Wednesday, August 13, 2014

Aloha Balii! Part 1

Dengar cerita ada orang rindu?

Hahaha eceh konon, maaf lah lama tak update. Takde masa walaupun banyak masa terbuang. Rindu juga nak update blog ni, iye lah tempat sembang sorang sorang pakai hati tapi dah convert jadi tulisan. Haa ni aku tengah sembang guna hati ni kalau nak tahu, laju ni type fuhh keyboard warrior! Kalau typo tuh buat tak nampak tau malas nak stop padam, kalau rajin je betul kan balik. Hahah

Jadii kita masih dalam bulan Syawal bukan? Masih tak lambat nak wish Selamat Hari Raya? Hihihi Selamat Hari Rayaa semuaaa! Raya saya kali ni best juga lahh! Best sebab duit raya masih dapat dalam amount yang memuaskan. Muahah :p Haa ni bila nak start puasa enam ni? Haaa haa nanti lah hahaha

Dah lah cuti raya dapat seminggu, lepas tuh cuti lagi hari khamis dengan jumaat, syiok gila rasa. Holiday je, jadi kemana holiday nya? Kita ke ke ke

BALI!

Yeayyyyy~ Actually pergi Bali ni under GOP China dulu, duit sumbangan ada dapat lambat, lepastu Cik Mad cakap tk boleh bagi duit balik kena buat program. Pilih tempat yang murah, tempat yang senang, makaa Bali lah pilihannyaa! Cuma 6 orang je tak pergii Balii ni, 5 perempuan seorang laki. Yang lain semuaaa pergii~  Aku rasa malas nak cerita day by day, aku cerita random eh eh? Buat kelainan sikit, ceh kononn. Hahha

Malam sebelum bertolak.



Malam sebelum bertolak tuh, ada jamuan raya sikit dengan doa selamat. Iye lah sekarang banyakk sangat kes berkaitan kapal terbang. Takut juga ni nak naik, tapi alhamdulilah selamat pergi balik :)

First dayy!




Lepas tiga jam atas kapal terbang yang pening tuhh...


Yeayyy sampaii, rasa macam artis keluar airport sebab ramai gila orang yg pegang nama macam dekat belakang tuh. Tuh amek feeling sikit yg snap background mereka. Hahahha :p Terus pergi Hotel, kami duduk Hotel Maria Kuta. Nice juga hotel tuh, ada kolam, tapi pendek je. Hahah tp cantik lah jugaa :)

Second dayy!

First stop pergi tengok Barong Dance, dekat mana entah aku lupa. Hahah yang pasti Barong Dance tuh menakutkan. Hahah




Second stop ke, buat batik. Haa sini pun ada batik. Tapi corak dia kena tgk tgk sebab takut rupa patung. Bali kan, patung everywhere. Tapi kitaorang mana minat benda alah gini, kita orang tahu nak gambar je. Hahaha



Next stop, pergii silver. Ala barang hiasan silver semua ni. Semua teringat Lily masa dekat Beijing, Hahaha jadi macam biasa round sekejap je, lepas tuh selfiee~


Haa on the way tuh singgah Universiti sana kejapp. U dorang macam sekolah menengah je, tah lah motor banyak gilaaa. Ok apa kaitan, hahah


After that, amboi after that. Hahha pergi lunch dekat dengan kawasan Volcano, alahh semua tempat kami pergi famous. Maksud aku selalu pelancong pergi, haa gitu. Ish apa ni jangan salah anggap ishh.






Lepas tuh ke, padi humaa~ Hahah kawasan orang sana tanam padi bertingkat tingkat. 



Ok done! Hahah itu je first day~ oh malam tuh mandi swimming pool. Hahah first time bawak gopro masuk air. Hahah

Alamakk, dah malas. Nanti bila rajin sambung ehhh.


Much love, 
Jajaa xx

Hahahahah sudahh!

No comments:

Post a Comment