Thursday, June 25, 2015

Trip to Turkey (Part 1)

Assalamualaikum!

Ifti dah kembaliii~ kembali untuk berkongsiii~ Ok sebab aku pernah cakap dekat previous post untuk cerita detail, maka aku pun cerita. Dulu takde masa, sekarang banyak masa. Almaklum la dah tak kerjaa. Hihihi jadi saya akan cuba untuk cerita detail sedetailnya, apa yang saya buat, dan bagaimana saya buat sepanjang berada dekat Turkey nun jauh disana selama dua minggu.

First of all, ini semua Abah saya yang plan Abah saya yang buat ittenary Abah saya yang study. Haha Abah siapa yang power tuh? Dan ini backpacking kami kali kedua selepas Japan hari tuh. Jadi saya tukang menyampai kan je, kira macam setiausaha la ni. Haha jadi sebarang pertanyaan ke tak paham ke, tak jelas ke, boleh drop coment down below. Perhhh aku rasa macam youtubersz la dohh cakap macam ni. Haha

Ok apa yang perlu awak tahu :

  1. Goreme (Cappadocia)
  2. Pamukkale
  3. Bursa
  4. Istanbul
Ok ini sahaja tempat selama dua minggu. Paling lama dekat Istanbul dan saya rasa tension. Haha sebab Istanbul so many people and so hot. Em takde la hot tapi cahaya matahari tuh panas gak la. Jadi saya rasa, kalau awak nak pergi dua minggu sila tambah satu lagi tempat. Antalya pun menarik saya rasa. Depends la awak nak tengok apa.


Mari mulaa kann~


Flight Kuala Lumpur - Dubai.

Melalui hasil research Abah saya, menunggu harga tiket yang terbaik, maka terbeli la tiket kapal terbang ke Istanbul melalui Emirates - RM2,266.00 return ticket. Dikira murah harga tiket ni kalau nak banding dengan harga tiket ke Europe. Sebabnya, tiket murah dalam lingkungan RM2000 - RM2500 jadi kami dapat tengah tengah! Tiket terus beli melalui Emirates sendiri, sebab i know my daddy know the best. Hahah! Flight KUL ke DXB 4 jam kalau tak and waktu transit dekat Dubai satu malam juga la. Lama lamaa, sayang betul transit malam. Kita orang tidur je, tak jalan. Sebab katanya malam nak keluar pun dah tutup la train dekat sana. Macam kakak baca blog, mana yang transit siang dorang keluar T.T pusing airport pun sikit sikit je. Jadi sebab transit lama, dapat meal vaucher. One free meal boleh redeem dekat kedai yang di-list kan. Meal Vaucher boleh amek dekat Airpot Dubai tu dekat bahagian atas, alamak aku tak ingat nanti engkorang pandai pandai la tanya. Haha



Seat sebalah ada baby, lepas tuh stewardess datang bagi hadiah(?) macam set buku ke padia tah yang penting untuk budak budak. Yang Big Bosh aku tengok dia pun mintak gak, katanya untuk baby. Bila stewardess tanya mana baby, Abah tunjuk aku. Hahah lalu dapat la satu set beg macam atas ni. Kakak tengok, dia pun nak juga... Hahaha, dan mintak lagi dan dapat lagi haha.


Sis first time naik eroplan mahai gini, ada tv ada makan banyak gini ala sis first time. Sis terujaaa. Hahah ha pasal tv tuh mashaAllah kelakor. Sebab we all dapat seat depan sekali, jadi we all tak nampak mana tv dia. Kalau tak kan belakang seat orang, so Kakak and Me macam, 'Kak da mana tv ni, kena mintak ke apa' 'Entah la Jaa, Kak da pun first time' Elok kita orang cadang nak tanya stewardess tuh, kita orang nampak orang sebelah dah ada tv. Oooo rupa rupa tekan button sbb tv tuh lipat dekat bawah. Hahahah weh sumpah nasib tak tanya. Malu oii maluuuu hahaha!



Jadi itu la tempat tidur satu malam, kerusi dia ya ampun tak best. Baik bagi kerusi biasa. Sebab kerusi dia memang dah design lengkung jadi lengkung tuh aku tk selesa dan aku tak tido sangat. Nak buat apa tak tahu. WiFi! Dubai so kedek WiFi, ada kejap je 30minit. Yang lain kau kena beli. Memang tak beli wifi yang sepatut nya di airport dapat percuma, tapi kenapa tida di Dubai kenapaa?!

Wafi Gourmet ni we all decide untuk guna Meal Voucher selepas survey beberapa kedai yang dah listed. Kenapa? Hm sebab dia ramai orang rasanya. Petua, 'kalau ramai orang mesti sedap' saya pegang. Haha boleh la makan, untuk hidup.



 Tadaaaa!

Flight Dubai to Istanbul.

Kali ni tak dapat seat depan, we all dapat seat tengah tengah. Dapat pula duduk sebelah student mana tah yang aku pasti dia mesti baya aku. Dan aku rasa menyesal sebab tk sembang dengan dia. Hahah! Aku takot la tuh nak speaking, Abah kalau dia jumpa orang dia mesti tegor. Aku nak tanya memacam dekat mamat tuh tapi sebab aku pikir banyak tuh tak jadi tuh. Haha ok jadi flight ke Istanbul ambil masa selama 6 jam. Repuuuuuuuut~


Arrived at Ataturk Airport.

Sampai sampai apa yang kau perlu buat adalah...

  1. Bernafas dan bersyukur
  2. Ambil segala peta yang perlu
  3. Cucuk duit dekat ATM 
  4. Pecahkan duit
  5. Beli Istanbulkart (untuk kegunaan naik train, bas, metro)
Kami tertinggal list num dua. Ambil peta yang ada. Sebab.. dah ada! Kahkah, Abah dah bawak peta siap siap dari Malaysia. Peta dari matta fair, dari internet dengan mana tah Abah cari. So aku tertengok rak peta, tapi aku buat donno je la. Sebab aku dah ada peta Abah bagi. Hihihi 

Cucuk duit?
Yes, Abah dan Kakak aktif kan kad BSN, RHB dan MAYBANK untuk cucuk duit dekat luar negara. Kenapa sampai tiga? Back up katanya. Kenapa? Sebab kalau satu tak boleh guna ada lagi satu kalau tiga tiga tak boleh guna, ha tido la ko dkt airport dua minggu. Masa bertolak, hanya tukar duit sedikit je. 100EUR dan 400TL, kenapa tukar dua matawang? Sebab dekat Turkey dia accept dua dua mata wang ni. Dan ada yang  accept Euro tak nak Lira, ada nak Lira tak nak Euro. Ha nak kenapa lagi aku ketuk kepala. Jadi lepas cucuk duit dari ATM dekat airport, kita pergi pecah kan duit~ Pecah kan duit dengan beli air atau beli cokelat atau basikal atau rumah banglo ikut suka nak beli apa. Sebab duit besar mesin taknak telan. Kalau nak tukar orang tak layan, jadi kena beli. Understand? #tipsjajaa nii. Cari kedai macam 7E dekat bawah. Jadi lepas dah tukar duit, cari Metro Line, sebab airpot ni connect dgn Metro Line. Dekat situ la saya beli Istanbulkart pakai mesin dia sediakan. 10TL kalau tak silap, 4 lira tolak sbb kad jadi engkorang ada 6lira je, jadi sila topup.

Bank apa?
Ha yang mana ada sama dengan kad kau. Ala macam kita dekat Malaysia, nak Maybank tapi ada Bank Isalam je tapi sebab ada MEPS kita pun keluar kan juga. Kena tolak singit la tapi. Untuk oversea alamak aku tak sure pula. Haha jadi Abah guna Deniz Bank, Turkiye Is Bankasi dan TEB. Abah keluar sebab similarity of Visa Electron. Ok ok tak paham drop comment down below. Haha





Padia gambar ni kecik mana boleh tengok, ha ko tekan la nanti besar. Nampak Ataturk Airport so You're There ok. Naik Metro tuh, ha jang konfius kan minda macam aku mula mula. Metro dekat sana is train ok. Jangan bayang Metro tuh macam bas Metro dekat KL. Jadi we all stop di Otogar (Bus Station). Kenapa? Sebab holiday dua minggu ni Abah rancang nak pergi tempat jauh dulu lepas tuh baru explore Istanbul. Jadi tujuan ke Otogar sebab nak beli tiket bas ke Goreme (Cappadocia la tuh) Aku pun baru tahu. Haha nampak sangat aku tak study. Iye ini semua ittenary Abah saya. Saya dan kakak melunaskan dan menjaga sahaja. Hihihi oh dan hampir kesemua line metro tram saya naik. Ada yang underground tuh naik kejap je sebab tak nampak scenary.

Otogar (Bus Station)

Sila tetap pada pendirian anda. Ok kenapa? Kau sampai sampai je nanti ada ulat yang 'JB bang JB, nak pergi mana bang' Ha macam tuh, haha ni aku dah translate kan untuk ko. Macam Abah, dia dah tahu nak beli tiket melalui Metro bas. (Dah kenapa semua Metro aduh tension) ye ye ok sabar. Nanti aku suruh dia tukar nama. Syarikat bas ada banyak, yang aku naik Metro dengan Suha je. Aku suka naik Metro dari Suha. Ok itu je dulu. Jadi sampai sampai, ada sorang ni tarik kita orang pergi dekat stokis Metro. Tanya berapa, aduh mahai bukan macam dalam bajet. Lepas tuh keluar kedai, cari kedai Metro lain, dapat la 65lira lepas bargin. Eh betul ke ejaan aku. Ha orang Turki ni pelik sikit, garang betul. Masa nak beli baik jee, once you said no. Mula la dia garang lain macam -.- jadi kalau awak memang dah tahu nak beli apa dan dekat mana, jangan ikut ulat ni. Awak ikut kata hati ok.



Kakak..awak buat apa tuh kakak...
Haa, ini la Otogar. Besaaaar tempat diaaa~

Vizyon City Hotel (Beyazit-Kapalicarsi)

Jadi itu lah satu satu nya hotel booking online di Booking.com dan hotel yang termahal yang kita orang dapat. Satu malam bersamaan RM280/3pax tah la mahal sempit pula tuh. Takde la sempit, cuma kau takde ruang nak solat ok so nilai sendiri~ Jadi hotel ni dekat dengan tram line, jadi dari metro line turun dimana ek tak ingat lepas tuh jalan cari tram line dan turun di Beyazit-Kapalicarsi (Grand Bazaar) dekat je sebelah tuh Grand Bazaar. Abah dah print peta nak ke hotel tuh, tapi kami masih sesat juga mencari. Kenapa? Dalam google map tunjuk main road. Dekat sana main road yang dia tunjuk padia kecik cenonet. Itu yang macam hahah sesat -.-





Masa booking, tengok gambar bilik macam besar. Ha yang korang tengok gambar aku pun nampak macam besar kan. Well itu semua trick camera. Haha toilet dia pun kecik je sebenarnyaa. Tapi breakfast dia pelbagai juga la kalau nak banding dengan hotel hotel yang aku duduk. Breakfast like a Turkish. Haha aku rasa dorang ni family busniess sebab pekerja sorang je kot. Dengan sorang jaga reception. Ha dalam bilik dia heater macam aircond kita dekat atas. Kalau boleh cari la hotel yang ada heater dekat bawah. Sebab hihih macam kami lepas sehari mesti basuh baju dann lepas air dah turun, jadi kan heater tempat pemanggang. Haha cepat sikit kering. Ha ni #tipsjajaa ok untuk semua.


Kecik je tempat dia, ni dekat bawah, hotel dekat atas. Yang lady duduk sebelah tuh la yang jaga makan, yang kemas bilik. Sorang tuh jee.. Oh yeah, orang Turki ni memang suka makan roti. Roti yang besar yang keras tepi tuh. Haha aku makan sampai luka lelangit. Kasar kot tepi roti dia. Haha ha satu lagi benda penting kena ingat, sini punya check out pukul 10 pagi ye. Gila awal kan. Mostly semua tempat check out pukul 10 pagi.

Tapi tak pe, aku letak namecard hotel tuh. Aku tak halang kalau korang nak duduk. Boleh sila kan, aku cuma review hihihihi.

Opps, berlatar belakang kan mamamt hencem pula. kikiki :p
From Istanbul to Goreme.

Jadi seperti dalam rancangan, nak ke tempat jauh dulu maka tiket bas yang dah beli right after landed dekat Airport tuh amek waktu malam. Kira travel dari Istanbul ke Gerome malam. Why? Sebab weh 9 jam kot lama nak mampus jadi amek malam sebab nak jimat waktu tidur dihotel dan sampai sampai terus pagi~ Jangan risau bas dia selesa. Ada wifi ada tv ada minum ada makan. Ada stewardess lagi. Eh itu perempuan, kalau laki panggil apa? Steward kan ha itu la. Muda..dan hensem...tapi sayang...taksenyum.. muka ketat... sedihh...

Jadi memandangkan 9 jam perjalanan, dia stop dua kali je untuk turun kincing. Sejuk jangan main main eh tapi dalam bas ada heater jangan risau. Oh dan bas dia sangat laju. Eh sangat ke ha boleh dikatakan laju la. Takpe kau tido je. Lepas tuh kalau boleh amek yang three seated. Selesa sikit, kalau takde padan muka! Sebabnya, ni je bas yang aku naik three seated yang lain semua four seated haha aku suka Metro Bas ni sebab kerusi dia bagi aku selesa. Suha tak.

Ok ok lepas tuh, #tipsjajaa lagi, nanti kalau bas stop untuk rehat, sila ingat num plate bus. Ala ko snap je la num plat dia. Mudah. Kenapa? Percaya la nanti akan ada banyak gila bas dan kau akan eh mana bus aku. Kau nak tanya pun dorang pukan nya paham sangat. Haha so untuk memudahkan, snap la num plat ok~

Disebab kan bas malam, untuk mengisi masa sebelum malam, kami naik bas untuk melihat scenary. Time ni beg dah bawak bersama. Apa yang awak perlu tahu, bas dekat sana sentiasaaaa penuh. Tah la penuh rapat rapat pula tuh. And tolong becareful dorang ni suka amek kesempatan. Jaga la harta dan maruah. Haha kalau rasa lain macam cepat cepat tukar tempat. Ok?







I told you it was so cold. Haha tak silap suhu negetive kot. Oh tempat stop dia ada jual jual juga makanan ke sourviner ke tapi sis tengok aja.

Ok la till next post!

No comments:

Post a Comment