Sunday, November 3, 2013

Trip to China (Part 4)

Ok ini last post. Tiada sambungan dah. Janjiii~ Hihihi

31 Oktober 2013 (Khamis)

Kira semalaman je laa tidur dekat Shanghaii, sebab flight balik Malaysia pukul 145 pagi. Bangun pagii turun breakfast yang tak berapa nak breakfast sangat sebab makanan dia tk banyak choice dan serta dengan pork. Allah memang loya siket tekak nak makan -,- Aku makan chicken nugget je. Lepas tuh turun lobby pergi kedai sebelah hotel yang kalau dekat Malaysia macam 7E. Beli sneakers je, haa Mek cakap sneakers dekat China murah dalam 3 ingit 2ingit lebih je. Aku tak makan sangat sneakers dekat Malaysia, sebab tak minat. Pergi China tuh je yang nampak, hahaha :p So tempat pertama untuk hari ni pergi Pearl Tower. Banyak Pearl dekat China nii, Hahhah yang kali ni dia bangunan tinggi ada bulat macam pearl je. Dekat tengah tengah jalan ada macam jenjantas yang bulat so lalu atas tuh tengok bangunan tinggi tinggi, menarik menarik.


Lepas pergi sana, shopping lagii. Tapi kali ni nak shopping apa pun tak tahu duit dah habis licin. Eh ok tipu, ada lagi 70 yuen macam tuh. Lepas beli baju untuk Pia Piqa dengan Syapik, ok ngam ilek habis dahh. Hahah tapi sayang cheongsam untuk Pia dengan Piqa macam tk muat. Yang untuk Pia, Piqa pakai untuk Piqa tak muat. Syapik aku beli kan baju panda aaa comels ! Tempat shopping ni gilo bapak besar, memang boleh sesat sebab tk tahu jalan. Hahha haa dekat China penjual dia ni pelik siket. Kalau dah tanya berapa harga nanti memang dia paksa kita beli. Tanya how much, dia jawab then kita ouh ok its okayh then dia tanya kita balik how much lepas kita letak harga kita nanti dia no no, too cheap. Hahah lepas tuh nanti bertekak jap, lari tak nak beli nanti dia ok la ok harga kita. Tapi kalau dah letak harga kita then dia dah bagi lepas tuh tak amek memang cari nahas -,- Haa Shah kasihan kena pukul dengan baju, orang kedai tuh isyh bahaya betul laa -,- Shah nak beli, ok harga dah runding lepas tuh dia check baju tuh jahitan macam tak kemas dia pun tak jadi laa nak beli, lepas tuh orang jual tuh macam marahh. So scary gilaaaa -,-


Lokasi seterusnya pergi Nanjing Road. Dia macam village ada bangunan yang macam minang kabau. Cantik sangattt :) Dan time ni battery camera habis, ciss -,- Haa time ni memang duit dah takde langsungggg, tah laa lapar gilaa. Hahah lepas tuh Zairil ajak cari makan sebab dia pun lapar. Aku cakap laa akutkde duit lepas tuh dia belanja aiscream turkish. Hihihi alaa yang macam dalam cerita istanbul aku datang tuh. Hahah orang ais cream tuh main main hahah seronok ~ Terima kasih Zairil ! Then jalan jalan amek gambar lompat lompat, sampai foreigner pun amek gambar kita orang. Hahah tak malu sungguh budak utm nii.


Dah jalan jalan dekat Nanjing Road, pergi The Bund pulaa. tempat The Bund ni cantik bila malam sebab lampu lampu dekat bangunan tuhh~ Dia macam across the sea ada bangunan yang cantik. Pastu ada street yang macam memang lawa orang menyanyi tengah tengah jalan semua tuhh. Time ni aku Zairil dengan Ijan jalan sekali, yang lain semua berpecah. Berpecah sebab time tuh dorang nak pergi toilet aku ikut sekali lepas tuh kawan kawan yang lain jalan sekali pun dah belah. Tinggal laa bertiga je, hahah tapi jumpa balik bila nak kumpul dah. Time ni lapar lagii, isyh Hafiza ni lapar sokmo tapi duit takde. Again Zairil belanja McD. Hihihi Halal ? tak tahu laa dorang sembelih ayam macam mana so kita orang makan Fillet-O-Fish je.


Time nak balik aa seronok sebab kita orang duduk dekat tembok, lepas tuh reramai buat ombak. Macam saja saja seronok buat ombak lepas tuh masa buat ombank semua tuh dekat depan ramai orang yang lalu lalang berhenti tengok. Hahaha dah macam buat show je. Dah ramai tengok apa lagii, pelbagai aksi laa buat, angkat kaki, buat ulat. Hahha yang Si Izzat tak habis habis 'Sumpah malu weyh' Hahaha eh chill dorang tak kenal kita pun. Hihihi daan itu tempat terakhir sebelum balik Malaysia :')

Jadi lepas tuh terus ke airport. Sampai agak awal jugak dalam pukul 930 macam tuh. Time ni semua stok dah lapar lagii, entah asek lapar je. Eh tapi bukan gua sorang ye ramai lapar. Lepas tuh makan dekat tengah tengah airport. Hahah macam berkelah. Aaa seronok sangatt macam dekat Sumarlia semua nyaa. Hahaha pakai dan je makan apa apaa :') Lepas dah makan tuh check in barang lepas tuh masuk. Naik naik je atas kapal terbang semuaaaaa tidur. Hahah so rasa alah balik ke Malaysia memang kejap. Sedar sedar dah nak dekat sampaii :)


Daaan itu sahaja kisah sepanjang saya berada di Chinaa. Overall memang seronok trip ni. Kawan kawan yang pergi pun best, sebab masuk air semua nyaa. Hahah tapi ramai yang sem depan dah takde sebab LI. Kira ini penghabisan diploma diorang dan kira mungkin ini last jumpa dorang. Eh sedih doh sumpah tak tipu. Sebab dua minggu rapat dah rasa macam family :') Tahniah Eddy sebagai pengarah program berjaya buat program yang pertama under KSJ ! Tahniah juga kepada yang menjayakan program ni, dan aku selaku ajk cenderahati pun rasa berbesar hati sebab program ini dah berjaya. Hihihi

Untuk Ijan, Ghaza, Hariz, Eddy, Iwe geng geng ukur tanah nii, goodluck ok LI sem depan. Ok Eddy still dekat KSJ. Hahha Kak Bungaa, I will miss you kak, akak sangat sempoii (Y)Haa satu satu nyaa peserta degree, Afiq yang muka macam orang putih tapi bila cakap keluar haa loghat Kedah haha pun sempoii~ Untuk Amin, Shah, Izzat yang macam gayboy asek berkepit je, hahah korang pun sama sempoii~ Ingt lagi Shah bergaduh dengan Izzat siap snap finger yang macam orang perempuan bergaduh tuhh. Hahah so lawakk :D Daaan untuk semuaa yang terlibat, korang memang best. Serious talk ni :) Nanti kita buat GOP lagi eh ? Hihihi

I really enjoyed this trip, thank you Allah give me a chance like this. I will remember every moment we spend together. The jokes that they make fun of me, make fun of Mek, tease each other, Hahah it just so unforgettable. I will look forward to meet up with you guys again,  if Allah wills, we will meet again. Oh great I miss you guys already :)

Saturday, November 2, 2013

Trip to China (Part 3)

Boleh tak nak sambung perjalanan holiday aku ni ? Boleh tk boleh ? Hihihi tk kira boleh ke tak nak jugakk sambung. Hohoho

29 Oktober 2013 (Selasa)

Ini hari last day dekat Beijing, sebab nak ke Shanghai naik bullet train kononnyaa. Hahah train apa tah kita orang naik ni yang pasti bukan bullet train, bak kata Ijan KTC - Keretapi Tanah Cina. Hahaha, pagi tuh awal lagi bangun even semalam tidur lambat menari bagai, kemas barang lagii. Turun pergi breakfasr duluu jap, breakfast dekat hotel Beijing seronok sebab nampak teratur tkde yang pork pork. Memang boleh makan laa. Amek nasi goreng siket, telur siket, sosej siket dengan roti cheese. Done breakfast ! Oleh sebab train kita orang pukul 730 maka pagi tuh pergi Tea Shop. Umi mintak dekat Lily nak pergi Forbidden City sebab tak nak pergi Tea Shop dengan Olympic-Stadium-yang-dia-bawak-kita-orang-pergi-kedai-pearl tapii Lily bukan jenis orang yang boleh dirunding -,- So memang ke China ni tak pergi Forbidden City, sangat laa rugi bagi saya. Sangaaaat -,- So dekat Tea Shop ni dia kasi try 4 jenis tea. Pu'er tea, Black tea, Fruit tea. Amenda tah lagiii, tapii gua tetap cinta akan tea boh :*



Lepas pergi Tea Shop pergi University BLCU kalau tak silap Beijing Language Culture University. Haa dekat sini lorh kena menari, sebab culture kan kira nak tunjuk culture kita pulaa. Hahaha fail semua fail ! Terabur nak mampus, pentas kecik, aku yang duduk belakang tersepit. Hahaha daaan u ni sangatt seronok sebab besar, kawasan cantik, lanskap menarik. Aaa memang perasaan nak belajar oversea membuak buak :D Dan again dekat sini ada kawan Fareez lagii, bapak aa kawan dia merata dunia, seronok gilaaaa -,- Dengar taklimat siket lepastuh siap siap menarii~



Haa vespa biru tuh kawan Fareez yang punya, dekat sana banyak motor macam ni. Lawa gila kaaan ? Macam nak satu. Hihihih video menari ? Hahaha biar laa menjadi simpanan sendiri, hahaha sebab kalau masuk pertandingan memang kalah. Hancuss ! Lepas pergi U nii, baru pergi yang Kedai Pearl dekat stadium olympic tuhh. Time tuh semua macam malas dahh, malas nak turun malas laa malas. Lily kata kalau sempat nak bawak kita pergi Forbidden City, so tuh semua macam malas nak turun dekat kedai pearl so semua ok kejap je dengar jangan beli lepas tuh balik. Tapiii.... Hahahahh pelbagai drama pulaa, yang bagi information tuh anak kepada tuan kedai, nama Lily juga. Yang ni kita orang panggil Lily the Pearl. Sebab dekat Shanghai nanti Lily juga. Hahaha Lily Pearl cakap ini first time dia sembang depan orang, memang muka dia cuak habis, nervous gilaa. Tapi kita orang ni kan macam support each other, cehh so dia selesa 'Because Lily is crazy today, Lily will give you a gift' Dia datang bawak cincin pearl, pastu sorang sorang dapat. Gila tak gilaa, harga satu tuh 480 yuen kott. Hahaha pearl tuh memang betul sebab kita org pergi kedai lain check. Lepas tuh sebab dia gila lagii, semua harga rantaii gelang cincin dia turun. Jual rantai 1000+ rasanya ke berapa tah pastu turun 100yuen. Weyh memang kena beli laa hoiii. Hahah jadii disebabkan Lily crazy, kita orang stuck lama dekat sana dan tkde masa nak pergi Forbidden City :( Haha tkpe laa tkde rezeki.


Sebab nak naik train dah kan, so pergi makan malam dulu. Makan malam dekat mall mana tah, dalam mall tuh ada restoran. Lawa gilaaa kott serious, tapi sebab kesempitan masa yang Lily Beijing nii asek push orang cepat cepat nanti ketinggalan train katanya sebab jalan di Beijing sungguh jam sekalii. Hahah ingat lagii cara dia cakap. Dan memang kita orang makan cepat cepat macam nak tercekik rasanyaa. Ini semua sebab train pukul 745. Hahah dah sampai dekat tempat railway station pukul 7 rasanya, Lily kata semua kena berlari sebab train tk tunggu. Hahah time ni so epic ! Beijing memang sejuk gilaa, tah laa dah malam dah time tuh, lepas tuh berlari ditengah tengah orang ramaii. Semua bertanggungjawab masa ni, yang lelaki bawak kan beg perempuan, ye aa mana tk nya beg perempuan bapak berat, lelaki ringan je. Hahah pastu aku macam terlambat siket, Si Hariz tunggu aku cakap laa tkpe laa jalan dulu, dia cakap kita yang last ni pastu dia bawak kan beg aku pastu berlari aa bersama sama. Hahah serious macam family :) 

Sampai je dekat train memang ngam ngam, sempat masuk. Satu row ada tiga katil, row sebelah dengan sebelah gabung. Konon masa dalam bas dah asingkan lelaki dengan perempuan lain. Dah sampai dah duduk dekat dalam row memasing tengok gabung jugak lelaki perempuan. Hahah, kira ada 3 perempuan 3 lelaki, nak asing balik dah susah macam serabut so tidur je laa. Agak awkward juga ye, mana tak nya kira macam tidur satu bilik. Hahah tp semua dah matang kan kira mcm ok je. Aku punya katil num da, memang pendek eh maksud aku nak duduk tk boleh kena terus baring. Hahha sadis nyaa -,- malam tuh duk cerita hantuu, aku dengar je, tk cerita. Sebab tk tahu nak cerita apaa. Hahah lepas dah cerita semua tuh keadaan dah tenang sebab mula mula semua macam kabut kan so makaan time ! Umi bawak rice cooker, so masak maggie dalam train tuh. Hahah so Malaysian~ sebab kita orang lambat makan so kena masak sendiri, jadii maggie yang aku bawak satu bungkus asam laksa habiss untuk 6 orang makangg :D Rasa seronok sebab macam ibu masak kan untuk kitaa, hihi Mira laa yang masakkan, Jajaa tukang licin kan. Hihihihi terima kasih kawan kawaan :)

Before tidur layan Pee Mak, aku malas nak tengok sebab kena pakai spek sambil baring, nak duduk tk boleh. So tidur laa. Hahah esok tuh dah bangun Ijan cakap, masa dia nak pergi toilet dia turun sebab dia duduk atas sekali dia cakap aku berdengkur. Hahahahha Kwa sebelah katil pun cakap. Hahaha malu gilaaa bapakk. Hahahha tapi aku dah cakap dah before aku tidur maaf kalau aku dengkur atau kentut. Hihihihi nak buat macam mana selesemaa :( Elehh Ijan tuh duk batuk batuk buat bising je tkpe :p Hihihi 



Haa lupa nak cakap yang kita orang naik train ni 15jam -,- Hahah yang gambar instax tuh sorang sorang ada untuk budak bilik. Heheh eh rindu semua :)

30 Oktober 2013 (Rabu)

Kira pagi ni dekat Shanghai dahh~ Train sampai pukul 9 lebih. Daan dekat Shanghai tak sejukk -,- Dan dan semua macam tk biasa pula. Hahah iye laa dekat Beijing sejuk seronokk. Dekat Shanghai biasa punya sejuk yang boleh tahan. Then Lily Shanghai tunggu bawak balik hotel. Tapi check in pukul 12 so pergi shopping dulu. Dekat mana tah tapi dia macam Times Square. Hahaha dan harus tawar menawar. Dah pukul 12 tuh baru gerak hotel. Kira hari ni free and easy~ Buat laa apa apaa, Hotel kali nii besarrr ! Macam five star tapii bila sampai dekat breakfast hampehh -,- Lepas dah angkut barang, dah mandii, ye laa dekat dalam train tak mandii, gosok gigi dengan cuci muka je sempatt. Hihihi lepas tuh Eddy dengan Ijan ajak jalan jalaaan~ Apa lagii jalaaan laa. Tengok bandar Shanghaii. Hihihi


Baru je balik dorang dorang yang lain ajak keluar lagii, memang ikut laa. Sebab nak buat apa je dalam bilik. Hahah ini keluar sampai malaaaam~ jalan jalann ikut je semua jumpa mall masukk~ Hahah beli tk pun ini nama dia jalan jalaaaan~ Mall ni macam pavillion laa kiraa. Hahaha Lepas tuh dorang dorang ni nak pergi Deban. Eh aku tk tahu laa ejaan dia macam mana. Tapi yang pasti kena naik macam LRT, aku tk join aku jalan sekitar hotel je, sebab aku rasa macam bahaya sebab dorang semua keluar ni mana ada passport dekat tangan. Hahah kang apa apa jadi susah beb. Maka aku Mek Ibu Pia Eddy Numan dengan Faez je yang tk follow pergi sanaa. So kita orang jenjalan pergi taman mana tah yang pasti taman tuh seronok sebab orang excercise dengan lagu semuaa. Kita orang join dorang pandang pelik. Hahha



Dah balik jenjalan, ramai ramai duduk lepak dekat bilik aku dengan Mek. Bilik strategic, keluar lift je memang straight bilik aku. Hahah duk lepak makan maggie dua bungkus, kali ni Mek yang buat kan. Hihihi Aku dengan Eddy seronok makan. Agak pelik dan takut juga laki lepas bilik, aku tanya Mek takpe ke nii, Mek kata takpe hahah tapi tk tutup pintu laa, lepas tuh yang pergi Deban dah balik semua duk lepak sekalii, makan maggie mek buat. Pengetua pun join kejap, Hahaha dia datang mintak panadol dengan makanan siket. Lama juga aa lepak lepas tuh dah balik semua ke bilik masing masing kemas barang siket sebab esok balik Malaysia dahh :(

Last post will be continue :)

Trip to China (Part 2)

27 Oktober (Ahad)

Ini hari aku dengan Mek tak lambat, just on time. Nak gerak breakfast dekat bawah turun turun dia mintak kad bilik yang cover punya. Mana laa saya bawak, saya bawak kad access je, pastu malaih laa saya nak naik bilik semula, so terus turun dekat lobby tunggu kawan kawan lain. Yang syok hari ni sebab nak pergi Great Wall ! Yeayyyy ! Tapi before tuh pergi kedai jade dulu. Sebab laluan dia macam on the way ke Great Wall, tempat Great Wall ni jauh siket. Ehh jaoh banyak. Hahhaa


Macam biasa jade, alahai beli siket siket je, lepas tuh keluar tangkap gambar lagii ! Hahah haa dekat sini memang sejuk dari semalam, sebab dia dah macam atas bukit. Hihihi gambar lompat lompat wajib kena ada sebab itu menarik. Hihihi gambar lompat aku edit kasi gerak gerak. Kalau view dekat handphone mungkin tak nampak rasa nyaa. 


Then teruskan perjalanan pergi kristal punya kedai pula, amenda laa agent kami ni. Tahu tak kami ni student, bawak tempat macam org dewasa. Bila mintak tukar tempat tak boleh laa sebab ada dalam acara bagaii. Lily lily, hahah okayh laa kristal pun kristal laa. Macam biasa dengar orang tuh bagi explanation siket lepas tuh tengok tengok barang dekat kedai tuh tak beli pun lepas tuh keluar ! Hihihi kat luar tengok dorang main takraw, eh tapi dia pakai macam shelter cock tuh. Sekali lagi maaf akan kesilapan ejaan, hahaha. Apa lagi gua nak main juga, reti tk reti belakang ceritaa. Hihihi


Bila penat time sejuk dia agak rasa sakit dada so berhenti dah laa. Hahah baru rasa apa yang abah pernah cakap dia, cahaya matahari ada tapi sejuk. Sejuk sebab angin yang melampauu. Hahaha. Lepas tuh pergi makaangg ! Baru ada energy siket nak naik Great Wall. Hihihi dan restoran kali ni bapak punya besar ouhh. Makanan dia macam biasa sedap je saya rasa, lapar kan. Hahhah dah makan dah solat semuaa great wall timee ! Hihihi

Sampai sampai je keluar bas, bapakk angin kencang gilaaa. Sejuk macam nak shii shii. Hahaha tapi terujaa sebab tengok depan mata sendiri. Selalu nya tengok dalam movie je, dalam movie karate kid tuhh. Ni depan mata hoii depan mata sendiriii. Hihihi daaaan, gambar banyak sangat sampai tak tahu nak collage yang manaa. Maaf eh ter double gambar. Hihihih



Sampai 330 Lily bagi masa untuk daki Great Wall tuhh, pastu jumm makan malaam ! Eh tapi before tuh pergi kedai kesihatan apa tahh, yang jual macam koyok, sapu sapu amenda tahh. Hahah Haa masa nak balik tuh, ya Allah boleh pulak Syakir tertinggal, tah laa bas dah jalan lepas tuh tetibe Umi nampak dia, Umi jerit laa eh itu budak kita, dan memang betul budak UTM jugaa. Hahah Syakir niiii -,- dia bukan nak cakap yang pergi toilet. Yang tukang kira orang orang pun satu how come boleh kata cukup orang dah. Kalau tak tertinggal laa Syakir dekat Beijing sanaa. Hihihi ouh Umi tuh Puan Naimah :3


Balik hotel macam biasaa, jalaaaan lagiii~ Ouh time ni Akid budak UTM gak dia datang sini. Sebab ayah dia buat master dekat China. Bapak aa kira macam rumah kedua dia kot kat siniii. Seronok gilaa :O Jenjalan even dah daki Great Wall tapi jalan lagii, jauh pulak tuhh. Entah mana mana tahh pergi nyaa. Sebab bukan selalu kan pergi sini, maka ikut sahajaa. Pastu beli air chocolate panas, uuuu kongsi dengan Mek. Aaaa sedappp~ 


28 Oktober 2013 (Isnin)

Anddd today we suppose to go Forbidden City. Tapi dalam agenda takde yang pergi Universiti. Agent tuh kata dia takde dapat information pun kita nak ke Universiti, so ada sedikit masalah dekat sini, tapi dapat diselesaikan dengan bantuan kawan Fareez, Muhaimin bawak kan kita orang pergi Uniersiti Hebei. Kasihan dia ponteng kelas, nasib ada dia. Kalau tk tkde makna GOP nii, Hahaha. Daaan itu pasal laa kena bawak blazer -,-


Besar gilaa U dia ni haa, datang buat academic study sikett. Dengar lecturer sana bagi tak sikett. Dia just kenal kan u dia dekat kitaa, kita tunjuk video siket u kita ke dia. Yang selebihnya aku mengantuk so pandang depan tapi mata pejam. Hahaha time gini Abang Johan, amboii abang. Hahah em kira senior Muhaimin ni tolong jadi translator. Daebak ! Lepas tuh pergi makaaaan~ yeayy makan dekat kafeteria muslim punya yang dekat u tuh sendiri. Makan pakai chopstik ! Haha no sudu no garfu. Kalau dekat restoran pakai sudu garfu je. Hihihi ni nasi dia dalam petak petak senang untuk makan mungkin. Hehehe seronokkk~ guna taktik dan cara sendiri asalkan dapat makan. Hihihi dan satu ayam tergolek atas lantaii. Hahah dan tak berapa kenyang ye sbb tk puas makan -,-


Lepas makan tuh solat time~ Johan cakap nanti kita solat dekat kawasan lapang. Aku pun macam eh takde surau ke, dia kata mana ada dekat sini, selalu orang muslim solat dekat court ke mana mana laa yang lapang. Woww so daebak ! Islam itu mudah. Ehem, hihihi. So mula mula Johan cakap solat dekat court pastu tukar dekat bilik kuliah ke bilik mana tah. Em gambar scenery gua tak berapa pandai sangat tangkap lawa lawaa. Cowie tauu cowie.


Lepas tuh balikk ! Smpai malam terus pergi makan, sebab dari universiti ni ke hotel memang jauhh. Jaoh gilaaa -,- penat dah duduk dalam bas yang sempit gila nak mati tuh. Hahaha malam buat apa ye, aduh lupa sihh -,- tapi rasanya tak keluar, ehh jappp. Haaa malam tuh practice menariii. Hahah sebab esok tuh kena pergi univeriti lain nak buat persembahan. Tah laa sejuk kut malam kan, menari dekat luar. Orang lalu pandang je, hahaha. Practice dekat tingkat 5 depan bilik hotel kena halauu, haha aa pengalaman yang seronok :) 

Continue later~

Trip to China (Part 1)

Assalamualaikum orang orang kampung~

Sebelum tuh Alhamdulilah saya dan rakan rakan selamat pergi dan pulang dari China dengan selamatnya. Dalam group whatsapp ramai juga yang demam bila balik China. Weather shock mungkin, hahah. Aku tekak je barai sikit. Mana taknya air kosong minum berapa liter je dekat sana tah laa sejuk. Kering tekak sayaa. Jadi mari saya nak kongsikan pengalaman selama berada di Beijing 4 hari dan Shanghai 2 hari.

25 Oktober 2013 (Jumaat)

Flight pukul 745, jadi disebabkan hari ini jumaat maka bertolak dari KSJ pukul 230 kononyaa. Aku apahal tah malam tuh tidur lambat, tapi esok pagi tuh bangun kemain awal tk tahu laa sebab semangat ke excited ke takut ke apa yang peting awal laa juga. Hahha tunggu pukul 230 mak ai lamanyaa, cepat laa. Ok dari situ boleh tengok siapa yang tak sabar sabar nii. Hahahha dah pukul 230 semua kumpul, tunggu bas semua sampai 330, bapakk aa tah laa flight pukul 745, nak kena sampai LCCT dua jam awal, Jumaat tah laa jam. CUak jugak sebenarnya takut terlepas fight nanti kang susahh. Heheh bas dah sampaii, masuk kan luggage dalam bas, haha bonet bas yg bawah tuh sampai tak muat so kena letak luggage dekat atas. Perempuan punya luggage laa macam nak pindah duduk sana rasa. Lelaki sempoii beg kecik je -,- Then before bertolak tangkap gambar duluu depan kafe. Hihihi


Ouh lupa nak cakap yang join program ni seramai 36 orang termasuk pengetua rasanya. Hehehe sampaii LCCT dalam 530 rasanyaa, then masuk pergi masukkan luggage, sorang max luggage 20kg. aku dari Malaysia dah bawak 15.1kg, hahaha balik tambah 0.9kg. Hihihi tk beli apa sangat pungg~ Lepas dah check in beg pergi solat asar jap haa lepas tuh pergi toilet hahah time dekat toilet kasihan gilaaa Mek. Dia tengah betulkan tudung tetibe ada makcik dari luar dia nak muntah memang tak tahan dah dia termuntah dekat lantai belakang Mek, apa lagii muntah tuh terkena dekat beg Mek. Tah laa baru beli iye dok Mek ? Hahah memang dugaan betul, nak basuh tuh Allah memang bau dia Subhanallah -,- Nasib Mek ni kuat tak nangis even dia cakap nak nangis rasa. Hahaha Then dalam pukul 620 macam tuh dah boleh check in masuk, pergi naik kapal terbang~ Haa masa nak check in tuh aku lalu bunyi, dah tak pasal pasal kena raba~ Hahahah Satu row tiga orang, aku tepi tingkap Madiha tengah tepi sekali Mek. Semua memang excited tk tahu nak cakap macam manaa. Hihihih


Dari Malaysia nak ke Beijing 5 ke 6 jam macam tuh memang pishang duduk lelama nii. Awal awal tidur japp, pastu makan japp, pastu tidur balik pastu tak selesa sebab tk selesa. Hahah yang budak lelaki memang dah pishang sangat siap jalan jalan main kad sambil berdiri semuaa. Hahah Tapi yang pasti dekat luar memang sejuk, siap ada frozen dekat tingkap. dalam pukul berapa ye alaa tk ingat, rasa pukul 145am tk pun 2 haa lebih kurang laa. Hihihi dekat airport Beijing tak sejuk lagii, macam biasa biasa punya sejuk je. Keluar naik bas tour tuh, perhh bapak sejuk gilaa, time tuh first time aku haa haa *bunyi yang keluar kan asap dekat mulut* jadii ! Hahaha i loike :D Tour guide dekat Beijing yang tunggu kita orang tuh nama dia Lily~ dia Chinese tapi baru belajar bahasa indon. Hahah dan cara dia cakap sangatt lawak. Geli hati sayaa :D


Then Lily bawak kita orang balik hotel, sebab semua memang dah penat sangatt. Hotel apa tah nama yang pasati dekat lobby dia ada wifi. tak macam dekat hotel Shanghai. Hahaha kira esok baru start perjalanan dinegara orang. Cehh~ hahah bilik dia besar juga laa, sepatutnya aku roommate dengan Aida, tapi masing masing dah nak roommate memasing, so tukar sesama sendiri, jadi roommate aku dengan Mek. Hihihihi


26 Oktober 2013 (Sabtu)

Malam tuh Lily suruh kumpul pukul 830 rasanya, isyh alaa aku lupa laa. yang aku tahu alarm aku tutup pastu sambung tidur pastu gabra lambat siket. Hahah tak breakfast pun :( makan biskut dari Malaysia je. Hahah yang pasti yang paling lambat Shaff dengan Aida. Hahah kasihan mereka sebab katanya semalam telan panadol tuh yang tak sedar. 

First placa nak pergi Summer Palace, tapi Summer Palace tk bukak lagi ke macam mana so gerak Silk Factory dulu. Amenda laa pergi tempat macam nii, hahah tak pe laa layan sahaja saya asal kan berjalan. Haa pagi ni suhu 5 celcius rasanyaa, memang kena berglove glove nii. Aaaa saya seronokk ^^ dengar kejap je dia terang terangkan, lepas tuh dia suruh kita beli, haha memang tak laa bebudak ni nak beli silk bagai nii, pastu keluar dari tempat tuh duk main tangkap gambar. Hihihi




Baru satu tempat tapi gambar dah dekat seratus, hahaha. Lepas Silk tuh baru gerak Summer Palace. Dekat je dengan Silk ni haa, depan tuhh. Depan mana ? Haa depan tuh je. Hihihih Summer Palace ni dekat tengah tuh ada istana, Lily ada cakap pasal sejarah siket, tapi aku tak bagi perhatian dan tk dengar sangatt, tahu cepat laa sampai nak tangkap gambar nii. Haa tuh je aku tahuu. Hahahha dekat tengah tuh ada itik besarrr, pastu angin dekat sana sangatt kuatt dan sejukk ! Hahah, kebetulan bawak yang Harimau Malaya punya yang boleh ikat dekat kepala lalu saya pun pakai dengan tetibe. Hihihihi


Lepas sejam kott duk jalan jalan, tangkap gambar, hahah yang kelakarnya jalan siket tangkap gambar jalan siket posing, hahah benda jalan jauh lagi boleh pergii. Hihihi sebab apa begitu ? Sebab excited sahajaa :p Lepas pergi Summer Palace pergi solat dekat masjid tertua dan terbesar kalau tak silap. Dan memang masjid tuh besarrr ! Lelaki dengan perempuan memang asing jaoh gilaa, bangunan dia cantik cantik macam cerita orang cina dulu duluu. Hihihi time ni DSLR duk elok je dalam beg, sbb tengah kusut. so camera phone pun jadi laa. Hihihi 


Sempat buat posing taichi sahajaa, hihih lepas solat tuh Lily cakap dekat depan siket tuh ada Muslim Market, so ramai ramai lepas solat gerak sana tengok ada apaa. Lepas tuh dorang dorang ni beli buah celup dengan gula merah rasanya, amenda laa tapi yang pasti aku tak makan. Hahah haa time ni beli dengan bantuan kawan Fareez yang belajar dekat sana dan jumpa disana, dorang beli makanan mengarut tuh, 4 yuen kira 2 ringgit laa dekat sini. Seronok je tengok Si Muhaimin tuh sembang Mandarin dengan orang sana. Yang kita orang ni tahu ni hau ni hau je. Hahaha


Pukul 5 macam tuh kot gerak pergi tengok acrobatic eh betul ke tidak spelling aku nii, hahaha lantak laa. Memang terbaik gilaaa ! Orang tuh naik atas orang tuh buat itu buat ini, sambut pasu, amenda tah lagi aksi merbahayaa, hahah. Badan semua macam sotong takde tulang, memang elastik gilaaa. Hahah yang paling tak boleh blah dalam glob besi 5 motor scramble duk buat aksi, Hahah memang mind blown ! 


Lepas makan malam, eh lupa nak cakap makan memang disediakan. Lily bawak kita orang pergi restoran halal makan lunch dengan dinner. Sedap jugaa, alaa macam biasa je, lauk 8 jenis, nasi macam pulut. Hahah dah lapar memang gua ngapp je semuaaa. Lepas tuh balik hotel, keluar jenjalan dekat sekitar hotel tuh. Tengok keadaan malam kononnyaa, hahaha. Dekat sana dia punya kedai tutup awal, pukul 9 macam tuh nak tutup. sebab malam dorang awal, pukul 6 tuh dah macam pukul 8 dekat Malaysiaa. 


Lepas tuhh balikkk hotel sebab esok tuh nak kena bangun awal lagiii !

Dan tunggu post yang seterusnyaa. Penat nak cerita sebab banyak sangatt. Hahah gambar pun penat nak pilih sebab berjutaa. Takpe saya pasti akan update lagii, sebab ini kenangan dan pengalaman saya yang patut saya kongsikan. Amboii, hahhah :D