Wednesday, November 2, 2016

IPOH! #missturnstopuan


Pergi memancing ikan haruan,
Masak lemak dirumah Atan,
Dari Miss ke Puan,
Selamat Pengantin Baru Cecomelzz ucapkan :)

Dekat memana aku sebarkan pantun bidan terjun nii. Hahaha reka dengan kawan kawan time tengah makan kenduri dan sepatutnya mintak Kerel yang bagi ucapan tapi dia taknak dan akak la yang volunteer haihh budak kerel tuu..
Jadii, IpohxWeddingMiss la kitaa.

Plan asal ramai nak ikut, tapi sebab cuti sem dan ramai yang nak balik dan ada hal masing masing, 13orang saja lah yang gerak Ipohh. Dan yang paling surprisenya, Rafiq follow sekalii! Yeayyy happy tengok Rafiq dah semakin elok :) Alhamdulilah. So kerete Nisa, yang bdk bdk laki bawak tu gi amek Rafiq dulu. Kete Maira dan Hapis gerak terus ke Ipoh. Sebab macam gi Ipoh tak plan nak usha apa, maka semuanya plan time tu je. Ok Nasi Ganjaa, Jomm. Ok Mural, Jomm. Okay Ipoh Parade, Jomm. Hahaha sebab nak pergi jauh jauh mcm tk sempat sebab dua hari je kann. 




Motif sangat pergi dekat dataran ginii. Hahaha, nasib ni ada tujuan sebab nak makan. Dah bungkus untuk semua so, makan reramai di sinii. Dan bagi aku nasi ganja tu rasa dia mcm biasa je. Sebab aku tak rasa excited masa first suap. Kalau aku suka aku akan puji sampai habis nasi. Haha tapii,,, tak sedap sedap pun... Bahagian Tim punya akak habiskan jugakk heheheh,,,,

Jadi malam tu, Ayah Hapis belanja kami homestay deret rumah dia. Hihihi thankiu Ayah Hapis :) Jadi lagii, perempuan tido homestay tu, yang lelaki tido rumah Hapis. Tapi malam tu makan semua dekat rumah Hapis. Tuh nampak kami macam tinggal sekali. Hahah... Malam tu dok lawan samyang challenge. Kalah basuh pinggan. Hahah Illy la kalah awal awal sebab dia tak makan pedas hihi. Pastu habis kan masa main Werewolf. Syiok jugak sebab semua kaki menipuu hahaha.

Esoknya dalam pukul 11 lebih tolak ke rumah Miss, dalam 40minit juga. Tunggu Sha dekat jalan mana tah sebab Sha orang Perak. Pape je la sebab otw pergi aku tido, i am so mengantuk. Tahu tahu sampai, betulkan tudung makan. Haha jumpa lecturer diploma dekat situ, salam salam tanya kabar, awkward sikit lepas tu gambo then blah apa lagii. Hahaha, otw balik dari rumah Miss dok bincang nak pi mana sebab pukul 3 mcm tu panas gilaa Allahuu.. Tapi lepas tu reda balik, jadi ke Teluk Batik ke kitaa. Tapi aku tak amek gambo sangat dekat nii, sebab pergi sana pun mcm semua eh nak mandi ke tak ni. Malas la saya nak mandi laut lekit lekit karang rasa rimas. Haha...





Gambo dekat pantai dalam gopro tak banyak.
Jadi itu je la my Trip to Ipoh x Wedding Miss :)

Thankiuu Hapis for the hospitality, next time nak datang lagiii hihih. Takpunnn #KeGanuKeKita ? hihihi

No comments:

Post a Comment