Monday, July 27, 2015

Selamat Hari Rayaaaa~!

Since we're still in Syawal, it is not too late for me to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to youu! Eipppppppopp eh ni bunyi mercun dari kampung sebelah ok ok ok

Sebenarnya aku dah takde mood nak habis kan post pasal Turkey. Haha sebab dah lama sangat aku peram sampai rasa malas nak habiskan. Tapi aku akan cuba habiskan iye betul cuma tak tahu bila. Hihihi

Jadi puasa lepas macam biasa rasa sekejap gilaa. Akhir zaman memang masa rasa cepat, ni mak aku yang cakap. Seminggu awal puasa di Sabah, gila kau tak syiok. Buka pukul 630 kot. Sahur pun awal juga la kan cerita dia.. Pukul 4 dah bangun sahur. Haha tapi takpe, yang penting berbuka awal tuh akak suka. Dalam seminggu tuh sekali je masak untuk berbuka. Haha tak sempat oh serious akak busy tau dekat sana. Hihi memang pukul 6 tuh baru keluar cari makanan dekat bazaar. Bazaar dekat Sabah bagi aku ok juga, ada banyak ikut tempat. Yang pernah aku pergi dua tempat je, Putatatan dengan yang dekat Masjid Negeri tu ala lupa nama kawasan dia. Haha yang dekat masjid negeri tuh besar dan seronok.

Balik semenanjung memang tak pergi bazaar. Sampai la minggu terakhir nak habis puasa, itu pun dua kali je kot. Haha entah dia ada satu perasaan malas nya makan apa yang masak kat rumah pun dah cukup. Plus bazaar dekat Bukit Indah ni kecik dan tak best. Yang best adaa, tapi jauh sikit la, malaih la cheq. Lagipun family cheq jenis makan satu kuih je, kuih cara hasil tangan sendiri. Resepi wujud bulan puasa sahajaa. Haha ohh dan bila puasa ni juga bulan ber-iftor dengan membe membe. Dia kira macam jumpa membe yang lama tak jumpa, membe biasa jumpa. Konon erat kan silaturahim la ha gituu. Haha

Erat Silaturahim bersama Hapis dan Mairaa~

Jalin kasih sayang bersama Sheyshey~

Jejak kasih bersama Nayli, Wanie dan Alyaa

Rindu dinduu bersamaa Amalina, Shasyaa dan Mairaa~
Aku nak sangat jumpa budak gemilang tujuh. Lama sangat tak jumpa, asek tak cukup korum je. Puasa tahun ni tak berbuka samaa. Takde rezeki la tu girls takpe la, nanti ada jodoh ada rezeki kita jumpa.

Entah la, susah betul family aku ni nak amek gambo raya formal. Kalau ada pun mesti tak cukup orang. Ha pernah sekali je tahun bila ek ha kalau tak silap tiga tahun lepas yang lengkap. Haha ha ini raya kedua pergi Cameron isi masa dan semuanya ada kecuali abang ipar sahaja. Dia askar jadi bertugas di Tawau, cian akak raya tanpa suami disisi. Tapi takpe, minggu depan dia balik bukan. Hihihi ha suka la ko tu.

Semua dah ber-family alhamdulilah, anak buah pun bakal bertambah dua tiga bulan ni, alhamdulilah. Besar dah family sayaa. Alhamdulilahh :)




Syukur Alhamdulilah untuk semuanya :)
Selamat hari rayaaa~

No comments:

Post a Comment