Sunday, December 14, 2014

Minggu ke-5

Hai!

Minggu lepas lah minggu kelima dalam semester 6 ni, dan minggu yang sangat busy! Penuh dengan test, submission tuto, assignment. Haha sepanjang minggu tuh lepas satu satu. Tak berehat betul, hahah tidur lagi lah tunggang langgang waktunya. Tapi takpe nasib Jaja Power! Yekkk power padahal jawab tah pape, ala takut. Tapi rasa macam lega gila dah lepas minngu tersebut. Haha masuk minggu ke-enam, rileks sikit, tapiiii minggu ketujuh kelapan, haa engko mula busy balik sebab! Submission measurement untuk fyp pula, fuhhh fuuhhh kuat kan semangat, kawal emosi kawan perasan kawal muka! Haha

Tapi tapi tapiiii, minggu ni ada program #QSFiT !

Semua tahun dengan lecturer sekali terlibat. Alaa ni kira macam sukaneka, family day gitu lah. Dan bila cakap pasal sukaneka tentu tentunya seperti budak sekolah! Hahah mari lihat gamboo.








 
Gambo tak banyak sangat sebab banyak record. 
Dan Biru power dapat num 4! Yeayyyyy~

Selamat Pengantin Baru Abang Wan!






Jadi dengan kahwin nya abang wan 7/12/2014 hari tuh, maka tinggal saya sorang je lah lepas ni tak kawen lagi. Ok ok im ok, hahah. Majlis langsung dekat Dewan Tasik Ampang Hilir, buat serentak dengan pihak perempuan jadinya ada satu majlis sahaja. Salu kenduri buat dekat rumah, kali ni buat dekat dewan. Pastu asal salam je dengan pakcik makcik jiran kawan kawan mak abah semua dok tanya 'yang ni bila lagi' ya ampunnnnnn auntie uncle pakcik makcik atok, sabar lah hahaha. Nak buat sekali je dgn abg wan kalau boleh tapi jodoh belum ketemu sabarinn. Haha nanti ada card tuh kira ada lah, bersabar pakcik makcik nanti makan free lagi ye. Hahaha dan busy punya busy lupa nak selfie dengan Mama :(

Btw, welcome to our family Kak Ajja :) <3 p="">