Friday, January 15, 2016

Sum up 2015

Macam yang sudah dijanjikan eh mana ada janji pun tapi memang biasa setiap tahun baru akan ku buat sum up tahun lepas, hehe. Tapi selalu buat malam tahun baru, tapi tahun ini hehe tidak sempat. Dengan wifi yespoji dekat utm bila exam makin teruk makin slow makin tension akak. Ala sorry la dua post ni macam buku teks sejarah ayat je takde gambar, harap tk tertido masa baca. Hahaha

January
Haha oh masa ni tak habis lagi cerita diploma, masih ber-struggle untuk fyp. Sedang dalam halangan kedua, kalau tak silap halangan kedua ni halangan paling teruk haha. Halangan yang tak tido malam yang tak mandi pergi kelas, haha memories~ Lepas tu hantar kerja halangan ketiga, halangan ketiga orite orite je tuh yang sempat pergi mandi sungai tu, haha. Pergi sungai Kanching dekat mana tah, yang pasti kawasan mandi dia tak best, yang best cuma aktiviti memasak disana. Hehe rindu bihun tomyam :(

February
Bulan yang paling tegang situasi dia. Haha sebab bulan tu bulan....VIVA! Hahahahahahaha gila cuak kau tahu, kalau nak ingt balik cerita pasal VIVA boleh la pergi bukak entry tu, Akak tkmau la cerita haha, Tapi before viva tu sempat lagi pergi gua tempurung hehe, sebab aktiviti tahun 2 buat pastu rasa macam kalau tak pergi sekarang tak tahu bila aku akan pergi, memandangkan kesempatan ini datang lalu saya pun terkam. Oh dan dinner yang terakhir untuk diploma :( Terakhir yang seronok. hiks! Dan time ni la first time keluar overnight sampai pagi. Haha dengan bdk kelas ok, bukan dgn boyfriend. Huhu dari pergi rumah Puan Rosmiza ke Putrajaya main rollerblade, ke KLIA menghabiskan minyak, dan ke mamak tunggu sampai pukul 6 sebab nak masuk tanpa kena saman haha.

March 
Post bulan ni ada 3 je, mungkin sebab time ni bulan final. Haha masa final mana boleh post bebanyak sebab takde aktiviti, hihi. Cuma ada satu sahaja, pergi Sunway Lagoon dengan semurah RM40 je! Haha tp ada gak kekadang aku tk post, ini semua berdasarkan apa yang aku post je, sebab aku kan manusia biasa mana ingat kalau tak catat. That is why i have blog aka online dairy. Yang baca ni so rajin so power, should i thank or not? Im not sure hahahaha!

April
Sebab dah cuti dah habis diploma kan, maka banyak la waktu lapang waktu free time. Haha jadi post pun tidak banyak juga. Oh cuma time ni first time makan Boat Noddle, sedap juga. Makan dengan jiran sebelah rumah, dia ajar saya heheh. Dan rezeki alhamdulilah, dapat tengok negara Turkey. Abah punya tentatif selepas Jepun. Dan this is very big achievement sebab lagi thrill dari Jepun itu hari. Apa yang thrill pun tk tahu hahaha.

May & June 
Waktu ni alhamdulilah rezeki lagi, Illy offer kerja dekat Sabah bantu mama dia punya firm untuk satu project. Time tu memang aku tgh cari kerja sebab pikir balik je dari holiday ni memang nak cari kerja. Memang sabar juga la kesempatan yang ada :) Pengalaman bertambah duduk Sabah lebih kurang 2 bulan hehe. Terima kasih Allah :)

July
Sudah raya kah? Wah sungguh pantas. Dan raya yang paling best juga sebab rasa dia punya kasih sayang tu. Hahaha selama ni rasa juga cuma tahun ni rasa dia macam double best. Haha pastu pergi holiday satu family dekat Genting Highland. Biasa mama tak mau ikut, kali ni mama ikut yeayy double yeah yeahh~

August
Maigod ada satu je post? Like seriously ja? Malas apa nak update? Hahaha takpe la yang penting bulan ini ke Langkawi bersama guys~ Hihihi kalau tak silap bulan ni pun ke Sunway Lagoon dengan RM40 juga tapi kali ni bersama jiran dan kawan kawan jiran. Haha

September
Selepas hampir enam bulan cuti, moh ler kita masuk belajar semula. Haha alhamdulilah peluang untuk sambung degree ini :) Dan akhirnya doa aku dimakbul kan untuk rasa belajar jauh dari rumah. Haha maksud aku jauh dari Ampang dari KL. Dari sekolah kot semua sekitar Ampang sekitar KL je, akak jenis nak rasa semua benda. Dan sebenarnya Johor ni em okay okay la. Lain tempat lain rasa kan, cuma aku tk boleh berpisah dengan KLCC sebenarnya :( Hahaha

October
Finally, after three year, officially grad in Diploma Quantity Surveyor :) Pengalaman dan memori paling seronok untuk dikenang dengan tragedi yang berlaku. Haha boleh pulak la kasut koyak la apa laa, patah balik bilik tukar kasut semua. Haha and i found my better half, eh bukan found, just found :) Hahah doakan yang baik baik untuk semuaa. InshaAllah

November
Nothing much sebab ada satu entry je, haha memang dah kurang update dah sejak masuk degree ni. Tak tahu la tak sempat ke busy ke sebab rasa tak penting ke i tak sure. Post bulan ni pun just nak update hidup. Haha oh aku ada amek kelas mandarin dengan Shey and we all grad dengan cemerlang. Hahahah baru phase pertama la sebenarnya kehkeh.

December
Yeay Jatul dah tunang yeayy Ketua Dorm dah mulakan langkah pertama. Ok anak anak boleh la ikut jejak langkah ketua. Ok boyfriend kita bilaa? Hahaha rahsiaa~ tapi kalau taksilap dia tunang bulan 11 tapi sebab aku post lambat jadi la bulan 12. Hahah, dan kami gegirls time ni lincah buat birthday party, suprise birthday party :) Kebahagian membe kebahagian saya jugaaa :)


Amacam tragedi tahun 2015 gua? Ada baik kan? Hahaha matang ada tak? Mesti la aku kan dah 22 tahun sekarang, maigod so tua maigod. Tua tua pun jangan risau blog tetap ada dan never ever gonna delete it. Ceh hahaha, eh lupa dan tahun ni juga anak buah bertambah, Raja Akasyah bin Raja Azwan dengan Raja Adam Hilmi bin Raja Mohd Azlan. Alhamdulilah keluarga makin lama makin besar. Oh dan tahun ni juga, Atok saya, Raja Ismail bin Raja Saleh, kembali ke rahmahtullah. I was so shocked, semua adik beradik balik kampung tapi time tu aku dekat Skudai dan waktu final. Aku hanya mampu kirimkan doa. Mari doakan untuk Arwah Atok saya, Alfatihah


'Harap makin besar, makin berguna. Amin'

No comments:

Post a Comment