Friday, August 16, 2013

#PrayForMesir

Assalamualaikum.

Situasi.
*Scroll timeline twitter*
Nampak banyak pasal Mesir, dinegara mereka sekarang belaku peperangan. Eh macam tk sesuai pakai ayat tuh tapi yang pasti tk aman dan tenteram. Setiap hari ada manusia yang terbunuh. Tapi kenapa ? Apa sebab semua ni ? Kenapa jadi macam ni ? 

Perasaan ingin tahu itu ada, tapi tk begitu bersungguh. Tanya Abah apa yang terjadi, Abah pun explain. Tapi aku blur, kurang paham. Atau mungkin masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

Aku masih tk dapat kefahaman yang sebetulnya.

Perbincangan antara rakan rakan tentang isu ini juga tidak kurang hebatnya. Masing masing mengeluarkan ilmu dan pendapat mereka. Aku ? Lebih banyak diam dari kata-kata.

Lagu baru, laju kau cari. Movie baru laju kau pergi wangsawalk. Gossip baru laju kau pasang telinga.

Tentang negara seIslam apa tindakan kau ? Apa sumbangan kau ? *menangis dalam hati*

Jadi aku rasa sebagai umat Islam, kita wajib ambil tahu. Tkbanyak takpe, atleast siket pasal apa yang berlaku sekarang. Jadi aku ada copy paste dari blog http://suaramuhajirin313.blogspot.com kisah tentang pergolakan di Mesir.

Pinjam 7minit kejap boleh :) Eh macam lama sangat, 5minit je :)

PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan ‘revolusi’ membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

Ye kita tak mampu untuk menolong menggunakan tenaga, tapi senjata seorang mukmin adalah doa :) Selitkan doa supaya Allah memberikan keamanan kepada negara Mesir. Allahuakbar !

Wednesday, August 7, 2013

IftarWithFavPeople :)

Jadii second last Ramadhan berbuka bersama gadis gemilang tujuh :) Rasa nyaa dari awal Ramadhan lagi Nad dah cuba plan kan berbuka bersama samaa. Tapi awal awal tuh semua tk cuti lagi, yang study jauh pun belum balik lagii, aku jangan cakap laa kan. Paling jauh haa. Hehehe, mula mula cadang nak berbuka dekat felda sebelah utm tuh haa. Macam aku cakap laa kan semua stdy jauh jauh. Nad je laa free orang baru lepas matriks. Hiks

So plan punya plan, semalam laa berjumpa dekat Times Square. Aaaa tah laa semalam punya semalam dah pergii, pastu pergi lagii. Hahah so bosangg -,- Aku gerak dgn Ibu dengan Nad dari Ampang. Nad cakap Eyka dengan Wiwi dah sampai, sangat laa terkejut sebab setiap kali jumpa dorang laa yang last. Hahaha time tuh Nemo Si Ontime dah sampaii, cakap laa yang contct Wiwi sebab dia dah sampai. Ok rupanya Wiwi tipu Nad, Nad tipu aku, aku tipu Nemo. Hahahaha pastu Nad cakap yang Kama datang join sekali, okay semua terkejut dah percaya. Nad tipu aku, aku tipu Nemo, Nemo tipu Wiwi. Tapi Wiwi bagus, mintak bukti. Kesimpulan dia, semua kena tipuu. Hahahhaa kelakar -,-

Time dah book tempat semua eyka keluarkan lens fish eye dia, apa lagiiii memang setiap kali nak tangkap gambar pakai lens ni haa. Padahal boleh je snap tk pakai lens, tapi batak benda baru kan. Biasa laaa. Hihihihihi -,- Sukaa sangattt, nak lens ni boleh ? Hihihi

Pukul 530 tuh Ibu balik, sebab Umi dia tak bagi balik malam sangat. So hantar ibu dekat monorel,  baru nak berbuka dgn Ibuuu :( Lepas tuh, haaa ada accident. Haaa apa dia ? Haaaaa time tuh Wiwi pegang lens ni, pastu dia pergi pusing sebab nak bukak cover patutnya bukak macam biasa je, pastu praaaaap. Cermin depan lens tuh jatuh dan pecah. Alamaak masalah besar niii -,- Eyka muka dah berubah dahh. Wiwi tangan dah geletar. Aaaa nak pujuk siapa niii, binggung aku disitu. Ceyh hahaha. Pastu Eyka lari, Wiwi tanya nak ganti duit ke lens pastu bincang cakap ganti lens, so aku dgn Wiwi lari pergi Lowyat japp. Cari lens tuhh, ternyata susah ye nak cari lens tuh -,- Tak banyak kedai ada. Tapi kami jumpa satu kedai nii ! Dia jual 90. Mahalnyaa lahaii tah laa satu lens je. Yang Eyka beli 80 ada tiga lens, tapi sebab terdesak kan. Beli jugak. Hehehe

Kononnya Si Eyka cakap nak balik hanya laa propa sahajaa. Hahaha dari dulu dia mmg macam tuh, cepat betul emosi. Yang Wiwi pula terlebih cool. Hahahaha tapi lawak laa dorang nii :D 

Time nak berbuka tuh Eila pun sampaiii, aaaa lama tk jumpa Si Cantik Bergigi besi niii. Lawa dah dia sekarang, ehh dulu pun lawaaa :) Dahh makan makann, photoshot time. Aaaaaa i love camera so muchh. Hahahaha pastu dalam 930 kot, Nad nak balik cepat. Ehh Jaja pun, sebab Ampang kan macam scary siket. Hohohoho.


Jadii jumpa lain kali ye kawan kawan :) Dah besar dah semuanyaa :) Bak kata Nemo, because our friendship are infinity. Heheheh iloveyouuuuuuu :*




Thursday, August 1, 2013

Iftar

Haiiii jiraaan, you stalk I keww ?

Jadi bermula laa cuti sem selama seminggu. Ye seminggu sahaja. Mana cukup tah laa dia sekali kan dengan cuti rayaa. Sangat laa kejam T.T sempat raya dekat rumah 4 hari je, itu raya ?! Raya sebulan laa hoiii -,- Isyh tkpe laa, sekurang kurangnya dapat cuti, iyodak ? Hehhee

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ni, berbuka seronok siket. Hehehe, kalau tk silap aku tahun lepas bnyak berbuka berdua dlm bilk dengan Sheyshey. Tahun ni rasanya lebih banyak berbuka dengan Gegediks. Hahaha siapa ? Tuh mereka yang gedik tuh, Maira Sha Ama Madi daaaaan Si gedik abadi goes to Sheyshey. Hahaha jangan marah nantii tuh cepat :3

Dulu time aku tahun satu, aku ada handle program buka puasa kan, so program tuh turun temurun. Tahun satu pula yang handle. Macam biasa buat dekat dewan besar. Makanan dia sedappp ! Sebab ada ayaam :3 Makan nasi tomato kalau tk silap. Dan time tuh gua mulakan bisnes gua. Bisness palaroid. Hahah, yang snap gambar terus keluar filem tuh. Suka sukaa ^^ Tapi modal nak beli benda tuh aduii mahalnya -,- Tapi tkpe laa, saya pejam mata je laa dengan benda saya sukaa *tutup mata*


Haa dan untuk julung julung kalinyaaaa, kami try bebuka dekat masjid. Sedap juga makanan dia. Hehehe, dan ramai jugak mereka yang berbuka dekat sana. Selalunya hari khamis je kita orang pergi. Sebab khamis kelas measurement, memang sampai petang. Kalau tk petang tuh bukan measurement. Hehehe


Iftar yang ketigaa, bersamaa tahun satu lagii. Ini iftar yang sekalikan dengan program khatam Al-Quran. Masa bulan puasa harituh mereka cadang buat tadarus, bahagi kan kumpulan, so lepas tuh selasa buat khatam. 

Daaaaaaaaaan iftar yang ditunggu tunggu kan, berbuka sesama cecomelzz ^^ Kalau dulu kita orang buat dekat Wangsawalk Nice Place Cafe. Sem ni tkkan nak buat tempat sama. Maka survey punya survey, dekat carefour Orkid Bistro yang sesuaii. Plan mcm tk plan, sebab kesuntukan masa. Nasib mereka bagi commitment yang bagus, petang tuh habis kelas aku Madi Hapis Sheyshey dengan Ama pergi book tempat. Dan iftar ni sekali sambut birthday mereka yang lahir pada bulan tujuh. Boy boy semua nyaaa. Hapis Heqal dan Haziq. Triple H kauu. Hahaha, daaaaaaan untuk kelaianan kami buat kek sendiri :3 eh tk buat sgt laa sebenarnya. Just susun susun tabur cokelat je. Heheh tapii lebih bermakna bukan dari beli kek dah siap ? :) Haa time ni laa yang Nad Wiwi Pie dgn Anep berbuka dekat wangsawalk. Ingt nak join dorang tapiiii.......cowie :(



Jadi itu sahaja coretan sepanjang bulan Ramadhan, walaupun agak busy dengan test. Tah apa apaa test banyak sangatt macam lepas raya terus final -,- Hahaha kami dapat meluangkan masa bersama. Raya elok elok kawan kawan jangan main mercun, dah matang kan semuanyaa. Hehehe eh lupa nak cakap, terima kasih kepada Sheysheyy kerana providekan gambar, sanggup mem-bluetooth kan gambar dari lappy ke handphone dan wechat eh whatsapp ke saya. Tanpa dia tiada laa gambar ini semuaa, dia laa tulang belakang blog nii, dia laa yang banyak menolong. Jasamu dikenang wahai Syahidah. Terima kasih ? :') psst, cukup tk credit ni Sheyshey ? Hehehehehhe :p Eh dengan Amalinaa sekaliiii. hehehhe