Monday, January 25, 2016

#SyaTiesTheKnot

Well well well.

Sudah masuk fasa membe membe bernikah, well well well maka ini menandakan umur kian matang dan tua well well well. Eh ek mcm sedap lak ber well well well, hahaha! Umur baru 22 tahu muda lagi eh entah nk rasa muda ke tua yang penting rasa matang kahkah. Pape pun, my teknik gombak friend's just married! *scream*


Itu dia, princess of the day super duper pretty on her day, big yeayy! Sya sho cantik super gorgeous maigod masa sekolah dulu pun memang lawo dah. Hahah aku dgn dia nak kata rapat takde la juga tapi kenal dan bertegor, masa form 5 baru start tegor hai hai bye bye sembang sembang sikit. Bila habis sekolah, instagram la sumber menjalinkan silaturharim, haha! Husband dia we all tak kenal pun, yang pasti bukan budak sekolah kami dan bukan sebaya. Sampai dah jodoh ko Syaa, alhamdulilah :) be a good wife and stay gorgeous! Barakallah :) ok ok aku part ucapan memang kaki sikit aku tak reti ayat lawo lawo heheh.

What's best about wedding is, beside having free meal (hehe) there's one more reason. Meeting old friends!!!! Maigoddd serious aku cakap aku happy doh jumpa membe lama. Tak rapat ke rapat ke tk kesah asal teknik gombak forever teknik gombak, go semteg! Hahaha tapi bila jumpa geng memang lagi syiok laa. Jumpa budak budak G7 itu paling havoc. Aaa jumpa budak kelas pun syiok. Hehehe makan sikit je borak dengan selfie je lebih hahaha. Semua habis sekolah ha ko bergaya kalah mak. Hahaha akak masih biasa insan biasa simple sahaja. Heheheh


Aku compile kan terus ha gambar hahaha mcm banyak lak nak masuk satu satu, heheh. Tapi serious semua dah pandai bergaya, and girls always being girls, muahhh! 

Nak special post sikit sebab ni geng akak masa nakal ni :p


Ye Eyka ko memang tk berubah, perangai ko still samaa! Hahahaha cara kau cerita dengan gaya serious tetibe suara kuat nyaa. Hahahah wehh rinduu dohhhh kau, last aku jumpa ko masa spm la weh otak dia lama nak mampus hahahah. Mulut yang tk cover kau tu stay tak cover ok, tapi control sikit sebab ko kan dah gegirl sekarang hahaha, ko nak aku throwback gambo lama tak? Hahahah ok ok tak tak aku simpan sahaja :p


Baby Amaa, haha sebab dia so small with big heart! Phone dia la dulu jadi mangsa aku duk lepas kan bosan dengan karok lepas prep before tido hehehe. Dah big dah dia, bershawl gituuuu. Ini pun satu, lepas spm hari tu lepas habis memang tk jumpa sampai sekarang. Dok like gambo dekat instagram je, hehe!


Nemo & Nad (Hijabista) heheh! Akak insan biasa je gambo dengan dorang. Hehehe nemo dah jumpa masa tunang jatul, Nad pun dah jumpa dekat UTM jadi aku malas la nak feeling feeling post pasal mereka :p 


Tapi aku tengah tak puas hati asal Wiwi tak datang :(( okay okay aku tahu dia kerja tapii nak jumpa Wiwi :(((

Friday, January 15, 2016

Sum up 2015

Macam yang sudah dijanjikan eh mana ada janji pun tapi memang biasa setiap tahun baru akan ku buat sum up tahun lepas, hehe. Tapi selalu buat malam tahun baru, tapi tahun ini hehe tidak sempat. Dengan wifi yespoji dekat utm bila exam makin teruk makin slow makin tension akak. Ala sorry la dua post ni macam buku teks sejarah ayat je takde gambar, harap tk tertido masa baca. Hahaha

January
Haha oh masa ni tak habis lagi cerita diploma, masih ber-struggle untuk fyp. Sedang dalam halangan kedua, kalau tak silap halangan kedua ni halangan paling teruk haha. Halangan yang tak tido malam yang tak mandi pergi kelas, haha memories~ Lepas tu hantar kerja halangan ketiga, halangan ketiga orite orite je tuh yang sempat pergi mandi sungai tu, haha. Pergi sungai Kanching dekat mana tah, yang pasti kawasan mandi dia tak best, yang best cuma aktiviti memasak disana. Hehe rindu bihun tomyam :(

February
Bulan yang paling tegang situasi dia. Haha sebab bulan tu bulan....VIVA! Hahahahahahaha gila cuak kau tahu, kalau nak ingt balik cerita pasal VIVA boleh la pergi bukak entry tu, Akak tkmau la cerita haha, Tapi before viva tu sempat lagi pergi gua tempurung hehe, sebab aktiviti tahun 2 buat pastu rasa macam kalau tak pergi sekarang tak tahu bila aku akan pergi, memandangkan kesempatan ini datang lalu saya pun terkam. Oh dan dinner yang terakhir untuk diploma :( Terakhir yang seronok. hiks! Dan time ni la first time keluar overnight sampai pagi. Haha dengan bdk kelas ok, bukan dgn boyfriend. Huhu dari pergi rumah Puan Rosmiza ke Putrajaya main rollerblade, ke KLIA menghabiskan minyak, dan ke mamak tunggu sampai pukul 6 sebab nak masuk tanpa kena saman haha.

March 
Post bulan ni ada 3 je, mungkin sebab time ni bulan final. Haha masa final mana boleh post bebanyak sebab takde aktiviti, hihi. Cuma ada satu sahaja, pergi Sunway Lagoon dengan semurah RM40 je! Haha tp ada gak kekadang aku tk post, ini semua berdasarkan apa yang aku post je, sebab aku kan manusia biasa mana ingat kalau tak catat. That is why i have blog aka online dairy. Yang baca ni so rajin so power, should i thank or not? Im not sure hahahaha!

April
Sebab dah cuti dah habis diploma kan, maka banyak la waktu lapang waktu free time. Haha jadi post pun tidak banyak juga. Oh cuma time ni first time makan Boat Noddle, sedap juga. Makan dengan jiran sebelah rumah, dia ajar saya heheh. Dan rezeki alhamdulilah, dapat tengok negara Turkey. Abah punya tentatif selepas Jepun. Dan this is very big achievement sebab lagi thrill dari Jepun itu hari. Apa yang thrill pun tk tahu hahaha.

May & June 
Waktu ni alhamdulilah rezeki lagi, Illy offer kerja dekat Sabah bantu mama dia punya firm untuk satu project. Time tu memang aku tgh cari kerja sebab pikir balik je dari holiday ni memang nak cari kerja. Memang sabar juga la kesempatan yang ada :) Pengalaman bertambah duduk Sabah lebih kurang 2 bulan hehe. Terima kasih Allah :)

July
Sudah raya kah? Wah sungguh pantas. Dan raya yang paling best juga sebab rasa dia punya kasih sayang tu. Hahaha selama ni rasa juga cuma tahun ni rasa dia macam double best. Haha pastu pergi holiday satu family dekat Genting Highland. Biasa mama tak mau ikut, kali ni mama ikut yeayy double yeah yeahh~

August
Maigod ada satu je post? Like seriously ja? Malas apa nak update? Hahaha takpe la yang penting bulan ini ke Langkawi bersama guys~ Hihihi kalau tak silap bulan ni pun ke Sunway Lagoon dengan RM40 juga tapi kali ni bersama jiran dan kawan kawan jiran. Haha

September
Selepas hampir enam bulan cuti, moh ler kita masuk belajar semula. Haha alhamdulilah peluang untuk sambung degree ini :) Dan akhirnya doa aku dimakbul kan untuk rasa belajar jauh dari rumah. Haha maksud aku jauh dari Ampang dari KL. Dari sekolah kot semua sekitar Ampang sekitar KL je, akak jenis nak rasa semua benda. Dan sebenarnya Johor ni em okay okay la. Lain tempat lain rasa kan, cuma aku tk boleh berpisah dengan KLCC sebenarnya :( Hahaha

October
Finally, after three year, officially grad in Diploma Quantity Surveyor :) Pengalaman dan memori paling seronok untuk dikenang dengan tragedi yang berlaku. Haha boleh pulak la kasut koyak la apa laa, patah balik bilik tukar kasut semua. Haha and i found my better half, eh bukan found, just found :) Hahah doakan yang baik baik untuk semuaa. InshaAllah

November
Nothing much sebab ada satu entry je, haha memang dah kurang update dah sejak masuk degree ni. Tak tahu la tak sempat ke busy ke sebab rasa tak penting ke i tak sure. Post bulan ni pun just nak update hidup. Haha oh aku ada amek kelas mandarin dengan Shey and we all grad dengan cemerlang. Hahahah baru phase pertama la sebenarnya kehkeh.

December
Yeay Jatul dah tunang yeayy Ketua Dorm dah mulakan langkah pertama. Ok anak anak boleh la ikut jejak langkah ketua. Ok boyfriend kita bilaa? Hahaha rahsiaa~ tapi kalau taksilap dia tunang bulan 11 tapi sebab aku post lambat jadi la bulan 12. Hahah, dan kami gegirls time ni lincah buat birthday party, suprise birthday party :) Kebahagian membe kebahagian saya jugaaa :)


Amacam tragedi tahun 2015 gua? Ada baik kan? Hahaha matang ada tak? Mesti la aku kan dah 22 tahun sekarang, maigod so tua maigod. Tua tua pun jangan risau blog tetap ada dan never ever gonna delete it. Ceh hahaha, eh lupa dan tahun ni juga anak buah bertambah, Raja Akasyah bin Raja Azwan dengan Raja Adam Hilmi bin Raja Mohd Azlan. Alhamdulilah keluarga makin lama makin besar. Oh dan tahun ni juga, Atok saya, Raja Ismail bin Raja Saleh, kembali ke rahmahtullah. I was so shocked, semua adik beradik balik kampung tapi time tu aku dekat Skudai dan waktu final. Aku hanya mampu kirimkan doa. Mari doakan untuk Arwah Atok saya, Alfatihah


'Harap makin besar, makin berguna. Amin'

Wednesday, January 13, 2016

Semester 1 2015/2016, Done!

Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.

Habis jugak weh exam yang berderet. Wehhh dekat UTMKL dulu mana pernah exam takde gap paling busuk pun mesti mestii akan ada gap sehari. Sini? Haha first draft keluar itu hari paper berderat, draft kedua satu hari dua paper, ini lagi gila. Last jadual final punya, berderet je. Tiga hari paper berderet, dan ada dua hari paper berderet dua kali. Total ada tujuh paper, fuhh. Tujuh dah lama tak ada paper byk byk mcm ni. Okay macam biasa mari kita membuat konklusi. Dengan masa study week pergi berjalan dengan kakak lagi, haha aku dah tak nak ikut dah sebab paper rapat rapat, tapi sebab dia dtg bercuti kan, tolong la bawak dia ronda ronda Johor ni. Haha


28/12/2015 - Contract Law 

Macam biasa bila law je tiga kredit, maka bersamaan dengan tiga jam punya final exam la. Kali ni nasib baik la lecturer tu tak suruh hafal borang kontrak. Hahah sebab macam diploma kita orang masa exam tak boleh bawak borang kontrak, maka kau hafal la segala clause yang ada 81 tu. Dekat sini sebab soalan dia mostly guna dua borang kontrak yang berbeza, maka selamat la para student. Haha time ni rasanya jawab okay okay je memang tiga jam tu menulis jeee, macam tulis blog haha! Soalan dia orite orite je actually law ni jawapan dalam borang kontrak, kena ulas kena kaitkan pastu siap~ Tapi masalahya aku cuak ni dengan carry mark aku, haih harap la dapat yang terbaik amin!

29/12/2015 - Construction Technology III

Techno weh, what do you expect? Haha memang banyak teori banyak bende kena baca dan faham dan hafal.. Time ni aku tak suka, sebab aku jawab dalam keadaan yang tidak yakin dan banyak keraguan timbul, 'Climbing Formwork ni naik pakai hydraulic jack ke crane, alamak' 'salah satu keraguan lepas tu aku ragu lagi 'Lunch lepas ni nak makan dekat RnS ke Khalishan' Harap dapat yang terbaik juga amin! Walaupun dalam keadaan ragu ragu yang aku tk suka betul, takde kepuasan menjawab langsung urgh.

30/12/2015 - English 

Dan macam biasa waktu waktu exam kan kita push diri, tido tak cukup, otak asek bekerja smpai lemah badan. Maka tak lain tak bukan, demam laa~ Eh hampir demam, baru tiga serangkai. Sesema sakit tekak dan batuk. Time jawab english bawak tisu, sebab tahu mesti hingus berlumba lumba nak keluar. Dengan soksek soksek baca kertas english yang ayat dia panjang berjela yang dengan tak berapa paham. Hahah tapi aku macam bersyukur juga sakit sebab aku tak ngantuk cuma sok sek sok sek je. Hehe dan result english pun dah keluar, laju kan? Alhamdulilah

06/01/2016 - Measurement 

Fuh measurement banyak gila kot kalau tkde spot, setiap element tu kalau nak kira lebih 10 item. Tapi dorang dorang ni cakap keluar Roof dan Door, em macam mana eh even dah ada spot pun still ragu ragu takot tetibe yang lain pula keluar, ha sudohh. Memang tiga jam duk taking off, belek drawing. Tiga jam tu jugak rasa macam sekejap sebab memang cukup cukup masa, eh tak cukup gak, tapi buat kasi cukup. Haha aku macam puasa hati, tapi tak tahu la markah macam mana. Sebab masa test rasa dah puas hati juga, tup tup result tak memberangsangkan. Eh sedih jugak la, tapi serious nak tahu apa yang silap :(

07/01/2016 - Financial Management

Ini aku kecewa. kecewa gilaa. Aku target boleh dapat A kot, aku jarang target target ni, tapi tah bila Financial dia macam, 'Aku rasa boleh A ni' Hahaha mungkin terlalu yakin ni bahaya maka hancur la harapan. Sebab apa? Dalam kelas 2+2, masa latihan 8(1+6)-4 / 7 time exam soalan direct tkde yang ada ayat kau tak paham. Otak dia soalan twist 100% memang tak expect weh. Sebab past year okay okay je, macam paham la. Ni saoalan dia mintak payback period je tapi ayat dia twist tkde sebut payback tu, dengan soalan yang susah urgh tension nya. Dan dengan careless mistake urgh double tension. Ha ini masa dua jam menjawab memang tak cukup, habis laju dah buat tu. Wuu hancur harapan nak boleh dapat A wuuu, takpe laa harap dapat yang terrbaik~ :)

11/01/2016 - Material & Specification

Ingat kecewa dengan Financial je, rupanya Material pun tahii jugaa... Hahahah! weh soalan takde dlam slide. Dalam slide notes dia contoh macam 'Proses pembuatan bata' sampai soalan final, 'Beri cadangan dan proses bata menggunakan green building' Hahaha totally lainnn! Aku rasa kesian dengan budak first year, dorang tah la memang baru kenal bidang construction. Macam mana la nak goreng. Kalau macam kami kan, dah diploma dan intenship kira macam idea tu ada la nak goreng. Tapi aku kesian juga dekat diri aku. Hahaha harap la apa yang goreng tu dpat juga markah, ish ish soalan badluck betul.

12/01/2016 - Building Economics

Last paper ni aku memang ready mental kalau soalan susah nak mampus macam dua paper lepas, memang ready baik punya la. Buat past year budak budak ni bagi, tapi tk berharap akan keluar past year sebab dah kecewa dengan dua paper kan. Dan last payper kan syndrome dia lain sikit. Pemalas dia tu ya tuhan memang tak boleh bawak bincang. So last paper ni dok discuss reramai. Lagi pun sebab subjek ni ada juga calculation maka seronok juga la dari membaca jeee. Masa masuk studio tu tengok kertas final, semua orang senyum. Haha sebab keluar past year, semua jawab muka tenang je. Takde macam Financial dengan Material. Hahah harap dapat yang terbaik jugaaa amin!


Lepas tu aku macam ke degree memang macam ni? Sebab kalau diploma mostly soalan direct soalan yang senang paham, degree ni hahaha mengarut sikit. Sebab dah kena manja masa diploma kan terbawa bawa degree. Dengan subjek yang banyak nya lagii, weh sem depan aku 8 subjek! Hahahah aku PMR weh sem depan. Subjek banyak banyak ni sebab nak susun kasi sem last free sebab ada PSM dengan Final Project semua. Uish cuaknyaa, aku kalau ingat fyp masa diploma tu mcm cuak sikitt. Hahah gila tak takot?

Whatever it is, I survived first semester in JOHOR! Alhamdulilah dream comes true, I always wanted to further study outside KL far from home. Haha rupanya masa degree dapat rasa hehe dan rasa itu okay okay la. Yang tak best sini takde KLCC, sebab im KLCC Lover! Hahahah tempat orang kang dia macam tak tahu nak pergi mana nak buat apa apa yang best. Kalau nak lepak tu macam okay nak pergi mana weh, weh aku baru teringat aku dah lama gila tak main bowling. Weh dulu dekat wangsawalk salu gak dalam satu sem tu. Wehhhh bowling jb ni pun tk pernah jejak lagi. Nampak tak baik kan saya di Johor. Haha keluar untk pergi aeon, makan, dobi, wayang dua tiga kali, dan cari kafe hipsturr~

Busy kan akak sampai tk update pun sum up post untuk 2015.. wuwuw nanti akak buat akak busy ni, busy nak balik keyell jumpa Akasyahh~ Aa nak sabarnya jumpa budak shinchan tuuu! Tungga jao Kasyah, Acu balik nii.