Wednesday, June 24, 2015

#SabahOkBha

Fuhhhhhh.

Lama gila tak update, maklum la sibuk hidup. Haha Sampai takde masa saya nak spend time dengan laptop sendiri, kalau tak laptop ni memang on 24/7 ni sebab sibuk kerja simpan je bebaik dalam beg. Dah la simpan dalam beg letak pula hujung katil, sedih dia. 

Eh lupa beri salam,
Assalamualaikummm~

Ok jadi sudah selesai khidmat aku bekerja di Sabah selama dua bulan. Eh ye ke dua bulan, em lebih kurang la gitu. All in all, Sabah best! Dapat officemate pun best, surrounding best, semua best. I learn alot from there. Hal berkaitan kerja, hal kaitan dunia amboi dunia amboi. Haha dari tak berani jadi berani. Tak banyak sikit pun still got improve kan. Dan ada dua achievement unlock :)

Mula mula aku ingat kereta office auto, sekali manual kau. Memang aku biasa bawak manual dekat rumah memang kereta manual. Tapiii... aku cuak cuak. Haha lagi lagi bawak orang bawak jalan baru gila memang tak pernah dekat Ampang ni, kalau bawak jejauh pun ada Abah kat sebelah. Dekat Sabah, ada Bos dekat sebelah! Hahaha memang duk bergilir dengan Illy bawak. Dua dua terus jadi powwerr~ 

Sebab datang memang untuk kerja maka, kerja pun macam orang gila~ Hahah! Memang penat sebenarnya, nampak je insta pergi sini pergi situ. Sebab kita harus lah insta untuk kongsi kebahagiaan~ yang sengsara simpan sorang. Hahah sebab kerja masuk pukul 8 kekadang datang lambat hihi lepas tuh hari hari OT. Masa mula mula OT paling lambat pukul 9 pukul 11. Dah lama tuh OT sampai pukul 1 pukul 2. Ada sekali stay up tak balik rumah. Balik pukul 8 pagi esok lepas tuh petang pukul 3 datang semula. Ha macam orang takde life tak. Haha tapi takpe sebab bos baik belanja pergi pulau. Hihihi lepas tuh pergi site dekat Ranau sebab nak buat evaluation, alang alang Ranau dekat Kundasang pergi tengok lembu yang macam New Zealand tuh. Walaupun tengok dari jauh je sebab jalan pecah akibat gegaran, seorang Jajaa rasa bersyukur dapat jalan. Hihihi







Member?
 Semua masuk air. Hahah kebetulan dalam ofice tuh ramai yang lebih kurang sebaya je. Lepas tuh semua boleh ngam. Masing masing ada perangai sendiri. Hahah Ann membe dari UTM sama kelas pun kerja juga sebab rumah dia pun dekat je dengan office. Angela sebaya, Jaysee dua puluh tiga, Randy dua puluh empat, Kak Ari dua puluh lima. Haa semua umur dekat dekat je kannn. Even Kak Rina dengan Sir dah kawen pun perangai ok ok jee. Jadi saya memang suka surrounding tempat kerja ni. Lepas tuh kan dorang ni aku tengok bila buat kerja, tekun. Lepas tuh kalau masing masing dah bosan dah stress, gelak gelak dulu. Lepas tuh sambung buat kerja balik. Haha hebat! Randy pula kaki sakat, ada je idea nak buat buat. Kalau tkde idea nampak muka dia tengah cari idea. Haha lawak paling win dia buat, bahan R aku. Hahah! Aku dah cakap campak la memana mesti ada yang perasan punya R pelik aku ni. Dia suruh aku eja 'necessary', aku oun dengan blur eja la. Sampai R dia macam buat tak dengar, aku pun sebut lagi. Lepas tuh dia buat muka pelik lepas tuh tanya perkataan tuh takde pun dekat keyboard nak tekan apa ni. Hahahhaa ishh! lepas tuh semua suka karok, memang malam malam tuh melagha bukak youtube dannnn karauukee~ haha



Makanan?
Bagi tekak aku, aku boleh terima masakan orang sabah. Cuma tak pedas je la. Aku mintak nasi goreng pedas, bagi tk pedas juga. Ish ishh. So far aku ok je makan dia takde la tak boleh makan ke apa ke. Boleh la makan untuk hidup. Hahhaha 

Bahasa?
Hahaha seminggu tuh aku pening duk dengar sabah here sabah there sabah everywhere. Pening pening sebab aku rasa macam indon dah. Hahaha lepas tuh dah boleh biasa kan. Tapi tk boleh lagi nak ikut cara susunan ayat dia tuh. Aku tibai lepas tuh jadi indon, haha. Kalau biasa biasa tuh yang, ada ka? Ok ka? tuh boleh la. Haha tapi paham je durang nak cakap apa. Haaa! Kau patut baca whatsapp dorang. Memang susah nak paham. Dengan shortform dengan nada, pehh macam tadika aku baca whatsapp dorang merangkak. Hahaha!

Tapi pengalaman yang palinggggg tkk boleh lupa adalahhh, gempar bumi. For the firstttttt timeeee! Hahah mula mula gegaran hari Jumaat tak silap, tarikh tak ingat la tapi. Ha Jumaat, pagi yang very first gegaran tuh pukul 7 lebih pagi. Time tuh tengah tidur elok je, lepas tuh sedar sedar Mama Illy tanya rasa tak gegaran kuat. Pintu macam orang along datang ketuk. Tapi kita orang? Nyenyak tido. Hahah mungkin rasa macam kena dodoi kot. Pergi kerja semua bising pasal gegaran tuh. Aku mengada, mengada gila nak rasa. Bukan la aku mintak musibah aku cuma nak tahu rasa gegaran tuh macam mana. Lepas tuh Allah bagi aku rasa, hari Ahad pukul 245 petang. Time tuh dekat office tengah buat kerja. Bila buat kerja kan tangan atas meja, lepas tuh rasa macam meja bergoyang. Pastu aku macam orang bawah ke sebab bawah office ada macam orang berlatih tumbuk tumbuk tuh. Lepas tu tanya Angela, 'kamu rasa tak gegar?' Masa tanya tuh gegar lagi sekali. Ha kauu nak rasa sangat. Rasa pun, hahah berlari semua orang pergi dekat depan. Aku dengan tak pakai kasut lari angkat kasut dengan handphone. Ok itu sahaja yang penting. Hahah lepas tuh seharian rasa pening. Haha dannn berharap tidak mahu rasa lagi gempa bumi, mohon dijauhkan amin.

Dengarnya, kali ini paling teruk gempar. Teruk dan banyak. Seminggu kot aku rasa berterusan gegaran. Allahuakbar, takut tau sebenarnya. Dengan Gunung Kinabalu punya tragedi. Tua dah dunia... Last sekali ada gegaran masa aku nak balik, time tuh tengah nak hug Kak Ari say bubbye semua, dan time tuh Angela kata dia rasa gegaran. Tapi kami tak rasa sebab tengah busy. Takut tau sebenarnya...

All in all, aku sangat bersyukur dapat rasa bermusafir dekat Sabah. Haha ada juga la homesick nak balik sebab teringat rumah tiba tiba. Tapi sis ok je sis homesick sekejap je. hihi percaya la hihi. Terima Kasih Allah atas peluang ini. Semoga kita jumpa lagi Sabah :)



And thank you very much sending us to airport. Looking forward to meet you guys again. 
thank you ♥
oh and this is my very first time flying alone, and phew im safe! haha alhamdulilah

No comments:

Post a Comment