Monday, September 29, 2014

Asah cara
Kenali dunia
Ingat kau bukan masih muda
Untuk terleka seketika
Diri harus jaga
Untuk mendapat redhaNya

In Sha Allah sama sama kita :)


Fuhlamakkk, gua dah matang la siot!

Thursday, September 25, 2014

Its A Hit! Batting Cages, One Utamaa

Haa selamat pagi!

Salam saya bagi dalam hati lah! Mana ada saya lupaa. Kahkah, hari ni gua sepatutnya last day intern tapi sebab nak tunggu bos gua balik dari UK esok kira gua habiskan lah isnin dan selasa minggu depan. Kira habis kan bulan 9 punya lah haa gituu, tkpe lah dua hari je. Demi elaun, hahahha nanti bila nak datang amek lagi malas saya nk datang semulaa. Huhuhu

Pernah dengar tak Batting Cage ni? Aku tahu pun dari member aku, dia boleh kira salu juga lah datang sini main. So nak try lah! Mana boleh tk try! Even your shadow leaves you in the dark! Eh suka hati lah idiom apa saya nak letak, saya suka idiom ni. Hahaha so baruuu lah tahun ni dapat tryy. First time datang dengan Shaa berdua je, sebab weyh pisang dia weekdays kerja non-stop tk tkde kerja pun tp still kerja la kan, pastu weekend tk keluar. Uish i cannot, hahaha itu yg kajian topikal teruk! Ini semua sebab keluar! Hahaha mula mula cadang nak pergi Zoo tapi tk ramai yang boleh join sbb Zoo pergi ramai baru syiok berdua nanti bunyi cengkerik je kuat. Hahaha so try lah ke OU ni main benda alah ni. Hahah

Wehh aku punya confident dapat pukul tinggi kot! Tapi bila main dalam dua token tuh satu je kena, itu pun sipiii! Hahaha satu token 4 ringgit dapat 15 biji bolaa. Hahaha teruk gilaaa. Gua dulu masa kecik kecik main roundes kot depan rumah dgn kwn kwn. Tuh confident gila, last sekali haprekkk. Hahaha tp gambar je mcm power, cm pro kononnyaa. Hahaha



Itu kisah first time main, second time main pula dengan budak budak course. Rasa terharu sebab sembang kali ni menjadi :') Hahaha salu sembang lebat je dorang ni. Malam tuh lepas makan reramai dekat cheese nan dekat RMSY kot tah padia tah alaa yang famous tuh haa pastu dok bincang esok nak kemana. Dorang nak mandi sungai tp baru lepas fesc kan ramai injured lutut baraii, gila engko sakit lah nanti Hahaha nak hiking tp tuh lah sbb lutut barai semua jalan terhenjut henjut. Gua punya lutut barai gak tp tk teruk macam sem lepas, ok lagi cuma seluar je perlu buang. Hahaha engko nmpak tk semangat gua main sukan demi qs ni nmpak tak?! Hahaha





Lepas tuh dekat rooftop tuh lawa pula nak photoshot, hahahah panas memang panas tp nak dpt lighting yg cantik dan natural fuhh lecak tiak pun sanggup. Hahaha second ni gua dah hebak! eh cepat lah tepuk tangan tunggu apa lagi! Hahaha main tiga token banyak juga dpt pukul, smpai tk terkiraa. Hebat betul la tuh. Hahaha yeayyy puas hati sayaa dpt pukul bola tuh *muka bangga.jpeg* Jadi kalau nak try pergi sini pergi lah! Nak try tkpe boleh ajaa, mari marii. Malam kang nak pergi lagi sebab officemate nak try, Hahaha eh saya dah dua kali main kalau tk menang juga tk tahu lah. Hahaha


Wednesday, September 17, 2014

Friday, September 12, 2014

Lama tak mengarut.

Assalamualaikum ya habibi ya maulanaa masak kari untuk antaa.

Eh anta tuh laki ke perempuan? Hahah ke saya ke awak? Alaaa tkpe lah nanti tanya orang. Heheh lama rasanya tk membebel dekat sini, haa bulan lapan punya post pun cinonett je, bulan sembilan pun tk banyak. Kalau dulu rajin juga nak membebel, wah adakah ini tanda saya sudah semakin matang? Adakah adakah adakah? Adakah saya boleh kawin dah? Hahah padia masuk kawen tah pape -,-

Itu lah perempuan melayu, asek pikir nak kawen je. Dalam otak tuh bukan nak simpan cita cita berjaya sampai langit, duk pikir siapa nak pinang aku siapa nak aku. Eh c'mon lah perempuan! Bangkit! Mari kita bangit! Hahah iye aku pun mcm tuh, duk pikir nak kawen padahal benda lain ada lagi penting nak pikir. Baik duk pikir macam mana nak dapatkan rumah sebutir sekarang ni. Fuh memang dah matang habis siot gua sekarang, hahah tp eleh kejap je ni, kang datang mood jiwang, nangis sedih pedih! Hahaha

Ni hyper sgt ni sebab aku rasa terlepas sangat beban, rasa lega gila rasa macam dunia ni aku yang punya. Fuhh statement fuhh, hahaha. Aku pernah cakap kot yang sem ni aku praktikal dengan ada kajian topikal untuk dikaji haha haa nak sembang pasal kajian topikal lah ni. Hahah masa viva hari fuhh memang salah timing betul, tah lah sehari before birthday, respon panel ke gua punya kajian pula memang hampeh, Hahah gua dah kecewa kan lect lect semua, gua rasa bodoh sgt kot sumpah. Rasa marah gila dekat diri, marah dekat penyelia pensyarah, marah ke supervisor gua. Semua gua rasa marah, sebab marah sangat sangat jadi berakhir dengan linangan air mataa. Haha gua rasa ini semua salah penyelia, ini semua salah dia! Haha lama juga nak terima hakikat yang sebenarnya ini salah kau, kau yang tak amek serious kenapa. Iye mungkin penyelia gua tk macam penyelia lain, tapi pasti dia ada kelebihan dia tp gua tk nmpak kot. Memang esok tuh masa birthday, terus tanya status report gua, MAJOR CORRECTION! Weyh hahah mcm tk buat apa apa mcm selama ni aku buat tuh useless ke apa?! Hahah memang gua ckp minggu tuh gua asek nangis je, sebenarnya gua sedih terkenang kan CGPA hahah. Effect banyak doh kalau tk skor, memang sedih ah dooo. Disebabkan satu benda ni jeeeee, usaha selama empat sem mcm sia sia. Mana boleh do, sedih ah gua. Sedih yg tak dpt bendung.

Tapi lepas dah tahu silap apa, betul kan apa semua. Gua cuba train minda, 'See good things in bad situation'. Gua pikir balik mana silap gua, kenapa gua mcm tuh, kenapa kajian gua mcm teruk sangat, gua cuba tk nak salah kan orang lain, gua terima yang ini salah gua. Iye salah saya, saya yang tk buat betul. Dia bunyi mcm dah pasrah dah ada jadi, kira macam dah redha lah. Haha so dah bincang pastu janji nak hantar report semula pada 12/9/14. Dan tadi lepas hantar memang rasa lega sangat sangatt! Hahaha walaupun gua kurang letak kan usaha 100% masa nk buat report, saya berjaya juga lah letak apa yang lect saya minta. Hahah bab markah tuh, saya hanya mampu berdoa untuk sekarang ni :) Saya nak expect gred tinggi haha memang dah macam lari landasan sgt, saya cuma harap saya dapt yang terbaik :) Saya harap lect saya lembut hari tanda markah, beri markah. Amin :) Omg tapi ni tk solat isya lagi, hahaha ok lah itu saja utk bebal kali ini! Selamat malam :)

Monday, September 1, 2014


'Gtg,bye'
'Okay,buhbye'

I guess 'goodbye' gonnna be our forever? 

Jaga diri, aku rindu.
Selalu.