Friday, March 28, 2014

Its nothing just another random post

Hahah hai tak hape hape sebenarnya saya takde apa apa nak diceritakan tapi saya nak juga post.
Eh suka hati saya la blog saya.

Jadi sudah start cuti semester yang sepatutnya 2 bulan lebih tapi sebab sem depan saya ada LI masuk awal bulan Mei makanya cuti saya pendek sikit. Dan secara jujurnya saya hahahah tk sedia lagi -,- Ini bukan kerja macam biasa yang walk in intervie ok ada shif ok dapat gaji bukaaan ini praktikar tentu lulus gagal dan ada kajian topikal bergred yang empat kredit. Ishh takut tau sebenarnya. Tapi rasa macam awal lagi nak kena takut, jadi simpan sikit laa takut tuh haha nanti dah hais guna nak takut apa. Heheh

Tetibe tersedar yang blog ni dah hampir enam tahun. Woww dah lamanya. Dari post yang tak matang, cara tulisan yang rempits, dari penggunaan bahasa yang alahai-konon-smart-tapi-sebenarnya-sakai, dari post yang tak bertudung tapi dah delete, haha macam macam semua ada :) Sebab aku tengok kawan kawan lain yang ada blog semua dah macam diam je, dah tk rajin update, last post tgk bape bulan lepas bape tahun lepas ada yang dah delete juga. Dan saya masih setia berblogging walaupun ada apps baru dayre ke apa ke, bagi saya blog juga yang terbaik sebab life saya. amboi haha

Takde la maksud saya, kalau saya nak cerita jiwang ke sedih ke happy sangat ke saya cerita dekat sini. Takde la open sangat macam twitter semua orang baca. Ye blog ni pun semua boleh baca tapi siapa yang rajin buka je boleh baca, kira siapa yang ada effort nak tahu cerita saya ni laa. Hahaa comel je macam nak tahu je siapa pembaca tegar selain Tevan, hahah Tevan dari sekolah lagi rajin. Haaa tah tah dia tgh baca ni. Haii Tevan long time no see you :D

Eh rasa macam nak tukar blogskin laa dah bosan yang ini. Heheh ala tapi ngantuk em tidur dulu la. Ok selamat malam awak awak dan awak eh awak juga :)

Tuesday, March 25, 2014

Its Overrah!

Semester 4 officially done !

Fuhhhhh macam biasa setiap sem memang tak sabar sabar nak habis kan final. Tell me who love final ? No one i bet. Tapi yang bestnya bukan hari hari ke kampus, kira macam boleh tidur lambat bangun lambat. Hehehehe 'anak dara mana boleh bangun lambat' aku sepak kau karang student memang macam ni, dah kawen pandai laa aku bangun awal. Hahahah menyampah orang cakap macam tuh -,- jadi mari saya breakdown kan satu satu subjek saya final alaa macam biasa ulasan saya. Hehehe

Hubungan Etnik
- First paper memang biasa nya subjek umum. Emmm spot ustaz bagi, tapi gaya dia macam satu buku tuh masuk. Hahah dan subjek umum ni memang tak pernah suka tapi cuma untuk sukakan hehe nasib bukan subjektif, dia objektif lepas tuh dua soalan je subjektif lepas tuh jawab soalan melalui petikan. Hahaha

Cost Estimate
- Gelabah jajaa is gelabahhhhh, hahaha paper ni 2 jam setengah tapi jadi start pukul 9 habis 1130 tapi aku ingat habis pukul 11 sebab dekat dewan besaw kan dia campur je siapa dua jam dgn dua jam setengah. Lepas tuh budak budak yang paper dua jam ni nak dekat pukul 11 dorang ramai yang dah hantar, aku time tuh tah la dok pikir habis pukul 11 punya laa gelabah buat tah laa ada soalan lagi tk buat. Buat dgn laju lepas tuh baru perasan eh paper ni dua jam setengah hahahah lepas tuh gelak sendiri dlm hati.

English
- Tak tahuu kenapa english boleh terkepit tengah tengah ni, hahah emm kali ni dia cerita pasal entrepreneurship amek ko kemain ejaan dia. Hahaha nak cerita apa ye english ni emm macam tuh laa dia, hahaha

Law Of Contract
-Law ni takut tau sebenarnyaaa, kes tah laa berjuta. macam setiap elemen tuh ada je kes. Nama plantif dengan defenden bukannya Ahmad v Shahrul, Siti v Bedah bukaaan ni Kepung LTD v Uda Holding Tan Soh Sin v amenda tahhhh hahaha aku risau tk ingat nama je, cerita dia ingat ingat lupa takpe, hehhe. Tapi alhamdulilah law dia tak keluarkan situation perh bapak kalau keluarkan situation nak kena relate kan lagi bapakkk hahahha.

Professional Practice
- One word, TERKEJUT! Hahahahha paper last kot asal susah puan asal ?! Em actually dia tak susah sebenarnya cuma tak sangka soalan macam tuh yang keluar. Tah laa 35markah yang pasal PDA tuhh. Sebab kalau tgk soalan previous tak macam tuh, alaa kira macam definisi, bagi sebab. Yang macam semua yang ada dalam slide. Memang puan ada cakap PDA keluar tapi aku ingt ke dia dah bagi harga suruh kita masukkan je, ni siap bagi drawing suruh kira harga dia. Hahahahahaha lima minit juga saya belek belek kertas soalan tuh.

Measurement 3
- Macam biasa kerja studio no tkde final tapi ada test 2 yang macam final. Hahaha semua orang kena tolak 50% tapi ada certain je tak sebab tulis taking off list dengan description dalam SMM. SMM ni boleh bawak sebab dia mcm rujukan untuk QS. Hahaha sebenarnya boleh tau tulis tapi jangan laa over tulis satu satu haa. Tulis point je laa. Tick je ke dekat clause mana ni ada yang tulis balik satu satu memang Miss mengamuk laa, dah laa tiru tapi tak cover. Aduhhh, aku boleh jamin semuaaaa tahun buat macam ni sebab benda ni nak tengok pengiraan bukan description sangat eh tgk jugak alaa tk payah la perfect mcm buku, kau tulis dia pakai apa diameter not exceeding berapa yg simple dah. Tah laa miss keluarkan pasal water reticulation hahaha benda aku tak suka so aku tulis taking off list je, kita mcam check list je untuk kira apa. Itu pun kena tolak 50% hahah woi subjek 4kredit ni woi. Seram tau saya......

Jadiii itu laa kisah sem empat yang macam macam benda berlaku. Hahaha dan aku dapat rasa yang sem ni aku tk segigih macam sem lepas lepas. Dulu rasanya bergigih juga laa, tidur awal bangun balik lepas tuh stdy. Kali ni aku nak tidur aku tidur, aku tak boleh tidur aku buka buku aku malas aku tgk movie tak pun scroll insta dengan twitter. Hahaha aku harap dengan usaha aku macam tuh aku dapat yang setimpal. Harap laa dekan tuh tak lari tapi kalau highest lagi takpe. Paling busuk 3.5 pun tkpe aminnnn sebab takut nanti effect CGPA. Usaha disamping berdoa dan sekarang waktu aku tawakal :))

Jadiii bubbye kawan kawan sem depan kita dah praktikal. Dah besar dah kita, nak kerja dahh. Jadi diri kawan kawan, jangan buat hal nanti time kerja, jangan ponteng tau! Jangan fail nanti sayang je rugi satu sem. Buat elok elok tau kawan kawan. Mesti nanti saya rindu kawan kawan.


Monday, March 10, 2014

Wishlist!

Jaga jaga kalau dah jadi wishlist aku ni bahaya. Jaga jaga

Dari dulu dah lama dah duk mengidam nak GoPro nii. Sumpah tanam niat nak ada satu, sumpahh ! Tapiiiiiii dia mahal sangat laa, asal mahal sangat hoi ?! Mahal dia memang mahal, nak beli pun pikir dua tiga empat kali. Aaa kalau pergi kedai camera mesti usha GoPro nii. Aaa tambah pula ada rakan rakan yang dah beli. Aaaa saya...nakk...


Itu hari tengok Mudah.com ada orang jual 700+ !! Bapakkkk murahh aduh serious macam menyesal tak beli. Tapiiii alaaaaaa mahal sangat tuh yang alaaaaaa nak nanges laa macam niii :( Kalau la boleh mintak je dekat mak bapak kan seronokk. Ni Abah bukan bagi pun, hahaha sebab dia cakap benda ini untuk profesional. Hello daddy, your daugther ni pro apa. Hahaha alaaaaaaaaaaa sedih laa nak GoPro nakk.............

Nak pakai duit jpa boleh tak..... hahahahhahahahah alaaa nak ni nak nak *menangis*

Wednesday, March 5, 2014

When it comes to final...

What is wrong with me actually ?! Feeling so tired, so sleepy but ended up i can't sleep ! It comes when at night, late night i mean a real sleep for everyone. Time for hibernating, time for recharging ourselves back but not happen to me ! Too much thinking i guess, emm yes i love to daydream and especially before going to bed. Hehehe but then i was over thinking and now i cant sleep at all ! What is wrong with me......hm

Trying to clear my mind from not to think anything. Trying to have the mood of sleeping. Trying everything!

Mmmmm and lately i always feel like give up on studies, imaging how can i feels like i dont want to further my studies anymore! Where my sprits gone ?! I somehow dont want to challenge myself again in studies. Hm always have the negetive thought, 'what if i cant score' 'what if i cant do it anymore' 'what if i didnt make my parents proud' 'what if i cant perform well' too much what if is actually kills me....

I said to my Abah and Mama last week, 'forgive me if i cant score this semester' 

But deep in my heart, i'm always trying to be the best for both of you :') And i do it kerana Allah :')Everyone have a dream, everyone can dream. I had my own dream. But.... I have to keep strong to achieve, to make my dream become reality :)))

'Jangan menyerah, selagi mampu lawan. Berusaha jangan menyerah'

Alaaaaaa tapi tgk movie lagi seronok dari belajar alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa susah laa cmginiiii, alaaaaaaaa

Sunday, March 2, 2014

Dinner!

Em nak cerita apa ye, em oh dinner. Sabtu punya malam kira malam ahad la kan, huhuhu oh tuh tk balik tuh. Salah satu sebab tk balik laa nii. Hahha kalau sem dulu dinner sekali dengan kasuma, alaa yang dekat PD tuh. Tapi kalii nii tak, buat asing asing tapi yang kasuma tuh entah lerr jadi buat ke idok. Hahaha tkde mood sebenarnya nak post tapi hm tkpe laa aku sajikan gambar sahaja la eh eh ?







Venue : KKKlub dekat Melawati
Theme : White Black and Gold

Makanan dekat situ tak sedapp ! Nasi keras ya ampunn. Tak cukup air ke macam mana haha. Overall best sahajaa, yang paling best photo booth ! Hihihihi, seronok sangat berbanner banner untuk tangkap gambar nii. Macam ABPH kahkah! Tahniah Sya selaku pengarah :)