Saturday, March 23, 2013

IsAllAboutRezeki

Babak satu.

Nur, merupakan seorang budak perempuan tahun satu pelajar di UiTM.

Kisahnya bermula begini, Nur mempunyai kawan lama, Muhd atau mungkin dilabel kekasih lama. Ehh tk tk, kawan lama. Geli pula kekasih lama nii. Hahaha, kawan lama Nur akan menyambungkan pelalajarannya ke Korea pada hari Khamis, 21/3/2013 pada pukul 10 malam.

Sebaik sahaja Nur tahu akan berita ini, Nur terus membeli kan sesuatu untuk Muhd sepasang sarung tangan kot kot laa dekat Korea sejuk lalu disana sudah kehabisan menjual sarung tangan. Hihihi. Nur bergitu semangat untuk memberikan Muhd hadiah yang dia sudah belikan. Nur bungkuskan dalam satu kotak lalu dimasukkan kedalam paper beg. Nur juga telah membuat sesuatu yang memerlukan kehebatan Nur menggunakan benang. Dia juga telah membelikan Muhd cokelat Cadbury. Kalau boleh Nur nak bagi semua benda yang dia rasa nak bagi. Pemurah tau Nur ni.

Sehari sebelum Muhd berlepas. Nur memberi pesanan ringkas kepada Muhd.

'Keluar nk ?'
'Sorry, tk boleh. Nanti ada orang kecil hati'
'Oh, okayh sorry'
'Jaga diri tau'
'Muhd pun sama'

'Kalau sekejap je, jgn risau Nur bawak kawan'
'Tk boleh juga'

Nur sebak, sebak sangat. Lalu Nur tak dapat menahan kesebakannya. Lalu jatuh laa buti butir kaca dari mata turun ke pipi. Seharian Nur berkurung diri dalam bilik melayan novel novel sedih, sesungguhnya Nur sangat laa tiada mood untuk gelak ketawa bergurau senda. Nur mahu berjumpa dengan Muhd, Nur nak sangat. 

Tiba laa hari Muhd hendak bertolak ke Korea, Nur membuat keputusan mahu berjumpa Muhd di LCCT, kononnya Nur nak buat surprise. Hahaha, lalu Nur meminta tolong rakannya Nada untuk menemankannya. Secara kebetulan, kawan Nur, Fara juga mempunyai rakan yang akan melanjutkan pelajarannya disana juga. Maka, Fara, Nada dan Nur pun pergi ke LCCT.

Tiba disana, Nur dan bantuan Fara dan Nada mencari Muhd. Melilau lilau mata untuk mencari Muhd. Bayangkan bertapa luasnya LCCT tambahan pula dengan jumlah manusia yang ramai, dan mereka hendak mencari seorang manusia sahaja tanpa bantuan GPS mahupun polis. 

Dalam masa itu juga, Fara telah berjumpa dengan rakannya yang hendak ke Korea itu. Dalam masa itu juga, Nur mendapat tahu yang masa perenebangan Muhd telah dicepatkan. Pantas Nur menukar ke plan B iaitu meminta bantuan Nada dan Fara menelepon Muhd berada dimana.

'Muhd dekat mana ni ?'
'Dekat gate, nak masuk dah ni'

Bergegas Nur, Nada dan Fara berlari menuju gate.

'Mat dekat gate mana, tkde pun'
'Ehh ni siapa'
'Ni Fara, Muhd dekat mana'
'Fara mana'
'Tkpe tkpe, nanti kita jumpa, sekarang dekat mana'
'Dah naik kapal terbang'

Hampaa, Nur sangat hampa. Muhd tetiba menanyakan siapa ini selepas Nada menggunakan panggilan yang hanya Nur dan keluarga Muhd sahaja menggunakannya. Hahaha, terkantoii disitu. 

Jadi, Nur tidak sempat memberikan hadiah yang hendak dia berikan, Nur tidak sempat berjumpa dengan Muhd mungkin untuk 4 tahun akan datang. Hadiah untuk Muhd, Nur berikan kepada kawan kepada Fara untuk sampaikan kepada Muhd.

'Fara, macam mana kalau kawan Fara tertinggal hadiah tuh ?'
'Hmm, kira Muhd tkde rezeki laa tuh Nur'

Balik daripada itu, Nur menelefon emaknyaa.

'Ibu, Nur tk sempat pun jumpa Muhd'
'Tkpe laa, tkde rezeki'
'Nur sedih laa bu, kalau Nur tk dengan dia, Ibu tolong carikan suami untuk Nur laa'
'Nanti ibu cari kawan ibu yang anak ada janggut janggut siket, biar nanti Nur pakai baju kurung je. Hahaha'
'Ibu niii, hahahaha'
'Kalau ada jodoh ada laa tu Nur'

Nur hanya tersenyum, air matanya mengalir dipipi.

No comments:

Post a Comment