Saturday, September 19, 2015

Quick post.

Oh hari ni hari Ahad.

Dan ada kelas pukul 2 jap lagii. Tapi pagi tadi dah pergi setel kan borang pengesahan semua cuma awal lagi nak tnggu kelas jadi balik bilik semula. Susah juga ye kelas Ahad ni, sebab bila scroll instagram orang duk post happy sunday. Hahah T.T tapi takpe, saya kena biasakan diri sebab tiga tahun saya akan duduk sini. Kalau takde repeat la, heheh

Kira ni dah 20 hari tak balik rumah, huhu Im okay huhu. Takde la homesick sangat cuma bila dengar suara Syapik, suara Iman jadi meroyan sikit je. Huhu nangis? No gua dah besar ok. Hahha weh dekat johor panas gilaa eh gua tak tahu la keyell pun panas macam ni ke tak yang pasti johor panassss! Peluh peluh macam mandi, tak syiok betul. Rasa tension, dah tu mula la rasa kenapa la Malaysia takde 4 season. Hahah

A'ah ni aku update takde tujuan takde matlamat dan goal. Haha aku update sebab nak bersembang je, sebab hati aku berkata kata dengan kencang. Boleh gila kalau tak luahkan, hahah penat juga hati selalu berkataa. Aku je ke semua macam ni? Hihihi

Ok mari countdown bersama akak untuk balik rumah sebab paling utama nak angkut printer. Wehhh serious susah weh takde printer. Semua benda notes kena download mcm biasa la kan tapi sekarang memang perlu sgt sgt printer. Semua benda nak buat jadi limited sebab printer takde. Huhu kereta? huhu cepat la berdoa sekali Abang Wan tak ubah pikiran nak buat Axia jadi kereta sewa dekat johor ni. Jadi aku boleh guna kereta dia. Huhu

Malas dah nak bersembang, ok byebyeeee~

Saturday, September 5, 2015

Next Station : Degree Life



Assalamualaikum ya maulana ya habibi ok terbalik ah biar la aku malas nak betul kan.

Wuwuwu Jajaa dah masuk belajar balik ke tu wuwuwu dah besar dahh so tua. Haha jadi lepas enam bulan cuti enam bulan senang lenang enam bulan kenyang setiap masa enam bulan tidur cukup, masuk belajar semula la kita ke Skudai. Mari mari marii ke Johorr~

Tolak dari rumah awal pagi fuhh konon pukul 3 nak gerak tapi pukul 5 juga baru keluar rumah hehe nasib la Abang Wan ikut jadi tkde la masalah lambat sampai sebab bila dia bawak rasa macam Johor tuh sebelah KLCC je, so dekat. Heheh sebab daftar start pun pukul 8 so tenang tenang je. Heheh eh tak tenang juga sebab cuak sikit sebab nya membe dah bising dekat group whatsapp. Nak masuk UTM tuh mashaAllah jem dia, haha so dalam pukul 9 baru sampai. 

Sampai sampai terus daftar dekat Kolej yang dia bagi. Time tuh nampak Eyha dengan Mai, jadi daftar sekali dengan mereka. Lama sikit tuh Sheyshey pun sampai, ha sudah mula la bising tempat tuh. Eleh dah ada geng bising. Dulu masa diploma baik jee, Diam jee, memang betul betul budak baru lepas sekolah. Nerd. Hahaha lepas dah tahu bilik, omg. Ramai nya tercampak jauh, eh semuaa! Ama G06 Maira G05 ala semua jauh la. Nasib dapat satu blok dengan Sheyshey. Serious serious bersyukur sanagt dapat sama blok. Tak sama bilik ai tak kisah, kalau tk sama blok memang ai kesah. Sebab sini blok dia jauh jauh kalau macam KSJ, jauh pun naik tangga je. Lepas tuh berlari la tanpa tudung pun bisa. Sini memang terang terang jauh yang kena menutupi aurat serta redah tangga atau hujan...

Mekasih Abah Ma Abang Wan Pia hantar Jaa. Hehehe

Dannnn, macam biasa budak baru mesti ada orientasi babe. Tiga hari je babee. Yang beza nya, sebab kitaorang direct intake jadi kita orang naik lemak. He he he orientasi datang tak datang, dengan fasi tak cuak pun, sebab tahu sebaya atau lagi muda. Hahaha... Jadi itu yang ada yang dtang ada yang tak datang. Pergi lambat, hahah. Cuma last sekali masa persembahan, aku macam excited sikit, Kena join ni sebab salu last ni best. Heheheh dah la join, menang pula persembahan tempat pertama. Fuh power nya hahah masa berlatih main main je, berlakon pun benda merepek. Lepas tuh menang pula pelakon wanita terbaik. Omg macam Anugerah Bintang Porpular omgg. Hahah cuma tak cukup ong sebab tak menang powerbank untuk luckydraw, Huhuhu tapi takpe akak ok akak ok.

Jadi mari saya belanja dua tiga keping gambar.






Saya tak kesah dah ha,mper besor sebab saya ada hamper sendiri. Heheheh a good start for new chapter i guess :) hiks.