Sunday, January 26, 2014

Aduhhh....

Hai saya punya cuti ada banyak benda hendak pikir ni. Hai *masih tonton movie*

Untuk pengetahuan, sem depan ye sem lima gua ada internship kata mudah practical. Hahha Sheyshey yang ajar pakai internship ni. Dan bukan itu sahaja perlu membuat satu kajian tropikal yang ala ala tesis tapi tak sehebat tesis. Taraf diploma sahaja la. Tapiii itu pun susah juga untuk gua cari tajuk. Ye baru tajuk ni nak cari.

Dah jumpa ni satu tajuk yang berkenan dengan hatiii, google punya google lagii aduhhh senior dah buat dan sebijik aduhhhh terus rasa macam.......

 



Tapi lecture aku cakap senior ni buat tajuk law, aku pun macam habis yang aku jumpa slide dia ni macam mana pula. Lalu tanpa berlengah masa mencari num senior itu dan menanyakan kebenaran lalu ternyata untuk permulaan memang dia nak buat tajuk tuh tapi kena reject sebab level master. Hahahahaha hebat tak hebat mintak level diploma je ni cari tajuk level master. Dan sah sah kena tukar tajuk ni............

Hahaha T.T nak buat tajuk apa nii. Minta tolong abang kak ipar kakak semuanyaaa. Haha tapi belum ada keputusan dan respon lagi. Kakak ipar katanya malam nanti mahu bincang dengan abang. Harap harap laa dapat tajuk yang menarik dan minat dihati dan mudah untuk mendapatkan sumber.

Ini projek Cost Estimating dengan Profesional Practice ni apa kesudahan nii ?!

Cost Estimate rasanya bahan dah cukup dan perlu untuk mengira kos dan masukan dalam BQ sahaja. Tapi masalahnyaaaaaaaaaaaaaaaa buku tertinggal. Tah la dia punya pengiraan mengarut siket, haha mana ingat atau mungkin ingat ingat lupa. Nak pergi amek juga nii kalau tak memang kelam kabut nantii. 

Profesional Practice ni haa rasanya boleh je siap kan cepat sebab tinggal tukarkan dan print print je ni. 

Eh tenang hafiza awak boleh buat. Cuma jangan malas jangan malass jangann jangannnn =|

Putrajaya Challenge Park

Ok cerita minggu lepas. Eh ke bila yang pasti dah lepas.

Dah lama nak try wall climbing ni. Memang jadi bucket list. Lepas tuh tah bila tah datang bersemangat nak pergi betul. Sheyshey pun mana datang semangat juga google dekat mana wall climbing paling dekat dengan murah. Aku tahu dekat Shah Alam je, bila google eh before tuh rasanya ada orang beri tahu yang dekat Putrajaya ada wall climbing tapi indoor punya. Jadi lepas survey harga ternyata lebih murah dari Shah Alam.

Makanya, proceed ke Putrajaya la. Actually ajak kawan kawan kelas, tapi mereka ubah program mahu berpicnic.

Ok dah malas nak cerita. Tengok sahaja gambar. Hahha


Oh ini kawan yang kenal dekat sana merangkap coach kami. Hahha sebab kalau nak panjat yang tinggi yang pakai tali kena ada orang jadi delay. Kalau tk silap laa nama orang yang jaga kita dekat bawah tuh nama delay. Dah amek num phone maka senang la lepas ni nak pergi boleh halo halo bantu kami please. Hihihi

'Macam mana kalau ini tercabut masa panjat' - Monolog ku 

Haa untuk yg tak pakai tali ada ini la. Tuh la ada tilam empuk lagi besar lagi seronok dibawah. Macam kira untuk berlatih tapi ini bahagian expert. Ada bahagian beginner kira yang tegak eh condong siket. Itu naik masa mula mula sampai kira berlatih la. Ye tampa tali ala tk takut sangat sebab tk tinggi sangat pun. Kira berlatih gituu.


Mari la cabar diri, Putrajaya Challenge Park Presint 5. Tak tahu ? Install waze. Waze tunjuk jalan yang boik punya. Cuma kita je yang kurang mahir tengok lalu sesat. Hahahha



Daaaaaaaaaaann,

  

Itu dia bukti gua sampai atas. Hahaha. Serious cakap memang penat gila macam daki broga. Sampai suku nak ke atas tuh rasa lengan ni eh bahu eh tangan ni lenguh ya amatt. Lenguh sangatttt. Merayu nak turun tapi tidak dibenarkan :( Disuruhnya panjat sampai ke atas. hahaha Dan bila sampai rasa aaa sampai pun. Pastu turun jalan kebelakang. Sampai bawah terus terduduk. Hahah tk pasti penat atau gayat atau lemah lutut. Yang pasti aku naik sekali je. Hahahah ok diam -,-

Fee
Untuk student rasanya RM3 wahh murahkan, kalau bukan student RM5. Ok ini pembayaran masuk sahaja. Kalau nak sewa kasut dia kena RM7 rasanya. Tapi kalau tknak boleh, maknanya panjat kaki ayam. Kaki ayam ?! Ye kaki ayam, itu je rules dia. Hahah sama ada kasut dia or kaki ayam. Kalau nak naik yang tinggi tuh kena la pakai kasut. Kalau naik yg tk pakai tali tuh kaki ayam je. Tapi kan kasut dia banyak lubang dekat ibu jari kaki. Hahah bila nak naik yang tinggi kena pakai alatan yang macam seluar tuh panggil hinges. Kalau tk silap laa, ini kena bayar RM5. Jadi total semua = RM15 dan main laa engko sampai lebam. 

Facilities 
Jangan risau ada toilet ada tempat mandi. Sebab lepas panjat memang peluh dia macam boleh siram pokok. Jadi bawak la baju spare, takut kang tk selesa nak balik tuh. Parking ada tapi aku tgk macam terhad je. Hahah

Kesimpulannya, bungee jump pula lepas ini. Lets go !

Thursday, January 16, 2014

Nafsu VS Duit

Rintitan dengan isu semasa kini, kangkung sudah turun harga. Negaraku po po, kangkungku po po~ Hahaha siapa tgk video ni ? Yang budak kecik menyanyi tuh. Semangat gila dohh muka dia. Hahaha

Jadii masalah sekarang semua berkaitan dengan duit. Ada duit kau ada power. Ye money is not everything but everything needs money. Nak taknak duit tuh sangat diperlukan untuk zaman sekarang ni.

Sebagai student yang belajar ditengah tengah bandar yang dekat dengan Wangsawalk, Jusco, KLCC, Times Square dan sewaktu dengannya tuh lagi lagi transportation pun mudah, tak naik teksi naik bas tak pun LRT. Memang segalanya nya mudah dan lengkap. Kalau kau rasa nak main bowling pergi Wangsawalk, kalau kau nak tengok wayang, Wangsawalk juga. Kalau nak pos barang Carefour ada. Kalau nak makan Big Apple atau mengidam Starbuck tuh Jusco ada. Untuk aku yang memang duduk Ampang yang memang dah biasa hadap Carefour Wangsamaju dari kecik tuh nak bosan dah. Hahah ok itu bukan point dia sebenarnya. Point dia sekarang semua mudah, bila mudah duit pun keluar macam air.

Sekeping not RM50 hanya boleh tahan dua atau tiga kali. Kalau keluar makan sedap ke sehari pun boleh habis. Serious

Untuk seseorang yang mempunyai nafsu makan yang buas seperti saya, nak makan sedap je. Mana belajar pun tak tahu. Family tak biasa kan pun sebenarnya. Nak makan luar tuh memang boleh kira dengan jari je. Beli air RM13 ni memang tak pandang langsung. Beli air station minyak pun rasa macam mahal kalau nak banding dengan beli air dekat kedai biasa.

Dan nasib baik la aku ni bukan kaki shopping. Maka kebanyakkan duit habis pada bersuka ria, untuk keseronokan sahaja. Kalau campur dengan kaki shopping, Allah......

Ok sehari gua spend, kira dari breakfast dan ini tak campur keluar ye.
Breakfast - RM3.00
Lunch - RM3.50
Dinner - RM4.50

Ini plus minus, kadang kadang breakfast tak amek, so jadi dalam sehari habis RM11. Ye RM11 tanpa sedar, tak campur lagi dengan makanan diantara tuh ais cream ke jagung ke kek batik ke. Kalau untuk sebulan 30 x RM11.00 = RM330 satu sem ada tolak campur 5 bulan laa kita kira. RM330 x 5 = RM1650

Untuk makan je, wowwww........

Tapiii, saya ni dalam seminggu mesti ada keluar. Sekali atau dua. Itu perkara wajib yang tanpa sedar dilakukan. Duit teksi lagi dah keluar bukan saja saja, mesti beli ke makan ke, tah kalau makan luar tambah dengan tax services tambah dengan government tax lagi. Dan sejak kebelakangan ni aku perasan seminggu habis RM100. Haa tambah pula pakai smart phone, topup tiap bulan sebab nak hidupkan internet. Sekali topup RM30, untuk satu sem RM30 x 5 = RM150.

Ye aku dapat biasiswa jpa, alhamdulilah kira duit mak ayah tak laa pakai sangat tapi still i cannot boros anymore. Bukan berkira ke kedekut ke, bukan. Biasa laa sekali sekala nak juga manja kan diri dengan makan sedap keluar beli ini ke beli itu ke. Macam reward something to self. Hihi Tapi kalau dah tiap minggu ? Parah jaa....

Ye aku baru sedar.. Hahahah takpe la, better now or never :)

Dengannya ada JPA sepatutnya aku perlu gunakan kesempatan tuh untuk menabung eh menyimpan. Ye Abah pantau juga duit duit tuh, tapi usaha sendiri perlu juga ada. Tah sekarang barang naik, dulu RM50 bagi aku nilai gila besar boleh  buat macam macam. Tapi realiti sekarang tidak, beli 5 item pun boleh cecah RM50 dahh.

Konklusinya, entah kenapa aku baru tersedar semua ni. Aku rasa dah banyak membazir. 'Nak makan kot itu pon berkira' Why not you drink ice blanded dekat kafe instead of dekat Starbuck ? Why not you eat tomyam kafe instead of Secret Recipe ? Why not you eat ice cream beli dekat mini mart instead of Baskin Robin ?

Tapi ini semua sebab nafsu.
Perkara paling besar didunia ?
Jawapannya adalah nafsu. Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai nafsu. Nafsu yang terdapat pada manusia adalah ujian Allah S.W.T. Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah berjalan mengatasi salah satu ujian Allah S.W.T. yang cukup berat ini.

Friday, January 3, 2014

Finally, it's AGM...

Lepas pun peletakan jawatan saya sebagai exco tajaan yang tak berapa function sangat ni haa...

Serious gua cakap lu, memang cuak beb nak AGM ni. Kmfm tau memang kmfm nanti kena soal soal. Mula mula nanti Presiden cakap la pasal aktiviti tahunan semua, eh Naib Presiden dengan Setiausaha sekali cakap semua tuh then bila part Bendehari cakap pasal kewangan haa time tuh dah start debor sebab time ni la banyak soalan akan dikemukanan. Fireee ! First soalan cakap pasal apa tah lepas tuh jawapan yang diberikan balik dia macam aduh lepas ni komfem aku kena tanya. Sebab pasal sponser macam tak cari ke.

Nak tanak gua kena cakap la ! Hahahah memang tak dapat nafikan debor dia macam nak tercabut jantung. Serious. Sebenarnya its ok berdebor ni cuma taknak suara macam trembling je. Nanti nampak sangat la. Hahaha dah balas balas semua lepas tuh kena fire lagi kawan kawan yang lain semua gua bantu mana yang boleh je. Memang dekat situ cepat laa proceeddd !! Hahaha lepas MC cakap nak teruskan majlis memang syukor gilaaa. Legaaaaa

Dah satu debaran habis, sampai montaj. Hapis pergi letak video yang aku record tah apa apa masa pergi Rumah Bakti Al-Kausar tuh. Video tuh katanya lawak, ye ok lawak tapi kalau dah menjadi tontonan semua itu dah jadi maluuuuuu :(((((( tengok dah termencarut :(( Astagfirullahalhazim.





Taknak dah duduk dekat tengah tengah tuh lagii. Serik gua serikkk -,-


Happy New Yearrr !

Selamat tahun baruuu !

Maka berakhir sudah tahun 2013, fuhh cepat betul tak terasa masa berjalan. Hoho jadiii dengan kesempatan yang ada, ye la tahun baru jatuh hari rabu maka itu menandakan public holidayyyyyy ! Dan sumber idea daripada Syafiq mencadangkan untuk ke Broga. Sebenarnya dah lama plan nak pergi tapi cuma sekadar plan dan belum dilaksanakan lagi. Kira sementara ada masa ni haa apa lagiii. Heheheh mula mula mak gua tak bagi lepas tuh lepas dipujuk bagi. Hihihi yang Abah dia kata buat laa keputusan sendiri sebab keselamatan tak proper. Hahah tapi alhamdulilah takde apa apa berlaku :)

Jadi kira kena overnight la, sebab kalau nak keluar pukul 3 ke 4 ke dari KSJ nanti pak guard tak bagiii. Malam tuh pukul 140 nak ke 11 baru keluar. Tiga kereta yang konvoi, jadi 15 orang laa. 5 orang perempuan yang lain lelaki. Perempuan lain nak ikut tp ada yang boleh broga je tapi tak boleh nak tengok bunga api tuh. Haa plan mula mula nak pergi bukit ampang tgk bunga api then lepak sana jap pukul 3 ke 4 gerak ke semenyih sebab Broga ni dekat Semenyih. Tapi Maira cakap Bukit Ampang ni macam bahaya so tukar plan.

Before gerak tuh baca doa dulu, heheh ye laa kita tak tahu benda nak jadi apa kan. Malam tahun baru pula tuh ramai gila orang keluarr. Memang sesak dia amboii.


Syafiq bawa kereta dia, yang lagi dua tuh sewa. Viva dengan Alza. Gua naik Viva dengan Azam yang jadi driver. Gua percaya Azam bawak sebab gua pernah naik dengan dia. Hihihi tapi tahap kepercayaan belum lagi macam bapak gua bawak sendiri laa tapi. Hahah sebab plan nak ke Bukit Ampang tak jadi, jadi kami ke Putrajayaaa~ Nak ke sana pakai Waze, guna phone gua dan gua tak bawak powerbank mahupun USB. Hahaha kira malam tuh juga laa battery habis, aa kasihan no gambar but its ok phone kawan kawan banyak. Hihihi



Lepas dah lalu ringtangan yang liku liku dengan jalan sesat dan berkejar untuk isi minyak bertemu kami kembali dekat dataran putra. Hahah sebab ada satu masa tuh kita orang terpisah. Whatsapp laa tempat berkomunikasi. Sampai sana ada yang lapar jadi makan maggie sebab tuh je yang tinggal rasanya. Lepas tuh duduk duduk kejap main balloon besar~ RM2 je, tuh yang beli je. Hhihihi amek gambar smpai pukul 230 rasanya. Lepas tuh decide nak gerak Semenyih terus sebab takut jaoh dengan sesat lagi. Hahhaa

Sampai Semenyih pukul 3 lebih kot rasanya lepas tuh duduk lepak dekat mamak Ibrahim Maju makan laa apa apa mereka nak makan. Gua tak rasa nak makan takut nanti rasa nak yakk atas bukit sana ha. Hahahha Just curi curi kawan kawan punya makanan jeww. Hihhihi duduk gelak gelak sembang haha sampai pukul 430 rasanya. Lepas tuh decide nak gerak ke Broga terus. Sampai dekat sana pukul 5 rasanya lepas tuh tukar seluar tukar kasut apa yang patut semua naik pukul 520 !

Ramai orang ingat tak ramai, memang hari hari ke eh dorang ni hiking. Hahah serious ini first time gua hiking, Tah la gelap nasib ada touchlight. Jalan dia ada yang ok ada yang subhanAllah curamnyaaa :O Dua kali je kot rasanya berhenti sebab Tim tak larat, gua semput juga cuma macam boleh lawan boleh tahan lagii. Hihihi Dah nak dekat sampai puncak pertama, tak silap dia macam ada empat ke tiga puncak macam tuh la, sampai dekat atas gilaa ramaiii padahal baru pukul 6 macam tuh. Cepat juga la kami panjat. Hahah Terus kan mendaki sampai pukul 620 cari port baik nak solat, lepas tuh Syafiq tanya tak nampak pun lagi orang solat atas ni lepas tuh jalan siket ada nmpak sekumpulan lelaki solat ingat nak join tapi cari port lain sebab macam ramai je. Angin ye angin dekat atas bukit tuh gilaaa kuatttt! Rasa nak melayang. Sejuk dia macam dekat China. Hahaha lepas tuh terus kan perjalanan dah dekat dengan yang puncak 400m Bukit Broga tuh kami decide tk nak naik dan nak tnggu matahari. Hihihi lawa sangatt :) eh yang lawa sebenarnya pokok dekat sana. Hahahha

Lama sikit tuh Syafiq, Mek pergi naik puncak. Jaja malas dah sebab dah rehat lama. Hihih lepas tuh Maira Azam dengan Hapis naik. Dan kami yang lain setia menunggu di bawah ni ha. Hahaha Lepas tuh Maira poyo letak caption dekat instagram. Hahahha puih kah !




Lepas dah puas duduk atas sana, mari la turun. Ok turun sangat mencabarrrrrrrr ! Curam dia memang tak boleh bawak bincang. Dari masa panjat sampai turun memang gua harapkan Syafiq je. Hahah Sheyshey dekat belakang Aiman jaga. Lepas tuh ada satu time tuh gua depan pula dan macam mana boleh tergelincir. Hahaha i'm ok i'm ok tapi sebenarnya tak ok :( Malu :( Hahaha nasib gelincir time tengah rendahkan badan kalau tak jatuh gaung la saya :(

Yang Haziq Hapis yang kecoh masa naik jaga kitaorang ni tak nampak batang hidung dah masa turun, dorang turun laju sangatt. Tak tunggu. Kuang asam betuii -,- Hahaha dah turun semua balik laa sebab pagi tuh Haziq nak ke Bagan Terap kasihan dia mesti penat tapi nak buat macam mana. Dan kmfm dalam kereta mata mengantuk macam haremm. Hahah tapi gua tahan diri jaga Azam drive. Cuak gak gua kalau dia terlelap. Hahah

Konklusinyaa, lepas ni nak buat aktiviti yang sihat sahajaa~ Hihihi Sheyshey dah list kan dah nak pergi mana pergi mana. Kalau jadi next trip ke Extreme Park Shah Alamm ~ Gua memang nak try wall climbing. Nak test diri ni kuat ke tak nak panjat. Hihihihi


Ada macam trainer tak ? kahkah