Wednesday, April 23, 2014

Have you ever have a second thought ?

Situasi satu.
Mina membawa Siti ke funfair, kemudian Siti ingin bermain Bumper Car. Tetapi perlu beratur panjangg. Siti beratur dengan penuh sabar. Mina mempunyai pilihan sama ada tunggu disitu bersama Siti atau pergi mencari tempat duduk. 
'Baik aku cari tempat duduk dkt McD nanti dia dh habis dia cari la aku dekat McD'
'Macam mana kalau dia kena culik atau dia tk jumpa cari tah la tkde handphone'

Situasi dua.
Aisya ingin keluar bersendirian ke KLCC kerana mahu berjalan jalan rehat kan minda sambil tengok cerita diwayang.
'Aku dh besar kot apa masalahnya keluar sendiri, kira short get away'
'Macam mana kalau tibe tibe aku kena ragut, aku kena culik ke, ada orang ikut ke, tk pun aku tibe tibe jatuh sakit. Siapa nk tolong'

Situasi tiga.
Aku selalu tewas dengan fikiran kedua. Hahaha

Tuesday, April 15, 2014

#QOTD

Those who boost your morale, guide you in a beautiful way, respect you and don't expect much in return, are rare. Become one...
Too deep. Sangat terkesan dekat hati. Yup strongly agreed. Stop looking for the right person, and start being the right one. Should train myself to see good things in every bad condition. I must believe in all Allah's plan. All things happen for a reason, just believe. If i can't find a person like that, why not I'm be the one ?

Sunday, April 13, 2014

Trip to Japan (Last Part)

10/4/2014

Last dayyy~ Abah kemain siap awal. Katanya dah pukul 7 suruh bangun tapi masalahnya dia set jam salah! Hahaha dekat Japan awal sejam dari Malaysia, patut time tuh pukul 6 means dekat Malaysia pukul 5 tapi yang Abah set awal dua jam kenapa ?! Hahah Abah ajak breakfast, kakak liat nak bangun sebab time tuh sejuk gilaaa. Abang memang harapan laa nak bangun pagi. Jadi aku wakil semua teman Abah breakfast. Hahah terketar ketar sejuk nak mandii. Pastu pergi breakfast dekat cafe dia, sorang 330yen. Makan roti je -,- Sebab soup dia ade pork. dengan minum air kopi. Hahaha


Lepas tuh kakak bangun ajak teman dia pula. Ok laa ok jum org teman. Lepas tuh ada org dari tv japan datang nak interview pasal Japan so kami on je laa. Fuyooo rasa macam hebat. Hahha lama sikit tuh abang abah datang join. Ehh lama pula org tuh interview. Hahah lepas habis tuh siap siap packing barang simpan dalam loker dekat station Ueno sebab tk nak patah balik dekat hostel tuh balik sebab nanti membazir masa. Lepas dah simpan barang dekat loker pergi tempat yang abang cakap macam Petaling Street dekat Ueno tuh. Barang jepun ni jual macam tuh pun mahal -,- nak beli keychain pun tk beli sebab macam tk payah laa mahal. Aku pun jenis tak beriya sangat nak keychain ni. I want tshirt hard rock cafe tapi yang cap ayam punya pun harga macam original. Hahah memang tk laa, so i bought a watch 1000yen. Itu je sebagai sourviner dari jepun. Haha abang baikk ingat makwe beli kan shawl. Comel je :) Lepas tuh habis jalan, terus ke airport sebab dah tk sabar nak balik tanah air! Serious bosan lama lama, aku pikir nak balik Malaysia je cepattt...

Eh macam comel pula saya tutup mata gituu. Hahahha last day baru pakai spek sebab nanti terus nak tidur dalam flight~


 Even pasar dia bergabung macam ni tapi tk kotor pun, nice je (Y)


Okayhh cukup sudah pengalaman saya dinegera Jepun. Sangat banyakkk kenangan, memori yang dapat disimpan dalam otak ni. Alamak ayat sastra malam ni tk menjadi.. Ok mari saya nak buat review sedikit pasal negara Jepun berdasarkan pemerhatian saya selama sepuluh hari.

Orang Jepun
Wahh sangat macam robot serious. Macam mana kita tengok dalam movie macam tuh laa real life. Semua bercoat hitam berjalan lajuuuu~ Ada yang berlari, hahaa. Dorang sangat polite, kalau masuk kedai tuh lebih sepuluh kali sumimasen harigato harigato ni. Dan mereka sangattt patuh pada peraturan. Even nak cross road tkde kereta tapi lampu isyarat still merah untuk penjalan kaki dorang akan tunggu sampaii hijau. Hahaa yang kami tengok takde kereta nak je terus jalan :p Lepas tuh kalau kita tunggu bas kan bersepah, duduk sana duduk sini. Dorang tak, dorang tunggu je bas tuh sambil beratur, kereta api pun sama. Sampai ada orang cakap, please line up this is Japan. Hahahhaa lepas tuh orang yang tukang kasut dekat sini, ya ampun pakai tie :D Hahaha gila betul. Lepas tuh pernah dengar tak kalau anjing berak dekat luar nanti tuan dia ambik tahi tuh simpan ? Ye benar, ini gua tengok dengan mata kepala sendiri! Simpan dalam handbag tuh tk boleh blah tahi anjenk! Hahaha overall orang jepun memang terbaik (Y)

Train
MasyaAllah macam mana laa dorang boleh pikir forward ni, hebat sangatt line train dorang. Sangat amazed! Belum lagi subway dalam tanah tujuh tingkat ke bawah, gila betul structure mereka -,- Bukan nya sikit sikit line dorang, banyakkk nak mampus! Kalau kita pijak atas jalan, percaya laa bawah kita tuh ada orang. Dimerata rataaa~ Orang sangat banyakk tk putus putus. Train dia sangat punctual. Itu yang orang kalau janji jepun ni bagus, janji melayu hm hampehh. Hahaha

Bajet
Haa nak cerita bajet seorang untuk trip ini. Ini saya kira roughly je okayh, macam hotel kan tiga hotel berbeza, saya amek tengah tengah je okayhh. Senang ini bajet yang sangat bajet. Low cost punya jangan risau :)

  • Flight (Air Asia Now Everyone Can Fly) - RM900.00/pergi balik
  • Meal dalam flight - RM25.00/pergi balik
  • Hotel - RM140x7malam 
  • Kanto Pass (JR Pass) - RM300
  • Pasmo Card - RM130 (sekali topup dua kali)
    • Total ini = RM2335.00
Ini belum tambah dengan kos cable car dua kali, skyview, tempat main snow, makan kebab, beli air dari mesin gedegang, beli maggie, beli kitkat. Tapi percaya laa tk sampai RM3000. Ok laa ok kalau aku terlepas pandang mungkin dalam RM3500. Tapi kalau kau nak shopping memang lebih laa bajet ni. Hahaha tapi kalau nak banding kan pergi pakej ? Haa sorang dalam RM7000+ double engkoo. Serious saya cakap, holiday seperti ini maksud saya holiday sendiri banyak pengalaman. Dapat jumpa kawan kawan dari entah mana mana, lebih rileks, pengalaman naik train macam dorang. Kalau ikut agen, naik bas je. Tapi nak holiday sendiri sangat laa kena kuat stamina. Jalan banyakkkk sangatt. Kalau angkut barang lagi laa penat bahu macam nak tercabut, tambah sesat lagii aduhh tapi itu semua pengalaman :) 


Jadi next trip kita ke mana Abah ? :p
'Nanti jaa ajak dua tiga kawan kawan berjalan macam ni' - Ujar abah kepadaku.
Jadi kawan kawan jummm kita plan, ayah saya bagi green light travel sendiri nii. Hihihihi

Trip to Japan (Part 3)

7/4/2013

Dalam pukul 10 kot keluar, lambat sikit keluar sebab dah takde nak rushing macam tiga hari awal. Haha abang semangat nak mencari helmet arai dia, kebetulan tempat tinggal kami kali ni dekat juga laa dengan kedai helmet dia ni, dekat Ueno Park dan lepas tuh terus nak ke kawasan berhampiran situ juga. So kedai yang abang wan nak pergi tuh bukak pukul 11, pastu jalan jalan laa situ tengok kedai helmet lain. Pastu dalam 11 lebih tuh kedai yang nak pergi tuh tak bukak bukak, pastu tanya orang jepun lalu lalang tanya dia kenapa kedai ni tak bukak, rupanya hari tuh (Isnin) kedai tuh tutup. Hahah buat ponat je tunggu -,-

Lepas tuh terus ke taman bunga sakura sambil bawak bekalan makanan dari 7 Eleven. Haa sana ada 7E juga ye, sampai dekat taman tuh ya Allah cantiknyaa :) bunga everywhere, pastu memang dia provide kan tempat untuk picnic. Aaaaa me is sho excited seeing all these thing. Sangat cantik untuk photoshot :) Lepas tuh duduk laa makan kejap, orang lain makan banyak, kita orang makan maggie je dengan biskut. Hahah ouh gambar empat orang tuh apa lagi kalau tak monopod Maira punya bantuan, selftimer camera. Hihi dekat sini orang pandang pelik je aku ber-monopod. Hahah mungkin benda baru untuk mereka kot. Ada tuh yang tengok kemain excited, 'Whats that, awesomeeee' Hahaha ingat lagi nada dia. Pastu aku terasa famous jap sebab monopod tuh. Hahaha



Jalan jalan, ikut flow lepas tuh kakak aku ni nak makan sangat takoyaki, so beli la takoyaki seafood. Membe aku ada pesan yang jangan amek sos kicap sebab takut dia letak liquor. Nak beli something makanan kena ada keberanian yang tinggi juga tau jangan was was. Hahah pastu beli laa dua pek, makan makan tk sedap mana pun. Sedap lagi dekat Jusco. Hahaha eh sini ada Aeon Jusco. Tapi tk masuk laa tengok dari jauh jeww~ Lepas dah puas jalan jalan dekat taman tuh kakak nak naik Skyview. Dia macam KL Tower haa macam tuh, KL tower dekat sini pun aku tak pernah naik lagi ni terus naik dekat Jepun punya. Hahah Abah ikut je. Sampai atas tuh, masya Allah ramai gilaaa orangg. Dan kakak masih nak naik juga. Aduh dia ni betul laa. Beratur dalam 60-90 minit. See semangat dia tuhh -,-



Kami amek yang 350m kalau nak tinggi lagi ada tapi tambah duit lagi laa. Yang kami amek ni 1060yen, haa sila convert sendiri. Dekat atas tuh just tengok view jepun dari atas sambil amek gambar pastu rasa nak muntah. Hahah nak kata gayat tak, cuma pening. Hihihi lepas tuh dalam sejam kott, dah turun sebab dah tk buat apa dah. Bosangg~ Battery phone pun mati. Hahah lepas tuh Abah cakap dia nak balik dia dah tak larat, takde power katanya. Tapi yang kakak dengan Abang nak pergi jalan lagi, again nak cari kedai makan halal lagi. Kakak nak juga merasa masakan orang jepun. Hahah tapi kali ni aku ikut Abah balik sebab aku tak percaya Abah balik sorang sebab kita orang dah tukar hotel kan, kalau dekat Tamachi jalan dah cam, yang dekat Nihombasyi ni baru duduk malam semalam memang aku tak bagi Abah balik sorang. Lepas tuh balik laa kami berdua, itu pun sesat juga. Hahah

8/4/2014

Pagi ni tukar hotel lagii~ Banyaknya tukar hotel kenapa ? Oh kata Abah mahu tengok keadaan yang berbeza, situasi yang pelbagai. Kali ni pagi pagi cari hotel dulu. Eh tapi tempat kedua ni more to hostel. Sangat sesuai untuk backpacker. Murah pun murah, nanti aku cerita rate hostel hotel ni. Nasib tk lama sesat, tup tup tupp jumpaa yeayyyy~ Abah amek satu bilik ada empat katil, yang katil doubledacker tuh. Em sempit juga tapi untuk tidur apa ada hal. 


See, bilik is just bilik. Mandi toilet tempat berus gigi semua dekat luar. Even macam ni tapi selesa sebab bersih je. 'Lecehnyaa kena kongsi dengan semua' Nak jalan bajet banyak atau jalan bajet sikit ? You choose :) Lepas dah letak beg, ke Nippori pula. Kakak nak tengok kain. Perempuan~ Kain kain kain pantang betul. Hahah murah murah laa juga. Sebab kalau cotton japan dekat Malaysia dalam 100+ dekat sini bawah 60. Apa lagi buat bisness laa sikit sikit. Hihihii


Lepas dah borong kain, pergi kedai helmet abang pula. Borong dia punya helmet juga, sampai empat ko. Hahah bukan dia semua kawan kawan dia kirim. Gua dengan Abah pishanggg~ Aku nak gopro, tapi abah tak bagii. Hahah aku dah agak kalau mintak memang tak akan bagi mudah macam tuh je. Tapi saje cuba nasib pastu merajuk. Hahah 'taknak laa kawan abah sepuluh minit' 'alaa kawan laa mati abah nanti' isyhh suka tau cakap macam tuh -,- 'takpe laa abah tak nak bagi takpe nanti jaa kumpul duit sendiri' 'haa macam tuh, dah ada wawasan' Hahahah ishhh geram tauu. Takpe gopro nanti gua sambar lu, lu tunggu jappppp.

Malam tuh pergi rumah kawan Abah dekat Meguro, Dari station Meguro tuh naik cab sampai rumah dia, amboi cab dia gua cakap lu, cantik macam ni haa (Y) Besar cantik bersih tapi satu je tak cantik mahal! Hahah kalau Malaysia sekali duduk kena RM3, sana duduk je 730yen bapakkk dalam kalau 100yen = RM3.20 haa engko convert laa. 


Rumah dia apartment tapi besar memanjang. Lawa macam ni haa gua cakap lu (Y) Fuhh dapat juga makan nasi berlauk. Hihi tiga kali tambah gua, aipp apa gemuk gemuk gua perlu sado untuk membantu orang. Hahahha lepas tuh balikk tidur penat~

9/4/2014

Pagi tuh abah kakak dengan aku breakfast dekat kitchen Hostel Sakura tuh. Ye ada macaaaam macam dekat situ, ada fridge ada microwave ada water heater eh water heater ke ? hahaha haa macam dapur rumah laa. Nak masak apa kau masak je, janji basuh balik. Geli ? Bawak cawan sudu dari Malaysia siap siap. Huhuh lepas breakfast pergi mana eh. Haa pergi tengok Masjid Turkey dekat Yoyogi. Semua laluan ni kami google je, senangg~ 






Kawan lama tk jumpa. Hahah tkde la main main je. 


Lepas tuh kakak pergi lari ke Nippori lagi beli kain sebab kawan kawan dia order. Haha aku abg dengan abah ingat nak pergi tengok robot gundam eh macam mana tak ejaan ni, alaa yang robot besar tuhh dekat Odaiba tapii dari Tamachi kena naik bus. Time tuh dah petang jalan tak tahu jam macam mana at last tak jadi pergi Odaiba just jalan jalan je, makan kebab dekat Tamachi. Lepas tuh jumpa kakak dekat Ueno Station macam biasa kakak dengan abang nak jalan lagi tapi abah tkde power dah ye laa umur 60 nak ikut orang muda memang tk boleh. Aku ? Ikut abah laa. Kalau tk ikut nanti aku sedih kang apa tk boleh buat. Nasib ikut Abah bukannya hafal jalan sangat, map ada tapi phone abah sampai je jepun dia masalah. On off secara tiba tiba. Culture shock kott. Hahah dah balik hostel, pastu abah ajak jalan around Ikebukuro. Ini area Hostel Sakura laa nii, jalan jalann minum air starbuck caremal frapp macam biasa. Hahah pastu balikk~

Alaaa last day punya sambung post lain laa penat dahhh...

Saturday, April 12, 2014

Trip to Japan (Part 2)

5/4/2014

Hari ni buat apa eh, haa hari ni pergi ke Mount Fuji. Eh actually tak pergi sana pun, sebab due to snow jalan tutup macam mana tah. Aku pun tk sure, so just sight seeing around kawasan tuh. Pergi Lake Kawaguchico, lepas tuh naik cable car tengok permandangan dari atas bukit. Masa sampai je Otsuki ni, and again naik Shinkansen, eh ye alaa aku tak ingat laa. Ke kereta api biasa, hahah biar laa. Pastu ada bas macam bawak pusing pusing kawasan tuh, tapi kami tak amek bas tuh sebab mahal macam tak berbaloi, lalu kami decide nak jalan kaki ke Lake tuh. Haa time ni ada make friends dengan orang Brazil, dia pun jalan sama dengan kamii. Dan dia suka hati amek gambar aku sebab hidung aku merah! Hahah apa hal tah bila sejuk hidung macam beku pastu merah, bukan hidung je muka -,- Kakak abang abah takde pun dorang gatal badan naik macam bintik bintik merah aku yang itu takde pula. Hahaha




 Haa dan sini suhu dia dalam 10 12 macam tuh tapi sejuk dia ya ampunnnn kalah dekat snow! Sebab dekat sini windy sangatttt -,- Angin langgar langgar pipi aduhhhh sejuk gilaa. Gua pakai sebelah je glove sebab sebelah lagi bagi kakak sebab dia punya tercicir sebelah. Dan sebab aku nak snap gambar pakai phone hahaha. Kalau ada glove dia tak detect. Hihihi lepas dah jalan sikit tuh dekat Lake, yang couple Brazil ni nak jalan around the lake. Dalam 3km, kami tak follow dah yang itu sebab tak kuat macam dorang. Hahah lepas tuh ternampak ada cable car, so semua decide nak naik. Kena 720yen kot kalau tak silap, pergi balik. Tapi kalau nak naik je pastu turun sendiri ala jangan risau ada path dia dari atas sampai bawah tuh 320yen je. Dah atas bukit gilo engko tak sejuk, lagii sejukk angin sesuka hati je langgar. Hahah



Dah habis sejam kot atas tuh pastu turun nak makan lapar. Hahah beli maggie dekat kedai Lawson, maggie apa ? Maggie seafood. Hahah halal tak halal kami berfikiran itu seafood maka boleh makan. Banyak makan dekat sini berfikiran macam tuh la, ouh seafood tkde sembelih boleh makan. Oh roti, eleh roti je so boleh makan. Haa macam tuh sebab kalau nak cari tanda halal yang betul betul memang tak jumpa. Oh dan kitkat jadi makanan celah gigi. Hahaha 

Balik tuh sampai Tokyo Station dalam pukul 1959 haa amek ko masa dia memang macam tuh, minit 59 tuh memang tepat. Punctual orang jepun ni memang kalah melayu serious! Pastu Kakak nak cari kedai makan halal dekat luar lagi, time ni Abah tak nak ikut. Dia dah tak larat so dia nak balik ke Tamachi sendiri. Isyh gua tk boleh betul la Abah gerak sorang gua risau. Nak ikut Abah cakap laa tak larat juga konon tapi sebenarnya nak teman. Tapi Abah suruh ikut Kakak. Dan tetibe sedih mata berair. Hahahah tak apa apa betul -,- nasib pakai lens konon lens buat mata berair. Pastu Abah pun balik sendiri, Aku kakak dengan Abang cari kedai makan yang jalan kemain jauh nak mampuss tapi tak jumpa. Last last balik makan kebab dekat Tamachi tuh je. Hahah

6/4/2014

Ke Izu pula kita. Iza ke Izu iz maluu :3 hahaha tetibe alamak kenapa macam tak kelakar............. Ok teruskan cerita, emm lagi sight seeing dekat Izukyu-Shimda. Naik di Tokyo Station juga. Haa time tuh kita orang macam tengok line mana nak naik ni, berhenti ditengah tengah orang jepun yang ramai jalan laju. Hahah tahu tak kenapa dorang jalan laju ? Berlari ? Bak kata abang aku, dorang bangun lambat nak pergi kerja pastu train pula on time. Itu sebab dia. Hahaha kalau kakak aku pula dia cakap sebab nak panas kan badan tuh lari lari, jalan laju. Haa masa stop tuh tetibe ada one lady ni datang tanya may i help you. Wah terkejut, susah nak jumpa orang jepun reti cakap english. Kita orang time tuh awal, train pukul 10 so nak tukar time, dia pun bawak laa kita org pergi tukar tiket. Abah cakap dekat orang tuh dia should jadi tour guide, dan sebenarnya dia memang tour guide! Hahaha tapi untuk orang france, time tuh dia baru lepas habis ber-tour.







 Alaa tk tahu la nak cerita apa, sebab dia just sight seeing. Kita orang jalan ikut hati je, ada cable car naik lepas tuh jalan balik. Hahah bila dekat sana banyak ikut firasat je buat apa apa. Hehehe haaa dekat Izu ni dia 20m dari paras laut. Dan ada sign beware of tsunami. Hahaha takut betul.. Lepas tuh kawan Izu ni macam tak ramai orang tau, mungkin cuti itu yang tak ramai kot. Lepas tuh aku ni asek pikir mengarut jeee. Asal ada kereta banyak nanti aku pikir kenapa dorg bawak kerete ada amaran tsunami ke yang aku tak tahu, dorang nak pergi mana tuh ada apa apa ke. Hahahahh tapi hanya monolog dalaman sahaja, heheh. Haa dekat sini pun port bunga sakura, banyakk sangatt bunga sakura ada bukan sakura ada. Bila banyak lepas tuh dia blooming nmpak cantik sangattt! Sampai Abah pun amek gambar bunga, lepas snap dia cakap bila masa abah minat bunga ni. Hahaha lawak tauuu :D

Dan balik tuh, pindah hotel dekat Nihombasyirr, eh silap pula Nihombasyi. Haa itu betul. Nama dia memang macam tuh ehh, hahah. Sejuk gilaa gerak malam malam nii, aduhh tambah dengan nak cari tempat lagi laa, pikul barang. Nasib sesat nak ke Smile Hotel ni tak lama macam first hotel. Kalau tak tak tahu nak cakap macam mana. Hahaha haa rupa hotel pertama dengan hotel kedua ni sama je, sama kecik. Hahah toilet dia ya ampunn macam mainan je, kecik tapi muat laa cuma kecik. Jenis yang precast punya. Kalau bukak tingkap boleh pegang dinding sebelah bangunan. Gila rapat -,-


Alamak dah malas lagii, hahah stay tune~

Friday, April 11, 2014

Trip to Japan (Part 1)

Assalamualaikum~ Alhamdulilah sudah selamat semuanya, selamat pergi selamat pulang. Fuhhh jadi nak cerita pula pengalaman dan sedikit penkongsian. Eh asal ejaan aku macam mengarut. Hahah biar lah malas nak padam aku type laju nii. Kahkah

Actually ini kira my first time backpacking. Dengan bajet yang rendah dan selesa tapii malu nak buat hashtag backpacking. Hahha macam poyo pula tapi tkpe la nanti saya bagi tahu bajet saya berapa banyak dan tempat mana sesuai untuk tidur yang murah dan selesa. Ouh mungkin post ini ada sambungan sebab nak cerita banyaaaaak! Hihi dan saya akan cerita detail juga sebab mana tahu boleh bantu awak awak awak nak berjalan ke Jepun jugak ke. Sebab holiday ni pun pergi sendiri tk pakai pakej jadi ayah saya la yang google semua cari maklumat dari blog blog makanya saya nak tolong kawan kawan yang lain juga :) Tapi kalau malas dah datang tuh memang tak boleh buat apa laa ye. Hahaha

2/4/4014 & 3/4/2014

Flight AirAsia Now Everyone Can Fly dah book dulu dulu lagiii jadi dapat murah, em macam saya dulu book enam bulan sebelum. Flight ke Haneda pukul 230 ptg. Jadi keluar rumah dalam 1030pagi sebab biar awal asal selamat. Hahah masuk gate pukul 130 ptg rasanya lepas tuh pergi solat dulu dekat tempat tunggu tuh. Ada ruang solat tau pada sesiapa yang tak tahu, dekat dgn escalator dekat dengan tandas sebelah kiri rasanya. Lepas tuh naik perut kapal terbang, ramaiii orang. Masa book dulu tkde orang. Hahaha kakak book lambat sikit tuh yang seat kami jauh. Tapi dengan dia je, Aku Abah dengan Abang dekat dekat.


Ouh before pergi Mama pesan jaga Abah. Beg sorang satu no luggage jadiii agak berat juga laa kalau nak pikul lama lama. Barang aku yang beg biru tuh, yang depan tuh beg Abah. Nasib laa sado setakat depan belakang kiri kanan beg apa ada hal. Dari sini ke Jepun  dalam 7 6 jam so dijangka sampai pukul 1030 waktu Malaysia tapi pilot ni bawak laju mungkin sampai awal setengah jam. Hahah dia drift kot atas awan. Landing je semua passenger tepuk tangan. Haha i feel so Malaysian~ Iye la lepas kes MH370 tuh kan tipu laa kalau tk takut naik flight, lagi lagi ini flight yang paling gerun gua naik sebab macam roller coster gilaa sumpah! Hahahah pape pun alhamdulilah selamat sampai :)


Memang dalam plannya tidur airport. Ye tidur di airport sebab dah malam kalau amek hotel ke hostel rugi dan malam susah nak berjalan train pun dah tutup belum lagi campur sesat. Hahah jadi amek port yang baik sikit pastu tidur atas kerusi. Rupa nya ramai juga ye yang tidur dekat airport ni. Haha bersih cantik tkpe tk kisah pun tidur sini kalau LCCT aku kesah. Hahha aku tidur dua jam je, eh ke satu sebab i cannot sleep! Tah apa apa sebab dah tidur banyak kot atas flight. Boleh pula malam tuh aku contact dgn membe aku yang study jepun tuh eh bukan Muhd ye, Muhd tk tahu pun aku datang ni haa kawan tuh cakap dekat Hokkaido ada amaran tsunami. Hahah baru sampai dapat berita macam tipu laa kalau tk takut, tah laa sebelum bertolak aku tgk movie pasal tsunami. Uish seram gua cakap lu. Haa kakda kasihan kasut yang dia pakai teiba tibe pula tercabut, mula mula dah dapat ujian. heheh pastu beli gam laa tnggu esok nak beli kasut baru, melayang duit beli benda tak plan~

Esok pagi tuh pukul 8 mungkin eh ke pukul berapa tah bergerak mulakan misi. Haa sini pukul 5 dah cerah macam pukul 7 Malaysia -,- iye laa negara terbut matahari kan. Hahah sebab kami bergerak memang bergantung pada train jadi kami beli Pasmo Card alaa dia macam touch n go macam kad rapid je. Dekat jepun ni banyakkk sangat line train, lebih sepuluh. Macam Malaysia ada Kelana Jaya line Ampang line, haa sama laa konsep dia. Card tuh ada banyak, jangan konpius nak beli mana, beli je apa apa. Suica Card pun boleh sbb orang tuh cakap semua boleh guna untuk semua line yang beza dia company je.


Haa yang kanan tuh haa, kalau habis boleh topup. Beli 2000yen 500yen kira macam deposit untuk card tapi kalau tk silap aku kalau kita pulang balik dapat 500yen semula. Haa benda card ni beli dekat airport je, ada jual. Jadi nak cari hotel dekat Tamachi dulu letak barang baru keluar jalan balik. Dari Haneda airport amek Keikyu Line turun dekat Mita Station kalau tk silap lepas tuh jalan ke Tamachi Station. Haa sebelum tuh pastikan pegang map train dan subway. Serious kena pegang takut salah line nanti. Sebab macam aku cakap line dia banyakkkk sangatt. 

Sampai je Mita google jalan ke Sotetsu Tokyo-Inn Tamachi. Actually Abah dah print out dah map nak ke hotel tuh tapi aku google so dah dapat dan terus je kakda bawak kita orang. Padahal dekat sana ya ampunnnn Sotetsu Tokyo-Inn berjuta, hahah yang beza dia tempat dekat mana, yang google bawak ke Tamaka. Dengan bergalaskan beg yang tak berat sangat tapi kalau pikul lama berat bapak campur dengan sesat serious gua cakap nak tercabut bahu. Sakit dan penat sampai rasa nak muntah. Hahah 


Haa time ni Abah bawak beg Abg Wan ringan sikit nak pikul. Huhuhu lepas rasa dah sesat stop pastu pergi station balik lepas tuh baruuu sampai hotel. Tanya orang ? Hahah orang jepun ni baik tau rajin nak tolong tapi masalahnya dia tak paham english langsung. Itu je masalah dia, kira kalau tanya A dia tunjuk kiri tanya B tunjuk kanan. Semua direction berbeza sebab macam aku cakap Sotetsu tuh banyak. Dan tunjuk tulisan english pun tk paham sebab dorg tk paham tgk ABC. Tapi beriya nak tolong itu yang kagum daaan menyusahkan. Hahaha lepas dah sampai hotel tinggal kan barang dulu sebab check in pukul 3 ptg. Jadi lepas tuh ke Tokyo Station nak pergi beli Japan Railway (JR) pass yang gambar sebelah Pasmo Card tuh. JR pass ni beli untuk tiga hari jadi boleh jalan mana mana ikut laluan JR line tanpa bayar. Dan boleh naik JR Shinkansen, Shinkansen tuh maksud dia bullet train. Boleh pilih tempat nak naik bullet train tuh kemana, macam kami hari pertama ke Gala-Yuzawa (tempat snow) kedua Mount Fuji yang ketiga Izukyu-Shimoda (sightseeing). Selain tuh dalam tiga hari just tunjuk je JR pass ni kalau lalu JR line sbb tk payah nak guna Pasmo Card tuh. Awak paham tak saya sembang apa ni ? Hahaha

At the JR Office at Tokyo Station

Kasi photoshot sikit depan Tokyo Station

Dah siap beli pass semua balik ke Tamachi, serious penat dan mengantuk ye la mana taknya tidur tk cukup lapan jam. Hahah dan secara kebetulan tempat hotel kami berdekatan dengan kedai kebab arab. Aaa apa lagi beli laa makan, sedap sangatt! Nasi dia lembut je, macam pulut. harga kebab roti 500yen, kalau kebab nasi tuh 600yen. 100yen = RM3.20 sebenarnya mahal juga ye kebab ni. Hahaha yang makanan dari Malaysia tuh buat makan breakfast.


Balik hotel siap siap nak tidur sebab esok gonna be a longgggg journey :) Eh tk tidur dulu aku check result. Hahaha sbb wasep group duk masuk cakap pasal result jeee. Aduh dorang nii. Aku berazam tak nak check sbb aku nak check bila tarikh yang betul betul keluar result tapiiiiiii tak tahan gatal tangan. Hahaha daaan alhamdulilah ya Allah terima kasih :')

4/4/2014

Semangat bangun awal sebab panass! Hahaha bukak heater high pastu tersedar peluh peluh. Dah tersedar pukul 5 tuh apa lagi bangun solat subuh siapsiap nak ke Gala Yuzawa. Ouh subuh sini pukul 4. Eh berapa eh yang pasti awal gilaa. Hahaha


Nak ke snow kena naik Shinkansen, fuhhh every first time things will gonna be so excited aite ? Hihii laju dia berapa tah per km, aku tk sure yang pasti smooth je~ Hahah dalam 2 jam juga rasanya, sebab tempat tuh atas bukit jauh juga laa kan. Aku ni asal naik train je mesti nak tidur, pastu kena kejut dengan Abah suruh tengok scenery. Hahah bukan taknak tgk laa Abah bila lama lama mata nii sendiri terlelap. Hihihi

Dah sampaiii~ keluar je ketaapi tuh bapak angin dia sejuknyaa! Tapi sejuk ni boleh blah lagi nanti dekat Izu lagiiiiii sejuk. Time aku pergi dekat snow ni suhu dia 4.4 rasanyaa. Sampai dekat counter tuh kakak dengan abah yang uruskan nak buat apa, nak amek skii tapi tak reti. 'kalau tk pernah try macam mana nak reti' snowboard pun tak reti 'memang laa sebab tak try' Hahaha jadi amek yang macam gelongsor tuh je. Sorang 900yen. Sekali dapat glove, boots dengan gelongsor dia tuh. 

 Dah tukar segala benda yang dia bagii pergi naik gondola pula, sebab bawah tuh center atas tuh yang tempat main main. Excited tuh ya ampunnn tk tahu nak cakap macam mana. Its normal because it was my first time experience all these thing :) Thank you Allah :)

Sampai atas tuh fuhhhh~ keluar asap dekat mulut! Hahaha seronok dan sejuk daan hujan sikit. Jadi camera simpan dalam locker sbb beg camera dah simpan dalam loker bawah. Hahah terus ke tempat main yang di provided kan untuk yg gelongsor ni. Hahaha lepas dah main dua tiga kali dah bosan. Pastu mula rasa menyesal tak amek skii atau snowboard. Hahah nak sewa tapi center tuh dekat bawah atas ada cafe je. So just main main sikit amek gambar pastu masuk kafe panas kan badan. Buat air milo dgn nesturm. Sebab kafe tuh ada makanan pork. Huhuhu


Hahah comel je Abah tarik gelongsor tuh :)
Ni kalau datang dengan kawan serious best! Sebab ada geng nak bergambar geng bergila. Akak Abang bukan nya nak layan sayaa. Ishhhh -,- Abah saya ? Hahaha dia duduk tepi je tengok kita orang. Comel je :) Dalam 3 jam ke 4 jam lepas tuh turun balik naik gondola. Nak balik naik Shinkansen balik.

Shinkansen tuh turun dekat Tokyo Station tempat beli JR pass tuh pastu kakak nak cari restaurant halal dekat sekitar tuh. Jalan laa dan jalan cari restaurant tuh, Katanya Raj restaurant, Hahah lebih kurang je nama Raj Raja nii. Hihihii dia dalam building apa tah, jumpa tapii standard luar negara, halal tapi liquor ada. Sebab kalau tk silap aku kalau takde liquor orang sana tak nak masuk. Maka tk jadi juga kami masuk, balik beli kebab je senang. Hahaha


Alamak dah datang malas. Tunggu part 2 pula. Hihihihi



Tuesday, April 1, 2014

Trip to Japan #JajaJalanJalan

Bismillahirahmanirahim

Jadi in sha Allah esok petang akan berangkat ke Jepun buat pertama kalinya! Hahaha omg omg tipu la kalau tk excited omg omgaidd! Heheh actually memang teringinnnnn sangat nak tgk negara sana. Dan secara tidak sengaja Abah pun sebenarnya nak pergi sana juga. Dah lama dah plan, dekat dua tahun rasanya. Cuma biasa la plan just sembang kata nak pergi je. Abah pun dulu siap belajar dekat Youtube lagi bahasa Jepun ni haa, semangat kaan ? Lepas tuh akhir sem tiga em kira cuti sem tiga nak ke sem empat la entah macam mana semangat yg berkobar kobar nak kesana yang bukannya hanya sembang semata. Pastu tgk tiket airasia usha usha tarikh bulan empat ni murah. Jadi dapat bayang tak berapa lamanya aku tahan menunggu sem empat habis ni umpama apa ?! Hahah lagi lagi masa final itu hari, aduh pikiran asek nak holiday je dah tk boleh nak pikir paper. Hahaha tiap malam google pasal Jepun ni haa. Eh tiap malam ke eh ke tipu eh tapi selalu la cerita dia. Hahhaa

Ok barang tak habis kemas lagi, hahah susah laa nak kemas barang ni. Dulu bawak luggage pergi China pun macam tak muat ni gua bawa kali ni backpack! Hahah dengan makanan Brahim hanya panas kan dengan air panas sahaja empat pek sorang satu. Sedikit milo bubur dan nesturm. Boleh je nak cari makanan sana, ada cuma lalu dengan tak dan ini punya trip base on bajet RM3000 seorang untuk 10 hari dan termasuk flight pergi balik. Murah kan ?! Ye murah kalau plan awal :) 

Nanti aku cerita lagi day by day tapi tunggu saya balik Jepun eh eh. Jadi kalau nak tahu doakan saya selamat pergi dan balik. Hihihi in sha Allah :)



omg omg too excited to pack things omg omggg!