Tuesday, April 5, 2016

Test week!

Lantak la aku nak buat dua post nya pun.

Haha tetibe marah pape je la jaa. Ok sebab malam ini rasa nak menaip lagi, maka menaip la kita. Lama sebenarnya tkde masa dengan laptop ni sejak sejak minggu test. Oh sekarang tengah minggu cuuuUUuuuUuutiii~ Kalau ikut fakulti aku, minggu test memang dia khas kan satu minggu straight dan kelas untuk bukan subjek umum takde. Kira patutnya aku ada satu test hari Ahad, dua test hari Isnin, dua test hari Rabu dan satu test hari Khamis dan pulang ke rumah dengan perasan yang lega Sepatutnya laa...

Tapiii!

Tapi sebab utm ada gangguan bekaln elektrik, maka dua test yang akhir tu kena tangguh. Wehh first time rasa blackout satu utm, i repeat SATU UTM! Gelap nak mampus weh. First time blackout tu time malam Selasa, kira esok tu ada dua paper. Time tu tah la sorang dekat bilik, lepas tu pop. Hitam legam. Akak ok je, akak tk jerit akak cuma terperanjat je. Terus call Shey, hahaha sbb call boyfriend bukan boleh bantu pun. Setakat nasihat tk membantu untuk dpt kan sumber cahaya. Hahahah lepas tu pergi bilik Amalina, sebab memang dah janji nak belajar sama kul 1030 tp blackout tu dlm kul 10 kot ala lupa. Wehh kita orang still gigih weh still! Belajar dlm gelap ditemani dgn cahaya flash phone je. Ada membe dah keluar pi kfc, study kfc uu~ Sebab blackout bukan penghalang untuk study, ceh. Ni kalau mak pak tahu mesti mereka terharu. Haha

Aku dgn Shey pun ingt nak keluar gak sebab dah tk selesa duduk dlm bilik. Tapi dalam pukul 1115 mcm tu, lampu dah ada balik, yeayy! Apa lagi yeay yeay pun kena la sambung study.

Esok.
Macam aku ckp tadi, Rabu ada dua paper, dah lepas paper pagi. Makan rehat jap terus study paper ptg. Tgh study pop! Lagi sekalii~ Blackout dalam pukul em bape eh. Tapi yang penting semua gabra sebab paper petang tu kena byk pakai internet nak dpt kan idea. Lepas tu semua dah macam berharap paper cancel la sebab nanti takkan nak jawab paper tkde aircond. Tahu tak otak manusia lebih aktif bila dlm keadaan sejuk? Ha lecturer Building Economics yang cakap. Hihi

Jadinya, paper petang tu memang cancel!!!!

Tapiii!
Paper esok? Paper last?

Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ni kalau aku nak chia boleh ke tak ni? (hihi)

Jadinya aku tido jap ptg tu dlm kepanasan, boleh memang boleh, bila bangun tu ha ko peluh mencurah curahh. Tah la aku bangun sebab orang dtg ketuk pintu nak sewa kete. Aku tgh mamai kot aku pun bagi la kunci. Last last aku kena gerak pi Sutera Mall naik cab.

.....

Sampai Sutera Mall ko nak study untuk paper last punya pasal. Study lak dekat surau, hahahaha sebab takde orang dan sejukk~ Tapi study tu semua kejap je, sebab dapat message test esok pun cancel!!

Terus la akak tutup buku, dan terus pikiaq nak balik rumahh. Haha

Yang penting blackout haritu sangat lama, hampir 12jam tauu. Puas dah merayau lepas dpt kereta. Uish gentle nak duduk blok gila seram, gelap nak mampus. Ko bayangkan satu UTM yang besor tu blackout. Lampu jalan pun takde, so insane! I can't brain this... Dan aku pun berbicara bahasa english hahaha.

Thesis statement aku dkt sini sebenarnya nak cerita pasal test dan blackout. Sekian.

No comments:

Post a Comment