Wednesday, April 15, 2015

Road To Turkey #JajaaJalanJalan


Bismillahirahmanirahim

Jadiii inshaAllah esok petang saya, kakak saya dan ayah saya ke..............TURKEY! Wahh i am so feeling feeling Lisa Surihani. Eh jap jap tetibe rasa macam Fazura pula. Hahah kasi chance pleasee? Hihi ok macam pergi Jepun juga, Abah yang Google everyyythingggg! Omg Abah so so so power and so so rajin. Setahun la kiranya dia learn everything. Kecuali bahasa, haha! Bahasa Turkish gila susah kot, aku tahu Merhaba which means Hello. Haha tapi takpe dah download dah apps bahasa turkish ni. Jadi kira line train, how to get to there, hotel semua Abah buat. Abah masa dia muda muda pun memang suka travel. Masa dia dah kawen Mama cakap dia tak travel sebab nak jaga anak lima orang kecik kecik, banyak pakai duit. Sekarang ni je sebab dah pencen ada masa. Aku? Haha mana Abah pergi aku ikut, bodyguard kononnya. Hehe kakak pula ajk makanan. Jaga makan minum Abah dekat sana. Haha Mama dia takmau ikut, katanya dia tak kuat dah nak jalan banyak. Plus sebab kali ni punya trip memang akan banyak jalan yang berpikul beg. Lepas tuh dari satu tempat ke satu tempat jauh dan naik bas. Kalau macam jepun tinggal je beg dkt station train ada loker, tinggal dekat hotel. Kalau Turkey ni Abah cakap tk boleh percaya sangat. Dan macam biasa, aku takde lagi bagpack sendiri. Asek pinjam je, itu hari kak amy. Kali ni Abang Wan punya. Hehehehe serious kena cari satu serious serious. Memang nak cari tapi bila ada duit rasa macam alah tk perlu la, ala nanti la. Bila nak jalan meraba pinjam haha!


Kira-kira dua minggu juga saya merantau ni. Tolong doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang eh? Nanti kalau senang saya update #Jajaataburkebahagiaan cerita dari awal sampai balik. Taksure nak update bila balik Malaysia atau dekat sana pun dah update. Haha sebab kakak bawak laptop sebab dia kena buat kerja dia, gila lah kakak so power! I will share everything from ticket flight, hotel, transport. Ok i'm afraid to promise, but i will try.


Doakan kami! :)


xoxo, publishh!



Saya rasa saya dah makin power kemas barang. Haha! 

Tuesday, April 14, 2015

Boat Noodle, yay or nay?

Hai guys, it's me Jajaa again. Well today I'm going to talk about Boat Noodle! Yeayyy

Hahah aku suka tengok vlog Faafirds, basically itu muqadimah dia. Omg english accent dia, biasa je! Hahah tapi sebab dia cakap selamba, tak kekok dannn laju omg i am soo insipred *.* Kadang kadang try juga ikut cara dia cakap. Hihi ni kalau dia google nama dia mesti jumpa blog aku ha sudah. 

Oh dah pukul 12 malam ye, alarm aku baru bunyi suruh tidur. Hihi comel kann everyday ada alarm 'Pergi tidoooo!' dengan 'Exercise' Hahah yang exercise tuh alarm pukul 530 petang tapi sekarang alarm tuh aku patut tukar jadi 'Makaaan petangggg' Haha sebab aku dah malas nak ikut Big Bosh naik bukit. Haha lazy ass jaja got lazy ass -,- Abah tuh tk tahu nak cakap macam mana ish ishh rajin dan power! Patut anak dia power sekali tapi anak dia dapat amazing je kah! Sebab malas dan taknak rasa serba salah buat juga la exercise sikit sikit kat rumah tapi sepuluh minit pastu ok dah cukup jgn lama lama nanti kurus. Huhu

Pastu pastu pastu, Enna jiran sebelah rumah yang sangat rapat dari azali whatsapp ajak pergi makan Boat Noodle. Well why not, aku pun tak pernah try. Sebab sebenarnya takde rasa macam nak try, dan entah macam tkpe tak makan pun takpe. Tapi sebab dah lama tak keluar dan lama tak sembang dengan dia, dulu dulu agak selalu juga sembang malam malam dekat pagar luar rumah. Adaaa je benda nak cakap. Haha k kk lepas tuh pergi la TS, Haa dari nak pergi sampaii balik cakap non-stop. Haha aku suka orang gini, dia buat aku senang sebab ada je benda nak sembang. Dia dah pernah dah makan Boat Noodle ni, so apa dia pilih aku pilih. Haha sebab menu dia ada ayam atau daging. Lepas tuh dua dua ni ada dua perisa lain. Pathundsh dengan Athatudnai (( bukan nama sebenar sebab aku tk ingat spelling dia hahah! dia nak cakap yang Pathhsae tuh Pedas dan sedap dan yang Athdaugdbje tuh Manis dan Tak sedap. ))

Pastu aku pun amek yang pedas ayam dan daging. Weh yang daging punya sedapp gilaaaaa! Yang ayam punya dia tkde rasa kick macam daging tak tahu la pasaipaa. So lepas ni aku recommand kan amek yang daging je, betul daging sedap. Hihi lepas tuh Enna cakap tea iced dia sedap, ok kita order yang itu jugaa~ Sedap juga sbb pekat. Hihi oh actually makan dua tak kenyang kalau nak kenyang amek 4 bowl cukup dah. Jajaa makan dua bowl? Bak kata Sheyshey so not Jajaa. Haha makan sikit sebab aku mengidam Laksa Ah Chenggg~ Hehe itu pasal la. heheh








Lepas tuh sepanjang balik, aku prrrot proooot proooot aku nak toilet! Hahahahahahahhahaha
Sama ada Laksa atau Boat Noodle buat perut aku sangat lawas aku pun tak sure. 

Thursday, April 2, 2015

Salam alaik!

Assalamualaikum!
Aku tanya apa khabar~

Jadi dah dekat 2 minggu duduk rumah lepas habisnya diploma, eceh mengadaa. Haha buat apa? Apa lagi besar kan badan la, makan makan makann. Yumss! Oh tidur juga ahh seronok betul, tapi rasa lemau gila bapak ah sampah! Hahah kalau rajin ikut Abah panjat bukit. Ada bukit kembara, dekat bukit indah la ni belakang apartment emerald tuh, ha aku cerita macam korang dapat bayang oh kecuali awak orang bukit indah. Haha penat juga ye bukit tu, aku first time naik. Semputt! Haha tapi Abah power, naik hari hari, fuh hebat bapak siapa la tuh.

Tapi aku naik dua kali je lah lepas tuh malas. Haha sebenarnya takde sebab pun update, tapi rasa nak bercerita nak bersembang nak menaip? pape je la mana mana yang sesuai. Ha semalam pergi renew passport, oh sekarang takde untuk dua tahun dah terus renew untuk 5 tahun, fuh fuh fuh RM200 la apa lagi, tapi aku rasa macam untung juga la kot kot. Untung la sebab bapak punya duit, cuba duit sendiri. Hahha bapak kena RM100 je sebab warga emas. Orang cakap ke bapak, 'untung la abah murah je, seratus kot separuh harga biasa'. Bapak jawab, 'ha tuh la tua cepat cepat.' Haha bapak ai buat lawak ala bapak ni suka buat orang terhibur.

Pastu masa nak amek gambo baru eh sekarang dah maju la, amek gambar pun dekat situ je, ada camera dia pasang yang power. Tak payah nak amek gambar passport dkt kedai gambar, mudah dah. Tapi ciann, cian dekat orang keje kedai gambar. Masa tgh berurusan dengan pegawai tuh, kan bila cakap mata pandang mata, pastu dia cakap content lens kena buka eh. Aku macam, serious la kak. Dia beriya cakap lens kena bukak, aku macam hoi apa ni ala taknak tapi ok la aku tanya la tandas dekat mana. Nasib la saya kalau pakai lens akan bawak sekali solution dgn bekas dia. Kalau tak memang datang esok semula, gila apa nak buang lens belum sampai masa lagi mana boleh buang! Haha lepas tuh datang semua ke kaunter tuh, dgn mata tak nampak senyum je lah. Nasib la gambo lawa. Hihihiihii

Lepas tuh dah alang alang dkt UTC, sebelah tuh tempat buat ic. Tapi aku tk tahu pun, aku ingat dekat Putrajaya, aku pun pakai la balik lens. Pastu Abah cakap dekat sebelah je, aku macam takpe la pakai je la, kalau suruh bukak lagi, saya bukak. Gila mana boleh tak pakai spek tk nampak ai, pening ai tak suka. Pastu masa amek gambar buat ic pula ok je tkde pun suruh bukak lens. Ek eleh la orang dekat buat passport tuhh. Padahal passport hitam putih kot, ee jealous la tuh dengan mata biru aku! Haha

Lepas tuh lepas tuh, tadi first time membeli belah sejak GST. Haha gila susah nya nak predict nak kira barang susah nyaa, aa aku macam takot nak tempoh masa depan. Haha aku rasa macam kos sara hidup tingginyaa, aku kena kerja dapat gaji tinggi tinggi ni. Haha pastu tadi beli roti RM3.80 masa dekat cashier nak bayar, dia cakap RM4.03 aku bagi la RM4 pastu orang tuh macam tunggu 3sen aku macam sedar tk sedar aku pun bagi la 5sen. Tapi dia tak bagi baki 2sen pun. Pastu dalam kete tuh aku berdebat dengan Abah, kenapa 3sen dia mintak kenapa patut kalau round off jadi RM4 la, pastu bila bagi 5sen tahu pula tk bagi baki 2sen. Ha ko nak berkira, ni aku pun berkira juga! Haha sepatutnya memang kena round off 3sen tuh, mungkin dia terlupa.

Tapi, takotnya nya nak hadapi masa depan...
Omg ayat money is not everything sangat dah boleh salin.


Everything needs MONEY!