Tuesday, April 5, 2016

SeqyBeauty

.....

Aku tak tahu nak letak apa kata kata muqadimah ni, haha. Jadi kekok pula lama tak menaip, ceh ceh acahhh padahal baru je sebulan. Itu pun peminat iolls dah suruh update. Kahkah 

Ok gua ada banyak cerita sampai tak tahu nak cerita dari mana dulu. Nak mix post karang tak paham, nak saing post, rasa macam malas pula ha sudoh major problem. Takpe takpe, yang penting aku nak cerita pasal SeqyBeauty duluu. 

*brb buat myline kasi habis tapi tak habis sebab error 40404040404 jadah dia*

Well, aku kenal SeqyBeauty ni dari Shey. Dan kebetulan dia jadi dropship untuk produk ni. Ha Shey yang dulu bukan la yang sekarang, dia sejak dah besor nak kawen ni semangat kerja dia lain macam sikit nak kumpul duit. Kahkah.

So ada event dekat Angsana Mall tiga hari, tapi ai tak dapat join lagi dua so ai join sehari je. Uish sebenarnya aku cuak jugak jadi promoter skincare ni, iye la ini melibatkan kepercayaan orang eh ye ke. haha tapi yang pasti skincare SeqyBeauty ni dapat kelulusan KKM dann yang penting produk dia ringan je. Salu kalau ckp ringan ni ongpuan paham la, laki memang lambat sikit. Haha kiranya tak de la tepek kat muka rasa lepas tebal bagai ha macm tu. Sebab ramai yang dtg repeat guna semua cakap benda sama, bila kita test dkt customer baru pun dorang rasa sendiri mcm mana tekstur tu. Oh aku tengah sembang pasal BB Cream dia tau, hahah. Lagi satu dia buat dari ekstrak alam semula jadi. Ok ok boleh usha lebih lanjut dekat blog SeqyBeauty sendiri. Jangan tak tahu ini first time akak join benda gini. Fuhh

Location : Angsana Mall

My first customer, yeayy.
Both Aunty ni sangat baik! Aa so comel tauuu, cakap pun lembut je. 


#teamSBQ for the first dayy, sebab esok lusa tu aku tak join. Ohh yang duduk tu la founder SeqyBeauy =) Dorang semua baik je, semua sporting hehe thankiu semuaa!

Location : Shah Alam

Oleh kerana event fius dekat Shah Alam ni aku cuti sem maka, boleh la aku follow dua hari event ni berlangsung. Dengan aku pun dah power bawak kereta, hahaha bukan la power tapi dah berani maka gerak la gua ke Shah Alam sorang. Eh plan asal macam tu la, ingat nak ulang alik dua hari tu, tp mak gua macam risau gua balik malam gua pun tido la rumah shey for 2 nights. Hihi thankiu Shey and family! 

First day.



Second dayy,
Second day semua dah tunjuk belang masing masing, haha semua nya acah artis adui.
 Time ni memang dah tak boleh nak kerja sebab tengah tunggu masa nak suprise kan bosh punya birthday. Alo so sweet la bosh qery. Dan time ni la semua artis malaysia berkumpul. Ada Uqasha Senrose, ada Wan Shamila, Hanis Zalikha, Jackyln Victor, Hans Issac, sape tah lagi aku lupa tp yang penting ada Janna Nick. Hahahahhahaha

Paling tk boleh blah orang datang je mesti kata muka bos macam perlakon, Sebenarnya sebab pakai Seqy Beauty ni je muka berubah jadi macam pelakon. Salu aku mcm biasa je, tapi sejak berBB Cream terus jadinya Janna Nick.

.....

Hahaha second day paling syiok. Apa apa pun korang semua terbaikk~ Semua sporting semua boleh masuk. Pengalaman juga semua ni, dapat tgk jenis manusia macam mana. Ada yang allergic bila kita approach, ada yang macam takot kalau boleh nak lari, haha macam macam. Ha ada yang kita cakap cakap lepas tu dia sembang produk dia lak alamak... Hahaha apa apa punn terima kasih Allah untuk peluang ini :)

No comments:

Post a Comment