Thursday, June 23, 2016

Semester II 2015/2016, DONE!

Alhamdulilah.

Habis jugak akhirnya, tah la 8 paper kena hadap, lambat pulak tu habis. Orang lain habis dalam 16hb, ni kami ya tuhan 22hb. Kira sek sek hujung. Hahah ciann, cian jugak ke diri yang masih malas bila tah nak rajin ni. Huhu ok ok mari kita cerita paper paper yang kita dah selamat goreng kasi ranggup tu. Oh yeah, kali ni final dalam bulan yang berkat, Ramadhan Kareem. Harapnya paper yang digoreng pun turut berkat hihi.

Measurement - 5/6/2016
Japp aku tengah nak ingat sebab lama sangat dah paper ni. Ok dah ingat, haha at first we all thought Sewage yang akan keluar, sebab masa ajar pun dia asek cakap soalan favorite untuk final. Sebab banyak step sikit nak kira tu. Jadi ramai la tekan kan study pasal tu, tapi sehari sebelum kot, ke malam exam tah ala lupa sikit, dorg ckp Retaining Wall yang keluar. Tapi bukan RW yang kita orang buat tuto, yang lain! Hahaha baca senior punya contoh je laa nampaknyaa... Dan nasib menyebelahi kami, keluar yang senior punya tu! Hihi harap dapatnya terbaik laa, haha.

Cost Estimate - 7/6/2016
Maigodddd, CE suppose senang je la sebab pernah belajar dulu masa diploma dengan Puan Huda. Tapiiiii soalan dia maigod, belitnyaa, so soalan Degree. Hahah soalan first dah belit dah siap masuk mcm subjek Building Economics. Markah 25, and I dont have any idea what am i doing. Hahah biar la ada la tu markah lain huhu. Sebenarnya bila dapat soalan, all the things that we need is, idea. Serious kalau ada idea ada la benda nak goreng. Kalau tkde langsung dia macam mati akal situ. Cian #prayforjajaidea

English - 8/6/2016
Uish kalini punya English pun boleh tahan, haha makin lama makin susah. Dulu ada jugak la soalan cari words yang synonym dalam teks. Say no more dude. Hahaha makin belit, kena cari synonym dalam dua teks yang panjang lebar. Aje cian haha jawab je la labuu, ada la tu markah. #alliswell

Pemikiran Kreatif dan Kritis - 9/6/2016
Sebab paper berderet tiga hari, dia mcm urgh cepat la habis. Haha nasib baik la subjek umum, kalau subject core berderet nak kena nii. Ok paper ni gua first time jawab dekat Dewan Besar. Dewan masa konvo tu, huhu. Rasa mcm teruja sikit laa, haha. Tapi pape pun, aku terkilan benda senang tk dpat jawab. Haha dua markah hilang mcm tu je, serious serious aku sedih betul. Haha "Eleh dua markah je" Wehhh setiap markah berharga dan benda tu senanag dan bongok utk silap. Hahaha

Management - 12/6/2019
Weh subjek membaca ni aduhh, akak lemah betul aduhh. Haha nak khatam kan 4 tajuk dalam buku tu aduhh. Dan alhamdulilah jugak, nasib menyebelahi kamii, Sebab soalan past year 2013 gitu keluar, Dan satu tu je la past year yang kita orang usha. Hahah sebijik weh keluar, sebab paper ni lecturer buat objektif, jadi untuk final dia bagi 80 soalan dan ada pilihan jawapan A smpai E hahahha. Tapi sebab memasing dah usha soalan past year, dlm setengah jam tu dah smpai soalan 50. Senyum eh masing masingg.

Technology - 14/6/2019
Sebab gap satu hari, maka memang tk berehat dan ini pun subjek membaca!! Ke menghafal tah pape je laa techno i hate you! Hahah tetibe, dengan soalan mengada tanya menda tah. Past year tkde pun tanya mcm tu, semua pikir construction road keluar sekali hm construction sewage treatment plan. Mendeee tah tanya je la benda biasa. Lalu aku yakin semua jawab ikut logik tu, memasing dah pandai goreng. Haha aku goreng kejap je, sebab aku malas pikir. Aku mengamalkan konsep 'ada la tu markah sikit kt mana mana nanti' Hahahha, masa paper KK kemain terkilan 2markah hilang, ni dah pasrah. Hahah apa apa je la orang perempuan ni.

Cost Planning - 19/6/2016
Gap banyak tapi semangat dah tkde sebab ramai orang dh balik!! Hahaha paper ni pun satu masa dua jam tp soalan dia bagi tah la perlu masa utk kira. Bak kata Shey, benda boleh guna computer tp keluarkan dlm soalan. Haha pape je laa planning, boleh buat tp masa tkde, so kita buat je la apa yang sempat dan terbaik haha...

Sustainable Construction - 22/6/2016
Ni dah malas terukx, weh last paper syndrome weh. Feel me?! Thank you. Dah la membaca article yang ayat susah, aduh sekarang ni kena rajin membaca la. Jaja jaa tolong la sedar, membaca la jangan la malas tolong la jaja. Dapat lak soalan gedebuk 25marks untuk satu. No percahan anak anak ke takde. Dia bagi 6 soalan ko pilih 4 jee, aku 3 mcm ada la point idea tu nak goreng tgk pun cantek jeee. Satu lagi aku dah mental aku tk tahu nak goreng apa. So #akakredho

Apa apa je yang penting habis!! Yessssshhhh!! Tapi kita orang habis sem je laa, senior habis nak grad huhu takpe gais sikit je lagii, dua tahun tu kejap je, ingat tk kita dah hadap 3 tahun dulu mcm mana. Haha apa yang nak ingat ni aku pun tk tahu aku cakap je kasi ayat macam sedap,...

Moga semuanya dapat yang terbaik.
Happy Holiday untuk 2bulan gais!

Lets picture! #socalledtradition



2 comments:

  1. malas nak stalk, masuk gambar aku burukk ): hahahaha

    ReplyDelete
  2. hahah, syahidahh awk tu ceconet je dkt belakang. orang tk nampak, saya lain la..cover page :) hahaha

    ReplyDelete