penatkan tangan record lama lama dan tk bagi 100% focus dkt fireworks tu. Sebab aku macam sedikit kesal sebab busy merecord, aku mcm beriya nak dapat lam best shoot tp aku sendiri tak men-enjoykan diri. So kepuasan tgk fireworks tu kurang. Ok itu je nasihat akak :)

Lepas ni kalau pergi Disneyland lagii nak tgk jeeeee tknak record tknak amek gambar!!


19 Jan 2017
Untuk hari ni macam free and easy jugak laa, macam tkde nak rushing sangatt. Pagi tu gerak dalam pukul berapa eh i lupaa tapi macam 10 keatas. Sebab main point nak ke The Peak je dgn malam tu ke Ladies Market. So ke The Peak ni kami naik ferry then jalannnn kakii macam biasa ke tempat tu. Sebenarnya kalau nak jalan kakii direct darii jetty ke The Peak memang jauhh tapi before ke The Peak dorang request nak ke Hard Rock Cafe. Tu yang jalan kaki tu then alang alang dah dekat, teruskan je jalan kaki ke The Peak Tram. Peak Tram okayy sbb nanti kami akan naik Tram ke The Peak.


Ok semua sila poyo.



Ok sila poyo lagi sekalii. Nice

Dari Hard Rock ke The Peak Tram jalan kaki okkay... Jalan kakii....
Kalau awak tanya direction maaf saya tk boleh nak bantu sebab saya pakai Google Maps time tu. Maka nasihat saya, belila internet. Dia sangatttt membantuuu! Selain insta story, cari jalan pun membantu. 


Untuk tiket tram ni kami beli combo tram one way + Sky Terrance. Jap aku lupa la berapaa emmm kalau tak silap emmm ala lupaa jap akak cuba ingt kannn emm dalamm 75HK rasanya. Kalau tersilap boleh usha website dia sendiri. Btw boleh bayar pakai Octopus Card jugakk! Tapi time ni kami beli lain sbb duit dalam Octopus Card untuk tambang lain hehe. Dan bare in mind yang nak beratur tu sangat laaaa panjanggggg hahaha sbb kami pergi dalam pukul 4 kott pastu kena beratur sejamm! Haha padan muka.

Trem dia kecik je dalam 100 lebih jee orang yg boleh naik. Dannn sangat laa curam sumpah serious gilaa tk tipuu. Hahaha aku rasa kecuraman dia hampir 90 kott. Serious weh serious hahaha. sebab kerusi dia pendekk then nak terjatuh kebelakang masa naik tu fuhhh. 



Cian kabus nk tgk apa tk tahu cian.
Tapi kalau korang pergi malam cantik sebab ada lampu lampuu. Tapi kami malam tu nak ke tempat lain maka buat la mana yang baik dan mana yang sempat.





Balikk!
Turun dari The Peak ni weolls amek bus. Nanti tanya je orang dalam mall tu mana nak amek bas. Then memula beratur dekat lane bus biasa, bus double decker tuu then macam ramai gila tauuu tp time tu tk tahu lak pulak bus dua tingkat. Lepas tu depan tu ada lane bus mini, dan frequency bas tu samgat cepat. Sebab pernah baca dalam blog baca website dia semua tu boleh naik bas mini jugak. Tapi aku time tu tk sure boleh pakai Octopus Card ke tak. Lepas tu pergi sana tanya orang dkt situ dia kata boleh pakai. So we olls turun naik bas mini hijauu. Sampai Central Pier kena laa dalam 8HK. Dan rasa selamat sikit sebab jalan turun dia pun sama curam macam naik tp sbb naik bas mini kan rasa selamat. Kalau bus duble tu tk tahu la macam mana, haha!


Pastu singgah Avenue Star lagi hm.


Ladies Market!!!


Aku tkde apa apa tips sangat pun, macam biasa kata kata blogger lain. Sila bargain. Hahaha dorg suka hati je letak harga mahal nokharam. Kalau ko rasa ko nak beli tu, tanya dan bargain ok. Kalau tknak beli tk yah la tanya nanti kena bebel dgn dia. Oh dari hotel ke sini kami naik train. Em tk dapat nak ingat perjalannya sbb semua tu hanya Google Maps. Hihii lagi sekali aku tekankan, belilaa internet :)

Ok sambung part 3 nanti la pula merangkap part akhir!
Penat dah nak sembang ni jari dah kejung ceh 
See 'ya!

Tuesday, February 7, 2017

Hong Kong #Part1

I know i know, its been a while since my last post. Im sorry i know i know.

Ek eh aku cakap ni macam ada orang baca je kahkah. Ok whatever sebab sebenarnya banyak sangat tak ceritanya pun adui. Habis final hari tu first time tak tulis post luahkan kata kata geram dan kecewa untuk setiap subjek. Hahaha ok anggap sahaja sem lepas final takde kahkah tetibe sangat. Oh btw, gua sekarang sedang praktikal huhuhu. Sekali lagi praktikal heheh tapi sebelum praktikal tu weolls holidayyyyy~ Yeahhh!

Okay aku cerita general dulu la ye. Sebenarnya plan ke Hong Kong ni sangat la tetibe, serious. Hahah dia mcam pap pap papp eh dekat sana dah. Hahaha okay macam ni meh akak cerita, Sha yang mengajaknya, katanya nak holiday jugak sebelum intern. Pastu kebetulan air asia ada promo, dan macam murah untuk 5 harii. Pastu Aku dengan Sha dah macam serious tp nk cari lagi dua org mcm tu sebab abah suruh group of travel 4 person. Pastu mcm mana tah ajak ajak ajak, ha muka muka ni la yang ikutnyaa.

Ok jadinya, nak aku cerita by day ke by subject?
Ok suka hati aku la nak macam mana kan.

Tiket Flight - Air Asia
Dah setel tiket flight yang sepatutnya boleh dapat RM313/return tapii time tu tak beli so dapat RM470/return. Tapi ni kami beli agent tiket kapal terbang, dan aku tak nak bagi tahu agent mana sebab aku tk recommend kan untuk korang beli dekat dia dan itu akan jadi first and last kami beli jugak hahaha.... Oh ya, tiket kami beli ni one month before fly.

Accommodation
Aku dengan Sha mengigihkan diri cari dekat Booking.Com, Trivago, mana tah lagi. Pastu memula kami book dorm dekat satu hostel ni, then kira kira rasa tk berbaloii. Lagi berbaloi amek hotel, family room untuk yang gegirl la kan. Tapi duit kami tambah tolak bahagi sama rata untuk bilik boboy gakk. Ok itu lagi murah, Maka dapat la empat malam untuk seorang RM 240/pax  Jadi hotel tu nama Icon Inn dekat area Tsim Sha Tsui. Aku rasa duduk area sini senang sebab mcm dekat dengan semua. Bagi aku lerr. Tapi kawasan dia aku mcm tk berapa suka, aku mcm tk recommendkan jugak hahahahh. Sebabnya, pertama bilik sempit. Ngam ngam jee, Second sebab nak ke bilik dia kena naik lif yang kecik tu. Tah la ramai orang. Hotel dia dalam satu bangunan Chungking Mansion. Dekat situ mostly semua ada hotel yang aku tgk dalam Booking Hotel, Contoh macam Canada Hotel. Dekat dekat je rupanya dia macam anak hotel untuk satu hotel. Tapi tempat stategik dah. Tapi kalau nak duduk sini pun okay jee, cuma aku tk recomend kan ha gitu.

Disneyland Ticket
Untuk tiket disney ni memula nak beli dekat 11street sebab murah. Dapat RM 284. tapi masa nak beli tu habis lak sedih gak laa, then beli dekat Klook, dalam RM290+ tapi masa dah beli tu then nak bayar dia punya harga jadi RM310+ tauu. Terkejut la mak, mak taknak mahal mahal. Maka aku dan Sha decide nak void, then kami pun void. Nak dijadikan cerita, duit total 300 lebih darap 7 orang tu dia hold dalam account. Call la cimb tanya kenapa hold sbb kami dah void, dah cancel nak beli tiket dengan Klook tu. Then pihak cimb pun kata la sebab apa ek aku lupa yang pasti dia akan unfreeze duit tu dalam masa 10 hari macam tu. Dan ditambahkan cerita lagi time tu bebetul lagi 2 weeks before gerak. Memasing dah macam risau. Kalau duit tu hold sampai kami ke sana nak pakai duit apa ni tah la ada ngam ngam jeee. Hahah sebab kami plan nak beli dekat sana je terus. tapi dengan bantuan Abah tetibe bagi wasep screenshot yang dekat group backbacker dalam FB nak letgo tiket disneyland dengan harga RM250. Valid up to bulan 6 2017. Alhamdulilah Allah mudahkan jalan. Memula takot gak nak beli macam tu sebab takot kena tipu, tapi kami macam cekal kan hati dan percaya qada dan qoda, beli jugak. 3hari before beli rasanya duit dah boleh guina dari hold, alhamdulilah sangatt! Sebab kami pun memang nak fly dahh. Hahaha COD dengan orang tu dapat physical ticket.

Okay akak nak masuk gear 3 pulak ni, nak membebel banyak sikit. Tapi sebelum tu akak bagi itternary duluu.

Ittenary to HongKong 16-20 January 
16 Jan - Departure - Check In 
17 Jan - Masjid Ammar - Star Avenue
18 Jan - Disneyland!
19 Jan - Hard Rock - The Peak - Star Avenue - Ladies Night
20 Jan - Jardine's Cres Market - Home!

Serious korang jangan la plan nak pergi satu tempat tu lebih dari dua. Sebabnya takkan dapat atau susahnak capaii. Hahah sebab gegirl ni suka sangat menyinggahnya nak amek gambar. So akan makan masa sikit sikit lama lama jadi bukit. Dan satu tempat ke satu tempat pun jauh so masa perjalanan lagii, pls amek kira semua tu okay. 

16 Jan 2017 (Mon)
Sebab flight pukul 130 petang, maka keluar rumah dalam pukul 9 gituu. Sampai sana pukul 11 ngam ngam la sebab kami nak kumpul semua dekat sana pukul 11. Dan berlari gak la nak ke gate. Sebab macam rasa lama lagi tapi rupanya dah dekat dengan gate nak bukak. Gila ko tak cuak, dah bawak ramai anak anak, 7 orang tuu. Sorry la mak ni kabut sikit, mak taknak tertinggal bas eh airbus. Tapi alhamdulilah sempat semuanya sebab delay dalam 5 minit gituu. Gate otak dia jauh nak mati penat mak. Dalam flight tk full punnnn~


Sebab tk de orang nak amek gambar kami semua, Irfan ler mangsa nyaa heheh

Aku kemain sembang kata taknak belii makanan dalam flight sekali tertewas. Cis dah la mahal mende tahhh hahahha. Ok lepas tu jangan lupa isi borang immegresion masa stewardess bagi tu okayy. Kalau tk dapat mintak okayyy. Untuk mencepatkan perjalanan keluar dari immegersion dekat HK sana. Sebab time kami tu, Amni dengan Mek tak dapat dan depa diam je depa ingat satu tu boleh kongsi hahahaha aduhh. tapi tkpe jangan panik, kalau tkde nanti dekat kawasan airport before check passport tu ada borang tu berlambak. Cuma dah makan masa dekat situ. Tapi mcm kami tkde la nak rushing sangat so tenang tenang je.

Pastu terus gi kedai 1010 macam mana dalam blog lain cerita untuk dapat kan internet kan, ha samala kami pun belii. Tapi beli 2 simcard je, share share. Dan OMGG harga dahh naik okayyyy! Dalam blog tak silap aku kata 68HK je, tapi hari tu dah 118HK untuk 5GB!! O M G SIKITNYAA tapi yang magic tahan gila sampai balik dohh! Dah la kongsiiii! hahaha salu dekat Malaysia 5GB aku boleh habis kan dalam 3 hari je kahkah.

Dan kami beli Octopus Card jugakk~ Macam biasa blog blog lain cerita gak. Naka ku ulang balik ke?!?! MALAS LAAA!! Psst - Octopus Card ni boleh guna untuk semuaaaaaa pengankutan weh! Bus, Mini Green Bus, Tram, Ferry, MTR omg beli barang pun bolehh. Ok mesti ada tanya kan ok ni je akak bagi tahuuu.

Dah setel semua tu baru keluar cari bas nak ke hotel, time tu dalam pukul 7 malam kalau tk silap. Direction nak ke Hotel Icon Inn Sha yang incharge untuk carii. Kami naik bas murah ciked. dalam 33HK sahajaa. Nanti kalau kamu nak cari jalan ke hotel kamu, kamu search siap siap dari MY pakai Google Maps then dekat situ dia dah siap bagi tahu nak naik bas apa. Fare pun boleh tahu.

Satu je tips nak bagi tahu - kalau tak tahu plstanya. Ringankan mulut untuk bertanya :)


Menuju ke bas dengan style


Night Walk untk first night diHK! #kembarabumiAllah

17 Jan 2017 (Tue)
Gerak ke Masjid Ammar nak rasa dimsum dan makan disituu~  Kalau baca blog lain banyak caraaaa untuk ke sanaa. Tapi saya nak cari yang paling murah transportation-nya. Hahaha google goole, then ada orang cakap ke sana naik ferry. 2HK je kott!! Whatt so cheap! Then bila nak Google Maps, eh asal dia tk bagi direction naik ferry ni. Okay lantak kan dia kita direction satu satu. Dari hotel ke Tsim Sha Shui Pier then dari sana amek direction ke Wan Chai Pier. Then scan saja octopus card awak tu, kena la 2.50HK sebab upper ferry. But still, murahh~ 

Dari Wan Chai Pier nak ke Masjid Ammar, kami google maps je. Direction walking, huhu dia mcam jauh sebab ada construction buat so tk leh nak lintas sukahati kena masuk ikut building bagai. Rasa macam sedikit cuak takot sesat sbb time ni akak person in charge lead jalan. Tapi alhamdulilah mengikut rancangan, tak sesat dan sampai juga. Sempat kami makan dan solat dekat situu. Meriah masjid nya walaupun macam rupa masjid tu bukan macam masjid biasa. Sebab dia dalam building lain. Aku memang 90% based on Google Maps. Cuma bila ko dah baca blog blog orang ko akan dapat gambaran sikit. Bila nampak 7Eleven semua tu.

Bila ko rasa macam sesat ko pun akan terkenang nasib sedikit...


Direction bila ko tahu dah semakin hampir..



1. Ko dah lintas jalan besor, then ko stop dan pandang belah kiri ko. Ko cari W Square. 


2. Ok tkpe aku tolong zoom kan untuk ko, itu dia W Square. Lalu jalan la lorong kecik disituuu. Sebelah tu ada jalan kecik macam gambar dekat bawah ni.



3. Ini la jalan nyaa! Dan sebelah kanan ko ada court basketball. Ok ko teruskan perjalanan naik tangga tuu sampai atas.



4. Sampai dekat atas, ko akan jumpa dua makhluk ni kahkah k tak. Ko akan jumpa 7Eleven. So maknanya ko dah hampir tibaa! Kalau ko google, banyak blog akan bagi tahu landmark 7E nii. Tapi dari macam macam arah, ada dari kanan dimana aku berdiri amek gambar ni. 



5. Takpe yang penting ko tahu ko perlu jalan sahaja dia hadapan. Okayyy, jalan sahaja sampai laluan jalan ko suruh belok kirii.


6. Jalan je ok, jangan risau ko tak salah. Masjid tu macam belakang building ni.



7. Sampaiii~ 


Tapi bagi aku makanan dekat situ tk murah. Dan macam mana orang orang lain boleh kata murah aku sedikit musyhkil hahaha... Tapi kalau kongsi okay jewww,


Oh kami ada makan nasi goreng gakk btw.



Pastu bila rasa nak balik, ko balik lerr. Hahahah otw balik tu kami ke Star Avenue nak tengok Symphony of Light katanya dalam blog setiap hari pukul 8malam. Tapi dua kali kami pergi tkde pun cis aku tak tahu la salah tempat ke memang time tu tkde ke atau memang tk wujud pun sebenarnya cis.




Dua jam weolss diri cop tempat depan sekali tauu, tapiiiiii kena game dengan Symphony of Light kahkah! Tah laa sejuk gilaaa! Anggap sahaja tiada rezeki hahaha.

Ok done dua hari, lagi 3 hari mak cerita dalam part 2 okay. Yang mana aku pun tk tahu bila lagi akan aku update kahkah sorry la mak dah malas sikit. Mak dah tido awal sekarang sebab praktikal punya hal ok. Adious!