Saturday, June 28, 2014

Ha jumpa pun!

Assalamualaikum!
Oi jawab la oi tolong la jawab oi

Eh jap jap nak ucap, Salam Ramadhan kawan kawan seislam~ Sila puasa penuh ye bagi lelaki tuh, perempuan ni kalau tk boleh puasa tak payah gelenyar nak update status ke tweet ke cakap tk boleh puasa. Bengap level tk boleh bla ni kalau tweet gituu. Hahah staff office cakap bulan puasa masuk kerja pukul 830-430 woahh bapak seronok balik awal oi. I like puasa hehehe :3

Jadi semalam kononnya before puasa nak pergi makan puas puas sikit tapi malangnya niat nak makan tomyam secret recipe tuh tk kesampaian sebab ramai gila doh orang. Tak sukanya keluar weekend, seriously ramai gila semak! Sesak! Sarat! Tapi nak buat macam mana dah bekerjaya kan, weekend je free, kahkah! Jadi pergi Exhibition Archidex eh betul ke aku eja ni, eh suka hati lah! And my parther for todayyyy is..............................Sheysheyyyy! eh dengan geng ofis dia, Raihan sama intern juga. Omg omg lama gila tk jumpa Shida ni, eh Sheysheyy. Hahah sejak kerja dkt kph ni nama ayu je, Shida, tk pakai dah Sheyshey. Hahaha

Macam dorang tuh dah gerak sana hari khamis hari tuh sebab ofice dorang galak kan pergi, office aku? Hahaha sedyh... Takpe last day event ni aku pergi juga, hehe. Sesuai untuk pelajar alam bina, engineering dan sekutu dengannya. Kalau orang lain nak datang tgk pun boleh tiada masalah. Dekat sini dorang lebih layan kalau someone tuh ada jawatan ha gitu, minta name card semua sbb dekat sini boleh nak buat business rapport. Haa haa aku guna vocab baru tuh, supervisor aku ajar. Hahah kira dorang ni represent their company while i'm represent my company. Fuhh rasa hebat rasa dah besar fuhhhh. 

Daan bawa bersama Poyo untuk second try dia, Haha Poyo ni seronok betul lahh saya sebagai tuan sangat happy memilikinya. Hahah tah la gambar cantik. Ish pastu baru sedar background area KLCC tuh lawa macam oversea. Selama ni sombong jalan pejam mata je. Orang amek gambar dengan KLCC rasa macam 'eleh tuh pun nak tangkap gambar' Hahaha





Aaaa seronokk, ingat nak nak guling guling dekat padang tuh tapi nasib tahu malu lagi jadi tak guling dah. Hanya duduk sahajaa, haha. Sebab Poyo ni wide angle jadi gambar dia macam boleh nampak semua, haa gitu. Tuh yang cantik tuh kalau ada background. Aaa seronok nanti nak photoshot mana lagi Shidaa? Roger je nanti gua sampai, dah geng dengan driver bas kan. Huahuahua

Dan tolong lahhh kawan kawan yang ada gopro ni tolong lahhhh jangan lah selfie muka sendiri je tanpa background menarik, hahah saya rasa macam 'alah awak ni tk rasa macam ish rugi je beli tapi selfie muka je' Hahah ok ok suka hati dia ah dia punya, k kk aku tahu tapi alahh jangan lah manfaat kan lah dengan betul. Ok lah boleh lah nak selfie sendiri tapi tk payah publish. Hahah sbb aku ada juga selfie sendiri, hahaha tkde ah sbb aku nak try guna. Tapi kalau sekali dua tkpe, jangan ah banyak banyak. Ish kenapa aku pula yang geram ni, hahahha

Monday, June 23, 2014

Be a Hero!

Pernah menjadi barang yang ingin dimiliki.
Pernah menjadi barang yang buat tidur lambat dengan hanya tonton review di youtube
Pernah menjadi barang yang selalu mencari hashtag diinstagram juga.

Tetapi akhirnya, sudah pun miliki yeayyyyy! Cakap apaa? Alhamdulilahh, heheh. Petang bila entah membe aku bagi tahu dekat Lazada.com ada jual gopro hero 3plus ni murah je. Aku pun usha lah, usha je, nak beli ke tak nak ke tak. Sebenarnya berpikiran begitu semunya sebab duit. Hahah iye lah paling koman pun benda tuh harga 1000+ tapi tk tahu kenapa tekad sangat ((lagi pun pikir duit ehem nak masuk kan, hahah)) pastu minta abang guna duit dia dulu, sebab beli online kan kena pakai debit kredit kad nii. Saya tak retii, kalau bank in duit reti lah. Hihih

Alang alang beli sekali dengan pole dia, ye pole dia pun mahal nak mampussss even dah discount. Hahah total semua RM1489 rasanyaa, kira murah lah tuh. Tapii terlupa beli memory card, hahha jadi memory beli asing, class 10 punya 32gb sama dengan RM100 dekat Lowyat, Banyak kisah sebalik memory card ni, hahah ingat balik tah pape nyaa menangis meraungg sebab abang asek busy je tak sempat nak beli, ajak Abah pergi kedai esok lah malam ni tk nak lah, ish geram tahu tak! Pastu pastu menangis ah. Hahaha, tapi nak buat macam mana. Bongsu, lembik tah pape. Hahaha eh ikut hari juga....


Fuhh memang dia punya feeling nak bukak kotak tuh fuhh, eh tk rasa sgt sbb aku baru tahu Lazada ni world eide. Ni barang gopro aku ni dari Hong Kong! Kalau aku tahu aku cari yang Malaysia punya. Aku ada tanya orang jual masa aku beli memory card ni, gopro ada yang tak ori ke, dia cakap yang tak ori takde cuma kalau beli oversea takde warranty. Kalau rosak ke apa, tanggung sendiri. Kalau beli dekat Malaysia ada sirim belakang kira warranty, rosak boleh ganti. Eh pantun, hahah. Pastu tanya lagi yang gopro ni salu problem ta, dia ckp ada lah juga wifi problem. Hahah aku harap Poyo aka Gopro ni tk tk banyak meragam. huhuhu


Sebab tkde orang nak tunjuk ajar, maka youtube lah jadi cikguuu~

Alamak dah malas nak type, saji gambar sikit lah buat contoh gambar. Hihihi,




Sunday, June 8, 2014

Paint your room!

Assalamualaikum~

Rasa nak update lalu saya update lah. Hahah petang petang takde buat apa. Nak buat kerja sekolah ((Kajian Topikal)) malas sayaa. Belum ada rasa nak buat lagii, heheh. Jadii minggu lepas first time kerja takde Kak Bella, fuhh aku harungi liku liku kehidupan dengan jaya. Yeayyy! Minggu depan dah ada kawan, biar lah bukan perempuan pun atleast sebaya. Hahah ni belum masuk kerja lagi dah kenal dah, dah whatsapp sebab budak tuh kawan membe aku. Kira kawan atas kawan, kira mudah la dah kenal. Kann

Okayh itu iklan sahaja, nak cerita yang pasal cat! Dulu masa cuti sem lagi dah tanam cita cita, amboi tanam haa nak tukar cat bilik. Sebab itu dah lama sangat dah. Dari sekolah rendah rasanya, eh ye ke alah tak ingat tapi yang pasti dah lamaa~ Tapi sebab aku ni kaki sembang je, nak nak tapi tak buat hahah pastu semalam macam mana jadi juga nak cat. Semua sebab Mama tolong jugaa! Tolong rajin kan aku yang malas, tolong mengecat sekali. Aaa thankiu Mama takde Mama, tak tahu macam mana. *peluk erat erat*

Warna aku pilih sendiri, mula mula nak buat strip sebab aku tengok tv cerita 'Tolong Rumahku' kott rasanyaa. Hahah nampak cantik je, tapi penat lah banyak kaler kena pakai nak cuci lagii. Jadi pagi tuh pergi hardware dekat deret kedai Aik Seng, haa dekat je jalan kaki pun kennn. Pastu tengok warna pastu terjatuh hati dekat warna Turquise Hijau ni eh biar lah aku eja macam mana! Dengan warna Purple macam pink pin sikit ni. Tengok gabungan dia macam kena je, tuh yang beli. Bila tauke tuh tanya nak berapa liter, haa sudah berapa liter yang sesuai ni. Nama je QS tapi nak estimate pun tk reti lagi. Pastu mula mula nak lima liter each kaler, tauke tu cakap banyak oh haha tgk kalau masuk tender ni kalah tau membazir mahal! So jadi beli dua liter each kaler. Aku kan sebenarnya agak terkejut juga harga dia, memang cat mahal eh ? Hahahaha 4 liter ni total ce teka berapa. RM90! hahaha mungkin sebab warna dia bukan warna basic kot, sbb warna ni dia campur sendiri dekat kedai tuh. Satu liter jatuh dalam RM24/22 macam tuhh. Ohh aku baru tahu selama ni cat tak pernah beli sendiri. Hihihi oh lupa beli cat putih dua tin jugaa. Itu RM20+ rasa nyaa alah tak ingat.


Baik cakap warna ni lawa, cepat cakap! Hahah serious lama gila dah tak cat, penat dia fulamak macam merentas desa pusing UIA masa dekat teknik fuhh. Sebab buat dengan Mama, Mama cat bahagian bawah, aku cat bahagian atas, kira panjat apa yang boleh panjat pastu cat. Kerusi ke meja ke tangga ke katil ke, mana sempat je. Hahah jingkit jingit fuhh Abah tengok marah dia tak bagi jengkit kata bahaya. Dalam 5 jam setengah juga aku rasa habis kan satu bilik ni, even kecik tapi penat dia ya ampunn tk tahu nak cakap macam mana. Hahah

Dannnn tadaaa!


Yang atas tuh lamaa, bawah baru. Haa diam diam aku tahu yang Turqoise tuh terkeluar line pi dekat Purple, aku tahu, hahaha sebab time tuh cat Purplr tuh dah tutup, pastu berus memang tengah cat Turquise so aku buat tak nampak je cacat tuh. Heheh siap punnn cat bilik yang dah tanam impian sudah berbulan bulan nii! Yeayyyy~

Tapii keseronokan itu dipadamkan dengan kesakitan yang amat sangat pada malam harinya... Sumpah tangan rasa nak tercabut, rasa lenguh gilaa. Sakit sangat sangatt, dua dua belah pulak tuh. Mungkin sebab asek cat atas kan so kena angkat tangan ke atas kan, mungkin sebab tuh. Tapi sakit ni taku tk pernah terpikir akan sakit macam ni, eh jap kenapa ayat aku macam berbelit. Hahah sampai makan panadol tuh tk boleh belah, tapi masih sakit, nak tidur memang tak selesa. Pukul 5 baru tidur sebab tahan sakit. Tidur pun tegak je, tk pusing kiri kanan, tangan lapik bantal. Hahah betul sakit ni tk boleh bawa bincang sakit yang rasa nak muntah tuh, haa memang sakit. Hahah baru tahu lembik rupanya aku ni. Ingat kuat, hahah

Macam mana nii, aku baru plan nak cat rumah sendiri nanti dengan suami. Tapi kalau dah sakit macam hape ni memang taknak dah lah. Eh mungkin boleh tapi turn dia yang cat bahagian atas, aku amek bahagian bawah. Hehehhehehehe atau pun kita upah org je lah labuuuuu~ 

Alah tapi nak cat sendiri, sebab hehehe memori~ 

Sunday, June 1, 2014

Seoul Garden?

Jap jap nak bersin..

Ish hidung ni hari hari bersin, normal ke eh ? Dalam sehari tuh ada laa atleast sepuluh kali. Memang semua orang bersin sekerap tuh ke ? Ke hidung aku yang kena hantar servis ? Hm takpe la itu bukan main point aku nak cerita. Huhhuuhhu

Sudah menjadi kebiasaan sejak pertama kali kerja, akan ku belanja ibu bapa ku. Eh memberi sedikit uwang daripada gaji ku kepada mereka. Perasaan bila dapat gaji itu bagi aku harus dikongsikan bersama secara tidak langsung melatih aku untuk tidak lupa akan mereka dahulu kala mencari uwang untuk ku. Dan mengapa aku cakap kayak indon...

Hahah ok biarkan bahasa indon itu berlalu pergi, jadii elaun ini juga bagi aku seperti gaji. Biar pun sedikit, tak boleh beri dalam bentuk wang kita beri dalam bentuk lain, iaitu belanjaaa! Entah la rasa macam kena juga, kalau tak rasa tak sedap. Walaupun mama cakap 'takpayah la belanja mama elaun jaa sikit je' Aduh sebak lagii... Tak tahu la kenapa lately ni hati cepat betul tersentuh, padahal benda biasa je. Tersentuh sebak ni bukan biasa punya, ini yang rasa nak nangis. Aku tak paham perangai aku sekarang nii.. Adakah ini jodoh ? Ok tibe tibe.

Masa cuti hari tuh sebelum masuk praktikal lagi dah cakap dekat Mama, 'Mama nanti first elaun Ja, Ja nak bawak Mama makan Seoul Garden. Sedap maaa, dia macam steamboat gril gril' Memang dari hari tuh rasa nak makannnn benda alah tuh sangat sangat. Rindu mungkin, hahaa. Sebab kalau nak tunggu family bawak, itu bukan family aku. Biar aku bawak mereka tak apa, tak kesah. Jadi memang aku tunggu first elaun ni. Sampai minggu lepas siap google pasal Seoul Garden, ha engko tengok dia punya teringin tuh. Fuhh~ Lepas tuh tibe tibe aku teringat nak tengok eh nak tahu pasal HALAL.

Lepas tuh aku pun google la pasal Seoul Garden ni Halal ke tidak semua, bukak website Jakim semua. Iye lah nak tahu. Baca blog blog orang semua. Jadi ini apa yang aku jumpa. Mula mula aku buka laa website Jakim, search Seoul Garden. Pastu ini keluar.



Ouh kira Seoul Garden ni ada yang halal, eh maksud aku dah diiktirafkan oleh Jakim. Wait what, kenapa aku tak nampak pun Seoul Garden dekat KL Festival ada state kata Halal.. Hm something smell so fishy right here... But then aku buka website Seoul Garden sendiri, tekan tekan pi dekat outlet dia semua tuh, pastuh scroll laa scroll scroll then terperasan something... 



Ouh kenapa ada yang dia state halal dan kenapa ada yang tiada, alamakk kenapa itu.. Kenapa di KL Festival tiada mengatakan itu Halal alaa kenapaa... Saya dah dua kali makan sana bagaimana ini ishh. Terus rasa tkmau makan dekat sana dah.. Tapi sekarang ni memang tengah rasa nak makan Seoul Garden gila kott! Alaa why KL Fest why dont you got certificate Halal from Jakim, whyyyy ? :( 

 Dah tengok macam ni memang takde nya lah pi sana lagi. Hm hm kena pergi Johor ke baru boleh makan ? :( Mamaaaa alaa sedih laa mama :( Takpe laa Mama kita makan dekat tempat lain. Minggu depan eh kita makan sama. Cakap je nak apaa, apa yang halal. Hahah alaa baru nak bagi Mama try Seoul Garden ni. Hm hm ala aje sedih gini.