Tuesday, December 22, 2015

#JatulTieTheKnot

Maigoddd ini lagi lama punya post!
Did I ever mention that our Ketua Dorm G7 has tie the knot?


Jajaa jajaa jaaa, berita happy ni patut sebarkan Jajaa! Haha sorry ahh akak lupa cowie laaa! =p Cuti semester yang seminggu tu lagi dia dah bertunang, tapi sebab seorang Hafiza ni dia busy memanjang padia tah busy nya pun tak tahu lalu dia lupa nak update. heheh

Jatul buat majlis tunang dia dekat rumah, Felda Soerhato. Wehh jauh tau sebenarnya. Mula mula Wiwi cakap nak ikut aku, so aku macam ok Wiwi drive. Sebab aku aduh mak drive jauh jauh ni lagi lagi dengan membe lemah sikit. Sekali Wiwi cakap dia pergi dengan Buayaa, aku macam aduh Wiwi ni nak kena cium la tu buat perangai. Pastu nasib Ibu cakap Ibu ikot, Ibu ada lesan gak, Aku pun macam ok Ibu drive. Pago tu before pergi Ibu cakap dia ada hal. Aduhh.... Ni nak taknak memang kena aku lah yang drive.... Nemo dengan Temah takde lesen.... Weh jauh weh siap lalu jalan kampung penuh dengan kepala sawit wehhh... hahah aku rasa itu achievement yang patut dapat award juga. Heheh

Kita orang sampai agak lambat sebab Wiwi punya location macam nak kena maki, padia location dia mengarut dpn padang 'You have arrived your destination' Hahaha Temah tukang maki sebab akak busy drive. Dengan Temah tgk waze yang tk betul. Nasib ada Nemo tolong. Hahaha tapi lepas tu Temah dah power dah cepat pickup budak tu. Sampai sampai alhamdulilah la majlis belum mula. Heheh duduk kejap lepas tu rombongan lelaki mai, And Jatul so lawa on that dayy muahh!

Lepas tu amek Wiwi, sebab Wiwi sesat. Dia menyesatkan Buaya dengan confident tk tengok waze. Hahaha Buaya sikit lagi nak jadi Gordzilla. Wiwii wiwii.. Hahahah! Syiok dapat jumpa dorang sebab lama tak jumpaaa! Tapi itu pun argh saya tidak puas! Nak sembang lagi! Dapat sembang kejap je sebab dah petang nak gerak awal sebab takot dah gelak. Sana kiri kanan kepala sawit wehh...



Ok ok ada wakil dari blok gemilang, ni bulan depan Sya nak kawen. Hahahha budak semteg ni memang semua kawen muda ke? Ok nak pergi daftar kursus kawen dgn boyfriend jap. Hahaha apaa boyfriend? ;p

Birthday Celebration.

Ya I know I know.

Dah lama tak post lepas tu ada banyak sangat cerita tak update. Ya I know I know. Cerita dia memang aku nak update tapi aku tak tahu apa masalah internet dekat UTM ni nk upload gambar je pun kemain lama kemain lembab eyy aku geram je kalau gambar tk boleh upload ni lepas tu aku pun jadi argh lantak ko la tkde mood aku nak update. Ha ni pun nak upload gambar lembab namatey, weh pukul 3 pagi kot lembab gak urgh tension akak -___-"

Eyha's & Oppa's

Uu plan punya plan, menjadi oi! Terkezut budak tu. Mati mati ingat kita nak tgk wayang cerita hantu. Last last ended up dekat Restoran Asam Pedas dekat Taman U. Cantik weh cantik serious cantik. Landscape ala ala garden so nice. Harga em boleh tahan la juga, tapi sebab ramai so alright alright je semua. Baru masuk PT eh semua? Hahaha weh bila JPA nak bukak wehh T.T  Sebab kitaorang plan after kelas ganti malam, maka kek pun tidak sempat beli. Eh kek boleh beli cuma tiada tempat simpan. Maka donkin donut ajee~ Haha cadang mula mula nak buat Eyha je, lepas tu dapat tahu Oppa punya sekali, maka Oppa pun terkejut la bila nyanyi lagu birthday ada nama dia! hahah weh korang kena tgk muka Oppa masa terkejut, lawak gilaaa. Sayang tk record jeeee Hahaha!


Student kena jimat, maka Birthday Banner tu recycle aku punya tahun lepas lepas haha!



Maira's

Ok birthday Maira ni memang betul betul belated punya sebab nak dekat 3 minggu kot delayy. Haa siapa suruh bithday masa busy masa submission?! Hahaha terkejut dia. Plan baik jee, Sya ajak dia pergi makan dekat luar la konon konon, lepas tu ajak pergi bilik Amalina nak amek barang. Time tu laa, suprisee~ Kalau dah mengigil nak tiup lilin pun payah tu memang terkejut betul la an? Hahaha dia dah sedih dah sebab dia mimpi we alls sambut birthday dia tapi sebenarnya dia mimpi je! Hahah



Maigodddd, the theme is so nice kan maigodd!
p/s : bilik hujung je besor jangan risau, bilik normal standard size je.

So senang bila semua perempuan haha! Nak plan senang nak gerak senang semua senang laa. Heheh tp rindu gak nak ada bdk bdk laki tuh tapi takpe laa nanti kot celebrate birthday december babies~ Kalau jadi laa, kehkeh!

Monday, November 30, 2015

Week 13.


Well hello. Assalamualaikum~

Fuhh lamanya tak update, last masa convo fuh lama tu untuk seorang blogger. Yek blogger yekk. Hahah biasa la kan, akak busy dik. Akak takde masa untuk update, kahkah takde la sebenarnya akak hm akak busy la akak takde sebab lain.

Ni akak tengah nak buat assignment law ni, tapi akak curi curi masa nak update. Takde bende pun nak cakap tap banyak je benda moment tragedi yang jadi cuma bila dah banyak simpan dalam kepala, tak catat dalam diary, ceh diary eh diary la ni kira nya ha maka dah macam takpe tak tahu nak mula dari mana. Ihiks

Apa yang perlu tahu, sekarang dah minggu ke tiga belas, maka ada lagi dua minggu sebelum study week. Tak jap jap, sebenarnya aku sendiri tak sure lagi seminggu ke dua minggu sebab kalau dulu empat belas minggu je. Yang penting, assignment aku ada banyak lagi. Eyyyy gerawm tauu, Lagi empat assignment tak submit lagi. Ada yang tak buat lagi pun ada kehkeh. Bukan malas cuma macam semua buat diam, haha! Biasa la kerja kumpulan, huhu malas nak beriya. eh bukan sleeping partner ok bukan. Cuma tak beriya je huhu

Iye aku sihat je disini, makin sihat. Jangan risau ok? Hahah lantak la tanya ke tak aku cakap jeww~ Eh dah tengok belum spek baru aku yang hipster? Hehehehe comel weh, makin nampak hidung aku besor bapak =D Hahaha! tapi betul... Kasut converse aku pun hehehe dah tambah koleksi heheh alhamdulilahh rezeki alhamdulilah. Kalau mama tak sumbang kan sedikit uwang, tak beli lagi aku kasut baruu, pakai aje yang ada. Ni kira hadiah convo aku rasa, sebab pasal kasut aku yang tragis masa convo tu. Hahah tapi itu kasut ladies, yang aku beli ni sneakers. haha lantak la kasut ladies tu boleh kira dgn jari je bila pakai. Huhu



Amacam muka akak ada macam lecturer tittle Assc. ke Dr. ke Sr. ke Prof?

Em dah pukul 12, esok kelas Law pukul 8 fuhh awal namatey. Wehhhh hahahaha minggu lepas kan hahahaha aku kan hahahha ponteng kelas. Ok itu pun nak cakap, ok tapi masalahnya masa aku tak datang tu la agak ramai tak datang bila ramai tak dtg kelas pun macam sikit, bila kelas macam sikit maka lecturer pun macam mushkil. Haha dan dan time tu amek attendance. Haihh orang baik macam aku ni memang tak boleh nak buat jahat sekali ke? *rolling eyes*

Lepas tu kan...............
Terus rasa syiok ponteng kelas.............................
.............................
Jajaa so tak baikkk.....................
.......................................

Friday, October 30, 2015

UTM 55th Convocation Ceromony

Finally.

After three years, suka gembira menangis meroyan gelak marah semua emotion yang ada semasa perlumbaan larian sudah tamat.

*bunyi mercun dan bunga api pang poom pang*

Alhamdulilah alhamdulilah, salah satu daripada 10 orang dapat medal daripada larian pecut. Heheh Tahniah kepada kawan kawan yang berjaya dapat medal juga! Harap untuk degree dapat terus berlari seperti ini bersama membe membe yang lain :)

Jap jap kenapa aku cakap macam bukan aku ni, cara aku lain ni ha kenapa ni kenapa. Takpe la mari belanja gambo HiTea bersama pemenang pemenang larian pecut hiks.




Tiada yang lebih seronok bila ko dengan kawan baik ko dapat medal bersama. Ok Matang Gurls, degree kita sama sama pecut untuk dapat medal ok? In Shaa Allah amin :)

Dann tiba dah masa untuk naik pentas wiwiwi.

Ok mari aku cerita pengalaman convo aku yang penuh tragedi sebenarnya. Haha untuk diploma dah ditetapkan sesi petang, maka pukul 1215-1245 tengah hari sesi mendaftar. Pukul 1330 waktu beratur masuk dewan. Ma Abah dari Ampang gerak pagi jadi dalam pukul 12 macam tuh dah sampai Skudai. Mula mula ingat nak gerak ke Masjid dengan Shey tapi memandangkan parents masing masing sudah sampai maka gerak sendiri sendiri.

Sebab parking dekat kawasan dewan tu sikit, jadi aku minta Abah parking dekat blok aku sebab jalan nak ke dewan dari blok aku takde la jauh sgt (bagi aku) tapi sebenarnya aku lupa...yang ada tangga banyak... Ma tah la sakit kaki nak naik tangga ni... Ya Allah jajaa kenapa ko dera mak ko jaa... Sedih sebenarnya tgk Ma berusaha nak naik... I love you Maa. Bukan tak boleh naik cuma take time nak langkah tu...

Lepas tuh dah sampai depan Fakulti Alam Bina, aku rasa tiba tiba macam kasut aku longgar macam ada ruang dekat bahagian depan. Pandang la bawah tengok asal, rupanya..kasut koyak.... Hahahahhaah T.T itu kasut lama, tapi jarang pakai. Time tuh dah pukul 1220.. Aku cakap dekat Ma memang kena pergi tukar ni, sebab nak jalan banyak, nak naik pentas lagi. Ma pun macam ok pergi tukar la, aku mintak Ma tunggu dekat situ. Abah mula mula kata nak ikut aku pergi tukar kasut, aku mcm takpe la aku berlari kejap.

Dah sampai bilik berlari memang peluh ah cite dia, weh tengah hari kott. Hahaha dengan baju aku baju warna belacan hmph cuma bau je belum belacan. Pastu aku macam kena tukar baju gak ni, kang aku peluh banyak lagi. Nasib la aku memang dah iron baju dua. Sebab sebenarnya tak sure nak pakai hitam ke warna belacan. Jadi akhirnya, aku tukar kasut dengan tukar baju hitam. Huhuhu

Lepas tu terus kembali berlari ke Ma Abah, lepas tu daki lagi bukit yang ada tangga sikit sikit. Weh sedih weh macam nak nangis, eh ke memang dah berair mata aku pun tk sure hehe. Sedih sebab Ma gigih tau nak naik, siap dah berpaut dekat Abah dah :')

Lepas dah daftar, pergi Masjid solat dulu lepas tu siap siap terus beratur masuk dewan. Masa dekan bagi ucapan, memang tak sedar la cite dia. Tidur weh penat berpeluh.. Hahaha yang aku sedar bila orang nak naik pentas dah. Wah terus rasa segar dan tidak sabar dan cuak. Haha tah la couse aku lambat sebab Q tapi tkpe kami sabar tunggu turn. Heheh

Masa naik amek buku tu, buku eh org panggil, Pape je la, aku rasa cakap terima kasih je, Lupa dia ajar suruh cakap Terima Kasih Dato. Heheh lepas tu masa nak turun dewan tu, tak tahu nak pandang camera ke nak buat buat jalan. Haha aku dengar cameraman cakap pandang sini tapi sebab aku pernah tengok kakak aku punya gambar, dia jalan je buat dek. Hahaha so aku pun jalan buat dek konon konon betul. Lepas tu tgk youtube ramai je pandang camera. Jadi disini aku nak salahkan kakak aku sebab gambar dia jalan buat dek lalu aku jadikan idola. Hahha

Ok dah kejap belanja gambar sikit dulu. Heheh



Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah.


Terima kasih Ma Abah. Terima kasih untuk masa yang guna datang convo Ja. Terima kasih untuk segalanya. Aku tak reti ni nak buat ayat sweet tapi sebenarnya aku sangat bersyukur. Sebagai anak bongsu yang selalu ikut abang punya convo, aku selalu rasa 'bila time aku' Akhirnya, aku dapat juga buktikan aku boleh buat macam Abang Kakak :) 

Ma Abah, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih :) Argh aku banyak nak cakap tapi ayat tak dapat nak luahkan jadi terima kasih dapat ungkapkan segalanyaa :) Jaa love you both, dunya and akhirat =) Without your doa, I'm nothing.

Dannn tidak lupa juga, my geng nakal since diploma!


Since my parents and your parents now officially met, so our relationship will grow stronger. Padia padia macam boyfriend aku pulaa. Hahaha jadi lepas ni kalau nak cerita dengan Ma Abah pasal ko yang selalu jahat. Kehkeh tahniah bestfriend! We did it! Together make our parents proud of us. #kinigengJeyjeysudahbertambah #bestfriendconvocation #beutywithbrain Hahhahaha aku gurau je la dengan hastag last tuh!

Picture with friends!



Since high school, sama sama sekolah bukit indah, sama sama jadi pengawas, tapi masa form 4 ko pergi maktab aku masuk teknik. Lepas tu sama sama masuk utmkl and now utmjb. Entah la satu taman, lagi la banyak kali jumpa ko. Sampai aku macam bosan dah. Haha geng keluar, geng cari makan sedap dan geng balik rumah sama. Thank you weh untuk semuaa!


And guess who i met, Kak Syiraa! Maigod akak kerja time dekat Brands Outlet weh lama weh, 2012 punya kisahh! Lama gilaaa, sampai la 2015 baru jumpa balik. Kak Syira datang tengok adik dia convo. So alang alang jumpa aku sekali, hehehe Akak makin cantik la sekarang, sudah kurus hehe nak rahsiaa boleh :p


Linaa! Roomate masa last sem, maigod thankiu sebab ingat dan datang dan bagi belon. Terharu gilaa, thankiu thankiuu. Kita rindu Linaaa! Goodluck Lina praktikal nanti, lepas tu cepat cepat masuk UTMJB tauu! Harap masa awak convo nanti kita free, nak datang pulak. Hiks muahh!


First time jumpa Zirian ni masa aku dengan Sheyshey nak buat documentary untuk KoQ kita orang. Time tu ko tengah derma darah, lepas tu kita orang datang mintak ko cakap sikit untuk video kita orang. Dan ko sangat sempoi eh maksud aku tenang, ko rileks je. So sebab itu kita orang adore ko, Hahah sebab mostly bila kita orang mintak orang cakap semua macam eh taknak la taknak laa. Hahah congrats weh pass with flying colors! Tapi takde rezeki untuk anugerah apa tu ala lupa.


Kak Tielaa! Ala akak ni so cute tau, tah la cute sweet pula tuh. Tahniah kita dah convo, lama tak jumpa akak. Mula mula kenal masa program GOP China. Ingat akak sombong, rupanya akak so sweet. Hahah sebab memang macam akak akak sangat, moga berjaya dunia dan akhirat kak! Jajaa mish you!

Zairil! Tahu ko memper Irfan, cuma kita mula rapat masa GOP China jugaa, Haha aku tak tahu nak cerita apa pasal ko sebab kita biasa biasa je, tapi sebab dah ada gambar bersama dalam phone aku, aku letak gak la kan. Hahah jangan la sedih ok ok aku bagi ucapan sikit, teruskan sifat baik dan friendly ko dalam diri ok! Heheh

Ok rupanya tak banyak aku bergambo dengan kawan kawan, weh sedihnyaaa. Dengan budak kelas perempuan pun tk banyak gambar berdua, banyak gambar beramai ramai. Macam mana aku nak buat appreciation post pasal korang niiii T.T Takpe la sebab kita sudah dapat gambar photoshot kita daripada Zul maybe aku letak la kot muka engkorang sekor sekor.

Itu pun kalau aku....rajin Heheheh!

Tapi aku tengah busy ni assignment tgh tunggu nak siap kan, ini pun aku curi masa. Wehh laju gila doh type, bunyi keyboard tak berhenti. Kalau buat assignment takde pun macam ni. Hahahaha! 

Aku dah lama tak type selaju dan sepantas ni wow masih hebat. Ok ok pape pun aku dah lama tak edit video, sebab laptop aku tibe tibe tak support movie maker. Padia tah laptop ni eyy nak mintak tukar ke eyy.

Happy convocation-ed guys!
*tengah mula berlari untuk habiskan larian degree* 


Saturday, October 24, 2015

Pre-Convocation

'Korang dah tak rapat eh dengan budak lelaki?
'Dulu korang selalu ada gambar bersama'

Datang sini rasanya belum pernah keluar reramai atau buat aktiviti bersama dengan satu kelas lagi. Sebab mostly akan keluar dgn geng geng perempuan. Ye la dak laki kan dah jumpa membe baru huhu eh takde la mana ada jealous lantak la. Ha ha ha

Mula mula memang macam ee apahal oh tapi lelama biar je laa. Tapi sebenarnya rindu jugak la nak keluar reramaii. Jadi memandangkan minggu depan nak convo, maka Mek Adam pun datang Skudai yeayy dah cukup semua yeayy.

Maka untuk meraikan mereka, makan  secara besar besaran perlu la ada. Maka ke kilang bateri ke kita. Wehh first time pergi sini, so hipster weh serious. Haha Chicken Chop RM5 so puas sebab dapat pilih yang banyak. Haha memang sambung meja panjang lepas tu tak dapat borak dengan semua haha! Keluar ramai best yang tak best dia tunggu orang aduh tension tau, tah la ramai tak makan lagi cian. Sabao tau kan dah biasa dengan budak lelaki yang siap dan decide slow ni. Haha eh mana ada kutuk la!

Serious dan serious lama tak selfie ramai ramai macam ni :')

Pre Convocation Photo!

Aaaa say whaaaat?! CON-VO-CA-TION yes convocation wehh. Hahah

Diam ah nak cakap baru diploma la tuh, ingat dua hari ke dapat diploma? Ingat tidur awal ke buat kerja? Ingat tak nangis ke hadap final year project? Tiga tahun ok nak capai semua tu, tiga tahu tau. Jadi akak memang tunggu saat ni, memang akak rasa satu pencapaian yang jauh akak nak dapat. 

Seorang Graduan lepasan diploma dan masih mengharapkan duit mak bapak untuk sambung ijazah sarjana muda...

Sikit sikit tau Ma Abah, there's always have rainbow after rain kan?

Apa apa pun saya sangat tidak sabar untuk hari Isnin ni, hehe harap Ma datang bawak bunga.. Kalau tak pun jam tangan la sebab jam dah takde, Eh kalau tk pun headphone la sebab headphone ni dah gilaa.... Haha harapkan lagi benda dari mak bapak... Nak harapkan awak, awak siapa tak tahu. Hahaha oleh kerana hari Isnin convo, maka perlu lah ada pre-convo session!

Orang patut pre ni sikit sikit je, jubah je ke topi je ke. Ni ha ko full set. Hahah sebab aku rasa nanti masa convo tu semua busy dengan family masing masing maka, mari la kita berposing awal. Heheh

Tapii...ini family saya juga, Family QSCecomelz =')





I love each of this annoying people. Thank you cause helping me alot since first semester until now. We managed to grad together! Thank you thank you thank you!

Well done guys, we did it :)

Friday, October 9, 2015

Minggu ke-6

Assalamualaikum!

Wah sungguh pantas sudah minggu ke-6 sesi pembelajaran. Haha! Sepatutnya dalam jadual akedemik, minggu ke 6 ni minggu test. Fuhh, tapi sebab ada cuti Awal Muharam, ada kelas cancel dua kali sebab jerebu, maka test ditunda ke minggu..... Tujuh! Haha ok ok walaupun semingu kira tunda gakzx ok kira semua tu. 

Jadi macam mana sekarang?
Macam tu la, macam mana lagii. Assignment banyak dah tgh beratur nak kena submit. Assignment group la maksud saya. Wehh first time aku dapat orang site yang baik layan group Techno aku, baik dia sampai tak capai maklumat.. Hahaha tah la kena pergi dua kali, weh masa kat KL dulu aku pergi site pakai kasut biasa je takde nya safety boots ni, sampai sini mula mula dah kena tegur mana safety boots. Kahkah pape pun arkitek landscape tu aku rasa dia nak jadi lecture sebab tu dia beriya ok itu sahaja.

Oh hari tu kan,,, Hahahhaha aduh aku dah berniat dah nak datang sini nak diam, taknak banyak cakap. Tapi aku rasa niat sekadar niat, sebab aq adalah aq, ko adalah ko. Ok tetibe, weh malu tau sebenarnya kena tegur sebab bersembang ni, hahah ada lect tuh masa dia tengah mengajar, aku memang mcm biasa la duduk depan sekali, dah tahu duduk depan pergi pot pet pot pet. Sekali 'You kalau nak cakap you keluar' hahahahha ni tahap halau, bapak segan tapi takpe akak senyum je akak ckp taknak. Haha masa diploma pun ada gak kena tegur. Aduh bila la seorang Hafiza nak matang dan besar ni. 

Oh yaaa, jadinya hari tu abang aku bagi bawak kereta! Maka jalan la bisnes kami bersama. Haha boleh la ada la jugak orang sewa, huhu sebab kat sini kan ramai sangat yang buat perkhidmatan sewa kereta. So too many choice, too many competitor. Haha

Aaaaa did I have mention that I got two new nephew? kekekek, Wehhh sebulan dua baby keluar, aduh aku yang acu je pun happy apatah lagi ibu ibu merekaa. Hahah weh tak sabar nak jumpaa dua ekor ni ala tak sabar nak cium cium nak bagi nangis nak pura pura caring alaa. Tapi tak tahu la nak balik bila sebab minggu depan memang cuti lima hari tapi... minggu depan tu test. Kakak tak boleh belajar kat rumah dik, lagi lagi ada baby adh dik macam mana ni dik hm.

Oh lagi satu, lupa nak cakap gitar akak dah jual :( takpe la harap dia happy dengan kawan baru dia dekat sana :(


Akak letak satu je gambo bersama dak dak kelas Mandarin akak :)


Saturday, September 19, 2015

Quick post.

Oh hari ni hari Ahad.

Dan ada kelas pukul 2 jap lagii. Tapi pagi tadi dah pergi setel kan borang pengesahan semua cuma awal lagi nak tnggu kelas jadi balik bilik semula. Susah juga ye kelas Ahad ni, sebab bila scroll instagram orang duk post happy sunday. Hahah T.T tapi takpe, saya kena biasakan diri sebab tiga tahun saya akan duduk sini. Kalau takde repeat la, heheh

Kira ni dah 20 hari tak balik rumah, huhu Im okay huhu. Takde la homesick sangat cuma bila dengar suara Syapik, suara Iman jadi meroyan sikit je. Huhu nangis? No gua dah besar ok. Hahha weh dekat johor panas gilaa eh gua tak tahu la keyell pun panas macam ni ke tak yang pasti johor panassss! Peluh peluh macam mandi, tak syiok betul. Rasa tension, dah tu mula la rasa kenapa la Malaysia takde 4 season. Hahah

A'ah ni aku update takde tujuan takde matlamat dan goal. Haha aku update sebab nak bersembang je, sebab hati aku berkata kata dengan kencang. Boleh gila kalau tak luahkan, hahah penat juga hati selalu berkataa. Aku je ke semua macam ni? Hihihi

Ok mari countdown bersama akak untuk balik rumah sebab paling utama nak angkut printer. Wehhh serious susah weh takde printer. Semua benda notes kena download mcm biasa la kan tapi sekarang memang perlu sgt sgt printer. Semua benda nak buat jadi limited sebab printer takde. Huhu kereta? huhu cepat la berdoa sekali Abang Wan tak ubah pikiran nak buat Axia jadi kereta sewa dekat johor ni. Jadi aku boleh guna kereta dia. Huhu

Malas dah nak bersembang, ok byebyeeee~

Saturday, September 5, 2015

Next Station : Degree Life



Assalamualaikum ya maulana ya habibi ok terbalik ah biar la aku malas nak betul kan.

Wuwuwu Jajaa dah masuk belajar balik ke tu wuwuwu dah besar dahh so tua. Haha jadi lepas enam bulan cuti enam bulan senang lenang enam bulan kenyang setiap masa enam bulan tidur cukup, masuk belajar semula la kita ke Skudai. Mari mari marii ke Johorr~

Tolak dari rumah awal pagi fuhh konon pukul 3 nak gerak tapi pukul 5 juga baru keluar rumah hehe nasib la Abang Wan ikut jadi tkde la masalah lambat sampai sebab bila dia bawak rasa macam Johor tuh sebelah KLCC je, so dekat. Heheh sebab daftar start pun pukul 8 so tenang tenang je. Heheh eh tak tenang juga sebab cuak sikit sebab nya membe dah bising dekat group whatsapp. Nak masuk UTM tuh mashaAllah jem dia, haha so dalam pukul 9 baru sampai. 

Sampai sampai terus daftar dekat Kolej yang dia bagi. Time tuh nampak Eyha dengan Mai, jadi daftar sekali dengan mereka. Lama sikit tuh Sheyshey pun sampai, ha sudah mula la bising tempat tuh. Eleh dah ada geng bising. Dulu masa diploma baik jee, Diam jee, memang betul betul budak baru lepas sekolah. Nerd. Hahaha lepas dah tahu bilik, omg. Ramai nya tercampak jauh, eh semuaa! Ama G06 Maira G05 ala semua jauh la. Nasib dapat satu blok dengan Sheyshey. Serious serious bersyukur sanagt dapat sama blok. Tak sama bilik ai tak kisah, kalau tk sama blok memang ai kesah. Sebab sini blok dia jauh jauh kalau macam KSJ, jauh pun naik tangga je. Lepas tuh berlari la tanpa tudung pun bisa. Sini memang terang terang jauh yang kena menutupi aurat serta redah tangga atau hujan...

Mekasih Abah Ma Abang Wan Pia hantar Jaa. Hehehe

Dannnn, macam biasa budak baru mesti ada orientasi babe. Tiga hari je babee. Yang beza nya, sebab kitaorang direct intake jadi kita orang naik lemak. He he he orientasi datang tak datang, dengan fasi tak cuak pun, sebab tahu sebaya atau lagi muda. Hahaha... Jadi itu yang ada yang dtang ada yang tak datang. Pergi lambat, hahah. Cuma last sekali masa persembahan, aku macam excited sikit, Kena join ni sebab salu last ni best. Heheheh dah la join, menang pula persembahan tempat pertama. Fuh power nya hahah masa berlatih main main je, berlakon pun benda merepek. Lepas tuh menang pula pelakon wanita terbaik. Omg macam Anugerah Bintang Porpular omgg. Hahah cuma tak cukup ong sebab tak menang powerbank untuk luckydraw, Huhuhu tapi takpe akak ok akak ok.

Jadi mari saya belanja dua tiga keping gambar.






Saya tak kesah dah ha,mper besor sebab saya ada hamper sendiri. Heheheh a good start for new chapter i guess :) hiks.

Wednesday, August 12, 2015

GaisDiLangkawiii~

Assalamualaikum!

Jadi sisa sisa cuti akak dihabiskan dengan aktiviti aktiviti yang fun bersama membe membe yang fun. Disebabkan membe jumpa package murah yang konon nya menjanjikan ke 7 buah pulau, serta hotel serta kereta sewa dengan harga RM100 maka kami bersepuluh pun setuju untuk pergi. Pick tarikh cari flight murah lepas tuh zuuuuup~ terbangg.

Sedikit malang eh malang ke, bukan malang tapi tak bernasib baik sebab pergi minggu hujan. Hujan bukan sikit sikit, tapi yang lebat tuh. Angin kuat fuhh. Hari jumaat tuh sepanjang hari hujan sampai kita orang tak tahu nak buiat apaa. Haha dapat lepak malam sebab dah tak hujan. Duduk tepi pantai Chenang main baling selipar, amek gambo sikit, main numbor padia tah Abe suggest. Baru terisi masa hari Jumaat tuh. Sebab malam so cari port yang ada lampu iaitu depan kedai makan orang. Masa main baling selipar orang duk pakat tengok. Haha 


Esok tuh waktu ke pulau untuk snorkeling dan semua berharap tak keep hujan. Serious bila hujan rasa macam pergerakan terhad tak leh nak buat apa sangat. Terus mood macam.......takde tapiiii sebab pergi dengan membe fun benda sikit pun jadi fun. Hahaha

Pagi tu tak hujan lagi, sampai kt jeti, Allah hujan dah semua macam dah tk girang macam awal awal. Haha tp pergi juga pulau. Ha pakej dia cakap kita punya Mangrove Package. Kira ada tgk gua kelawar bagi ikan makan tgk gua buaya benda tah. Rupanya bukan 7 pulau yang dikatakan, 7 aktiviti. Ish ishh dia ingat kita orang nak tgk gua gua bagi ikan makan ni. Haha we all nak swim! we all nak snorkeling! Ada snorkeling tapi tak lama pun. Haha satu lagi keciwa sebab masa dia bawak kat tepi pantai (yang sepatutnya snorkeling tapi dia tak ckp sebab kita orang lupa) kita orang duk main benda mengarut je kat pantai tu. Haha life jacket goggle memang tinggal dlm boat. Dia bukan nak cakap 'eh kenapa tk bawak goggle situ snorkeling cantik' Ish geram tau. tapi salah kita orang juga tak tanya betul betul...






Lepas dah keciwa dengan pulau, bawak diri ke Skycab. Masa otw nak ke sana hujan lebat gila, langit hitam je. Kitaorang macam jangan la hujan tolong la, sebab akak hotel tuh cakap kalau hujan dia tak naik. Tapi kita orang pergi juga. Sampai sana boleh naik, apa lagi beli la tiket sekali tgk globe padia tu. Yang macam kita naik roller coaster tp sebenarnya duduk je. Masa naik cable car, gila kabus dekat atas tu. Scaryshit sebab kita tak nampak depan tahu ada tali je dan tahu tahu da cable car turun. Haha view memang takde tak leh tgk. What does people called? Takde rezeki. Itu yang buat video memacam. Beria gila bincang. Hahahaha



Last day tu pagi pagi pukul 450 dah bangun nak daki Gunung Raya (daki pakai kete) dengan bebekalkan kereta sewa yang macam nazak je aku tgk, auto tapi macam manual cuak juga. Lampu jalan tiada, pokok banyak tumbang mungkin sebab angin lebat semalam sebab masa nak ke cable car ada pokok tumbang. Sampai atas tak tahu nak pergi mana. Nak view from look out point pun tk nampak sebab kabus. dan pokok yang tidak terjaga. Haha aku saran kan tak payah ler pergi. Dekat atas ada macam resort ke rumah orang alamak aku tak pasti. Itu meyeramkan. Haha dorang tu kalau bab reka cerita hahah power betul. Aku gelak je tapi cuak juga. Haha sebab naik masa subuh, jadi bebekalkan air minuman aku yg sikit, utk budak laki amek wuduk. Budak perempuan dah amek siap siap before pergi.




Lepas tu before siap siap balik, singgah Pantai Tanjung Rhu dok main pantai. Cadang nak mandi tapi nanti macam leceh nak balik dah. Nak main bola pun tak jadi sebab bola Apis beli so ringan ditiup angin. Haha isi air pun jadi apa je. Dok lepak sampai pukul 1030 baru pulang sebab nak check out pukul 12. Itu pun lambat check out sebab biasa la nak kemas nak mandi toilet se jee. Hahah



Dannnn siap siap apa semua pukul 3 sampai jeti. Nak beli tiket feri pukul 4, tiket habis!!! Hahahahaa Aduh cuak gila sebab train dari Arau dah belii, train pukul 730 malam. Feri yang ada next pukul 530. Ok la beli yang 530. Kira kira masa memang ngam ngam boleh sampai pukul 730. Tapi ada problem lagii....feri gerak lambat, sebab ada sekumpulan india ni naik tanpa tiket. Delay la feri setengah jam.... Time ni semua dah gelisah. Nak dekat sampai tu semua siap siap dekat pintu sebab nak berlari, nasib bawak satu beban je mudah la nak berlari haha. Time tu pukul 715 tanya pakcik teksi dia cakap tak sempat. Kalau nak naik gak train, naik dekat bukit mertajam sebab train berhenti lama kat situ. Itu pun ngam ngam masa, macam kira kalau dapat alhamdulilah. Kalau tak rugi duit teksi yang dah berapa tu rugi duit ktm. Jadi lepas bincang, naik bas aja dari situ ke KL. Kira rugi satu je la, rugi KTM.

Perh power betul pengalaman gini. Haha tapi lain kali jangan rugi rugi ok, haha tkpe la kita semua tak alert. Macam letak 100% dekat Hapis. Cian Hapis, k kk lepas ni sama sama alert. Tapi apa apa pun trip yang kurang fun menjadi fun sebab membe membe fun. Heheh boleh plan next trip dengan lebih mungkin. Hhihi apa apa pun kalau berjalan time tuh hujan terus jadi sedih. Haha nak kena tgk forecast lepas ni kalau nak jalan. Tapi alhamdulilah juga, kulit pun tak burn nak mampus. Hihi

Akhir kata, a-must-photo mesti ada

"ok ok gaya suweeekkk"

Monday, July 27, 2015

Selamat Hari Rayaaaa~!

Since we're still in Syawal, it is not too late for me to wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin to youu! Eipppppppopp eh ni bunyi mercun dari kampung sebelah ok ok ok

Sebenarnya aku dah takde mood nak habis kan post pasal Turkey. Haha sebab dah lama sangat aku peram sampai rasa malas nak habiskan. Tapi aku akan cuba habiskan iye betul cuma tak tahu bila. Hihihi

Jadi puasa lepas macam biasa rasa sekejap gilaa. Akhir zaman memang masa rasa cepat, ni mak aku yang cakap. Seminggu awal puasa di Sabah, gila kau tak syiok. Buka pukul 630 kot. Sahur pun awal juga la kan cerita dia.. Pukul 4 dah bangun sahur. Haha tapi takpe, yang penting berbuka awal tuh akak suka. Dalam seminggu tuh sekali je masak untuk berbuka. Haha tak sempat oh serious akak busy tau dekat sana. Hihi memang pukul 6 tuh baru keluar cari makanan dekat bazaar. Bazaar dekat Sabah bagi aku ok juga, ada banyak ikut tempat. Yang pernah aku pergi dua tempat je, Putatatan dengan yang dekat Masjid Negeri tu ala lupa nama kawasan dia. Haha yang dekat masjid negeri tuh besar dan seronok.

Balik semenanjung memang tak pergi bazaar. Sampai la minggu terakhir nak habis puasa, itu pun dua kali je kot. Haha entah dia ada satu perasaan malas nya makan apa yang masak kat rumah pun dah cukup. Plus bazaar dekat Bukit Indah ni kecik dan tak best. Yang best adaa, tapi jauh sikit la, malaih la cheq. Lagipun family cheq jenis makan satu kuih je, kuih cara hasil tangan sendiri. Resepi wujud bulan puasa sahajaa. Haha ohh dan bila puasa ni juga bulan ber-iftor dengan membe membe. Dia kira macam jumpa membe yang lama tak jumpa, membe biasa jumpa. Konon erat kan silaturahim la ha gituu. Haha

Erat Silaturahim bersama Hapis dan Mairaa~

Jalin kasih sayang bersama Sheyshey~

Jejak kasih bersama Nayli, Wanie dan Alyaa

Rindu dinduu bersamaa Amalina, Shasyaa dan Mairaa~
Aku nak sangat jumpa budak gemilang tujuh. Lama sangat tak jumpa, asek tak cukup korum je. Puasa tahun ni tak berbuka samaa. Takde rezeki la tu girls takpe la, nanti ada jodoh ada rezeki kita jumpa.

Entah la, susah betul family aku ni nak amek gambo raya formal. Kalau ada pun mesti tak cukup orang. Ha pernah sekali je tahun bila ek ha kalau tak silap tiga tahun lepas yang lengkap. Haha ha ini raya kedua pergi Cameron isi masa dan semuanya ada kecuali abang ipar sahaja. Dia askar jadi bertugas di Tawau, cian akak raya tanpa suami disisi. Tapi takpe, minggu depan dia balik bukan. Hihihi ha suka la ko tu.

Semua dah ber-family alhamdulilah, anak buah pun bakal bertambah dua tiga bulan ni, alhamdulilah. Besar dah family sayaa. Alhamdulilahh :)




Syukur Alhamdulilah untuk semuanya :)
Selamat hari rayaaa~

Saturday, July 25, 2015

#QOTD


And the puzzle solved, perfectly solve :)
whatever happens, hold on to the one. Up there.

Wednesday, July 22, 2015

Trip to Turkey (Part 3)

Arrived at Bursa.

Sampai je dekat station bas (Bursa Otogarı Otobüs) aku tengok temperature dalam bas cakap kt luar 0 celcius. Bapakkk.. Sejuk gila ah cerita diaa. Haha keluar je bas perh nafas terus berasap. Haha dan jaja being jaja, still jakun suka main hembus hembus. Haha akak teruja tgk asak keluar. Lepas tuh masuk dulu dalam station bus dia. Fuh cantik, besar pun besar. Fresh up kan diri dulu, kasi breakfast sikit sebelum mula kan perjalanan kembali. Jadinya, disini beli tiket bas ke bandar. Yellow bus num 38 will go to town aka Ulu Cami. Ulu Cami ni sebenarnya Great Mosque dan dia terletak di bandar. Abah plan mahu cari hotel disekitar kawasan tuh. Tiket bas lebih kurang 4TL sorang. Nanti naik cakap dekat driver bus tuh Ulu Cami, sebab nanti dah sampai tempat tuh dia ingat la ko nak turun. Okay?



Bas kuning tuh naik lalu berhenti di Ulu Cami.
Turun je dari bus tuh ha sudoh ko takde hala tuju. Hahahah our first mission are to look for a cheap and cheaper place to sleep. Time tuh kalau tak silap ada juga tengok Booking.com tapi macam biasa la, bukan semua hotel ada dalam website tuh. Dan kalau tak silap sempat usha sikit je, sebab... data habis! Haha jadi berjalan la kami tanpa tahu di mana hotel. Tapi jangan risau hotel banyak, ada yang mahal ada yang murah. Kalau yang mahal ko senang la nampak hotel tuh, yang murahni macam rumah je. Masa jalan tuh jumpa hotel mahal, lepas tu tanya dia mana hotel yang murah lepas tuh dia bagi direction. So kind of you mr receptionist! Lepas tuh jumpa la otel yang wow murahnya untuk tidur. Haha dapat satu malam 75TL/per night for 3 person. Nak kata hotel pun bukan hotel, kira macam dorm (?) kot. Sebab toilet pun kat luar. Breakfast tk provide. Laundry dia buat kan sebab we all tanya ada mesin basuh tak lepas tuh dia cakap biar dia basuh kan. Percuma pula tuh. Hahah yang jaga tuh pakcik tua dengan bini dia kot. Tengok pakcik tuh tenang je, sebab dia tak cakap banyak dan dia senyum jeee. Comel! Lepas tuh bini dia baik pula buat kan roti untuk kita orang. Memang syiok ah makan panas panas. Ala teringat muka pakcik senyum tuh :)


Comel je kan macam rumah leggo je. 



Ok listen carefully my dear readers. Ecehh kemain ko, hahah! Dekat Bursa ni pun ada bazaar yang jual memacam ala macam Grand Bazaar tapi nama dia Covered Market (Kapalı Çarşı). Kau jalan je masuk lalu ikut suka hati jangan risau tak sesat selagi ingat jalan mana kau lalu. Haha dan ok sini nak bagi #TipsJajaa macam aku, aku tak singgah Grand Bazaar lagi. Sebab Istanbul destinasi last kan, Jadi macam yang diketahui, orang cakap Grand Bazaar jual memacam lepas tuh mahal. Tapi mahal tuh tak tahu macam  mana. Kiranya masa aku pergi Covered Market n, memang rambang mata la cite dia nak beli memacam. Sempat la beli shawl tudung dan baju, tapi nak beli banyak pun macam ish nanti kalau Grand Bazaar murah macam mana. Ternyata keputusan beli dekat Covered Market tepat! First, jauh lebih murah dan harga dia letak mula mula pun tak cekik darah. Dan ada yang display harga terus. Kedua, corak tudung shawl lawa lawa dan banyak pilhan. Iye la sebab Covered Market ni dekat dengan Koza Han akak Silk Bazaar. Tapi jangan beli dalam Koza Han sebab mahal sikit dari Covered Market. Ketiga kenapa perlu beli di Covered Market adalah, orang Bursa jauh lebih baik dan tidak garang macam orang Istanbul. Kiranya kalau kau tanya tanya pastu tak jadi beli, dia macam ok lagi. Kalau Istanbul ish ish ishh.. Keempat, jalan dia pun luas tak kecik kira takde la sesak. Kebetulan first day kita orang pergi macam tkde orang. Second day tuh baru ramai, yang ramai pun sebab orang tempatan yang shopping. Tourist kurang, dorg semua mind set macam kami kot. Haha jadi kalau lepas ni pergi, beli saja dia Bursa ini ok?








Gambar dari Jomlah-Zarina sebab aku takde amek gambo yang ini. hihi

Dekat Bursa ni sejuk sangat tak tahan sebab dia dekat dengan snow mountain. Kalau nak main snow ha disini la temoat nya. Uludag kalau tak silap nama dia. Memandangkan tiada aktiviti di Bursa hanya la sekadar mahu melihat bandar dia, aku ajak Big Bosh pergi snow tapi Big Bosh tak mau sebab pertama, tiada dalam plan jadi dia tak mahu. Kedua sebab, Kakak punya outer wear tk cukup tebat macam dia pergi Jepun. Tah la tak bawak glove ish ish, nasib la dapat adik baik sanggup korban kan glove dia ke kakak. Tangan dah beku dont care. Eh care juga berebut bila tak tahan. Haha jadi dua hari dekat Bursa hanya jalan ikut naluri dan maps. Nak pergi sini nak pergi sana, dont care. Janlan jalan jumpa jualan macam amal jual makanan stop dan beli dan makan dan repeat esoknya lagi. Haha semua makanan jadi sedap bila makan panas panas sebab cuaca sejuk. 



Ha takotkan nama kebab dia.. Haha

So comel!





From Bursa to Istanbul.

Dari Burse nak ke Istanbul Abah plan mahu naik feri. Jadi nak ke terminal feri daripada Bursa perlu naik keteapi bawah tanah (Metro) ke stesen last sekali Emek. Then dari Emek take a bus (M1) to Mudanya. Nanti bas tu sampai betul betul depan station terminal feri macam kat bawah gini. Untuk pengetahuan, syarikat feri ada dua. Satu Budo dan datu lagi Ido. Kami naik yang Budo. Kalau Ido kena pergi tempat lain which is i dont know kena cari lagi heheh. Dan perlu diingatkan timing nak ke Istanbul ada masa sendiri. Jadi bukan every 10minit akan ada feri, no ok no. Yang aku ingat pagi sahaja, ala minta maaf terlupa. Nanti tanya bapak semula.

Harga tiket dalam 22 TL. Masa perjalanan about 2 hours, jangan risau dalam feri ada kafe untuk breakfast ke dan ada juga toilet. Tapi tak boleh keluar kot tibe tibe kau nak buat filem titanic ke tak boleh. Ko tengok la tv atau pun tido. Feri ni dua tingkat, dan bagi aku selesa dan tidak sempit. Justt nice, boleh cuba ye boleh tiada masalah.





Sampaii Istabul, lalu nama terus bertukar jadi Dian. Hiihi

Alamak mintaa maaf juga sebab dah malas nak update. Lepas tuh akak cengelat post sikit sikit, cerita tak detail, ya ampun maaf kan akak. Haha janji next post dalam masa yang terdekat dan part yang last. Hihihi inshaAllah