Monday, May 30, 2016

Long time no see.

Yuhuuuu~

Pergi Aeon hari Rabu,
Dengar cite dah rinduuu.

Ha balas la pantu aku tu balas balas. Hahah iya tahu tahu dah lama tk update, iyaa sorry laa akak busy tauu. Sebulan akak busy. Haha sebab dah nak hujung hujung sem kan memang busy lain macam sikit. Dengan nak submit assignment, dengan presentation. Cehh tp kalau nak bandingkan dengan sem lepas, sem ni sebenarnya rileks sikit, sebenarnya laa. Tapi weolls ni memang suka pura pura busy, saja ikut Illy. Hahahah

Mana nak mula pun cheq taktauuu.
Ok kita mulakan dengan KOQ - Tebaran Kasih Mahasiswa

Hahaha aku rasa aku amek koq Penampilan Diri dan Etika Sosial, tup tup community service kitaorang feed homeless dan feed mahasiswa. Hahah apa apa je la labuuu~ Jadi untuk program ni ada 3 siri. First feed homeless, lagi dua feed mahasiswa. Gila tk gila, first time beb masak untuk 200pax fuh fuhh. Dengan tempat masak dia mencabar. Haha.... Untuk siri satu aku datang lambat sebab ada kelas smpai petang, tp sempat la tolong masak sayur paprik. Sedap kott, heheheh tp Wawa la lead, aku kacau je. Hahaha untuk siri dua aku dengan Shey masak telur dadar! Telur dadar special letak mayonis, yumms! Gebu maknoks! Untuk siri ketiga dia dah tk semangat macam siri 2. Sebab siri 3 ni bukan program kami, kami just tolong je. huhu


Ok dalam banyak banyak siri, aku letak gambo siri satu je. Hahahha

Balik dari feed homeless dalam pukul 4 kot, tido jappp lepas tu pagi tu ada site visit. OMG minggu itu akak sangattt laa busyy, tk sempat nak lap peluh hahaha. Dah lama tk gi site visit reramai jadi mari akak tinggalkan kenangan dalam belog ini. Hihihi


Jangan cari dimana saya sebab jika tiada saya, tiada la gambar :) Hahahaha mokk poyo

Jap japp, aku tk berapa sure mana satu program aku ni. Macam dah bercampur aduk. Hahah tp yang pasti straight program feed homeless, site visit dengan rumah anak yatim dalam satu minggu. Program Ipan kan, support sajaa. Karang nangis lak tk support. Kahkah program ni dari pagi sampai petang, dekat je rumah anak yatim ni dengan UTM. Sebab last join program ni pun masa diploma, uish lama dah tu. Alang alang ada peluang datang kita grab sajo.

Sebab program orang, maka crew crew dia pun tidak la berapa kenal. Maka dengan itu, dapat la kita kenal kenal dengan fasi fasi dari fakulti lain. Syiok juga, ramai kawan.. Ramai kawan? Hm aku dah takot dah nak ramai kawan sebab lagi ramai nanti lagi sedih... Ok tkpe abaikan ini hm



Grad's 16!
Jangan lupa grads untuk senior ini. Hahah time ni pun rushing gak sebabnyaaaa.... Ilaaa kawinnn oii! Member sekolah beb, member dorm Gemilang Tujuh KAWENNN! Kawen ni kita kena datang sebab kawen hanya sekali! Hihihi, dia nikah dekat Segamat, malam tu aku ada Grad's dannnn aku MC untuk game. Nak taknak aku kena datang juga grads tu. So kul 1 gitu gerak Segamat, dalam pukul 330 sampai, time tu Ilaa masih dekat atas lagi, tgh baca doa kott, jadinya timing kami betul! Ohh aku gi Segamat dengan A'ann dan Sheyy, Nad tak ikut, byk assignment katanya. A'an tkde lesen, jadi nasib baik Shey nak follow, sebab aku tk pernah weh pergi balik untuk perjalanan yang jauh. Tu pun masa balik mata dah tk boleh nak focus, mintak tukar dengan Shey. Hhuhu sebab nak kerja masa, so kena bawak laju so kena focus huhu jangan bagi tahu abah ma saya nanti saya kena marah. Hahahha


Practice sekejap. Hahahahha 





 With ma gurls, laff!


 AJK GRAD'S 16!
Aku dah ckp belum aku dh buat satu achievement masa ni, hahaha jadi MC tk formal. Gila cuak gak laa oii, dpean lecturer ramaii, depan budak budak senior uishh serious gua cakap itu first time. Hahah tp apa apa pun, I'M SURVIVED! The game went well hihihi. I DID IT! Tp masa tu aku dalam keadaan yang mengantuk dan penat kahkah


High Tea!

Jadi kita akhiri program untuk koq-yang-banyak-gila-program dengan high tea. Haha suppose this high tea had evaluation on how we dress, how do we eat and all those related with etiquette haha gila apa nak makan ko ada markah. Tapiiiii last last dia tk jadi nak bagi markah sebab program kita orang dah boleh nk dapat kan A ahahahha amin.




Sebelum program masak masak tu, kita orang satu kelas tk rapat pun, maksud gua tk kenal sangat pun. Lepas program masak tuu, semua dah rapat dah kenal dah sembang satu sama lain. Kira dah boleh nak gurau nak tegor tegor tanpa rasa awkward dah ha gitu. Semoga kita jumpa lagi! All the best semuaa :)

Fuh macam panjang je entry post aku ni, hahaha rasanya tk perlu smbung untuk event ISCU ni karang lagi panjang lagi meleret lagi mengarut jadinya. Hahah mokkkk post pasal gi Singapore pun aku tk cerita lagii mokkk busy nya ko ni Hafiza haha. Ok ok nanti sambung post ISCU dengan Singapore. Tapi kalau tk silap itu hari aku dah terpost pasal entry Singapore yang sepatutnya aku nak tekan Draft sekali ter Publish. Hahahahhaha mende so clumsy.

Oh ya, aku tengah study week ni.
Tapi esok nak balik JB dah, doakan kan aku dan rakan rakan seperjuangan berjaya untuk semester kali ini. Aminnnn

Dan doakan kan rakan sekelas saya, Rafiq kembali sihat dan bersemangat amin.
'Ya Allah, permudahkan la Muhamad Rafiq. Sembuhkan la dia, kuat kan la semangatnya, berikan keceriaan pada wajahnya semula amin amin amin'

 :(

No comments:

Post a Comment