Monday, June 29, 2015

Trip to Turkey (Part 2)

Arrived at Goreme.

Jadiii, lepas 9 jam atas bas. sampai sudah. Lepas tuh bas tuh drop kita orang dekat mana tah tapi jangan risau sebab bas tuh memang hantar smpai situ je, so semua passenger turun, nanti ada bas kecik amek. Jangan risau tak kena bayar. Harga dia dah campur sekali. Kita orang sampai dalam pukul 7 lebih kalau tak silap. Bas kecik tuh bawak kita kemana? Ke pusat Goreme la~ Haha yang bas besar tuh smpai luar je, tak sampai tempat dia bebetul. Ala macam mana ek nak cakap. Sebab Dalam bas tuh bukan semua pergi tempat sama. Kira dkt situ nanti berpecah. Jangan risau, ada yang reti speak english dekat sana. 



Sampaaaaaaaai~

Kira station la ni, jual tiket bas, jual perkhidmatan.

Sama dengan yang atas.

Opposite station tuh.

Jadi disini la bas mini tuh stop kau. Turun je bas kecik tuh semua orang jalan ikut haluan masing masing. Dia macam zap zap fuh semua dah hilang. Disebab kan we all tk booking hotel lagi, jadi first thing first nak cari hotel yang terrrrmurah boleh dapat. Mula mula usha internet, lepas tuh rasa argh baik tanya tempat information macam dekat atas tuh. Jadi Abah dan kakak ke sana, dan aku disini mereput... Haha takde la, ai jaga beg. Tahu tahu dah dapat hotel murah. Satu malam 100TL/3pax ha siapa cakap walk in mahal, walk in dekat Turkey murah beb, boleh nego. Tapi macam aku cakap hati hati, dorang garang macam singa. hahah! Ha tapi kalau nak rasa tidur dalam gua pun ada. Ikut la korang nak cari yang macam mana.




And I'm so so sorry cause I forgot to take picture of our room. My bad, I was totally forgot. Trust me, the room much more better than Vizyon. Compare to space and toilet. Dan heater dia tempat pemanggang yang macam gua cakap dekat atas tuh, kira boleh buat kering kan baju heheh. Tapi jangan risau disini ada mesin basuh, kalau nak basuh cakap kat dia. Sebab kan dalam toilet dia dah tulis jangan basuh. Kalau yg kecik kecik tibai je. Yang macam seluar tuh tk boleh la. Jadi, kena charge lerr~ 30TL rasanya sekali basuh. Lepas tuh kalau kau datang musim panas, ha oven la kau. Sebab kan dalam tuh tkde aircond. Haha heater je ade dan tingkap. Sesak aku takde moving air ni. Tapi hotel ni bagi aku macam menarik sebab tempat makan dekat atas. Kena naik tangga kecik, gayat juga tapi takpe. Untuk katil pula, kalau macam Vizyon amek three single bed. Dekat Paradise Cave Hotel ni amek bilik double bed and single bed. Sumbat tiga tiga satu bilik. Ma Familia ♥ Ha dan tiada tv ok tiada. Nak murah kan, gitu lerr~ yesss wifi tetap ada dont worry baby gurl.

Jadi tanpa buang masa, cadangnya nak Underground City by ourselve. Tapi owner hotel tu sendiri recommend agent untuk one day trip termasuk Undergound City, Ihlara Vadisi(Valley) / Aksaray, Selime Cathedral and Pigeon Valley(kalau tak silap). Oh yeah dengan tempat jade ke padia tah, gua tak perduli pasal jade tuh. Dan pakej ni sekali dengan makan. Mula mula we all macam eh takpe takpe, kita orang nak pergi sendiri. Lepas tuh dia cakap Underground City ni tk boleh sendiri, kena pakej. Lepas tuh nego harga, dapat la sorang 120TL. Agent yang untuk one day trip ni company Flintstones Travel. Untuk tiket masuk underground city dah sekali kan dalam pakej tuh. Kira bayar sekali untuk semua sahaja. Dont worry tour guide dia friendly~ Dan kebetulan group kita orang tuh best! Hihihi saya letak gambo je la eh. Untuk sejarah dia awak google lain boleh? Saya tak larat nak type (Sebenarnya saya ingat sikit sikit je saya minta maaf la :( ) Jadi untuk tempat tempat saya lawat ni saya letak gambar sahaja ok.



Underground City
(Gambar tak banyak sebab lighting tk cukup, cowie)


Ihlara Vadisi (Ihlara Valley) / Aksaray




Selime Cathedral




Pigeon Valley



From Goreme to Pamukkale.

Beli tiket bas ke Pamukkale guna syarikat Suha. Lepas nego dan bertanya, dapat la 60TL sorang. Mula mula tanya Metro, tapi dah macam fully book kalau nak juga time lain dan hari lain. We all takmau, so try Suha ada. Plus waktu Suha ni banyak. Dan macam biasa 10 jam kot, yang pasti lama jadi amek waktu malam. 

Jadi pagi tuh lepas breakfast, check out. Tapi barang barang tumpang dekat office Paradise Cave Hotel tuh. Gila takde kerja nak angkut. Haha tapi kau kunci la beg ko. Plan pagi tuh nak pergi Goreme Open Air Museum. Mula mula nak jalan kaki je, but then after the local suggested us to take mini bus at bus stop. Num bas sangat tak ingat sebab ini semua unplan, dia macam dorang kata naik kita naik. Nak turun dekat mana pun we all tak tahu nak sebut apa. Yang pasti tepi jalan je turun and you have to walk about 3km. Bare in mind that there is no toilet no kedai no apa apa sepanjangg jalan tuh. Kalau perasan dalam video aku buat ada part turun bas dan jalan kaki. Ha tambang bus mini tadi 3TL/sorang. Tak sesat ke? Did I mention about Internet yet? Ok belum. First day sampai Turkey, terus beli local simcard tapi kena rate tourist. Cis betul, mahal betul 90TL kalau tak silap untuk 4GB. Beli di Otogar. Jadi kakak sorang je beli dan yes kalau nak senang bawak satu handphone spare jadi simcard tuh boleh letak dalam phone spare dan kalau nak guna beramai ramai, pasang la hotspot~ Jadi senang nak google maps, senang nak trace kita kat mana. kita kat mana, kita kita kat manaa. ha dah kenapa awak baca nada menyanyi ?!

Pasabaglari.





Sebab dah penat jalan, jadi tak sampai dekat Open Air Museum pun. Sampai dekat Pasabaglari sahaja. Sebab scenery dia sama je rasanya. Haha we all penat ke tuh~ Sepanjang kau jalan memamng rasa tenang jeee, bukit bukit tinggi. Ada Fairy Chimney. Duduk atas bukit Pasabaglari tu pun dah sangat mashaAllah. Lawa sangat i cannot describe. Kalau gayat rugi la. Haha tapi memang rasa gayat sikit, dia amcam kalau kau berdiri tepi batu tuh rasa macam angin tolak je. Ha angin kuat ye, hati hatii~

Sebab hari ni dikira free and easy, lepas lawat Pasabaglari turun balik dan jalan kaki ikut suka hati. Serious balik tuh kita orang jalan kaki suka hati. Just see around, feel the view watch scenary. Haha lalu pun ikut laluan orang main mpv tuh. Tapi dont worry sebab dalam google maps ada. Kita tenang, actually jalan kita orang jalan tuh ada juga tourist lain lalu. Dia kira macam jalan belakang jalan tikus ha gitu. Jumpa kubur lagi, haha -.- tapi serious penat, dan dan la rasa panas. Haha petang tuh nak jalan lagi, tapi hujang ters berlari balik. Weh kalau hujan maksud dia sejuk nak mampus dan kau cakap keluar asap. Haha syiok~






From Goreme to Pamukkale.

Macam biasa, bas mini akan amek. Time dia suruh turun tuh ikut je, sebab ada bas mini tunggu dan turun kan kami di kedai company bus Pamukkale. Ok ini #tipsjajaa dengar baik baik bila bus mini tuh drop ko dekat sini, orang kedai tuh akan cepat cepat suruh masuk dan terus tanya siapa lepas ni balik naik eroplan siapa nak pergi mana, dia terus tanya macam macam tanpa bagi kau peluang untuk berfikir. Nasihat aku kalau kau tk sure lagi nak balik pakai bus company mana, sila keluar dari tempat tuh dan survey tiket bas yang berdekatan. Ok pengalaman saya, lepas bus mini drop je kita orang. Kami dijemput masuk duduk dan dia tanya nak pergi mana lepas tuh untuk beli tiket bus. Time tuh Abah tak buat keputusan lagi. Sebab harga nak pergi ke Bursa, ye lepas Pamukkale kami akan ker Bursa. Harga tiket bas berharga 75TL. Time tuh kita orang tak decide lagi nak beli. Sebab dia macam keadaan yang cepat dan kena push. Orang tuh tk bagi kita peluang nak berfikir. Jadi Abah cakap nak search tiket dulu. Siap keluarkan laptop, masa tuh orang yang jaga kedai Pamukkale tuh dah cakap kasar kasar dah cakap kuat kuat. Mula mula kemain lembut jee.

Last last lepas nasihat kakak dan saya, beli juga tiket bus dengan company Pamukkale. Reason kenapa kami beli je tiket dari company tuh, first tak tahu di mana kedai company bus yang lain. Di sini tiada Otogar(Bus Station). Second, dah duduk lama dekat kedai dia. Siap tumpang kincing lagi dekat kedai makan. So nasihat saya, kalau rasa tak sure nak beli ke nak survey dulu. Bila bus mini drop je terus tanya harga terus keluar. Jangan lama lama dalam kedai dia. Orang sana garangg banyak kali saya ulang ni. Haha


Dog tuh memang ada je dekat depan kedai. Iye besar dan pemalas.
Lepas dah beli tiket bus, oh kenapa rushing beli tiket bus eh? Sebab kami tak tidur pun dekat Pamukkale ni. Kami terus gerak ke Bursa malam tu. Penat kan haha. Kenapa tak tidur? Sebab ramai tourist kata tak payah tidur, boleh je nak discover satu hari. Jadi, tinggal kan begpack di kedai tuh dan mulakan perjalanan mencari Pamukkale Traventenleri. Oh yeah jangan lupa ambil maps ye, sebab time ni kita orang kesana dengan toursit dari Korea. Haha dekat je jangan risau jalan kaki sahaja. Masa jalan tuh, turun je ikut arah kereta macam dalam gambar lepas tuh belok kanan ada kedai company bus Metro. Ek elehh dekat je. Haha kalau tahu keluar je tadi survey harga.

Jadi nak masuk Pamukkale Traventenleri kena bayar. Lepas tuh dalam tuh ada jalan ja ikut track dia. Sangat excited sangat gembira sangat tak tahu nak cakap apa. Haha sebab selalu tengok gambar, mashaAllah lawa betul. Yang warna putih tu kalau tak silap, Calcium Carbonate. Dan ada air lalu dekat situ suam je. Reaction reaction, untuk info lebih google lain eh. I minta maaf. Time kita orang datang tuh awal pagi, air pun tk sempat nak takung sampai habis lagi. Air dia mengalir je. Ha time tuh ah aku hitam. Cahaya matahari pancar zappp tepat kat muka. Tapi kau tk sedar sebab angin sejuk je. Haha





Ada cotton castle ni je ke? Dok eh ada macam macam lagi. Amek maps dan berjalan la ikut suka dan nak pergi mana. Semua masuk percuma sebab dah kira bayar yang masuk mula mula tuh. Cuma kalau nak mandi hotspring kena bayar lain. Kalau tak tahu tanya orang sana. Tanya dekat pekerja dia. 



Hensem sangat ♥
till next post!


No comments:

Post a Comment