Saturday, February 20, 2016

Vibes for new semester!

Well, happy birthday girls! (Today and belated oned)

Fuh fuh fuhh, dah seminggu start semester baru and guess what so many things happens! Sabar jap akak cerita satu satuu. Haha

First.
Sebab dah degree kan, semua benda kena buat sendiri. Maksud aku effort sendiri eh bukan effort alamak aku tk keluar words yang sesuai. Kiranya semua kena pandai pandai. Nak masuk koq pun pandai pandai engkorang la nak masuk bila. Before cuti itu hari, ramai dah apply online tapi tak dpt, jadi kalau nak jugak kena apply manual isi borang. Aku dengan Shey rasa memang nak amek sem ni. Sebab hari Selasa which is koq day, kita orang takde kelas. So free, jadi amek la koq berdua. Dah cakap dahh dekat membe tp dorg macam ramai nak amek sem depan. So macam tkpe la mana mana pun okayy. Dapat pulak koq - Penampilan Diri & Etika Sosial. Hahaha lepas ni aku tk de la pakai tudung bawal pin bawah. Kahkah k aku tipu je, aku pakai apa aku selesa hihi.

Second.
Omaigod ohhmaiigoddd, macam tak percaya aku dengan Shey jadi bisnes partner untuk jual fresh fruits! Hahaha. Memang hari tu ada sembang nak jual kira nak bisnes, sebab rasanya cukup la berfoya. Hahah tkde la kira foya foya gak, tapi at the same time duit masuk (InshaAllah, amin) ha gituu. Cadangan awal nak jual sosej jugak tp dekat blok lain, sebab blok kita orang membe kita dah jual. Akak tk caras bisnes membe, akak support =) Lepas tu pakwe Shey bagi idea jual buah. Weh kita orang bincang kejap je weh, Bincang kejap pastu terus beli barang. Lepas tuh terus start. Hahha Modal pun tkde la banyak sangat, orite orite je. Sekarang target nak balik modal dulu. Lepas tu baru rolling duit lepas tu baru sembang pasal untung =) Doakan yang baik baik gais! Hehhe kalau nak buat tempahan boleh, whatsapp je ok. Hahha


Menu tuh boleh bertukar tukar ikut harga pasaran buah. Hahah! Weh aku harap dengan selalu potong buah ni aku dapat nafsu untuk makan jugak. Hehehe itu hari try makan jambu tu ala aku tk minat betul so tak sedap hahahahah! Nasib Shey gila buah boleh la tahu pilih mana ok, harap kan saya hahhahaa. Btw, apa macam kita orang punya signage eh banner ke signage ala apa apa je la haha. Comel kan akak design, hahahah!

Third.
Surprise birthday party buat kali ke em empat! Yang ke tiga masa celebrate Illy dengan Tim aku takde sbb ke oversea. Cehh haha. Sebab birthday Ama dengan Ann masa cuti maka kita celebrate sekali dengan Shey which is birthday dia hari ni! Hahaha ni kira celebrate in advance. Fuhh penat tau nak berlakon, tapi pape pun lakonan saya makin mantappp~ Hahah lepas beli barang niaga petang tu terus pergi makan dekat Big Food. Cadangnya nak celebrate dekat Country Garden, tapi satu hari tu hujan rahmat. Sampai malam weh hujan, jadi plan semua bertukar last minit. Hahahah Aku wasep dorg ckp dekat Big Food, lepas tu dorg ckp nak celebrate dekat Olive Musicafe. Deret situ je jugakk, Fuh nasib la aku order Lamb Chop masa makan dekat Big Food tu. Murah je wehhh dalam RM25 dan portion yang banyak! Kalau makan Lamb ni paham paham je la liat dia tu, kena kunyah 40kali. Weh aku penat kunyah double sebab nak lengah kan masa untuk dorang datang setting tempat. Haha siap makan pakai tangan comot comot nak habis kan semua tu. Lepas tu dah bayar, basuh tangan masa nak keluar pi kete terus tutup mata Shey. Eh Shey ko kena terima kasih ada singki dekat luar tu kalau tak memang aku tutup mata ko dengan bau daging kambing tahu. Hahaha

Dah sampai dekat dorang terus Happy Birthdayy to yooo happy birthdayy too youu laaa. Hahah time first nyanyi tiada kek lagi eh brownies sebab tercepat lak bukak mata dia tu. Hahahha tp time ni Ann dengan Ama tak perasan lagi. Lepas tu dah bawak brownies nyanyi lagi sekali dengan nama tiga orang tu. Weh muka Ann dengan Ama semua terkejut. Hahaha ha terharu la tu =) C'mon girls weolls remember your birthday darling dont worry :) Maka ada tiga birthday girls! Yeayy so cute semuaaanyaa.


Gegirls yang dah tua cepat. Feelin' 22 tak? Hahah


Oh maigodd! Brownies Apip ni so sedap tahuu, so chewwy so cukup cokelat. Hahaha 9 inch dalam RM60 sahaja :) Apaa cantik decoration? Apaaaa? Apaaaa Jaja yang buat apaaa? Hahaha aku buat pagi sebelum masa kejadian, print dekat bilik Tim. Terus gunting terus letak dekat benang. Batang lidi tu mintak tolong Illy beli cendawan goreng empat batang. Hahaha


Happiness =')

Once more, 
Happy birthday my ladies. I love you both. each of youu *hugs* Masing masing ada pe'el sendiri dua dua lawak dengan pe'el masing masing. So comel so kiut. Stay cute, saty lawak, stay mengarut, stay mengada, stay gatal, and one more thing, stay with me :)

Ha aku jarang buat ayat manis ni, apa lagi potong la kaki! Hahaha kalau baca diam diam sahajaa, nanti aku delete kang aku malu tauu. hahahah eh aku emosi pulak aku sebak ke apa ek eleh. 



All the best girls, moga selamat dan berjaya dunia akhirat.
Take care love.

Wednesday, February 3, 2016

Sukipt 2016 #INILAHSUKIPT



Lagi sekaliiii~

Volunteer sukipt lagi sekali, oo sebenarnya aku baru tahu sukipt ni dah kali ketiga. Hahha sebab yang first aku tahu sebab jadi volunteer gak. Yang second masa aku cuti sem kot, entah aku tk dpat pape berita pula mengenainya haha. Tarikh lapor diri 24/1 cuti sem start 12 aku rasa so pulang Ampang dulu. Sebab aku jaga bola tampar maka dalam sepuluh hari juga la nak habiskan sampai final. Tak silap aku bola tampar sukan paling lama nak habis. Sukan lain kejap kejap je, ok la tu lama lama elaun tambah kehkeh.

Mula mula membe aku ramai yang daftar nak jadi volunteer ni last last aku sorang je yang pergi. Yang lain semua dah malas, haha ada hal kot. Akak ada membe ke takde aku nak pergi, sebab akak suka benda benda macam ni. Heheh nak jadikan cerita sampai Larkin, Ipan amek sebab dia ada dekat Johor lepas tu hantarkan aku dekat stadium untuk lapor diri. Lepas tu aku pun suruh la dia balik sebab ingat ok dah mcm tu je, sekali lepas lapor diri dia suruh pergi Kolej K9 daftar bilik lak. Weh aku dengan bagpack dengan bantal dengan air mcd jalan la kaki dari stadium ke K9. Dia cakap ada shuttle bas tapi tak tahu pukul bape, aku pun mcm okay boleh jalan ni. Masa jalan ada bas ajak tumpang sampai simpang mula mula aku taknak lepas tu takpe la naik je la. Lepas tu sambung la jalan. Hahah kete tepi tepi pandang je apa la bagi la tumpang ish ish haha!

Sampai je pejabat dah amek kunci duk rehat depan Aircond. Dah peluh peluh akak macam athlete, hehehe. Time tengah layan aircond terdengar ada budak perempuan cakap dia pun bola tampar masa daftar bilik. Aku pun terus laa mencorak langkah, 'eh bola tampar juga eh' Hahahah first move nak berkawan. Dan lepas tu memang rapat kemana pun bersama. Haha bdk bdk ni pikir aku dgn Atila ni dah lama kenal/satu course. Sebab dah mesra, senang mesra dengan dia sebab otak dia dengan aku sama. Haha bende kecik boleh gelak lagi satu dia pun kuat gelak! Haha dan rezeki lagi, dia ada moto! Mudah nak buat perangai sesama. Hahah


Cepat say hai to Atila!
And my pimple too...

Kecik je orangnyaa, comel comel macam doremon. Hahaha! Cadang nak amek gambar dekat banner sukipt last last tk sempat jugak. Akak letak gambar selfie je la eh. Lepas tu dalam ramai ramai volunteer dengan bdk laki ni kita orang boleh masuk. Eh semua okay je baik baik kelakar tapi yang ini kira macam em extra masuk air. Oh ada lagi sorang tapi dia tk ikut time ni. Dasar pemalas! Hahaha lepas tu semua kaki bahan pulak. Haha memang lawak laa, bahan on point. Dan yang paling memories dia masa jatuh moto tu! Hahahahahah time tu tiga moto sebab ada 6 orang kan, Ela bawak aku sebab aku mana la reti bawak moto ni. Haha pastu time tu dekat simpang, Haiqal dengan Amier dah stop dkt simpang tiga. Kecik dengan Syahmi tgh slow tunggu kita orang. Yang kita orang ni kemain press minyak sbb nak laju kalahkan Kecik tapi Ela tk perasan simpang depan tempat Haiqal dengan Amier stop. Lepas tu terus brek emergency kot tapi still tak boleh nak stabil kan moto dan skuter tu pun dah senget ketepi nak jatuh dah, eh dah jatuh dalam 30 degree. Hahah Ela dekat seat depan dah lompat keluar yang aku nasib la kaki panjang boleh buat tongkat tahan moto. hahaha itu pun aku ter press minyak sikit dan moto tu kedepan. Hahhaha bdk bdk ni semua muka risau je, tapi kita orang gelak gelak. Hahahahah lepas tu semua macam 'weh nasib Jaja tinggi doh' kalau tak ni pipi confirm cium jalan. Hahahah so memories~



Ha engko siap dah tgk wayang sesama. Hahaha!

Eh jap aku nak cerita pasal sukipt ke nak cerita pasal membe baru? Hahah ala sama je la tu kalau nak tahu pasal emas ke padia ke pergi la search twitter or facebook Sukipt 2016. Hahaha oh viral kejap muka akak masuk facebook. Hahaha viral antara member je ala itu pun nak kecoh jaja ni. Haha muka serious je tgh lap peuh laki eh lap bola. Haha weh laki main peluh 10 liter keluar. Asal bola datang je mesti basah, haha so euw kan. ok ok tkpe kerja kan. Hahah tapi seronok tengok lelaki main, perempuan main too slow. Laki main with no fear, diving diving. Fuh so power. Aipp jangan tanya ada yang hensem tak, akak penat jaga mata dekat sana. Hahahahha

Whatever it is, congratulation to UTM GIRLS TEAM for the victory! Tiga tahun berturut ke champion? OMG so power weh mana la layak aku nak masuk uteam ni, aku level wakil krp wakil ksj je. Hahahahha tapi azam 2016 ni aku nak fit dan slim macam player num 3. Hahaha kaki dia kecik namatey eih lawa gilaa. Hahaha



Thankiu guys for 10days! 
Jumpa dekat luar nanti tegor tegor okay :)