Wednesday, July 22, 2015

Trip to Turkey (Part 3)

Arrived at Bursa.

Sampai je dekat station bas (Bursa Otogarı Otobüs) aku tengok temperature dalam bas cakap kt luar 0 celcius. Bapakkk.. Sejuk gila ah cerita diaa. Haha keluar je bas perh nafas terus berasap. Haha dan jaja being jaja, still jakun suka main hembus hembus. Haha akak teruja tgk asak keluar. Lepas tuh masuk dulu dalam station bus dia. Fuh cantik, besar pun besar. Fresh up kan diri dulu, kasi breakfast sikit sebelum mula kan perjalanan kembali. Jadinya, disini beli tiket bas ke bandar. Yellow bus num 38 will go to town aka Ulu Cami. Ulu Cami ni sebenarnya Great Mosque dan dia terletak di bandar. Abah plan mahu cari hotel disekitar kawasan tuh. Tiket bas lebih kurang 4TL sorang. Nanti naik cakap dekat driver bus tuh Ulu Cami, sebab nanti dah sampai tempat tuh dia ingat la ko nak turun. Okay?



Bas kuning tuh naik lalu berhenti di Ulu Cami.
Turun je dari bus tuh ha sudoh ko takde hala tuju. Hahahah our first mission are to look for a cheap and cheaper place to sleep. Time tuh kalau tak silap ada juga tengok Booking.com tapi macam biasa la, bukan semua hotel ada dalam website tuh. Dan kalau tak silap sempat usha sikit je, sebab... data habis! Haha jadi berjalan la kami tanpa tahu di mana hotel. Tapi jangan risau hotel banyak, ada yang mahal ada yang murah. Kalau yang mahal ko senang la nampak hotel tuh, yang murahni macam rumah je. Masa jalan tuh jumpa hotel mahal, lepas tu tanya dia mana hotel yang murah lepas tuh dia bagi direction. So kind of you mr receptionist! Lepas tuh jumpa la otel yang wow murahnya untuk tidur. Haha dapat satu malam 75TL/per night for 3 person. Nak kata hotel pun bukan hotel, kira macam dorm (?) kot. Sebab toilet pun kat luar. Breakfast tk provide. Laundry dia buat kan sebab we all tanya ada mesin basuh tak lepas tuh dia cakap biar dia basuh kan. Percuma pula tuh. Hahah yang jaga tuh pakcik tua dengan bini dia kot. Tengok pakcik tuh tenang je, sebab dia tak cakap banyak dan dia senyum jeee. Comel! Lepas tuh bini dia baik pula buat kan roti untuk kita orang. Memang syiok ah makan panas panas. Ala teringat muka pakcik senyum tuh :)


Comel je kan macam rumah leggo je. 



Ok listen carefully my dear readers. Ecehh kemain ko, hahah! Dekat Bursa ni pun ada bazaar yang jual memacam ala macam Grand Bazaar tapi nama dia Covered Market (Kapalı Çarşı). Kau jalan je masuk lalu ikut suka hati jangan risau tak sesat selagi ingat jalan mana kau lalu. Haha dan ok sini nak bagi #TipsJajaa macam aku, aku tak singgah Grand Bazaar lagi. Sebab Istanbul destinasi last kan, Jadi macam yang diketahui, orang cakap Grand Bazaar jual memacam lepas tuh mahal. Tapi mahal tuh tak tahu macam  mana. Kiranya masa aku pergi Covered Market n, memang rambang mata la cite dia nak beli memacam. Sempat la beli shawl tudung dan baju, tapi nak beli banyak pun macam ish nanti kalau Grand Bazaar murah macam mana. Ternyata keputusan beli dekat Covered Market tepat! First, jauh lebih murah dan harga dia letak mula mula pun tak cekik darah. Dan ada yang display harga terus. Kedua, corak tudung shawl lawa lawa dan banyak pilhan. Iye la sebab Covered Market ni dekat dengan Koza Han akak Silk Bazaar. Tapi jangan beli dalam Koza Han sebab mahal sikit dari Covered Market. Ketiga kenapa perlu beli di Covered Market adalah, orang Bursa jauh lebih baik dan tidak garang macam orang Istanbul. Kiranya kalau kau tanya tanya pastu tak jadi beli, dia macam ok lagi. Kalau Istanbul ish ish ishh.. Keempat, jalan dia pun luas tak kecik kira takde la sesak. Kebetulan first day kita orang pergi macam tkde orang. Second day tuh baru ramai, yang ramai pun sebab orang tempatan yang shopping. Tourist kurang, dorg semua mind set macam kami kot. Haha jadi kalau lepas ni pergi, beli saja dia Bursa ini ok?








Gambar dari Jomlah-Zarina sebab aku takde amek gambo yang ini. hihi

Dekat Bursa ni sejuk sangat tak tahan sebab dia dekat dengan snow mountain. Kalau nak main snow ha disini la temoat nya. Uludag kalau tak silap nama dia. Memandangkan tiada aktiviti di Bursa hanya la sekadar mahu melihat bandar dia, aku ajak Big Bosh pergi snow tapi Big Bosh tak mau sebab pertama, tiada dalam plan jadi dia tak mahu. Kedua sebab, Kakak punya outer wear tk cukup tebat macam dia pergi Jepun. Tah la tak bawak glove ish ish, nasib la dapat adik baik sanggup korban kan glove dia ke kakak. Tangan dah beku dont care. Eh care juga berebut bila tak tahan. Haha jadi dua hari dekat Bursa hanya jalan ikut naluri dan maps. Nak pergi sini nak pergi sana, dont care. Janlan jalan jumpa jualan macam amal jual makanan stop dan beli dan makan dan repeat esoknya lagi. Haha semua makanan jadi sedap bila makan panas panas sebab cuaca sejuk. 



Ha takotkan nama kebab dia.. Haha

So comel!





From Bursa to Istanbul.

Dari Burse nak ke Istanbul Abah plan mahu naik feri. Jadi nak ke terminal feri daripada Bursa perlu naik keteapi bawah tanah (Metro) ke stesen last sekali Emek. Then dari Emek take a bus (M1) to Mudanya. Nanti bas tu sampai betul betul depan station terminal feri macam kat bawah gini. Untuk pengetahuan, syarikat feri ada dua. Satu Budo dan datu lagi Ido. Kami naik yang Budo. Kalau Ido kena pergi tempat lain which is i dont know kena cari lagi heheh. Dan perlu diingatkan timing nak ke Istanbul ada masa sendiri. Jadi bukan every 10minit akan ada feri, no ok no. Yang aku ingat pagi sahaja, ala minta maaf terlupa. Nanti tanya bapak semula.

Harga tiket dalam 22 TL. Masa perjalanan about 2 hours, jangan risau dalam feri ada kafe untuk breakfast ke dan ada juga toilet. Tapi tak boleh keluar kot tibe tibe kau nak buat filem titanic ke tak boleh. Ko tengok la tv atau pun tido. Feri ni dua tingkat, dan bagi aku selesa dan tidak sempit. Justt nice, boleh cuba ye boleh tiada masalah.





Sampaii Istabul, lalu nama terus bertukar jadi Dian. Hiihi

Alamak mintaa maaf juga sebab dah malas nak update. Lepas tuh akak cengelat post sikit sikit, cerita tak detail, ya ampun maaf kan akak. Haha janji next post dalam masa yang terdekat dan part yang last. Hihihi inshaAllah 

No comments:

Post a Comment