Saturday, February 28, 2015

A test.

You belong to the blue color family! The color psychology quiz tells us that like those blue colors that you subconsciously most relate to, you're deep, comforting, emotional and naturally intuitive. You've always had a sixth sense or gut feeling that never leads you astray. Rely on your intuition; it will never fail you! But, you probably already know that. Others may perceive you as overly emotional, and you may even have a reputation for being a bit sensitive or touchy, but you actually just have an incredibly high emotional intelligence. You can be a bit melancholy at times, and you need time and space to recharge your emotional energies.

You decide.

Wednesday, February 18, 2015

Overnight!


Ok ok ini cerita satu hari punya keluar.
Iye satu hari sampai pagi esok tuh ye.
Iye, overnight.

Hari Ahad, Lect ada ajak pergi rumah dia buat makan makan, bbq. Jadi lepas zuhur tuh semua siap siap nak gerak la pergi rumah puan sebab rumah puan dekat Puchong. Jadi dalam pukul 3 tuh baru sampai. Sampai sampai terus makan, yummy memang dah lapo nak mampus. Haha lepas tuh start bakar bakar ayam, hotdog. Oh ye budak budak kelas aku ni tak reti malu, haha datang rumah orang mula mula semua behave. Lepas setengah jam tuh ha mula la, baring baring, joget joget. Haha Rasanya dah 21 tahun tapi.. Hahah tkpe la, dengan cara itu saya rasa kebahagiaan. Heheh

Paling mengarut, petang tuh pergi padang depan rumah puan main baling selipar main bola sepak. Haha aku ajak pergi padang untuk photoshot, haha tapi dah start nak main ok je i join je. Peluh memang tak payah cakap la kan. Hahah, anak puan pun join sekalii itu yang syiok. Haha lepas tuh Nisa siap amek kan botol air dari rumah puan dengan cawan untuk kita orang yang penat main dekat padang ni. Haha ala comel je :) Puan keluar amek gambar dengan kita orang sekalii, puan siap cakap 'saya tak pernah jumpa batch macam ni' Hahah comel jee. Lepas tuh budak laki memang berpeluh gila nak mampus, siap mandi dekat rumah puan. Hahah puan layan kita orang macam anak dia. Seronok~ 'Boleh boleh mandi dekat atas, nanti saya bagi towel' Hahahahha dorang nii ishhh! 







Lepas tuh dalam pukul 9 pulang la apa li, ha tapi kawan kawan saya ni patang dah keluar. Mesti macam mengelat tak nak balik. Jadi aku pun suggest pergi main roller blade dekat putrajaya, memandang kan macam dah dekat je kan, Jadi pergi la putrajaya, hidup gila dekat sana ramai orang syiokk~ Jadi nak sewa roller blade tuh RM10 sekali dia bagi stokin. Lepas tuh kau main la sampai lebam. Haha aku dulu pernah la jugak main benda alah ni, pinjam jiram punya. Main pun pegang pegang pagor. Dekat sana mana ada pagar. Yang ada kawasan lapang orang main roller blade, orang main basikal. So busy. Tapi sebab gian nak main, main jugaa. Jatuh yang terduduk tuh perhh sakit nak mampus tulang punggung. Hahah tangan lebam ah tapi tk peduliii. Haha memang tak malu dah jatuh, siap jatuh dekat depan orang yang tak kenal tengah lepak, dorang gelak je, aku tgk dorg senyum lepas tuh bangun teruskan main. Hahah tapi aku tk berani nak ikut budak laki main yg panjang panjang tuhh, pegang bahu pastu reramai ikut, argh tk berani. Ish tkde nya la aku pegang bahu dorg -,- Dorang yg perempuan buat juga tapi aku tk berani. Aku lebih berani jatuh sendiri aku buat. Hahah


Lepas tuh dalam pukul 12 macam tuh semua dah stop main, ok ok sekarang mari bermesyuarat. Nak balik dan kena saman RM25 sebab masuk lewat atau nak overnight. Haha macam macam idea keluar, pergi PD la pergi sini la pergi sana la. Last last keputusan dia pergi solat isya dulu. Hahah stop dekat stesen minyak solat lepas tuh bincang lagi nak pergi mana. Ok ok pergi mamak duduk sampai pagi. Ok lepas tuh masa otw aku nmpak signboard KLIA, aku pun macam ha KLIA kan 24hours, pergi sana pun baik gak. Lepas tuh plan pun bertukar kitaorg pun pergi KLIA. Sampai sana alamakk....lupa sini kan mahal, parking pun dah RM6, alamakk jajaa alamakk... Masa otw kesana tah la tol pun mahal... Jadi end up, duduk sana setengah jam amek gambo je, lepas tuh balik ke mamak. Hahah apa la jajaa nii ish ishhh.



Sampai mamak dalam pukul 4 lebih rasanya, duduk makan sembang sembang, pukul 550 gerak balik ksj. Yeayy dapat masuk tanpa kena soal dan denda dan segalanyaa. Lepas tuh ha.........tidur tak ingat dunia ah apa lagii. Hahahha


Sebab ramai tuh yang jadi syiokk~ Hihihi last last macam ni kena banyak kan aktiviti bersama :) Alamakk bahang rasa sedih dah mula merasa alamakk...


Saturday, February 14, 2015

Hari yang senang hati~

Hari ni paling senang hati.
Rasa happy sangat :)


Ha apa apa? Ingat pakwe jodoh je ke yang boleh senang kan hati? Ee bosan la macam tuh. Ini hati banyak senang sebab kerja semua dah habis, iye saya tahu nanti ada correction tapi takpe, itu hari isnin. Jadi mari senang hati dahuluu. Hihi lepas tuh pergi kenduru dengan Mama pun rasa happy je, pergi kenduri je pun masalahnya. Tapi sbb with a good company kan :)

Lepas tuh tidur petang haha sebab dah lama tk tidur yang syiok macam petang tadi, haha dengan hujan nya pula tuh. Seronoknyaa :) Lepas tuh malam pula pergi Danau dengan abang wan dan akak aja. Lama tak pergi Danau, memang salu dengan dorang je. Dengan kawan pernah sekali je kott. Tambah pula abah tadi ala comel.

'Ja nak pergi mana tuh'
'Pergi Danau Abahh'
'Dengan siapa'
'Dengan Abang Wan dan Kak Ajaa'
'Siapa nak jaga ja'
'Kak Aja ada'
'Kak Ajaa jaga Abg Wan, Wan jaga ja tuh'
'Abg wan, Abah suruh ko jaga orang'
'Haaa ye'

A simple thing like this really touch my heart. Wehh sumpah cakap rasa bahagia benda kecik macam ni pun dah mampu buat aku happy dua tahun. Hahaha tk tahu la aku ni memang jenis cepat rasa happy ke apa ke tapi yang pasti kalau aku cakap aku happy aku happy. Hehehheh dan sekarang aku taknak letak kebahagiaan aku dekat orang lain selain family :) Apa ingattak boleh hidup ke? Eh c'mon ini kebahagian abadi kot. Hahaha kebahagian dekat kawan pun satu kebahagian yang syiok juga. Hihi



i love my family.
i love my friends.
i love my life.
alhamdulilah, terima kasih Allah :)

Last Dinner DDPQ!

Jadi ini merupakan dinner yang terakhir untuk diploma.

Haha serious rasa happy campur sebak campur sedih semua lah. Sebab sekali dengan dinner untuk Puan Zu bersara. Buat dekat Rumah Tamu Datin Halijah, ala dekat Sentul tuh depan BurgerByte Zizangg~

Sebab semua ada kereta eh bukan semua maksud aku ramai bawak kereta jadi naik kete je pergi, lepas tuh lambat. Haha lect dah sampai awai betui, salu lambat. Haha pastu kita orang semua rasa bersalah, cepat laa sampai jangan la jem. Sampai traffic light merah pun kitaorang marah kenaa merah, hahah. 

Overall, makan dekat sana sedap, terbaik! Siap ada kambing bakor pula tuh, baik ah bosh! Masa tengok montaj pula, heheh sedih tak geng? Gambo lama semua aku dengan hapis tunjuk kan balik. Nangis ke geng? :') Jangan la aku sedih gak, lagi lagi salu kalau buat montaj montaj ni aku dengan hapis selalu take part. Actually aku belajar edit video ni pun dari dia :) Thankiu Hapis. 'Dah tiga tahun kita edit video bersama, lepas ni dah takde dah' Alo sedih betul. Montaj tahun dua pun best juga! Menarik walaupun lagu sama. Hahha

Masa menyanyi dekat depan satu kelas haha sedih lagi. Ish asek sedih jeee, haha. Masa video Puan Zu pun sedih, alaa memang malam yang sebak dan syahdu tauu. Oh ye, tak lupa juga yang undi aku Senior Paling Sempoi. Hahaha macam kelakar jeee engkorang ni pun -,- Oh Sheyshey dapat juga, Senior Paling Stylistaa, fuhh hahahha. Tapi sayang dia tak datang, ishh takpe la sebab ada sebab kan takpe laa. Takde la gambo dengan dia dinner untuk tahun ni, hm cedih :<

Lepas tuh satu kelas naik pentas nyanyi, lepas tuh rasa sedih lepas tuh apa lagi, nangis la. Hahah ala sayang nyaaa nak tinggal kan mereka ni hm, sedih kott. Haha lepas tuh bergambo semua banyak reramai. Last event dinner kan :)





Lepas tuh aku pun nak gelenyarr! Haha ala bagi la chance, posing baik ni nampak kurus nak mampus. Baik gila angle amek gambo ni. Maceh Amalinaaa :)





Dan ini gambo kelas yang paling lengkap! Serta ada dua lecturer. Hahah


Friday, February 13, 2015

Gua Tempurung!

Actually ini cerita sebelum viva lagi.

Hahah tapi sebab busy dan nk tnggu mood menaip tuh lambat sangat dan pastu tangguh tangguh and now the mood is coming! Eh lantak la english aku, hahaha ok ok aku gurau jee~ Jadinya, seminggu sebelum viva budak tahun 2 ada buat program pergi gua tempurung. Lepas tuh hari rabu ada viva. Fuh memang berfikir betul nak pergi ke tak. Aku nak pergi sebab nanti bila lagi peluang macam ni nak datang, kita mesti grab ngap! Haha

Jadi keputusan dia, aku pergi!

Haha ramai juga budak tahun 3 pergi, lagi satu dah lepas submission just cuma nak tnggu present dan buat touch up sikit. Pukul 430pagi kumpul dekat kafe, pastu gerak dalam pukul 830 kot sampai Perak tuh. Before pergi ada juga la google, nak juga tahu macam mana. Seram juga, haha maksud aku cuak jugak. Tapi tkpe, kita cuba.












Fuh power betul, cabaran dia. Hahah first mencabar masa slide tuh. Slide atas tanah je tapi curam pastu berlekuk leku. Mula mula laki slide lepas tuh habis aku perempuan first, and again sebab aku rasa macam aku paling besar aku rasa tanggungjawab. Hahaha turun first lepas tuh bantu kawan perempuan lain. Sebab masa nak turun tuh ranger yang bawak kita orang tunggu tengah, kalau laki semua dia pegang lengan kita orang perempuan macam alamak dia pegang ke alamakk. Masa aku, terus 'takpe takpe saya buat sendiri' Hahah lepas tuh slide, lepas slide masuk lubang tikuss, kecik je, itu pun gua masuk awal sbb tolong mereka yang lain masuk. Tapi ni tolong kejap je lepas tuh tukar orang sebab nak kena pandang atas, kang masuk pasir dalam mata tah pakai lens. Hahha

Bab air bab merangkak hahah paling lawak, sebab kita orang group belakang sekali lepas tuh banyak main. Hahaha pura pura lemas la, lepas tuh tetibe berlari laa. Hahah ngarut jeee, tapi kelakoo! Hahah bergema gua tuh dorang punya suaraa. Hahaha

Lepas tuh lepas tuh, esok tuh. Bapak pinggang macam nak tercabut! Hahahhaa

Haa nampak tak aku main cengelat aku dah taknak cerita panjang sebab aku dah malas! Hahahha ok lah itu sahaja pasal gua, yang penting pengalaman itu menarik! Nak masuk lagi? Mesti laa. Tapi aku kena warm up bebetul, hari tuh warm up main main tuh sakit badan. hahah

VIVA! #ProjekFYP

Syukur Alhamdulilah.

 Aku tak tahu nak rasa apa haha untuk sekarang ni seronok mampus sebab lega gila rasa. Tapi right after habis je viva dia mcm takde feeling, apa yang aku rasa hanya lapar. Hahah ok ok mari saya cerita kisah viva selama dua hari tuh. Selasa dengan Rabu.

Selasa
Sebab lect dah susun group besar buat dulu, jadi 4 group je la yang presnt hari selasa ni. Aku projek kecik je, buat banglo dua tingkat. Jadi start hari Ahad tuh memang dah bertapa dekat foyer b foyer c, memang bertama dekat sana naik bilik hanya untuk mandi dan tidur. Solat pun bawak turun telekung, solat dekat surau. Punya la nak jimat kan masa tuh, mashaAllah. Untuk yang present awal macam sakit sikit la, sebab rushing isnin tuh ada kelas juga so dorang ada masa petang sampai esok pagi je, yang present rabu ada one whole day hari selasa sebab buat apa nak datang orang lain punya presentation, haha. Jadi selasa tuh pukul 9 aku gerak kan dorg ni, pastu start bertapa dekat foyer b sampai pukul 2 pagi. Mandi pagi je tau tuh, haha sebab nak jimat masa. Dia macam dah siap tapi bila tengok tengok balik macam eh ada tertinggal, eh salah ni eh ehe eh too much eh eh. Lepas tuh bincang jawapan untuk soalan yang bakal ditanya. Tapi memang bersyukur gila la present second day. Haha even group first tapi takpe. Cuma bila petang tuh, budak budak yang presnt awal balik muka lega gila. Salah ke tak yang penting dah lepas, dah all out kan? :) InshaAllah Allah bantu :)

Rabu
Aku set alarm nak bangun pukul 5 530 6 610 615 630 tapi aku sedar alarm yang last je, pukul 7 punya. Hahah nak kena gerak pukul 8 ok jaa tenangg jangan gelabah, kejut member semua. Haha comel je semua penat fizikal mental tapi sebab gua rasa tanggungjawab, ai gagah kan bangun paling awal tapi itu pun lambat. Sampai studio pukul 815, time tuh tak ingat la rasa apa yang pasti dia mcm cuak macam tenang macam cepat la habis kan semua ni ha macam tuh rasa dia. Lepas tuh ngam pukul 9 masuk bilik prentation tuh, dannnnn....... bermula la!

Explain pasal projek, explain pasal material yang dia pakai, explain comparision PDA dengan ATDA semua. Time present comparision ni dah start tanya macam macam. Aku buat benda alah ni, aku cakap laa. Haha ok ok sembang banyak pasal benda qs ni korang bukan paham haha! Yang pasti panel tiga orang tuh, baik sangat :) Dia tak hentam pun, dia tanya elok elok kalau tk tahu dia explain semua dia cakap baik je tkde rasa macam annoying ke rasa nak marah ke. Tapi tapi tapii! Aku dah kecewa kan lect aku, hahahha dorang ni suka letak harapan tinggi dekat aku. Jangan la aku tak pandai pun, aku sama je dengan semua orang. Ada satu time tuh, panel tuh cakap description untuk bumbung ni salah sepatut nya kena macam ni, weh aku buat tu ikut buku kalau dah salah tuh kira aku mcm tak tahu la, lepas tuh aku tanya la jadi kena letak saiz dekat belakang ke, sbb yang aku paham kalau saiz sama jadi kan dia satu group lepas tuh baru pecahkan. Lepastuh........... 'You shouldn't ask that Jajaa, you shouldn't' Dengan suara yang lantang serta kuat, dua kali tauuuu. Lect aku merangkap penyelia masa kajian topikal aku. Haha weh memang aku tk boleh tanya soalan balik ke? Memang aku ni berdosa ke kalau aku tak tahu tapi aku nak tanya? Weh sedih juga la. Ingat orang tahu semua. Terus zuppppppp sentap masuk hati, tapi bisik kat diri sendiri, ja sabar ja sabar. Haha fuh tabah betul seorang Jaja ni :)

Dua jam present, lepas tuh ting tingg, loceng bunci, kira kena habis kan presnt time tuh gak. Yeayyyyy kaki aku dah lemah dahh diri lama, campur lemah kena you shouldn't. Hahah lepas tuh group aku pun mcm dorang pun terkejut juga bila lect cakap macam tuh. Haha tuh la aku rasa aku tk boleh kot tanya soalan, soalan bodoh kot aku tanya. Dah aku nak tahu, kalau aku tahu tkde nya aku buat silap. Hahah lepas tuh terus lapas, apa lagi pergi la makann! Yeayyyyy






Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.
Terima kasih Allah, Terima Kasih ma abah, Terima kasih teammate, Terima kasih geng seperjuangan. Kita semua berjaya lalu 14 minggu yang macam neraka ni hahahah ok tak tak gurau, 14 minggu yang berliku ni dengan jaya. Alhamdulilah juga masuk sama keluar pun sama, semua lulus :)

Aku nak minta maaf APJ Associate kalau selama ni aku ada silap, aku ada mengarah sampai korang rasa macam argh tension dapat jaja ni, haha. Aku minta maaf juga kalau selama aku berkhidmat ceh poyo gila hahah tk cukup macam apa yang kita nak capai. Aku dah cuba buat yang terbaik untuk group kita :) Biar taking off aku macam cincai tk lengkap yang penting BQ kita semua complete :) Terima kasih juga selalu tahan lagu yang aku pasang walaupun lagu sama ulang 3 hari, sampai korang menyampah. Eh lantak la aku nak karok, hahaha. Amni, as groupmate yang perempuan, thankiu selalu dengar keluhan aku. Haha sebab dengan kau aku banyak luangkan masa, satu group kan. Lagi lagi hari hari yang nak present tuh. Mood swing nak mampus, biasa lah dugaan kan. Tapi sebab ada Amni ada Apip ada Comel, aku perlu kuat! Yeayyy :)

Walaupun hari isnin ni kena buat correction, ah lantak. Aku nak juga happy untuk sekarang. Hahah




Last but not least,
Terima kasih semua :)

Friday, February 6, 2015

Halangan Keempat #ProjekFYP

Last submission.

Kira ini last submit lepas tuh viva. Ok ok ok k mari cuak. Kali ni punya submission mintak pukul 10. Sebenarnya aku rasa bersalah ni, sebab aku pernah dengar puan puan cakap submit pukul sepuloh. Lepas tuh budak budak ni tanya puan submit pukul berapa, lepas tuh dia cakap kan dah pernah bagi tahu. Lepas tuh aku dgn naif dan lurus bendul dengan bengong nya cakap pukul sepuloh. Benda kalau cakap pukul 12 kan boleh ja... MashaAllah jaaa.. Pikir dah siap semua ke apa.. Hantar pun lambat...

Dan aku nak mintak maaf.

Haha lurus betul! Gilaa nyaa.. Lepas tuh dah hantar puan check dekat situ pastu terus cakap ini tak betul itu tak betul, tah la meja depan sekali lepas tuh terus kena dengan puan. Gua nak cari back up cari kumpulan gua semua dah hilang aduhh dorg ni aku tkde back up mcm mana ni. Hahah dia check sekejap jee lepas tuh pulang kan balik sbb minggu depan kan dah start viva. So kira nyaa nanti terus kena hentam masa tuh la. Hahha

Apa yang pasti kali ni punya kerja even tak tido dia tak se-stress macam submit measurement dulu.. Hahah dah ada pengalaman mungkin, kalau dulu perut rasa tak selesa, rasa nak muntah. Haha tapi semalam cuma sakit kepala masyaAllah. Telan panadol sebijik pastu terus hadap kerjaa. Hahah ee busy betul ee poyo nyaa eee.

Doakan saya dan kumpulan saya dan rakan rakan yang lain dapat lulus dengan jayanya masa viva nanti :)




Besar dah kita, nak grad dah :')

Monday, February 2, 2015

Ala dah malas eh penat.

Minggu ke-13.

Say whaaaatt. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah sem enam ni. Lepas tuh minggu ke-14 lepas tuh viva lepas tuh cuti tiga minggu lepas tuh final lepas tuh habis! Omgg cepat kan, hahah.

Tapi tapi dan tapiii, serious dah malas nak buat apa apa dah. Sekarang tengah tempoh masa untuk pricing bq. Hahah tapi dah malas, ish ish pastu nanti tak siap kau nangis, kau sedih ish ish ish. Tapi memang dah ala malas, tapi takot nak viva ha mcm mana nii. Assigment sekarang tinggal dua lagi, Law dengan Management. Tapi semua macam ahhhh apa ni dah dah la tuh nak habis kan. Lagi satu assigment management ni tahu lambat tau tuh yg mcm nak pura pura tak nampak boleh tak. Haha tapi sebab group punya assigemnt kan, haha ok la ok laa buat juga la. Tapi nanti.... Hahah!

Ala aku nak sembang lagi, nak mengarut lagi tapi tkpe laa.
Night night!



Oh satu gambo peace dipipi serta mata bergam.
xx