Wednesday, January 13, 2016

Semester 1 2015/2016, Done!

Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.

Habis jugak weh exam yang berderet. Wehhh dekat UTMKL dulu mana pernah exam takde gap paling busuk pun mesti mestii akan ada gap sehari. Sini? Haha first draft keluar itu hari paper berderat, draft kedua satu hari dua paper, ini lagi gila. Last jadual final punya, berderet je. Tiga hari paper berderet, dan ada dua hari paper berderet dua kali. Total ada tujuh paper, fuhh. Tujuh dah lama tak ada paper byk byk mcm ni. Okay macam biasa mari kita membuat konklusi. Dengan masa study week pergi berjalan dengan kakak lagi, haha aku dah tak nak ikut dah sebab paper rapat rapat, tapi sebab dia dtg bercuti kan, tolong la bawak dia ronda ronda Johor ni. Haha


28/12/2015 - Contract Law 

Macam biasa bila law je tiga kredit, maka bersamaan dengan tiga jam punya final exam la. Kali ni nasib baik la lecturer tu tak suruh hafal borang kontrak. Hahah sebab macam diploma kita orang masa exam tak boleh bawak borang kontrak, maka kau hafal la segala clause yang ada 81 tu. Dekat sini sebab soalan dia mostly guna dua borang kontrak yang berbeza, maka selamat la para student. Haha time ni rasanya jawab okay okay je memang tiga jam tu menulis jeee, macam tulis blog haha! Soalan dia orite orite je actually law ni jawapan dalam borang kontrak, kena ulas kena kaitkan pastu siap~ Tapi masalahya aku cuak ni dengan carry mark aku, haih harap la dapat yang terbaik amin!

29/12/2015 - Construction Technology III

Techno weh, what do you expect? Haha memang banyak teori banyak bende kena baca dan faham dan hafal.. Time ni aku tak suka, sebab aku jawab dalam keadaan yang tidak yakin dan banyak keraguan timbul, 'Climbing Formwork ni naik pakai hydraulic jack ke crane, alamak' 'salah satu keraguan lepas tu aku ragu lagi 'Lunch lepas ni nak makan dekat RnS ke Khalishan' Harap dapat yang terbaik juga amin! Walaupun dalam keadaan ragu ragu yang aku tk suka betul, takde kepuasan menjawab langsung urgh.

30/12/2015 - English 

Dan macam biasa waktu waktu exam kan kita push diri, tido tak cukup, otak asek bekerja smpai lemah badan. Maka tak lain tak bukan, demam laa~ Eh hampir demam, baru tiga serangkai. Sesema sakit tekak dan batuk. Time jawab english bawak tisu, sebab tahu mesti hingus berlumba lumba nak keluar. Dengan soksek soksek baca kertas english yang ayat dia panjang berjela yang dengan tak berapa paham. Hahah tapi aku macam bersyukur juga sakit sebab aku tak ngantuk cuma sok sek sok sek je. Hehe dan result english pun dah keluar, laju kan? Alhamdulilah

06/01/2016 - Measurement 

Fuh measurement banyak gila kot kalau tkde spot, setiap element tu kalau nak kira lebih 10 item. Tapi dorang dorang ni cakap keluar Roof dan Door, em macam mana eh even dah ada spot pun still ragu ragu takot tetibe yang lain pula keluar, ha sudohh. Memang tiga jam duk taking off, belek drawing. Tiga jam tu jugak rasa macam sekejap sebab memang cukup cukup masa, eh tak cukup gak, tapi buat kasi cukup. Haha aku macam puasa hati, tapi tak tahu la markah macam mana. Sebab masa test rasa dah puas hati juga, tup tup result tak memberangsangkan. Eh sedih jugak la, tapi serious nak tahu apa yang silap :(

07/01/2016 - Financial Management

Ini aku kecewa. kecewa gilaa. Aku target boleh dapat A kot, aku jarang target target ni, tapi tah bila Financial dia macam, 'Aku rasa boleh A ni' Hahaha mungkin terlalu yakin ni bahaya maka hancur la harapan. Sebab apa? Dalam kelas 2+2, masa latihan 8(1+6)-4 / 7 time exam soalan direct tkde yang ada ayat kau tak paham. Otak dia soalan twist 100% memang tak expect weh. Sebab past year okay okay je, macam paham la. Ni saoalan dia mintak payback period je tapi ayat dia twist tkde sebut payback tu, dengan soalan yang susah urgh tension nya. Dan dengan careless mistake urgh double tension. Ha ini masa dua jam menjawab memang tak cukup, habis laju dah buat tu. Wuu hancur harapan nak boleh dapat A wuuu, takpe laa harap dapat yang terrbaik~ :)

11/01/2016 - Material & Specification

Ingat kecewa dengan Financial je, rupanya Material pun tahii jugaa... Hahahah! weh soalan takde dlam slide. Dalam slide notes dia contoh macam 'Proses pembuatan bata' sampai soalan final, 'Beri cadangan dan proses bata menggunakan green building' Hahaha totally lainnn! Aku rasa kesian dengan budak first year, dorang tah la memang baru kenal bidang construction. Macam mana la nak goreng. Kalau macam kami kan, dah diploma dan intenship kira macam idea tu ada la nak goreng. Tapi aku kesian juga dekat diri aku. Hahaha harap la apa yang goreng tu dpat juga markah, ish ish soalan badluck betul.

12/01/2016 - Building Economics

Last paper ni aku memang ready mental kalau soalan susah nak mampus macam dua paper lepas, memang ready baik punya la. Buat past year budak budak ni bagi, tapi tk berharap akan keluar past year sebab dah kecewa dengan dua paper kan. Dan last payper kan syndrome dia lain sikit. Pemalas dia tu ya tuhan memang tak boleh bawak bincang. So last paper ni dok discuss reramai. Lagi pun sebab subjek ni ada juga calculation maka seronok juga la dari membaca jeee. Masa masuk studio tu tengok kertas final, semua orang senyum. Haha sebab keluar past year, semua jawab muka tenang je. Takde macam Financial dengan Material. Hahah harap dapat yang terbaik jugaaa amin!


Lepas tu aku macam ke degree memang macam ni? Sebab kalau diploma mostly soalan direct soalan yang senang paham, degree ni hahaha mengarut sikit. Sebab dah kena manja masa diploma kan terbawa bawa degree. Dengan subjek yang banyak nya lagii, weh sem depan aku 8 subjek! Hahahah aku PMR weh sem depan. Subjek banyak banyak ni sebab nak susun kasi sem last free sebab ada PSM dengan Final Project semua. Uish cuaknyaa, aku kalau ingat fyp masa diploma tu mcm cuak sikitt. Hahah gila tak takot?

Whatever it is, I survived first semester in JOHOR! Alhamdulilah dream comes true, I always wanted to further study outside KL far from home. Haha rupanya masa degree dapat rasa hehe dan rasa itu okay okay la. Yang tak best sini takde KLCC, sebab im KLCC Lover! Hahahah tempat orang kang dia macam tak tahu nak pergi mana nak buat apa apa yang best. Kalau nak lepak tu macam okay nak pergi mana weh, weh aku baru teringat aku dah lama gila tak main bowling. Weh dulu dekat wangsawalk salu gak dalam satu sem tu. Wehhhh bowling jb ni pun tk pernah jejak lagi. Nampak tak baik kan saya di Johor. Haha keluar untk pergi aeon, makan, dobi, wayang dua tiga kali, dan cari kafe hipsturr~

Busy kan akak sampai tk update pun sum up post untuk 2015.. wuwuw nanti akak buat akak busy ni, busy nak balik keyell jumpa Akasyahh~ Aa nak sabarnya jumpa budak shinchan tuuu! Tungga jao Kasyah, Acu balik nii.

No comments:

Post a Comment