Tuesday, December 6, 2016

QASIH 2016

QASIHHH~
MENGAPA MERINDUU~
KERNAA~
CINTAKU PADA MUU~
TIDAK TERHITUNG JARI JEMARI KAKUUU~

Ok lantak lirik salahh. Lantakkk, yang penting program sudah habis! Yeayyyyy

Cerita dia masa sem lepas akhir sem tu, Dr panggil ke bilik jumpa dia ingat ke apa sekali dia bagi tahu pasal program Qasih ni. Katanya dah lama tak buat, last masa 2012. Pastu dia mintak kami kami handle. Jadi sem ni la start buat plan semua bagaii. Meeting almost everyweek Rabu pagi sebab kami takde kelas, fuh sebagai student kalau tkde kelas pagi, memang akan lajak kan tido smpai pukul 9 ke 10 tapi sebab ada meeting memasing kena gagah kan diri gi meeting. Thankiu semua!

Patut plan asal program ni 26Nov, tapi tk jadi maka ke 3Dec. Itu pun rasa macam weh cepatnyaaa, tk setel lagi kerja itu kerja ini. Haha tapi whatever it is, the event must go on. By hook or by crook.

Jadi program hari Sabtu, tapi sebab kami tak dapat bajet untuk pengankutan. Maka tong tong ler naik kereta. Ada kete yang gerak lepas kelas hari khamis tu. Ada yang tolak pagi Jumaat. Yang penting semua kena ada hari Sabtuu. Hahah 

Ok aku takde rasa nak cerita flow program ni ke apa, aku just make it concise. Alhamdulilah everything went smooth. We all managed to cope all the obstacle. Nak print, printer ink takde, hias dewan last minit due to other program yang tumpang dewan dinner. Miscommunication with the ajk, dr haha pape je la. And yeayyy we did it guys! 

Akak belanja gambo ler sikit.

SEMINAR CPD








ALUMNI DINNER QSBINA



Thank you Seqy Beauty menjadi penaja yang utama, gituww. Semoga terus sukses! InshaAllah


Ma Girls. Sya hilang mana tah.



Aku macam nak elaborate lagi rasa perasaan em kira post morterm la gitu tapi tkpe la biar kan aja di dalam dada ku ini karang kalau tulis nanti panjang lak cerita dia. Cuma aku perlu ingt, keperluan kita tk sama dengan keperluan orang. Kepentingan bagi kita, mungkin tak penting untuk orang lain. Sebab kita manusia biasa lerr. Contoh la contoh macam camera, tp sumpah contoh ni takde kaitan aku hanya bagi contoh. Kita mintak A tolong tengokkan camera, A kata okay. Lepas tu kita nampak A berjalan, kita tanya eh siapa tengokkan camera, A kata takpe B ada dekat situ. Hahahah mende pas pas karang hilang ke apa ko nak tanggung jawab? Oh dan tkde kaitan juga dengan pendrive saya yang hilang. 

Benda gini kau kena selalu ingat itu je aku pesan. Hahaha kepentingan kita lain lain

Pape pun, tanpa bantuan semua pihak majlis tak akan berjalan!!


Shout out kepada Dr Sarajul Dr Saidin dan Dr Zuhaili yang banyakkk membantuuu! Yang setiap minggu meeting bersama dan dapat makan pagi free pulak tu! Alhamdulilah murah rezeki Dr. Kepada ajk ajk saya yang banyak membantu untuk menjayakan! Sha selaku SU saya yang tenang tup tup ada minit meeting yang power dan jadi MC masa seminar. Amalina sebagai bendahari saya yang baru nampak busy nya duk kira claim, kutip resit. Hafiz dan Jiha yang kerja nonstop sebab multimedia, ubah poster ni buat poster tu. Kepada Maira dan Kerel, ajk jemputan yang sangat busy nk call orang, pm fb sorg sorg, kena layan perserta, jemput vip. Untuk Shey, sebagai ajk cenderahati yang pandai bodek org alumni jadi dpt bekas air percuma haha dan PA saya kahkah. Raihan dan Ecah ajk tempat dan deco! Thankiu juga kepada Raihan dan Jiha sudi jadi MC masa Dinner!! Haziq sebagai ajk sponser, yang tolong carikan sponser tp dpt satu dua haha ok la tu. Azam dan Apip ajk teknikal dan tetibe jadi ajk kebajikan penari hahahah! Dan last but not least, Illy dan Tim! Makanan seminar dan dinner sangat sedap maigod saya sgt berpuas hatiii! Walaupun ada yang cirit lantak sebab saya tk kena cirit tuu hahaha!

Dan saya nak mintak maaf kalau saya ada berlagak mcm raja mengarah je hahah tp sbb nama saya dah raja memang la gitu.... pape je laa. Aku sgt rasa berterima kasih dekat kamu kamu semua, pening juga kalau aku setel sorang habis la nangis aku hahah. U guys are my backbone! U did this happened. We all did!! Thank you so much!! 

Oh tak lupa jugak pada boyfriend, haha dok jadi pendengar setia masalah yang aku kena hadap. Bagi idea, tolong bagi solution, tolong buat kertas kerja masa awal awal tu haha nasib ah siapa suruh pernah jadi pengarah gak. Kena la bantu saya!! Bagi semangat dikala aku rasa down kahkah.

Pada Ma Abah, yang selalu mendoakan saya. Saya mintak doakan program ni jalan dengan lancar pada mereka sebab doa mereka mustajab hehehe. 

Weh aku punya ucapan ni macam dah habis buat thesis la dohh!! Program biasa je kott!!!!! 

Wednesday, November 16, 2016

Sony A5100 xx!

Hihihih
Cuba cari siapa ada toy baru?

Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah :)
Memang dah lama dah cari camera ni tapii tk sangat bersungguh mcm nak cari gopro itu hari. Haha mungkin sebab dah malas ke? Eh bukan malas tapi sebab apa eh mungkin sebab entoh. Tapi I nak yang I tahu I nak camera tu haha.

Warna putih sebab rasa cantik, tk cepat kotor iya saya jaga. Hihi


Dan tetibe masa dekat Sutara Mall, usha kedai camera sekali camera ni ada promotion. Dia mcm aku ulang alik kedai tu dua kali lepas tu aku tk tahan untuk memilikinya esok terus beli hahahah.. Dan sangat berpuas hati hehe. Dapat free bag sony dengan monopod free. Untuk filter kena beli ceh bagi je la free ngadeee... Haha total dalam RM2170, hiks. Tapi before beli tu dah whatsapp Abah, mintk sumbangan ikhlas darinya untuk menghulurkan beberapa ikut suka hati. Serious aku cuba nasib je, sekali Abah 'Boleh he he he' Hahah Abah bagi RM400, alhamdulilah dari tkde kan. Hihi itu je la sumbangan I mintak, dekat ahli keluarga lain tak haha malu.

Benda sekarang aku baru try beberapa shot je, setting manual aku pun tk beberapa power. Baru explore sikit sikit. Tapi focus aku nak lebih kepada video. Masalahna UTM Event bila nak buat belajar edit video niiii... Ada photoshop je sekarang, tkmau laa. Hahah

Pe lagi, usha ah gambo tanpa edit ni hihi










Lepas ni gambo dalam blog akan jadi lagi kebabomm wowo wowowow then should i start publish my blog to facebook? Haha mana tahu kot kot boleh kawan dengan honeykoyoki atau peliks ke hahaha.


Weh tengok budak atas tu baru ada camera terus jadi food hunter, food treasure, food is everywhere.



Wednesday, November 2, 2016

IPOH! #missturnstopuan


Pergi memancing ikan haruan,
Masak lemak dirumah Atan,
Dari Miss ke Puan,
Selamat Pengantin Baru Cecomelzz ucapkan :)

Dekat memana aku sebarkan pantun bidan terjun nii. Hahaha reka dengan kawan kawan time tengah makan kenduri dan sepatutnya mintak Kerel yang bagi ucapan tapi dia taknak dan akak la yang volunteer haihh budak kerel tuu..
Jadii, IpohxWeddingMiss la kitaa.

Plan asal ramai nak ikut, tapi sebab cuti sem dan ramai yang nak balik dan ada hal masing masing, 13orang saja lah yang gerak Ipohh. Dan yang paling surprisenya, Rafiq follow sekalii! Yeayyy happy tengok Rafiq dah semakin elok :) Alhamdulilah. So kerete Nisa, yang bdk bdk laki bawak tu gi amek Rafiq dulu. Kete Maira dan Hapis gerak terus ke Ipoh. Sebab macam gi Ipoh tak plan nak usha apa, maka semuanya plan time tu je. Ok Nasi Ganjaa, Jomm. Ok Mural, Jomm. Okay Ipoh Parade, Jomm. Hahaha sebab nak pergi jauh jauh mcm tk sempat sebab dua hari je kann. 




Motif sangat pergi dekat dataran ginii. Hahaha, nasib ni ada tujuan sebab nak makan. Dah bungkus untuk semua so, makan reramai di sinii. Dan bagi aku nasi ganja tu rasa dia mcm biasa je. Sebab aku tak rasa excited masa first suap. Kalau aku suka aku akan puji sampai habis nasi. Haha tapii,,, tak sedap sedap pun... Bahagian Tim punya akak habiskan jugakk heheheh,,,,

Jadi malam tu, Ayah Hapis belanja kami homestay deret rumah dia. Hihihi thankiu Ayah Hapis :) Jadi lagii, perempuan tido homestay tu, yang lelaki tido rumah Hapis. Tapi malam tu makan semua dekat rumah Hapis. Tuh nampak kami macam tinggal sekali. Hahah... Malam tu dok lawan samyang challenge. Kalah basuh pinggan. Hahah Illy la kalah awal awal sebab dia tak makan pedas hihi. Pastu habis kan masa main Werewolf. Syiok jugak sebab semua kaki menipuu hahaha.

Esoknya dalam pukul 11 lebih tolak ke rumah Miss, dalam 40minit juga. Tunggu Sha dekat jalan mana tah sebab Sha orang Perak. Pape je la sebab otw pergi aku tido, i am so mengantuk. Tahu tahu sampai, betulkan tudung makan. Haha jumpa lecturer diploma dekat situ, salam salam tanya kabar, awkward sikit lepas tu gambo then blah apa lagii. Hahaha, otw balik dari rumah Miss dok bincang nak pi mana sebab pukul 3 mcm tu panas gilaa Allahuu.. Tapi lepas tu reda balik, jadi ke Teluk Batik ke kitaa. Tapi aku tak amek gambo sangat dekat nii, sebab pergi sana pun mcm semua eh nak mandi ke tak ni. Malas la saya nak mandi laut lekit lekit karang rasa rimas. Haha...





Gambo dekat pantai dalam gopro tak banyak.
Jadi itu je la my Trip to Ipoh x Wedding Miss :)

Thankiuu Hapis for the hospitality, next time nak datang lagiii hihih. Takpunnn #KeGanuKeKita ? hihihi

Monday, October 31, 2016

Test Week.

Lalu aku pun buat post baru.

Nak jadikan cerita, before test boleh pulak demam... Demam lepas balik datingg.. Hahah tah pape sangat, demam rindu ler tuu. #aptb Lepas tu baru cari Maa, salu demam dekat rumah Ma Abah layan sangat macam babyy. Hahah terus rindu rumah.. Nak demam dekat rumahh.. Tapii nak buat mcm mana demam dekat kolej sahaja.. Nasib masih ada yang sudi bantu. Beli kan makanan, cek kan kerongkong aku yang penuh dengan putih putihh haha (nanah ke mende tah tak tahu), tolong cek kan kain basah dekat kepala masih basah atau dah kering (aku paksa roommate tolong cek kan sebenarnya). Hihihi tapi still, thank you :) May Allah bless you all :))

Tapi test masih kena hadap, maka aku study bila rasa okay je. Bila rasa panas gilaa tu dan dan rasa tak larat terus baring jee. Hahha dah la cerita pasal demam, sebab demam kan penghapus dosa hihi.

Measurement III - 18/10/2016 
Masa jawab test ni standby sweater, kot kot la sejuk. Tapi takpunn, siap rasa peluh lagiii hahaha sebab naik studio tinggi sangat then aku duduk tempat yang bukan target aircond. Hihi dan alhamdulilah rasa macam confident jawab measurement ni. Tapi confident aku tk leh caya gak, sebab kekadang mengarutt je nanti result dia. Hahahha tp tkpe yang penting kita rasa confident. #sedapkanhatiketu

Construction Information Technology - 19/10/2016
Ni patut subjek tahun 4 tapi sebab PA kami susun jadual untuk kami amek sem ni bagi memudahkan sem sem yang akan datang maka kami pun amek lee. Nak jadikan cerita, boleh pulak salah time. We all ingt pukul 9 sekali kauuu pukul 11.. Tah la petang tu ada paper gakk... Tapi aku tk ingt paper ni macam mana susah dia. Yang aku ingt satu slide je masukk. Hihi tapi masih tk elok demam dan perut banyak gila angin yang nak muntah tu, siap gi toilet paksa angin tu keluar sbb rasa sangat tidak selesa. 

Professional Practice - 19/10/2016
Yang ini pun aku lupa ingatan pasal peristiwa paper ni. Hahhaah serious dah tak ingt.. Jadi aku patut teruskan subjek lain la gini...

Value Management - 20/10/2016
Yang ini, aku tahu. Aku tahu aku tk boleh buat.. Hahahahha memang aku blank dan tk ingt principle dia mintak tu. Aku ingt 2 dari 5, lagi 3 aku tibai je laa sebab memang aku tak dapat nak recall. Tapi before gerak pergi test aku dapat firasat yang principle tu keluar. Tapi aku tk usha balik.. Jaja jajaaa... Dengan FAST Diagram aku punya mengarut. Kahkah lepas habis test aku rasa malu nk jumpa lecturer yang ajar tuu.. 

Construction Project Management - 20/10/2016
Ni tah pape, belajar simple keluar test past year mengarut. Hahahha semua past year nak cuba buat terus tk terbuat sbb tak tahu nak start dari mana. Tapi nasib la masa test Dr tu tenang jeee orang tanya dia tolong sahaja. Dah dia alright alright apa lagi, riuh juga la satu studio tu. Bincang la pe lagiiii... Haha tp still mcm betul ke tak betul. Sebab bila kita jawab rasa tk confident maka jawapan tu pun mcm confident tk confident je haha...


Entoh le nak, apa nak jadi dekat akak ni. Akak harap semuanya baik baik sahaja.

Hai.

Hai.

Iya dah berbulan ni tak update. Sampai dah berpuluh puluh draft tp tak habis kan untuk publish. Ok tu tipuu, ada satu dua draft je hahah. Nak cakap yang tengah cuti sem nii hehehhe. Terus post cuti sem, cerita awal sem baru masuk semua takde. Nampak dok malas nak mengupdatenya tuu.

Macam biasa before cuti sem mestilah ada test. Huhu selalunya habis test seminggu tu terus cuti mid sem, tapi kali ni after test, seminggu kelas then baru cuti mid sem. Memang seminggu before cuti tu tak focus ah sebab kepala pikir nak balik kahkah. Oh lagi satu nasib laaaa Fesko after test. Memang habis kan masa dekat Fesko je laa seminggu tu. Pergi beli kambingggg hehe yumms!

xxx

Tengok, post petang tadi tulis sampai malam tak habis.. Suka buat kerja setengah jalan.. Jaja sekarang bukan la Jajaa yang duluu.. Hmm....

xxx


Sebelum nak bebel panjang berjelaa, kita nak wish congrats dekat awak dulu, Hihihih, my roommate masa final year diploma. Selalu je aku tkde dalam bilik, busy sangat time akhir akhir nak submit kerja. Kekadang pagi keluar bilik before dia bangun, balik bilik masa dia tido. Tak berjumpaa wahh banyak busy akak jajaaa. Hahah ni dah dekat UTM Skudai memang jarang jumpa gak sebab kolej jauh huhu. Apa apa pun, all the best for your future Linaa :) Thankiu for everything :) Bila kita boleh solat jemaah lagi :)) Tapi awak imam la hahah.

Ok aku nak sembang pasal test nii.
Aku patut buat post baru atau teruskan?

Friday, August 12, 2016

Bersawang ft Surprise Birthday Celebration!

Assalamualaikum, Hai Im Jajaa, who else could it be? Apaa macam aku try intro Luna Tasha nii, jadi dop? haha

Okay okay aku dah lama tk update ye jangan la marah jangan la bosan dengan post yang dah lebih sebulan terpapar tuuu. Hahah banyak sangat cerita ni dah tertangguh dan macam biasa aku pun tak pasti nak start dari yang mana. Cian awak blog, saya dah tak amek endah dan perduli pasal awak, hm cian awakk. Sebab saya takde masa, saya busy tauu. Hahaha acah busy mende tak tahu tp yang aku tahu takde masa :p

Germany!
Hehehe akak tkde kecoh dekat blog kata nak pergi holiday, sbb akak kan dah besar. Hahaha, so aku kena buat post lain untuk german la kan. Aduh sebenarnyakann, aku dah macam tak rajin. Hahah macam mana ni ya ampun Hafiza mana semangat ko berblog ni Hafiza Hafizaa.

Takpe la aku cerita overall je la, trip kalini selama 14 hari. Kami sempat cover dalam 5 buah negeri dalam Germany which is Frankfurt, Munich, Berlin, Hamburg, Cologne. My first impression, Frankfurt tak best. Hahah yang lain okay cantik dan banyak tempat menarik. Ohh dengan lagi dua tempat, Dresdan and Fussen. Mostly interaction place dia pasal building lama lama. Actually one of my friend that i met at Cologne said that, even the new building itself built looks like the old one. They want to keep the facade and the looks of vintage. For tourist la siapa lagi kan. Oh yes, trip kalini jugakkkk, dalam musim summer! Mok i swear i wont go for holiday in summer again! The sun keep kissing me! Hahah hitam tau sayaaa :( itu pun nasib dah pakai SeqyBeauty, kalau tk pakaii legam aku rasaa.

Surprise Birthday Party Celebration!
Ini memang betul suprise, sambut awal 3 minggu! Hahaha boyfriend boyfriend. Beriya pulak tu ajak kawan kawan aku kumpul. Adilah pun kemainnnn, sesame menipuuuu. Masa aku dekat Germany lagii, Adilah dah wasep mintak teman jumpa client katanya. Akak okay jee, memang tkde pikir syak ke apa takdeee. So on that day, pergi laa keluar dengan Adilah duluu, gi Klcc semuaa sebab katanya jumpa client dia dalam pukul 4 eh ke berapa eh aku lupaa. Lepas tu boleh lak kata silap jalan siap dah sampai Tugu Negara. Haha singgah siap tangkap gambo lagii. Rupanya Adilah nak lengahkan masa. Hahah

Lepas tu dia ckp jumpa dekat taman Botanika kot entoh dekat mana area area situ, aku totally tkde syak papee. Dia jalan laju aku mcm ok lantak la ko. Aku nak nikmati permandangan ni sambil amek gambo hahah pastu dia tarik tangan aku suruh cepat, macam eh takpe laa awak jalan la duluu. Hahah lepas tu boleh lak terserempak dengan Fara dan bdk bdk bukit indah. Aku mcm eh macam mana boleh jumpa dorang dekat siniii! Aku dah malu sebab aku tgh berpeluh gilaaa. Akak baru balik oversea awak kena paham, Summer pun tk peluh teruk mcm ni. Hahah

Lepas tu macam lama gak la dkt dorang tu, aku dah pelik dah time ni sikit. Out of sudden macam mana boleh jumpaaa. Hahahha aku keep tanya Adilah, ada apa apa ke nii. Hahaha tp memang tak expect langsung la nak celebrate birthday sebab awal lagi kann. Lepas tu tetibe Fara dengan Adilah ajak aku amek gambo dekat hujung. Time ni lagi la eh dah kenapa ni. Hahaha pusing belakang, ada boyfriend hehehhehe dengan Syahidah dan Amalinaa. Ok kehadiran kamu berdua paling terkejut juga tauu! Hahah



Thankiu guys memeriahkan majlis, thankiu Adilah sebab menipu jadii, thankiu Ama even sakit pun datang, thankiu Shey datang dari jauhh, dan.. Thankiu boyfriend. Tak sweet pun, biaseee je. Ingat aku terharu ke? Hahahahahhaa :p

Thursday, June 23, 2016

Semester II 2015/2016, DONE!

Alhamdulilah.

Habis jugak akhirnya, tah la 8 paper kena hadap, lambat pulak tu habis. Orang lain habis dalam 16hb, ni kami ya tuhan 22hb. Kira sek sek hujung. Hahah ciann, cian jugak ke diri yang masih malas bila tah nak rajin ni. Huhu ok ok mari kita cerita paper paper yang kita dah selamat goreng kasi ranggup tu. Oh yeah, kali ni final dalam bulan yang berkat, Ramadhan Kareem. Harapnya paper yang digoreng pun turut berkat hihi.

Measurement - 5/6/2016
Japp aku tengah nak ingat sebab lama sangat dah paper ni. Ok dah ingat, haha at first we all thought Sewage yang akan keluar, sebab masa ajar pun dia asek cakap soalan favorite untuk final. Sebab banyak step sikit nak kira tu. Jadi ramai la tekan kan study pasal tu, tapi sehari sebelum kot, ke malam exam tah ala lupa sikit, dorg ckp Retaining Wall yang keluar. Tapi bukan RW yang kita orang buat tuto, yang lain! Hahaha baca senior punya contoh je laa nampaknyaa... Dan nasib menyebelahi kami, keluar yang senior punya tu! Hihi harap dapatnya terbaik laa, haha.

Cost Estimate - 7/6/2016
Maigodddd, CE suppose senang je la sebab pernah belajar dulu masa diploma dengan Puan Huda. Tapiiiii soalan dia maigod, belitnyaa, so soalan Degree. Hahah soalan first dah belit dah siap masuk mcm subjek Building Economics. Markah 25, and I dont have any idea what am i doing. Hahah biar la ada la tu markah lain huhu. Sebenarnya bila dapat soalan, all the things that we need is, idea. Serious kalau ada idea ada la benda nak goreng. Kalau tkde langsung dia macam mati akal situ. Cian #prayforjajaidea

English - 8/6/2016
Uish kalini punya English pun boleh tahan, haha makin lama makin susah. Dulu ada jugak la soalan cari words yang synonym dalam teks. Say no more dude. Hahaha makin belit, kena cari synonym dalam dua teks yang panjang lebar. Aje cian haha jawab je la labuu, ada la tu markah. #alliswell

Pemikiran Kreatif dan Kritis - 9/6/2016
Sebab paper berderet tiga hari, dia mcm urgh cepat la habis. Haha nasib baik la subjek umum, kalau subject core berderet nak kena nii. Ok paper ni gua first time jawab dekat Dewan Besar. Dewan masa konvo tu, huhu. Rasa mcm teruja sikit laa, haha. Tapi pape pun, aku terkilan benda senang tk dpat jawab. Haha dua markah hilang mcm tu je, serious serious aku sedih betul. Haha "Eleh dua markah je" Wehhh setiap markah berharga dan benda tu senanag dan bongok utk silap. Hahaha

Management - 12/6/2019
Weh subjek membaca ni aduhh, akak lemah betul aduhh. Haha nak khatam kan 4 tajuk dalam buku tu aduhh. Dan alhamdulilah jugak, nasib menyebelahi kamii, Sebab soalan past year 2013 gitu keluar, Dan satu tu je la past year yang kita orang usha. Hahah sebijik weh keluar, sebab paper ni lecturer buat objektif, jadi untuk final dia bagi 80 soalan dan ada pilihan jawapan A smpai E hahahha. Tapi sebab memasing dah usha soalan past year, dlm setengah jam tu dah smpai soalan 50. Senyum eh masing masingg.

Technology - 14/6/2019
Sebab gap satu hari, maka memang tk berehat dan ini pun subjek membaca!! Ke menghafal tah pape je laa techno i hate you! Hahah tetibe, dengan soalan mengada tanya menda tah. Past year tkde pun tanya mcm tu, semua pikir construction road keluar sekali hm construction sewage treatment plan. Mendeee tah tanya je la benda biasa. Lalu aku yakin semua jawab ikut logik tu, memasing dah pandai goreng. Haha aku goreng kejap je, sebab aku malas pikir. Aku mengamalkan konsep 'ada la tu markah sikit kt mana mana nanti' Hahahha, masa paper KK kemain terkilan 2markah hilang, ni dah pasrah. Hahah apa apa je la orang perempuan ni.

Cost Planning - 19/6/2016
Gap banyak tapi semangat dah tkde sebab ramai orang dh balik!! Hahaha paper ni pun satu masa dua jam tp soalan dia bagi tah la perlu masa utk kira. Bak kata Shey, benda boleh guna computer tp keluarkan dlm soalan. Haha pape je laa planning, boleh buat tp masa tkde, so kita buat je la apa yang sempat dan terbaik haha...

Sustainable Construction - 22/6/2016
Ni dah malas terukx, weh last paper syndrome weh. Feel me?! Thank you. Dah la membaca article yang ayat susah, aduh sekarang ni kena rajin membaca la. Jaja jaa tolong la sedar, membaca la jangan la malas tolong la jaja. Dapat lak soalan gedebuk 25marks untuk satu. No percahan anak anak ke takde. Dia bagi 6 soalan ko pilih 4 jee, aku 3 mcm ada la point idea tu nak goreng tgk pun cantek jeee. Satu lagi aku dah mental aku tk tahu nak goreng apa. So #akakredho

Apa apa je yang penting habis!! Yessssshhhh!! Tapi kita orang habis sem je laa, senior habis nak grad huhu takpe gais sikit je lagii, dua tahun tu kejap je, ingat tk kita dah hadap 3 tahun dulu mcm mana. Haha apa yang nak ingat ni aku pun tk tahu aku cakap je kasi ayat macam sedap,...

Moga semuanya dapat yang terbaik.
Happy Holiday untuk 2bulan gais!

Lets picture! #socalledtradition



Wednesday, June 15, 2016

ISCU 2016

International Surveyor Conference for Undergraduates 2016 - ISCU2016

Technically, I'm already lost my mood to write a post about this ISCU thingy. Haha but naah, a simple post won;t hurt right :)

This event was held for 2days, which is started at the beginning on my study week. Ikut kan hati macam aduh taknak la join, nak balik nak balik. Haha tapi sebab dah separuh jalan plus the pengarah program is Hafiz, hihi I cant say no :p Hafiz if you read this, pls smile :) Dan tugas aku pun takde la berat mana, handle the explorace game je, itu pun nak make sure the game going smooth je. Weh dah kenapa aku cakap rojak sangat ni oi?!

So basically program ni anjuran RICS dan RISM dan tahun ke 8 ni UTM jadi tuan rumah. If Im not mistaken last year was Taylor University. Im not very sure, but next year IIUM will be the host. Oh yes this is a conference event guys. And a student representative from each university that involve present their thesis paper. Whattt... Jaja join program macam ni whattt... At first I thought I will be so boring, so dull and so mengantok. Hahah hm except the dinner part of course, the dinner was great! Each uni have to perform and it was a competition guys! Haha 

Obviously for the first day, there's nothing much. Just ice breaking session, and dinner. Here it is! The important part of the event, parallel session begins! Oh before that, there's a Plenary Session which hosted by Past Vice-President and Past Chair of QS Division of RISM. And the panel are very highly respected person from various background. Wow masa ni aku dah start kagum sikit dah. Listening to the conference but still mengantok hahah.

Parellel Session!
Time ni aku busy kena edit video untuk montage. BTW GUYS THIS IS MY FIRST TIME DOING THE MONTAGE INFRONT MANY PEOPLE IN THE IMPORTANT EVENT (INTERNATIONAL EVENT I REPEAT) AND MY FIRST TIME USING NEW SOFTWARE. Ok enough with capslock. Hahhaah, asking help from a friend of mine who used to this software and learn to edit the footage in one night. pheww, what an experience! And pheww, got some compliment from lecturer hiks!

Ok sebenarnya before tunjuk montage tu, ada award untuk best presenter dan best paper. Ok masa ni aku memang kagum dan rasa bangga gila dengan senior aku. Did i had mentioned that UTM MENANG BESAR? Hihiih, 3 orang menang best presenter, 2 orang menang best paper. O M G, weh aku rasa macam weh hebatnya dorg. Hahaha, international event babe, there's a competitor from Thailand too. Sampai habis la aku tengok senior aku ni dengan rasa power gila dorang. hahah Cuma terkilan sebab tak dapat tengok mereka present. GILA TERKILAN.. Hahah







(akak nak upload gambar tp gambar dlm memory gopro so nanti akak upload ok adik semua)

Monday, May 30, 2016

Long time no see.

Yuhuuuu~

Pergi Aeon hari Rabu,
Dengar cite dah rinduuu.

Ha balas la pantu aku tu balas balas. Hahah iya tahu tahu dah lama tk update, iyaa sorry laa akak busy tauu. Sebulan akak busy. Haha sebab dah nak hujung hujung sem kan memang busy lain macam sikit. Dengan nak submit assignment, dengan presentation. Cehh tp kalau nak bandingkan dengan sem lepas, sem ni sebenarnya rileks sikit, sebenarnya laa. Tapi weolls ni memang suka pura pura busy, saja ikut Illy. Hahahah

Mana nak mula pun cheq taktauuu.
Ok kita mulakan dengan KOQ - Tebaran Kasih Mahasiswa

Hahaha aku rasa aku amek koq Penampilan Diri dan Etika Sosial, tup tup community service kitaorang feed homeless dan feed mahasiswa. Hahah apa apa je la labuuu~ Jadi untuk program ni ada 3 siri. First feed homeless, lagi dua feed mahasiswa. Gila tk gila, first time beb masak untuk 200pax fuh fuhh. Dengan tempat masak dia mencabar. Haha.... Untuk siri satu aku datang lambat sebab ada kelas smpai petang, tp sempat la tolong masak sayur paprik. Sedap kott, heheheh tp Wawa la lead, aku kacau je. Hahaha untuk siri dua aku dengan Shey masak telur dadar! Telur dadar special letak mayonis, yumms! Gebu maknoks! Untuk siri ketiga dia dah tk semangat macam siri 2. Sebab siri 3 ni bukan program kami, kami just tolong je. huhu


Ok dalam banyak banyak siri, aku letak gambo siri satu je. Hahahha

Balik dari feed homeless dalam pukul 4 kot, tido jappp lepas tu pagi tu ada site visit. OMG minggu itu akak sangattt laa busyy, tk sempat nak lap peluh hahaha. Dah lama tk gi site visit reramai jadi mari akak tinggalkan kenangan dalam belog ini. Hihihi


Jangan cari dimana saya sebab jika tiada saya, tiada la gambar :) Hahahaha mokk poyo

Jap japp, aku tk berapa sure mana satu program aku ni. Macam dah bercampur aduk. Hahah tp yang pasti straight program feed homeless, site visit dengan rumah anak yatim dalam satu minggu. Program Ipan kan, support sajaa. Karang nangis lak tk support. Kahkah program ni dari pagi sampai petang, dekat je rumah anak yatim ni dengan UTM. Sebab last join program ni pun masa diploma, uish lama dah tu. Alang alang ada peluang datang kita grab sajo.

Sebab program orang, maka crew crew dia pun tidak la berapa kenal. Maka dengan itu, dapat la kita kenal kenal dengan fasi fasi dari fakulti lain. Syiok juga, ramai kawan.. Ramai kawan? Hm aku dah takot dah nak ramai kawan sebab lagi ramai nanti lagi sedih... Ok tkpe abaikan ini hm



Grad's 16!
Jangan lupa grads untuk senior ini. Hahah time ni pun rushing gak sebabnyaaaa.... Ilaaa kawinnn oii! Member sekolah beb, member dorm Gemilang Tujuh KAWENNN! Kawen ni kita kena datang sebab kawen hanya sekali! Hihihi, dia nikah dekat Segamat, malam tu aku ada Grad's dannnn aku MC untuk game. Nak taknak aku kena datang juga grads tu. So kul 1 gitu gerak Segamat, dalam pukul 330 sampai, time tu Ilaa masih dekat atas lagi, tgh baca doa kott, jadinya timing kami betul! Ohh aku gi Segamat dengan A'ann dan Sheyy, Nad tak ikut, byk assignment katanya. A'an tkde lesen, jadi nasib baik Shey nak follow, sebab aku tk pernah weh pergi balik untuk perjalanan yang jauh. Tu pun masa balik mata dah tk boleh nak focus, mintak tukar dengan Shey. Hhuhu sebab nak kerja masa, so kena bawak laju so kena focus huhu jangan bagi tahu abah ma saya nanti saya kena marah. Hahahha


Practice sekejap. Hahahahha 





 With ma gurls, laff!


 AJK GRAD'S 16!
Aku dah ckp belum aku dh buat satu achievement masa ni, hahaha jadi MC tk formal. Gila cuak gak laa oii, dpean lecturer ramaii, depan budak budak senior uishh serious gua cakap itu first time. Hahah tp apa apa pun, I'M SURVIVED! The game went well hihihi. I DID IT! Tp masa tu aku dalam keadaan yang mengantuk dan penat kahkah


High Tea!

Jadi kita akhiri program untuk koq-yang-banyak-gila-program dengan high tea. Haha suppose this high tea had evaluation on how we dress, how do we eat and all those related with etiquette haha gila apa nak makan ko ada markah. Tapiiiii last last dia tk jadi nak bagi markah sebab program kita orang dah boleh nk dapat kan A ahahahha amin.




Sebelum program masak masak tu, kita orang satu kelas tk rapat pun, maksud gua tk kenal sangat pun. Lepas program masak tuu, semua dah rapat dah kenal dah sembang satu sama lain. Kira dah boleh nak gurau nak tegor tegor tanpa rasa awkward dah ha gitu. Semoga kita jumpa lagi! All the best semuaa :)

Fuh macam panjang je entry post aku ni, hahaha rasanya tk perlu smbung untuk event ISCU ni karang lagi panjang lagi meleret lagi mengarut jadinya. Hahah mokkkk post pasal gi Singapore pun aku tk cerita lagii mokkk busy nya ko ni Hafiza haha. Ok ok nanti sambung post ISCU dengan Singapore. Tapi kalau tk silap itu hari aku dah terpost pasal entry Singapore yang sepatutnya aku nak tekan Draft sekali ter Publish. Hahahahhaha mende so clumsy.

Oh ya, aku tengah study week ni.
Tapi esok nak balik JB dah, doakan kan aku dan rakan rakan seperjuangan berjaya untuk semester kali ini. Aminnnn

Dan doakan kan rakan sekelas saya, Rafiq kembali sihat dan bersemangat amin.
'Ya Allah, permudahkan la Muhamad Rafiq. Sembuhkan la dia, kuat kan la semangatnya, berikan keceriaan pada wajahnya semula amin amin amin'

 :(

Tuesday, April 5, 2016

Test week!

Lantak la aku nak buat dua post nya pun.

Haha tetibe marah pape je la jaa. Ok sebab malam ini rasa nak menaip lagi, maka menaip la kita. Lama sebenarnya tkde masa dengan laptop ni sejak sejak minggu test. Oh sekarang tengah minggu cuuuUUuuuUuutiii~ Kalau ikut fakulti aku, minggu test memang dia khas kan satu minggu straight dan kelas untuk bukan subjek umum takde. Kira patutnya aku ada satu test hari Ahad, dua test hari Isnin, dua test hari Rabu dan satu test hari Khamis dan pulang ke rumah dengan perasan yang lega Sepatutnya laa...

Tapiii!

Tapi sebab utm ada gangguan bekaln elektrik, maka dua test yang akhir tu kena tangguh. Wehh first time rasa blackout satu utm, i repeat SATU UTM! Gelap nak mampus weh. First time blackout tu time malam Selasa, kira esok tu ada dua paper. Time tu tah la sorang dekat bilik, lepas tu pop. Hitam legam. Akak ok je, akak tk jerit akak cuma terperanjat je. Terus call Shey, hahaha sbb call boyfriend bukan boleh bantu pun. Setakat nasihat tk membantu untuk dpt kan sumber cahaya. Hahahah lepas tu pergi bilik Amalina, sebab memang dah janji nak belajar sama kul 1030 tp blackout tu dlm kul 10 kot ala lupa. Wehh kita orang still gigih weh still! Belajar dlm gelap ditemani dgn cahaya flash phone je. Ada membe dah keluar pi kfc, study kfc uu~ Sebab blackout bukan penghalang untuk study, ceh. Ni kalau mak pak tahu mesti mereka terharu. Haha

Aku dgn Shey pun ingt nak keluar gak sebab dah tk selesa duduk dlm bilik. Tapi dalam pukul 1115 mcm tu, lampu dah ada balik, yeayy! Apa lagi yeay yeay pun kena la sambung study.

Esok.
Macam aku ckp tadi, Rabu ada dua paper, dah lepas paper pagi. Makan rehat jap terus study paper ptg. Tgh study pop! Lagi sekalii~ Blackout dalam pukul em bape eh. Tapi yang penting semua gabra sebab paper petang tu kena byk pakai internet nak dpt kan idea. Lepas tu semua dah macam berharap paper cancel la sebab nanti takkan nak jawab paper tkde aircond. Tahu tak otak manusia lebih aktif bila dlm keadaan sejuk? Ha lecturer Building Economics yang cakap. Hihi

Jadinya, paper petang tu memang cancel!!!!

Tapiii!
Paper esok? Paper last?

Tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Ni kalau aku nak chia boleh ke tak ni? (hihi)

Jadinya aku tido jap ptg tu dlm kepanasan, boleh memang boleh, bila bangun tu ha ko peluh mencurah curahh. Tah la aku bangun sebab orang dtg ketuk pintu nak sewa kete. Aku tgh mamai kot aku pun bagi la kunci. Last last aku kena gerak pi Sutera Mall naik cab.

.....

Sampai Sutera Mall ko nak study untuk paper last punya pasal. Study lak dekat surau, hahahaha sebab takde orang dan sejukk~ Tapi study tu semua kejap je, sebab dapat message test esok pun cancel!!

Terus la akak tutup buku, dan terus pikiaq nak balik rumahh. Haha

Yang penting blackout haritu sangat lama, hampir 12jam tauu. Puas dah merayau lepas dpt kereta. Uish gentle nak duduk blok gila seram, gelap nak mampus. Ko bayangkan satu UTM yang besor tu blackout. Lampu jalan pun takde, so insane! I can't brain this... Dan aku pun berbicara bahasa english hahaha.

Thesis statement aku dkt sini sebenarnya nak cerita pasal test dan blackout. Sekian.

SeqyBeauty

.....

Aku tak tahu nak letak apa kata kata muqadimah ni, haha. Jadi kekok pula lama tak menaip, ceh ceh acahhh padahal baru je sebulan. Itu pun peminat iolls dah suruh update. Kahkah 

Ok gua ada banyak cerita sampai tak tahu nak cerita dari mana dulu. Nak mix post karang tak paham, nak saing post, rasa macam malas pula ha sudoh major problem. Takpe takpe, yang penting aku nak cerita pasal SeqyBeauty duluu. 

*brb buat myline kasi habis tapi tak habis sebab error 40404040404 jadah dia*

Well, aku kenal SeqyBeauty ni dari Shey. Dan kebetulan dia jadi dropship untuk produk ni. Ha Shey yang dulu bukan la yang sekarang, dia sejak dah besor nak kawen ni semangat kerja dia lain macam sikit nak kumpul duit. Kahkah.

So ada event dekat Angsana Mall tiga hari, tapi ai tak dapat join lagi dua so ai join sehari je. Uish sebenarnya aku cuak jugak jadi promoter skincare ni, iye la ini melibatkan kepercayaan orang eh ye ke. haha tapi yang pasti skincare SeqyBeauty ni dapat kelulusan KKM dann yang penting produk dia ringan je. Salu kalau ckp ringan ni ongpuan paham la, laki memang lambat sikit. Haha kiranya tak de la tepek kat muka rasa lepas tebal bagai ha macm tu. Sebab ramai yang dtg repeat guna semua cakap benda sama, bila kita test dkt customer baru pun dorang rasa sendiri mcm mana tekstur tu. Oh aku tengah sembang pasal BB Cream dia tau, hahah. Lagi satu dia buat dari ekstrak alam semula jadi. Ok ok boleh usha lebih lanjut dekat blog SeqyBeauty sendiri. Jangan tak tahu ini first time akak join benda gini. Fuhh

Location : Angsana Mall

My first customer, yeayy.
Both Aunty ni sangat baik! Aa so comel tauuu, cakap pun lembut je. 


#teamSBQ for the first dayy, sebab esok lusa tu aku tak join. Ohh yang duduk tu la founder SeqyBeauy =) Dorang semua baik je, semua sporting hehe thankiu semuaa!

Location : Shah Alam

Oleh kerana event fius dekat Shah Alam ni aku cuti sem maka, boleh la aku follow dua hari event ni berlangsung. Dengan aku pun dah power bawak kereta, hahaha bukan la power tapi dah berani maka gerak la gua ke Shah Alam sorang. Eh plan asal macam tu la, ingat nak ulang alik dua hari tu, tp mak gua macam risau gua balik malam gua pun tido la rumah shey for 2 nights. Hihi thankiu Shey and family! 

First day.



Second dayy,
Second day semua dah tunjuk belang masing masing, haha semua nya acah artis adui.
 Time ni memang dah tak boleh nak kerja sebab tengah tunggu masa nak suprise kan bosh punya birthday. Alo so sweet la bosh qery. Dan time ni la semua artis malaysia berkumpul. Ada Uqasha Senrose, ada Wan Shamila, Hanis Zalikha, Jackyln Victor, Hans Issac, sape tah lagi aku lupa tp yang penting ada Janna Nick. Hahahahhahaha

Paling tk boleh blah orang datang je mesti kata muka bos macam perlakon, Sebenarnya sebab pakai Seqy Beauty ni je muka berubah jadi macam pelakon. Salu aku mcm biasa je, tapi sejak berBB Cream terus jadinya Janna Nick.

.....

Hahaha second day paling syiok. Apa apa pun korang semua terbaikk~ Semua sporting semua boleh masuk. Pengalaman juga semua ni, dapat tgk jenis manusia macam mana. Ada yang allergic bila kita approach, ada yang macam takot kalau boleh nak lari, haha macam macam. Ha ada yang kita cakap cakap lepas tu dia sembang produk dia lak alamak... Hahaha apa apa punn terima kasih Allah untuk peluang ini :)