Friday, February 28, 2014

Hectic Week !

Berakhirrrr sudahhhhhh, penantiann cintaaaa kuuuuu~

Ok tukar cinta kepada minggu. Hahaha akhirnyaa ye akhirnya habis juga minggu minggu yang busy yang sebusy busynya. Serious oh cakap dulu masa sem 3 sem 2 sem 1 mana rasa busy yang tension niii. Hahah dia punya tension lepas habis satu kerja tambah satu kerja, pastu kerja kena submit a.s.a.p pula tuh haa itu yang buat busy sangat. Eh tapi yang pasal projek tuh hehehhe dapat kerja dah lama dah tapiii normal student memang buat last minit tuh yang bertambah lagi busy. Heheheh sampai 4 minggu tak balik rumah, ye rumah dekat tapi dah sibuk memang tak boleh nak balikk, call je buat lepas rinduu :(

Untuk sem ni, ada dua projek besar. Dua dua aku jadi ketua eh bukan suka rela tapi dilantik secara adil dan saksama. Hahah yang projek profesional practice tuh puan yang lantik yang kerja cost estimate lat ta li lat ta li tam plum haa amek ko aku eja satu satuu. Hahaha masa lat ta li lat tuh tk nasib baik pastu kena. aduhh hahah. Tapiiiiiiii........ Alhamdulilah Ya Allah lepas sudah segala kerja untuk sem 4 ni :) Sungguh lega saya, sungguh.

Daaaan masa busy busy tuh laa ada karnival sukan, eh karnival ke haha haa ada festival baru betul. Nak main pun tkde masa. Eh sebenarnya boleh main tapi sakit lagi laa gua, tambah dengan tk cukup tidur nya tambah dengan otot sakit tambah dengan penat main lagi haa dah main baju mesti nak kena tukar selalu. Tambah baju kotor sekalii ahhh banyak kerja jadi untuk mengelakkan semua itu saya pun tak main apa apa untuk kali ini punya fest :( tapiiii hari ni haa dengan malam tadi ada masa pergi sorak. Hehehe itu pun bukan sorak yang sopan, ini punya sorak kurang supan. Hahah maksud gua semangat laa haa gituuu.

Eh sebenarnya nak cerita banyak nii, nak cerita program sembang QS dekat sekolah teknik, nak cerita pasal dinner QS nak cerita itu nak cerita inii. Tapii sebab dah banyak sangat cerita tak diceritakan lagii maka macam hahah malas -,- dan sekarang tengah mengantuk ya ampuuunnnn mengantuk dia ni haa tk nak kalahh. Haa nak cerita pasal muet lagi eh aku dah amek muet. Hahaha aku candidate A macam hahaha berharap tak nak candidate A tapi rezeki dekat A maka mungkin result pun nanti A harapnya. Kahkah macam laa muet ada A B C niii. Hihihihihi

Nahh aku belanja gambar ini dulu. Hahaha



Haaaa tadi Nizam, ex coursemate datang. Abam askar berjaya, kurus dah dia. tough tanpa herbalife. Hahahha



Aaaaa nanti laa sambung balik, sekadar nak habaq yang cek tengah cuti study week niiiii oiii orang kampunggggggg~

Friday, February 21, 2014

20 tahun dah engko eh.

Happpyyyy Birthdayyyy Syahidahhhhhh ~

Tua dah engko eh, dah dopoluh dahhh. Besar dahh tapi tgk macam budak kecik lagii je aku tgk engko nii. Hahaha suara tah laa kecik, tinggi tah laa pendekk, hahah amboi sedap pula aku kutuk engko nii. Kehkehh siang malam pagi petang bersama dengan engko. Kalau tahun satu dulu lagi laa, bilik sebelah sebelah memang selaluuuuuu sangat bersama. Sampai muak dah. Hahaha tkde laa aku main main jee :p Pastu tahun dua engko tingkat 5 aku tingkat dua, dan masih tiada penghalang untuk kita bersama. Hahaha amboii kalau tk jumpa whatsapp. Kalau sehari tak bertegur eh ada ke haa ada juga la kalau engko balik rumah itu pun akan whatsapp. Rasa pelik kalau tk bercakap satu harii. Hahha makan pun dgn engko keluar berjimba pun dengan engko. Masalah ? Engko laa telinga aku. Kalau aku tak puas hati ke kalau aku geram ke akalu aku rindu ke, semuaaaa aku luahkan dekat engko. Senang cerita semua aku buat dengan engko.

Jadiii engko pernah bayang tak macam mana nanti sem lima tk jumpa untuk lima bulan mungkin ? Engko praktikal dekat Bangi sana aku praktikal dekat Ampang sini. Aaaaa aku tk boleh nak pikir nanti macam mana. Dengan siapa aku nak mengila, dengan siapa aku nak mengada dengan siapa aku nak bajet gengster ? Tapi nasib duduk rumah, maka kurang laa sikit rasa rindu aku dekat engko nantii. Hihihii tapii masih akan rindu juga. Ahh lantak laa engko nak rindu aku ke tak yang pasti aku mesti rindu engko. Tapi sikit je laa, banyak banyak buat apa. Hahaha

Makaaa, aku nak berterima kasih dengan engko. Terima kasihhh atassss segalanyaaa~ Hahahah make sure baca dengan nada lagu iamneeta. Gua doa yang baik baik untuk lu, kawan baik :) Sayang ? Hahaha gila engko tak sayang budak nii ?



Monday, February 3, 2014

Program Anak Angkat Part 2

Jumaat 31/1/2014

Pagi tuh mengikut tentatif katanya ada gotong royong dimasjid pukul 8 pagi. Lepas breakfast, Tok beli nasi lemak. Aku ingat kan nak tolong masak tapii Ibu sendiri tak bagi katanya sebelum ini pun ada program anak angkat macam ni dia tak bagi masak. Jadi hanya mengemas sahaja laa. Hahah masak pun bukannya reti sangat. Hihihi jadi nak ke masjid naik basikal. Ibu offer motor tapiiii gua tak reti bawak. Sheyshey pun macam reti tak reti. Basikal je la aku yakin, aku bawak Sheyshey duduk belakang. Jarak dari rumah ke masjid pun tkde la jauh sangat. Sampai sampai aikk, mana orang -,- ada Amalina Madiha dengan Syaa. Dorang ni satu rumah. Dah kami je sampai dulu apa lagi round round kampung sikit la. Siap boleh balik rumah semula dah start lambat sangat -,- Pukul berapa tah baru la ada orang. Lalu start laa gotong royongnyaa


 Lepas habis gotong royong semua ni, balik makan tengah hari. Ya ampunnn Ibu masak sedapnyaa lahaii. Asam pedas ikan sungai tapi aku tk sure ikan apa. Belida rasanya. Hahha aaa dengan ayam goreng ya ampunnn sedappp sangatt. Tambah pula disuruhnya tambah, kalau boleh nak kasi habis lauk tuh baru dia kasi bangun. Hahah memang cukup makan duduk sana. Hahaa lepas tuh petang ada gotong royong lagii dekat surau pulak. Tapi gerak lambat siket sbb panas dengan berbasikalnya. Tapi surau ni tk dekat macam masjid. Dia jauh ye jauhh. Hahah penat gila kot. Sampai sampai orang dah siap gotong royong dahh. Heheh sorry kawan kawan :p Hari tuh anak Tok balik kampung. Dapat la kenal dengan anak dia. Cucu cucu dia. Kira anak buah kita orang la kan ? :p Hahah

Sabtu 1/2/2014

Pagi ni ada pertandingan memancing dengan telematch. Telematch ni untuk budak kecik je, mula mula kata pukul 8 tapi biasa orang melayu janji mana pernah tepati. Tapi kan sampai bila kita nak pakai ayat ni ? Aku rasa kita perlu ubah la. Kalau macam ni sampai bila tk tepati masa. Hmph #notetoself ok back to story. Lepas tuh tnggu laa orang sampai pukul 930. Dapat juga la 5 kumpulan budak kecik ni haa. Anak buah kita orang pun kita angkut suruh join. Hahaha


Lepas habis telematch tuh gerak pergi kawasan memancing pula. Amboi panasnya baru pukul berapa. Hahah makcik makcik pun ada join juga. Hebat betul siap bawak tikar berkelah dekat sana dnegan anak kecilnya lagii. Hahha aku try juga nak memancing guna joran Fiqfiq tapiiii kesabaran tiada malas dah nak memancing. Hahah lepas tuh pukul 1130 pula sesi untuk joran pula. Heqal dengan Fadzil test power menebar joran. Hahah nak try juga tapiiii buat kotor pakaian je malas la. Hehhehe


Habis aktiviti memancing tuh, belah petang pula ada gejobos. Haa bahasa orang jawa maksud dia macam merewang. Duk siang siang ikan, potong bawang sebab malam tuh ada majlis makan dekat masjid. Hahah ikan bapak punya banyak nak kena siang doooo. Ikan kelinya yang besar besar, ikan jaket yang berjuta. Amboi, hahha aku sempat siang satu ikan je, rasanya first time. Hahahha ok jangan gelak atleast aku mencuba. Hanyir tuh rasanya macam boleh gagah lagii. Tapi dia tajam tajam laa belakang ikan tuh. Tercucuk saya :( Hahha suami mana suamii ? Saya dah reti siang ikan. Tapi sekor je la. Hahaha ok dah.


Malam last, BBQ taime ! Pukul 7 gerak masjid tapi kali ni jalan kaki je, basikal tk sopan pula sambil baju kurung. Hihihi sampai sampai tengok BBQ tk start lagi. Bara pun tkde yang nyala lagi. Aduhhh dorang niii. Ada Fadzil dengan Heqal je, dorang tah laa belum mandi lagi. Dengan bantuan paksik tuh, kami buat bara. Eh orang kampung ni memang tak bagi perempuan buat kerja ke macam mana ? Hahah aku nak tolong angkat dia cakap bagi la laki angkat. Kalau laki ramai tkpe, ini laki tk nampak batang hidung -..- Segala kerja buat pantas, bakar ayam bakar ikan. Amboi panas dia amboiii berair mata. Hapis lagi laa bukan mata je, dengan hidung hidung dia berair. Hahaha Alhamdulilah lancar juga program malam tuh. Sebelum makan lepas Isya tuh, Ustaz jemputan beri ceramah dahulu.


Kami balik awal sebab jalan dah gelap gelita tah la jalan kaki, tapi minta Tim dengan Nor hantarkan naik motor. Balik tuh satu keluarga lagi anak Tok balik. Dapat kenal kenal berbual bual dengan mereka. Dorang semua ok je. Hahha lawakk :D dan malam tuh merupakan malam yang terakhir duduk sana :(

Ahad 2/2/2014

Pagi tuh dah kemas barang semua, sarapan yang banyak gilo lagii. Aduh memang gemuk aku duduk sana. Hahaha tkde istilah tk cukup makan. Sedih nak tinggal keluarga angkat. Sebenarnya aku lagi sedih tengok Tok :( Tok umur 80tahun. Tengok dia kau teringat Abah :( Cara tok melawak lebih kurang macam Abah :( Tengok tangan Tok getar getar, hm macam abah juga :( Aku tahu usia makin meningkat :( Nanti abah tua mungkin macam Tok bertongkat juga. Ya Allah aku sedih, panjang kan laa jodoh kami bersama ya Allah :( Sebelum nak gerak ke masjid majlis penutup kami bergambar dulu dengan keluarga angkat.


Terima kasih Ibu terima kasih Tok layan kami begitu baik sekali. I will miss those moment we had together. Moga Tok dan Ibu diberikan kesihatan yang baik baik sahaja. Jaga diri Tok :) Moga kita dapat jumpa lagiii. Ibu tengok tengokkan Meon tau :) Ingat Meon ingat kami :)

Lepas dah habis majlis penutup sesi bergambarr !


Alhamdulilah berjaya sudah program Illy ni, apa apa pun program ni telah memberi seribu satu kenangan dan bermakna kepada kami semua. Terima kasih penduduk Bagan Terap, Terima kasih semua. Moga kita dapat jumpa lagi satu hari nanti. In sha Allah :)

Sunday, February 2, 2014

Program Anak Angkat Bagan Terap

Khamis, 30 Januari 2014

Sepatutnya tengah cuti sem ni hm tapi sebab ada program anak angkat ni jadi cuti sampai khamis je. Pagi pagi tuh gerak pergi Bagan Terap dekat Sabak Benam. Jauh juga ye, dalam 2jam gitu. Kematu pungggung. Hahah sampai sampai Allah mana orangnya ? Asal macam hambar je ni. Orang kampung mana ? Keluarga angkat mana ? Ada ke tak program ni ha ? Dalam tentetif pukul 11 penyerahan anak angkat tapi mana orang nya mana ?! Hahaha rupanya tok sidang ubah tentetif tak bagi Illy selaku pengarah program -,- Penyerahan anak angkat pukul 530.

 Jadi program yang sepatutnya petang dianjakkan buat pagi. Program Syafiq pergi dekat sekolah macam jadi fasilator gitu. Dari masjid ke sekolah tuh berjalan kaki tahu, panas gila hari tuh matahari tuh macam mencucuk cucuk. Dengan aku nya terlupa angkut LCD kena jalan kaki lagi ke homestay Puan Zu. Hahah mula mula dekat sana sesi ice breaking siket lepas tuh Madiha conduct kasi menyanyi nyayi siket. Buat kabel car, cerita pengalaman siket, montaj lepas tuh menyanyi lagii. Sekolah agama ni tapi menyanyi. Hahah eh tak salah kan lagu semangat :p






Aku macam ringkas kan je haha tapi apa yang nak sampaikan semua ada. Dari gambar boleh cerita bukan ? :p Lepas habis semua ni, baru laa sesi pengagihan anak angkat. Ibu bapa angkat dia undi nak anak angkat lelaki ke perempuan so lepas tuh cabut undi. Jadi undi demi undi, nama aku dengan Sheyshey dicabut. Dapat anak angkat Tok Iman youuuu~ Heheheh 


Lepas dah bagi semua tuh, mereka bawa kami pulang. Sampai sampai Ibu terus 'Heyyyy' hahah macam member je Ibu ni. Kenal kenal, sembang tanya nak panggil apa sepanjang empat hari ni, Ibu suruh panggil Ibu. So jadi laa Ibu. Mama tk boleh sebab ada dekat rumah :p 

Alamak dah malas. Nanti la sambung ni taip pun macam tak syiok -,-

Oh sebelum tuh, 


Happy belated birthday Widayah Ismail :) Aku ingat birthday kau malam tuh. Lagi 5 minit nak masuk pukul 12 aku terus ingat esok tuh birthday kau. Aku nak wish tapiiiiiiiii aku tak jumpa num. Hahahaha bukan delete bukan :( Handphone dulu format. Maka hilang segala number :( Wechat ? Line dekat sana GPRS. Tapi jangan risau even aku tak wish secara formal dekat kau amboi haha aku doa kan kau berjaya dunia akhirat :) Aku tak pernah lupa kau kawan. Moga kau baik baik sahaja dimana kau berada. Terima laa ciuman saya ke pipi kanan awak pipi kiri awak dahi awak sebagai hadiah. Muahhhhhhh :**