Monday, September 30, 2013

WelcomeFinalExamForThirdSemester

Hihihihih secara zahirnya, tajuk post aku tiru Widayahhh :p Haiii Wiwi lamaa tak  jumpa, tak dengar cerita. Hari tuh cakap lepas makan nak bagi tahu biar aku call balik. Sampai sekarang tk cakap dah habis makan ke belum. Lamanya kau makan.......... Hahahahha


Jadi ini exam pertama untuk tahun yang kedua. Alah sama je cara dia semua macam exam yang sebelum ni semua. Pergi awal, pilih tempat, letak slip ic dgn matriks card. Hohoho tapiiii yang tak best nyaa dekat PSZ banyakk -,- Tahu tak PSZ tuh tak sebesar Dewan Besar. Tak syiok laa kalau duduk PSZ, nantii idea sempit susah nak keluar. Tah laa tak sejuk sangatt. Macam mana nak poyo poyo bawak sweater nii ?! Nasib laa pukul 9, kalau pukul 8 ya Allah tak tahu macam mana saya nak survive. Tapi kenapa tak pukul 10 ke 11 ? Hihihihi :p

Macam biasa kehidupan di Universiti ada carrymark, Hahahaha carrymark hahahha sedih dengar. Hahhaha ouh ni gelak nak cover sedih kang terkeluar air mata siapa nak lap ?! Hahahahha :((( 3 subjek dapat 40+ per 60. Ehh bagii sayaa terukk tauu sebab hm hm memang terukkk T.T takpe laa ada laa tuh silap saya dekat mana manaa. Saya kena usaha lebih final nii. Hm kenaaa. Ye kenaa. Alaaa tapiii saya takut laa Hahahahhaha.

In Sha Allah BOLEH ! Doakan sayaa :))

Daaan saya doakan untuk kawan kawan seperjuangan saya sekalii, moga kawan kawan dapat jawab exam dengan tenang dan senang. Kawan kawan UTM kawan kawan SEMTEG. Untuk Gegediks, untuk Cecomels, untuk Gemilang 7 :)



Saturday, September 14, 2013

SeoulGarden

'Weyh korang jum minggu depan try Seoul Garden'
'Haa ok ok, boleh minggu depan'

'Aduh minggu ni busy pula tkde masa.'
'Bila nak makan Seoul Garden nii'
'Minggu depan laa.'

'Jum pergi Seoul Garden'
'Alaa minggu ni ke, masa study week laa'

'Sheysheyy jum pergi Seoul Garden petang niii'
'Petang nii ? Ok juuum'

Aaaa bukan tknak ajak kawan kawan, tapi bila ajak pelbagai pula alasan. Gua tk tahan nak try Seoul Garden niii. Hahaha, makanya lepas kelas, aku dengan Sheyshey pergiii Seoul Garden dekat Festival City. Memang dah lama nak try. Lagi lagi hari tuh ternampak dekat TV. Lagi laa perasaan tuh membuak buak.

Itulah sebabnya berdua. Ye ramai ramai lagi best, syokk happening. Tapi jadi macam tuh laa, nak persetujuan bersama tuh agak rumit serta payah. Nanti aku yang geram. Heheheheh pergi waktu lunch dan weekdays sebab nak pakai student card. Ingat lunch je boleh pakai dinner pun boleh. Dua orang, student card, lunch costs RM63.90. Mula mula terus bayar sebab benda ni buffet makan laa kau banyak mana tapiiii cannot membazir 500g, nanti kena denda. Kena makan setahun sekali je kalau macam ni macam. Hahaha tkpe, kita nak apa ? Kita nak try :)


Aaaaa seronok sangatt, teruja macam beruk dapat pisang. Gua laa lettuw, tah apahal happy sangatt. Hahah, sebab nampak menarik mungkin. Best besttt ! ^^ Ada banyakkkkk ayaaaaaaaaam, ayam ni ayam tuh. Ada daging, ada yang macam nak buat yong tau foo. Aaaa conokk :3 Tapi semua kena masak sendiri, and i feels like a chef ! Bakar ayam ni itu, yang satu lagi tuh boil dengan sup Thai Tom Yam. 





Lepas sejam lebih baru stop makan, layan dessert ice cream pulaa. Itu Sheyshey haa, memang hantu ice cream. Gua amek 3 scoop pun lambat habis, dia siap tambah tambah. Hahah, tapii kalau bab ayam, gua laa hantunyaaa. Heheheh, haa untuk air pula ada macam macam air. Amek je air apa. Air gas, air mocha, white coffee. Dan tetibe time tuh aku tk kenal apa itu air gas, aku pandang mocha dgn white coffee je. Heheheheh :3

Perut dah kembung, sudah mari pulang :) 


 See youu when i see you, Seoul Garden :3
Ni mengidam aku Dip n Dip bila boleh dapat nii ?
Satu je masalah dia, too jauhh T.T