Friday, October 30, 2015

UTM 55th Convocation Ceromony

Finally.

After three years, suka gembira menangis meroyan gelak marah semua emotion yang ada semasa perlumbaan larian sudah tamat.

*bunyi mercun dan bunga api pang poom pang*

Alhamdulilah alhamdulilah, salah satu daripada 10 orang dapat medal daripada larian pecut. Heheh Tahniah kepada kawan kawan yang berjaya dapat medal juga! Harap untuk degree dapat terus berlari seperti ini bersama membe membe yang lain :)

Jap jap kenapa aku cakap macam bukan aku ni, cara aku lain ni ha kenapa ni kenapa. Takpe la mari belanja gambo HiTea bersama pemenang pemenang larian pecut hiks.




Tiada yang lebih seronok bila ko dengan kawan baik ko dapat medal bersama. Ok Matang Gurls, degree kita sama sama pecut untuk dapat medal ok? In Shaa Allah amin :)

Dann tiba dah masa untuk naik pentas wiwiwi.

Ok mari aku cerita pengalaman convo aku yang penuh tragedi sebenarnya. Haha untuk diploma dah ditetapkan sesi petang, maka pukul 1215-1245 tengah hari sesi mendaftar. Pukul 1330 waktu beratur masuk dewan. Ma Abah dari Ampang gerak pagi jadi dalam pukul 12 macam tuh dah sampai Skudai. Mula mula ingat nak gerak ke Masjid dengan Shey tapi memandangkan parents masing masing sudah sampai maka gerak sendiri sendiri.

Sebab parking dekat kawasan dewan tu sikit, jadi aku minta Abah parking dekat blok aku sebab jalan nak ke dewan dari blok aku takde la jauh sgt (bagi aku) tapi sebenarnya aku lupa...yang ada tangga banyak... Ma tah la sakit kaki nak naik tangga ni... Ya Allah jajaa kenapa ko dera mak ko jaa... Sedih sebenarnya tgk Ma berusaha nak naik... I love you Maa. Bukan tak boleh naik cuma take time nak langkah tu...

Lepas tuh dah sampai depan Fakulti Alam Bina, aku rasa tiba tiba macam kasut aku longgar macam ada ruang dekat bahagian depan. Pandang la bawah tengok asal, rupanya..kasut koyak.... Hahahahhaah T.T itu kasut lama, tapi jarang pakai. Time tuh dah pukul 1220.. Aku cakap dekat Ma memang kena pergi tukar ni, sebab nak jalan banyak, nak naik pentas lagi. Ma pun macam ok pergi tukar la, aku mintak Ma tunggu dekat situ. Abah mula mula kata nak ikut aku pergi tukar kasut, aku mcm takpe la aku berlari kejap.

Dah sampai bilik berlari memang peluh ah cite dia, weh tengah hari kott. Hahaha dengan baju aku baju warna belacan hmph cuma bau je belum belacan. Pastu aku macam kena tukar baju gak ni, kang aku peluh banyak lagi. Nasib la aku memang dah iron baju dua. Sebab sebenarnya tak sure nak pakai hitam ke warna belacan. Jadi akhirnya, aku tukar kasut dengan tukar baju hitam. Huhuhu

Lepas tu terus kembali berlari ke Ma Abah, lepas tu daki lagi bukit yang ada tangga sikit sikit. Weh sedih weh macam nak nangis, eh ke memang dah berair mata aku pun tk sure hehe. Sedih sebab Ma gigih tau nak naik, siap dah berpaut dekat Abah dah :')

Lepas dah daftar, pergi Masjid solat dulu lepas tu siap siap terus beratur masuk dewan. Masa dekan bagi ucapan, memang tak sedar la cite dia. Tidur weh penat berpeluh.. Hahaha yang aku sedar bila orang nak naik pentas dah. Wah terus rasa segar dan tidak sabar dan cuak. Haha tah la couse aku lambat sebab Q tapi tkpe kami sabar tunggu turn. Heheh

Masa naik amek buku tu, buku eh org panggil, Pape je la, aku rasa cakap terima kasih je, Lupa dia ajar suruh cakap Terima Kasih Dato. Heheh lepas tu masa nak turun dewan tu, tak tahu nak pandang camera ke nak buat buat jalan. Haha aku dengar cameraman cakap pandang sini tapi sebab aku pernah tengok kakak aku punya gambar, dia jalan je buat dek. Hahaha so aku pun jalan buat dek konon konon betul. Lepas tu tgk youtube ramai je pandang camera. Jadi disini aku nak salahkan kakak aku sebab gambar dia jalan buat dek lalu aku jadikan idola. Hahha

Ok dah kejap belanja gambar sikit dulu. Heheh



Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.


Terima kasih Ma Abah. Terima kasih untuk masa yang guna datang convo Ja. Terima kasih untuk segalanya. Aku tak reti ni nak buat ayat sweet tapi sebenarnya aku sangat bersyukur. Sebagai anak bongsu yang selalu ikut abang punya convo, aku selalu rasa 'bila time aku' Akhirnya, aku dapat juga buktikan aku boleh buat macam Abang Kakak :) 

Ma Abah, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih :) Argh aku banyak nak cakap tapi ayat tak dapat nak luahkan jadi terima kasih dapat ungkapkan segalanyaa :) Jaa love you both, dunya and akhirat =) Without your doa, I'm nothing.

Dannn tidak lupa juga, my geng nakal since diploma!


Since my parents and your parents now officially met, so our relationship will grow stronger. Padia padia macam boyfriend aku pulaa. Hahaha jadi lepas ni kalau nak cerita dengan Ma Abah pasal ko yang selalu jahat. Kehkeh tahniah bestfriend! We did it! Together make our parents proud of us. #kinigengJeyjeysudahbertambah #bestfriendconvocation #beutywithbrain Hahhahaha aku gurau je la dengan hastag last tuh!

Picture with friends!



Since high school, sama sama sekolah bukit indah, sama sama jadi pengawas, tapi masa form 4 ko pergi maktab aku masuk teknik. Lepas tu sama sama masuk utmkl and now utmjb. Entah la satu taman, lagi la banyak kali jumpa ko. Sampai aku macam bosan dah. Haha geng keluar, geng cari makan sedap dan geng balik rumah sama. Thank you weh untuk semuaa!


And guess who i met, Kak Syiraa! Maigod akak kerja time dekat Brands Outlet weh lama weh, 2012 punya kisahh! Lama gilaaa, sampai la 2015 baru jumpa balik. Kak Syira datang tengok adik dia convo. So alang alang jumpa aku sekali, hehehe Akak makin cantik la sekarang, sudah kurus hehe nak rahsiaa boleh :p


Linaa! Roomate masa last sem, maigod thankiu sebab ingat dan datang dan bagi belon. Terharu gilaa, thankiu thankiuu. Kita rindu Linaaa! Goodluck Lina praktikal nanti, lepas tu cepat cepat masuk UTMJB tauu! Harap masa awak convo nanti kita free, nak datang pulak. Hiks muahh!


First time jumpa Zirian ni masa aku dengan Sheyshey nak buat documentary untuk KoQ kita orang. Time tu ko tengah derma darah, lepas tu kita orang datang mintak ko cakap sikit untuk video kita orang. Dan ko sangat sempoi eh maksud aku tenang, ko rileks je. So sebab itu kita orang adore ko, Hahah sebab mostly bila kita orang mintak orang cakap semua macam eh taknak la taknak laa. Hahah congrats weh pass with flying colors! Tapi takde rezeki untuk anugerah apa tu ala lupa.


Kak Tielaa! Ala akak ni so cute tau, tah la cute sweet pula tuh. Tahniah kita dah convo, lama tak jumpa akak. Mula mula kenal masa program GOP China. Ingat akak sombong, rupanya akak so sweet. Hahah sebab memang macam akak akak sangat, moga berjaya dunia dan akhirat kak! Jajaa mish you!

Zairil! Tahu ko memper Irfan, cuma kita mula rapat masa GOP China jugaa, Haha aku tak tahu nak cerita apa pasal ko sebab kita biasa biasa je, tapi sebab dah ada gambar bersama dalam phone aku, aku letak gak la kan. Hahah jangan la sedih ok ok aku bagi ucapan sikit, teruskan sifat baik dan friendly ko dalam diri ok! Heheh

Ok rupanya tak banyak aku bergambo dengan kawan kawan, weh sedihnyaaa. Dengan budak kelas perempuan pun tk banyak gambar berdua, banyak gambar beramai ramai. Macam mana aku nak buat appreciation post pasal korang niiii T.T Takpe la sebab kita sudah dapat gambar photoshot kita daripada Zul maybe aku letak la kot muka engkorang sekor sekor.

Itu pun kalau aku....rajin Heheheh!

Tapi aku tengah busy ni assignment tgh tunggu nak siap kan, ini pun aku curi masa. Wehh laju gila doh type, bunyi keyboard tak berhenti. Kalau buat assignment takde pun macam ni. Hahahaha! 

Aku dah lama tak type selaju dan sepantas ni wow masih hebat. Ok ok pape pun aku dah lama tak edit video, sebab laptop aku tibe tibe tak support movie maker. Padia tah laptop ni eyy nak mintak tukar ke eyy.

Happy convocation-ed guys!
*tengah mula berlari untuk habiskan larian degree* 


Saturday, October 24, 2015

Pre-Convocation

'Korang dah tak rapat eh dengan budak lelaki?
'Dulu korang selalu ada gambar bersama'

Datang sini rasanya belum pernah keluar reramai atau buat aktiviti bersama dengan satu kelas lagi. Sebab mostly akan keluar dgn geng geng perempuan. Ye la dak laki kan dah jumpa membe baru huhu eh takde la mana ada jealous lantak la. Ha ha ha

Mula mula memang macam ee apahal oh tapi lelama biar je laa. Tapi sebenarnya rindu jugak la nak keluar reramaii. Jadi memandangkan minggu depan nak convo, maka Mek Adam pun datang Skudai yeayy dah cukup semua yeayy.

Maka untuk meraikan mereka, makan  secara besar besaran perlu la ada. Maka ke kilang bateri ke kita. Wehh first time pergi sini, so hipster weh serious. Haha Chicken Chop RM5 so puas sebab dapat pilih yang banyak. Haha memang sambung meja panjang lepas tu tak dapat borak dengan semua haha! Keluar ramai best yang tak best dia tunggu orang aduh tension tau, tah la ramai tak makan lagi cian. Sabao tau kan dah biasa dengan budak lelaki yang siap dan decide slow ni. Haha eh mana ada kutuk la!

Serious dan serious lama tak selfie ramai ramai macam ni :')

Pre Convocation Photo!

Aaaa say whaaaat?! CON-VO-CA-TION yes convocation wehh. Hahah

Diam ah nak cakap baru diploma la tuh, ingat dua hari ke dapat diploma? Ingat tidur awal ke buat kerja? Ingat tak nangis ke hadap final year project? Tiga tahun ok nak capai semua tu, tiga tahu tau. Jadi akak memang tunggu saat ni, memang akak rasa satu pencapaian yang jauh akak nak dapat. 

Seorang Graduan lepasan diploma dan masih mengharapkan duit mak bapak untuk sambung ijazah sarjana muda...

Sikit sikit tau Ma Abah, there's always have rainbow after rain kan?

Apa apa pun saya sangat tidak sabar untuk hari Isnin ni, hehe harap Ma datang bawak bunga.. Kalau tak pun jam tangan la sebab jam dah takde, Eh kalau tk pun headphone la sebab headphone ni dah gilaa.... Haha harapkan lagi benda dari mak bapak... Nak harapkan awak, awak siapa tak tahu. Hahaha oleh kerana hari Isnin convo, maka perlu lah ada pre-convo session!

Orang patut pre ni sikit sikit je, jubah je ke topi je ke. Ni ha ko full set. Hahah sebab aku rasa nanti masa convo tu semua busy dengan family masing masing maka, mari la kita berposing awal. Heheh

Tapii...ini family saya juga, Family QSCecomelz =')





I love each of this annoying people. Thank you cause helping me alot since first semester until now. We managed to grad together! Thank you thank you thank you!

Well done guys, we did it :)

Friday, October 9, 2015

Minggu ke-6

Assalamualaikum!

Wah sungguh pantas sudah minggu ke-6 sesi pembelajaran. Haha! Sepatutnya dalam jadual akedemik, minggu ke 6 ni minggu test. Fuhh, tapi sebab ada cuti Awal Muharam, ada kelas cancel dua kali sebab jerebu, maka test ditunda ke minggu..... Tujuh! Haha ok ok walaupun semingu kira tunda gakzx ok kira semua tu. 

Jadi macam mana sekarang?
Macam tu la, macam mana lagii. Assignment banyak dah tgh beratur nak kena submit. Assignment group la maksud saya. Wehh first time aku dapat orang site yang baik layan group Techno aku, baik dia sampai tak capai maklumat.. Hahaha tah la kena pergi dua kali, weh masa kat KL dulu aku pergi site pakai kasut biasa je takde nya safety boots ni, sampai sini mula mula dah kena tegur mana safety boots. Kahkah pape pun arkitek landscape tu aku rasa dia nak jadi lecture sebab tu dia beriya ok itu sahaja.

Oh hari tu kan,,, Hahahhaha aduh aku dah berniat dah nak datang sini nak diam, taknak banyak cakap. Tapi aku rasa niat sekadar niat, sebab aq adalah aq, ko adalah ko. Ok tetibe, weh malu tau sebenarnya kena tegur sebab bersembang ni, hahah ada lect tuh masa dia tengah mengajar, aku memang mcm biasa la duduk depan sekali, dah tahu duduk depan pergi pot pet pot pet. Sekali 'You kalau nak cakap you keluar' hahahahha ni tahap halau, bapak segan tapi takpe akak senyum je akak ckp taknak. Haha masa diploma pun ada gak kena tegur. Aduh bila la seorang Hafiza nak matang dan besar ni. 

Oh yaaa, jadinya hari tu abang aku bagi bawak kereta! Maka jalan la bisnes kami bersama. Haha boleh la ada la jugak orang sewa, huhu sebab kat sini kan ramai sangat yang buat perkhidmatan sewa kereta. So too many choice, too many competitor. Haha

Aaaaa did I have mention that I got two new nephew? kekekek, Wehhh sebulan dua baby keluar, aduh aku yang acu je pun happy apatah lagi ibu ibu merekaa. Hahah weh tak sabar nak jumpaa dua ekor ni ala tak sabar nak cium cium nak bagi nangis nak pura pura caring alaa. Tapi tak tahu la nak balik bila sebab minggu depan memang cuti lima hari tapi... minggu depan tu test. Kakak tak boleh belajar kat rumah dik, lagi lagi ada baby adh dik macam mana ni dik hm.

Oh lagi satu, lupa nak cakap gitar akak dah jual :( takpe la harap dia happy dengan kawan baru dia dekat sana :(


Akak letak satu je gambo bersama dak dak kelas Mandarin akak :)