Friday, October 30, 2015

UTM 55th Convocation Ceromony

Finally.

After three years, suka gembira menangis meroyan gelak marah semua emotion yang ada semasa perlumbaan larian sudah tamat.

*bunyi mercun dan bunga api pang poom pang*

Alhamdulilah alhamdulilah, salah satu daripada 10 orang dapat medal daripada larian pecut. Heheh Tahniah kepada kawan kawan yang berjaya dapat medal juga! Harap untuk degree dapat terus berlari seperti ini bersama membe membe yang lain :)

Jap jap kenapa aku cakap macam bukan aku ni, cara aku lain ni ha kenapa ni kenapa. Takpe la mari belanja gambo HiTea bersama pemenang pemenang larian pecut hiks.




Tiada yang lebih seronok bila ko dengan kawan baik ko dapat medal bersama. Ok Matang Gurls, degree kita sama sama pecut untuk dapat medal ok? In Shaa Allah amin :)

Dann tiba dah masa untuk naik pentas wiwiwi.

Ok mari aku cerita pengalaman convo aku yang penuh tragedi sebenarnya. Haha untuk diploma dah ditetapkan sesi petang, maka pukul 1215-1245 tengah hari sesi mendaftar. Pukul 1330 waktu beratur masuk dewan. Ma Abah dari Ampang gerak pagi jadi dalam pukul 12 macam tuh dah sampai Skudai. Mula mula ingat nak gerak ke Masjid dengan Shey tapi memandangkan parents masing masing sudah sampai maka gerak sendiri sendiri.

Sebab parking dekat kawasan dewan tu sikit, jadi aku minta Abah parking dekat blok aku sebab jalan nak ke dewan dari blok aku takde la jauh sgt (bagi aku) tapi sebenarnya aku lupa...yang ada tangga banyak... Ma tah la sakit kaki nak naik tangga ni... Ya Allah jajaa kenapa ko dera mak ko jaa... Sedih sebenarnya tgk Ma berusaha nak naik... I love you Maa. Bukan tak boleh naik cuma take time nak langkah tu...

Lepas tuh dah sampai depan Fakulti Alam Bina, aku rasa tiba tiba macam kasut aku longgar macam ada ruang dekat bahagian depan. Pandang la bawah tengok asal, rupanya..kasut koyak.... Hahahahhaah T.T itu kasut lama, tapi jarang pakai. Time tuh dah pukul 1220.. Aku cakap dekat Ma memang kena pergi tukar ni, sebab nak jalan banyak, nak naik pentas lagi. Ma pun macam ok pergi tukar la, aku mintak Ma tunggu dekat situ. Abah mula mula kata nak ikut aku pergi tukar kasut, aku mcm takpe la aku berlari kejap.

Dah sampai bilik berlari memang peluh ah cite dia, weh tengah hari kott. Hahaha dengan baju aku baju warna belacan hmph cuma bau je belum belacan. Pastu aku macam kena tukar baju gak ni, kang aku peluh banyak lagi. Nasib la aku memang dah iron baju dua. Sebab sebenarnya tak sure nak pakai hitam ke warna belacan. Jadi akhirnya, aku tukar kasut dengan tukar baju hitam. Huhuhu

Lepas tu terus kembali berlari ke Ma Abah, lepas tu daki lagi bukit yang ada tangga sikit sikit. Weh sedih weh macam nak nangis, eh ke memang dah berair mata aku pun tk sure hehe. Sedih sebab Ma gigih tau nak naik, siap dah berpaut dekat Abah dah :')

Lepas dah daftar, pergi Masjid solat dulu lepas tu siap siap terus beratur masuk dewan. Masa dekan bagi ucapan, memang tak sedar la cite dia. Tidur weh penat berpeluh.. Hahaha yang aku sedar bila orang nak naik pentas dah. Wah terus rasa segar dan tidak sabar dan cuak. Haha tah la couse aku lambat sebab Q tapi tkpe kami sabar tunggu turn. Heheh

Masa naik amek buku tu, buku eh org panggil, Pape je la, aku rasa cakap terima kasih je, Lupa dia ajar suruh cakap Terima Kasih Dato. Heheh lepas tu masa nak turun dewan tu, tak tahu nak pandang camera ke nak buat buat jalan. Haha aku dengar cameraman cakap pandang sini tapi sebab aku pernah tengok kakak aku punya gambar, dia jalan je buat dek. Hahaha so aku pun jalan buat dek konon konon betul. Lepas tu tgk youtube ramai je pandang camera. Jadi disini aku nak salahkan kakak aku sebab gambar dia jalan buat dek lalu aku jadikan idola. Hahha

Ok dah kejap belanja gambar sikit dulu. Heheh



Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.


Terima kasih Ma Abah. Terima kasih untuk masa yang guna datang convo Ja. Terima kasih untuk segalanya. Aku tak reti ni nak buat ayat sweet tapi sebenarnya aku sangat bersyukur. Sebagai anak bongsu yang selalu ikut abang punya convo, aku selalu rasa 'bila time aku' Akhirnya, aku dapat juga buktikan aku boleh buat macam Abang Kakak :) 

Ma Abah, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih :) Argh aku banyak nak cakap tapi ayat tak dapat nak luahkan jadi terima kasih dapat ungkapkan segalanyaa :) Jaa love you both, dunya and akhirat =) Without your doa, I'm nothing.

Dannn tidak lupa juga, my geng nakal since diploma!


Since my parents and your parents now officially met, so our relationship will grow stronger. Padia padia macam boyfriend aku pulaa. Hahaha jadi lepas ni kalau nak cerita dengan Ma Abah pasal ko yang selalu jahat. Kehkeh tahniah bestfriend! We did it! Together make our parents proud of us. #kinigengJeyjeysudahbertambah #bestfriendconvocation #beutywithbrain Hahhahaha aku gurau je la dengan hastag last tuh!

Picture with friends!



Since high school, sama sama sekolah bukit indah, sama sama jadi pengawas, tapi masa form 4 ko pergi maktab aku masuk teknik. Lepas tu sama sama masuk utmkl and now utmjb. Entah la satu taman, lagi la banyak kali jumpa ko. Sampai aku macam bosan dah. Haha geng keluar, geng cari makan sedap dan geng balik rumah sama. Thank you weh untuk semuaa!


And guess who i met, Kak Syiraa! Maigod akak kerja time dekat Brands Outlet weh lama weh, 2012 punya kisahh! Lama gilaaa, sampai la 2015 baru jumpa balik. Kak Syira datang tengok adik dia convo. So alang alang jumpa aku sekali, hehehe Akak makin cantik la sekarang, sudah kurus hehe nak rahsiaa boleh :p


Linaa! Roomate masa last sem, maigod thankiu sebab ingat dan datang dan bagi belon. Terharu gilaa, thankiu thankiuu. Kita rindu Linaaa! Goodluck Lina praktikal nanti, lepas tu cepat cepat masuk UTMJB tauu! Harap masa awak convo nanti kita free, nak datang pulak. Hiks muahh!


First time jumpa Zirian ni masa aku dengan Sheyshey nak buat documentary untuk KoQ kita orang. Time tu ko tengah derma darah, lepas tu kita orang datang mintak ko cakap sikit untuk video kita orang. Dan ko sangat sempoi eh maksud aku tenang, ko rileks je. So sebab itu kita orang adore ko, Hahah sebab mostly bila kita orang mintak orang cakap semua macam eh taknak la taknak laa. Hahah congrats weh pass with flying colors! Tapi takde rezeki untuk anugerah apa tu ala lupa.


Kak Tielaa! Ala akak ni so cute tau, tah la cute sweet pula tuh. Tahniah kita dah convo, lama tak jumpa akak. Mula mula kenal masa program GOP China. Ingat akak sombong, rupanya akak so sweet. Hahah sebab memang macam akak akak sangat, moga berjaya dunia dan akhirat kak! Jajaa mish you!

Zairil! Tahu ko memper Irfan, cuma kita mula rapat masa GOP China jugaa, Haha aku tak tahu nak cerita apa pasal ko sebab kita biasa biasa je, tapi sebab dah ada gambar bersama dalam phone aku, aku letak gak la kan. Hahah jangan la sedih ok ok aku bagi ucapan sikit, teruskan sifat baik dan friendly ko dalam diri ok! Heheh

Ok rupanya tak banyak aku bergambo dengan kawan kawan, weh sedihnyaaa. Dengan budak kelas perempuan pun tk banyak gambar berdua, banyak gambar beramai ramai. Macam mana aku nak buat appreciation post pasal korang niiii T.T Takpe la sebab kita sudah dapat gambar photoshot kita daripada Zul maybe aku letak la kot muka engkorang sekor sekor.

Itu pun kalau aku....rajin Heheheh!

Tapi aku tengah busy ni assignment tgh tunggu nak siap kan, ini pun aku curi masa. Wehh laju gila doh type, bunyi keyboard tak berhenti. Kalau buat assignment takde pun macam ni. Hahahaha! 

Aku dah lama tak type selaju dan sepantas ni wow masih hebat. Ok ok pape pun aku dah lama tak edit video, sebab laptop aku tibe tibe tak support movie maker. Padia tah laptop ni eyy nak mintak tukar ke eyy.

Happy convocation-ed guys!
*tengah mula berlari untuk habiskan larian degree* 


No comments:

Post a Comment