Monday, December 30, 2013

Penutup tirai 2013

Memandangkan Rabu ni dah masuk 2014, jadi saya nak buat post tutup tirai untuk 2013. Walaupun esok gua ada test law, ye L A W tapi gua lebih utamakan ini duluu. Heheh

JANUARI
- Bulan ni Abah pergi Bangladesh. Sedih ohh masa tuh. Sebulan takde, tak tahu kenapa sedih eh sedih la kan sebab Abah takde. Kecian Mama duduk sorang dekat rumah. Eh ada kakak masa tuh, entah tak ingat. Hahah bulan ni gua masih dalam sem 2 sebab bulan ni pergi dinner dekat Casaapatahdo tuh yang dekat Port Dikson tuhh. Yang malam konon konon nak hargai senior. Hohoho seronok sebab esok tuh main banana boat. Hihihi tak banyak benda yang berlaku sangat bulan satu nii.

FEBUARY
- Haaa ingat tak kawan kawan, time ni kita buat gathering yang main bowling dengan makan dan sambut birthday kawan kawan yang bulan satu. Haaa benda ni buat dalam bulan satu tapi kenapa boleh post dalam bulan dua ni. Haa aku tahu, sebab aku malas ! Hohohoho, seronok kan ? :') Nanti jum laa buat lagi macam nii. Hihihi dan bulan ni nak dekat final dah. berjuta projek kena submit eh tipuu ada dua eh tiga je. Hihihi dan bulan ni banyak stress maa. Haha macam apa je stress je post. Ye la lagi syok kalau luah dekat twitter macam tooo open. kot. Hehehhe daaaan bulan ni aku beli guitar. Hihihi dan guitar tuh sampai skrg aku tk reti lagi main T.T Sekarang guitar tuh dekat tahun satu aku pinjam kan, rasa nak jual laa. Nak beli gopro pula. Hehehehehe

MARCH
- Macam aku cakap tadi, nak dekat final maka banyak laa post post yang emosi. Hahahah kelakar pula baca balik. Hihihi haaa bulan ni juga pergi rumah bakti al-kausar. Rumah yang anak yatim tuh eh tak sangat laa dia lebih kepada rumah macam em apa ye alaa macam tuh. Hehhe seronok sangat masa tuh. Rasa rapat sangat dengan kawan kawan dengan anak anak dekat situ. Amboi anak kauu, hahaha nanti buat lagi program macam ni ? Tapi dekat tempat lain pula laa. Hihi. Dan bulan ni hm Muhd fly pergi Jepun. Ye dulu aku tulis Korea kan ? Aku tipu dah malas nak tipu dah. hahah Dia taknak jumpa aku, aku nak jumpa dia beriya aku gerak KLIA lepas exam english. Aku ingat lagiii, 22/3 aaa tarikh yang banyak kenangan. Eh tapi biarkan itu kenangan, memori. Heheh saya pun tak tahu mana datang semangat macam tuh. Hehehe daaaaan habis laa tamat laa tahun satu saya. Hehehhe

APRIL
- Dah cuti sem ! Cuti kejap je, sempat laa kerja secret recipe. Sempat laa juga tukar gadjet baru. Ehem hahahah daaan sempat juga merasa ice skating untuk julung julung kalinyaaa. Maira laa yang punya idea, dia ajak lagi satu ada murah time tuh. sepuluh ringgit je. Haaa best kan. Ohh dan masih bodoh eh kurang pandai sedih sedih akan kepergian Muhd. Hahahhahaha alaa itu dulu jangan la aa aaa.

MAY
-  Bulan ni biasa je masih kerja dan nak berhenti pun. Lepas tuh pergi genting yoooo aaa nak pergi lagiii jum laa pergi lagii jum laaa jum laaa. Pergi genting dengan kawan kawan semteg aaa bestnyaaa. Haa jadi photografer amek kau spelling macam apa. Tapi biarkan aku malas nak delete ni aku taip laju gila ni. Keyboard Warriorr !! Hahahaha haa tuh je la yang menari bukan ni, yang lain post apa je -,-

JUNE
- Haa sebab nak masuk tahun dua dah so gua buat post throwback untuk tahun satu. Kahkah dan minggu kedua kot dah ada indaksi dekat mana ye alaa malas nak ingat balik. Lepas tuh tup tup dah puasa pantas kan masa berlaluuu. Huhuhuhu dan dalam bulan puasa ni banyak dugaan daya, salah satunya handphone jatuh rosak, handphne kesayangan hilang. Bapak sumpah sedih phone hadiah pmr bapak gua bagi ohhh hilang macam tuh je. Eh memang sedih gilaa. Abah bagi kot, bukan senang dia nak bagi benda :( eh sedih nak menangis lagii dah ni :(((((((  Dan bulan ni kami cecomelz ada perselisihan paham sedikit so ada berbincang nangis nangis juga laa. Hahah

JULAI
- Alamak sebenarnya bulan 6 dengan 7 aku dah tergabung sebab bulan 6 tuh aku ada dua post je. Hahahahha

AUGUST
- Masa ni ada jamuan puasa, dengan QS-Bina dengan Cecomelz berbuka dekat masjid. Hehehe seronok juga laa sebab first time berbuka dekat masjid. Haa ada khatam al-quran :) Haa dan birthdayy guaaa~ Eh lupa dengan iftar dengan kawan kawan semtegg~ hehehe i miss you guys laa :*

SEPTEMBER
- Haaaa ini bulan dah rayaa, yeayyy dan ada majlis raya dengan QS-Binaa. Bulan ni yang Muhd dah contct gua balik, tapiiiii dia asek hilang hilang. Hahaha eh sakit tau gua masa ni. Hahaha tapi gua nak buat macam mana gua pilih ini jalan lalu gua kena kuat ! Gua kuat sebab gua sayang laa. Hahahah tapi dulu laa duluu. Hoohoho daaan masa final dahh. Untuk sem tiga. Lu memang suka buat gua tak tenang masa final tau Muhd ni. hahaha nasib gua kuat. Eceyyy konon

OKTOBER
- Haa bulan struggle for final ! Alhamdulilah dapat atasi dengan jaya ? Hehehe Alhamdulilah. Dah habis final time ni, haa tah laa start awal habis lambat sekali pula tuh. Kuang asam betul UTM nii. Kasihan kamiiiii. Daaan prepare nak ke ehem CHINAAA~

NOVEMBER
- Pergi 25 Oct sampai 1 Nov. Aaaa nak cerita pengalaman boleh usha post dulu dulu. Hahahha yang pasti memang seronok. Kalau ada GOP nak ikut lagi boleh ? Hihihi masa pergi memang best. Time nak cari sponser tuh agak sakit siket. Kena korban jiwa raga. Amboi. Hahahha dan dah cuti sem dah masa niii. Haa dan time ni Muhd dah berkata jujur. Bagus la, takde la aku kerja benda tak pasti. Eh terima kasih tau ajar gua jadi kuat. Jangan risau gua doa yang baik baik untuk lu. Tapi sebab lu juga gua dah tak berani nak bercinta ? Hahahahahha takde la tak berani nak serious sahaja :') Eh jangan risau saya tak cari awak dahh. Dan awak jangan laa cari saya juga ye. Heheh terima kasih jadi sebahagian memori yang indah ? Puih hahah

DECEMBER
- Haaa bulan 12 tuh bulan ni laa. Lepas tuh sekarang aku dah malas nak type nak cerita dah. Hahahah

Itu sahaja conclucion isyh salah eja lagi dan malas nak delete lagi. Hahah, bagi aku ini tahun paling mencabar. Minda dan akal dan fizikal dan semua laa. Hahah dan tahun ajar gua kuat ajar gua macam macam. Moga tahun 2014 yang bakal muncul tak lama lagi dapat bagi satu keajaibpan. Amboii. Hahaha dan dah masuk 20 dah aku ni. Dah besar dah anak bongsu Abah ngn Mama ni :') Eh kenapa sedih eh sebak :'(

Tuesday, December 24, 2013

Saya Sihat

Jadi program Saya Sihat yang telah berlangsung di Lembah Pansun eh betul ke spelling dia ni, haa lebih kurang macam tuh laa. Alaa tempat aku kem kepimpinan masa darjah 6. Hahaha eh ye ke darjah 6 ala tk sure tapi yang pasti pernah ke sana untuk kem. Huhuhuhuh

Semua tahun ada, tahun satu tahun dua tahun tiga. Haa lengkap dengan lecture serta keluarga sekali. Tapi ada juga yang tak datang, ada hal mungkin. Ada tiga aktiviti, flying fox, floating, dengan obstacle. eh lagi satu rakit. Semua ni buat gua sakit badan. Hahaha tapi seronok macam ni haa (Y) Dalam banyak banyak rakit paling best bagi aku, sebab macam benda baru eh ye ke, haha. Flying fox mcm benda dah banyak kali cuba macam elehhh tak takut punz~ Hahahha lagi lagi flying fox dekat sana pendek, tk adventure nya. Hahah bongkak tak ? Hahha Floating haa benda baru, sebab kena rebahkan badan dalam air, macam kita rebah badan atas katil. Haa macam tuh laa. Tapi ini ada laa jacket keselamatan semua tuh. Bila rebah memang akan terapung balik la. Hahha Kasihan Amni takut sangat dia :( Lama gila dia nak amek masa rebah tuh, katanya takut air.

Ohh obstacle tuh macam ala yang halangan banyak banyak tuh, panjat itu panjat ini. Penat juga la rasanya. Semput saya. Hahhaha

Daaaaan akhir sekali kumpulan ketum ketum ketum bakk  MENANG eh naib johan. Hahahah Kumpulan gua lettuww~







QS IN ! OUT ! Hurghhhhh

Friday, December 13, 2013

Of the Pe'el Manusia

Assalamualaikum
dan selamat sejahtera.

Amboii macam nak baca berita. Hahah so em hows life ? Gettin' better day by day ? Become more worse, releks, that is life dude. Hihihi lama gila tak update yang proper punya. Heheh tbh dah type dah, niat nak post ada. Tapi tengah jalan rasa malas, bila rasa malas tuh yang save as draft sampai kepamm. Hahah lepas tuh rasa tk payah laa update. Heheh

Dah minggu keempat dalam semester empat, eh adakah ini kebetulan atau suratan ? Hahha dah ada dah tutorial dah ada quiz haaa dan dah ada project yang aku macam MasyaAllah ini project ke apa, macam susah je. Kena buat BQ, buat dokumen tender. Dengan law nya kena buat presentation tapi takpe group aku num 7. Hehehhe lepas tuh dengan cost estimate nya pula semakin hari semakin rumit pengiraannya. Bukan macam addmath mahupun math modern. Ini sebab macam bagi aku leceh siket daaaaaaan masa quiz hari tuh tersilap pergi tambah dulu alahaii geram je saya. Saya rasa macam silap dah masa buat tuh, tapi kenapa laa saya tak tukar jawapan tuh. Ok cerita dah lepas.Jangan dikenang jadikan iktibar, amboi

Dan semakin kian membesar, eh jap macam salah penggunaan ayat tapii takpe laa teruskan. Semakin ramai manusia yang kita jumpa dan pelbagai pe'el dan perangai. Dasyat dasyat, sampaikan kau tak sangka dia macam tuh. Tengok baik, ish senang cite luaran dengan true color dia jauh menyimpang. Serious orang putih cakap 'don't judge a book by it's cover' benarrr sekalii. Ya benarrr

Cukup la awak pandai jaga diri. Cukup la awak tak ganggu orang. Nak kawal semua orang ikut kehendak awak pun tak boleh juga. Apa kata awak amalkan 'give and take' Macam ni A tak suka sangat pun B ni, tapi bila A minta tolong dekat B, B bagi je bantuan. Satu hari B minta tolong A, tapi A memang macam 'ee apahal dia ni sibuk' dan tapi dalam masa sama awak bercakap dengan minda awak 'dulu dia pernah tolong masa gua minta tolong, apa salahnya tolong juga' Beri je bantuan dan lepas tuh nak blah blah. Kalau dapat amalkan 'give and take' saya rasa ceria je hidup masaing masing :)

Haaa sudah sifat kemalasan ditengah tengah jalan sudah maii dah.

Eh last nak pesan,


Another song from cartoon's movie yang sangat seronok didengar selepas My Zing. Hahahah

Sunday, November 3, 2013

Trip to China (Part 4)

Ok ini last post. Tiada sambungan dah. Janjiii~ Hihihi

31 Oktober 2013 (Khamis)

Kira semalaman je laa tidur dekat Shanghaii, sebab flight balik Malaysia pukul 145 pagi. Bangun pagii turun breakfast yang tak berapa nak breakfast sangat sebab makanan dia tk banyak choice dan serta dengan pork. Allah memang loya siket tekak nak makan -,- Aku makan chicken nugget je. Lepas tuh turun lobby pergi kedai sebelah hotel yang kalau dekat Malaysia macam 7E. Beli sneakers je, haa Mek cakap sneakers dekat China murah dalam 3 ingit 2ingit lebih je. Aku tak makan sangat sneakers dekat Malaysia, sebab tak minat. Pergi China tuh je yang nampak, hahaha :p So tempat pertama untuk hari ni pergi Pearl Tower. Banyak Pearl dekat China nii, Hahhah yang kali ni dia bangunan tinggi ada bulat macam pearl je. Dekat tengah tengah jalan ada macam jenjantas yang bulat so lalu atas tuh tengok bangunan tinggi tinggi, menarik menarik.


Lepas pergi sana, shopping lagii. Tapi kali ni nak shopping apa pun tak tahu duit dah habis licin. Eh ok tipu, ada lagi 70 yuen macam tuh. Lepas beli baju untuk Pia Piqa dengan Syapik, ok ngam ilek habis dahh. Hahah tapi sayang cheongsam untuk Pia dengan Piqa macam tk muat. Yang untuk Pia, Piqa pakai untuk Piqa tak muat. Syapik aku beli kan baju panda aaa comels ! Tempat shopping ni gilo bapak besar, memang boleh sesat sebab tk tahu jalan. Hahha haa dekat China penjual dia ni pelik siket. Kalau dah tanya berapa harga nanti memang dia paksa kita beli. Tanya how much, dia jawab then kita ouh ok its okayh then dia tanya kita balik how much lepas kita letak harga kita nanti dia no no, too cheap. Hahah lepas tuh nanti bertekak jap, lari tak nak beli nanti dia ok la ok harga kita. Tapi kalau dah letak harga kita then dia dah bagi lepas tuh tak amek memang cari nahas -,- Haa Shah kasihan kena pukul dengan baju, orang kedai tuh isyh bahaya betul laa -,- Shah nak beli, ok harga dah runding lepas tuh dia check baju tuh jahitan macam tak kemas dia pun tak jadi laa nak beli, lepas tuh orang jual tuh macam marahh. So scary gilaaaa -,-


Lokasi seterusnya pergi Nanjing Road. Dia macam village ada bangunan yang macam minang kabau. Cantik sangattt :) Dan time ni battery camera habis, ciss -,- Haa time ni memang duit dah takde langsungggg, tah laa lapar gilaa. Hahah lepas tuh Zairil ajak cari makan sebab dia pun lapar. Aku cakap laa akutkde duit lepas tuh dia belanja aiscream turkish. Hihihi alaa yang macam dalam cerita istanbul aku datang tuh. Hahah orang ais cream tuh main main hahah seronok ~ Terima kasih Zairil ! Then jalan jalan amek gambar lompat lompat, sampai foreigner pun amek gambar kita orang. Hahah tak malu sungguh budak utm nii.


Dah jalan jalan dekat Nanjing Road, pergi The Bund pulaa. tempat The Bund ni cantik bila malam sebab lampu lampu dekat bangunan tuhh~ Dia macam across the sea ada bangunan yang cantik. Pastu ada street yang macam memang lawa orang menyanyi tengah tengah jalan semua tuhh. Time ni aku Zairil dengan Ijan jalan sekali, yang lain semua berpecah. Berpecah sebab time tuh dorang nak pergi toilet aku ikut sekali lepas tuh kawan kawan yang lain jalan sekali pun dah belah. Tinggal laa bertiga je, hahah tapi jumpa balik bila nak kumpul dah. Time ni lapar lagii, isyh Hafiza ni lapar sokmo tapi duit takde. Again Zairil belanja McD. Hihihi Halal ? tak tahu laa dorang sembelih ayam macam mana so kita orang makan Fillet-O-Fish je.


Time nak balik aa seronok sebab kita orang duduk dekat tembok, lepas tuh reramai buat ombak. Macam saja saja seronok buat ombak lepas tuh masa buat ombank semua tuh dekat depan ramai orang yang lalu lalang berhenti tengok. Hahaha dah macam buat show je. Dah ramai tengok apa lagii, pelbagai aksi laa buat, angkat kaki, buat ulat. Hahha yang Si Izzat tak habis habis 'Sumpah malu weyh' Hahaha eh chill dorang tak kenal kita pun. Hihihi daan itu tempat terakhir sebelum balik Malaysia :')

Jadi lepas tuh terus ke airport. Sampai agak awal jugak dalam pukul 930 macam tuh. Time ni semua stok dah lapar lagii, entah asek lapar je. Eh tapi bukan gua sorang ye ramai lapar. Lepas tuh makan dekat tengah tengah airport. Hahah macam berkelah. Aaa seronok sangatt macam dekat Sumarlia semua nyaa. Hahaha pakai dan je makan apa apaa :') Lepas dah makan tuh check in barang lepas tuh masuk. Naik naik je atas kapal terbang semuaaaaa tidur. Hahah so rasa alah balik ke Malaysia memang kejap. Sedar sedar dah nak dekat sampaii :)


Daaan itu sahaja kisah sepanjang saya berada di Chinaa. Overall memang seronok trip ni. Kawan kawan yang pergi pun best, sebab masuk air semua nyaa. Hahah tapi ramai yang sem depan dah takde sebab LI. Kira ini penghabisan diploma diorang dan kira mungkin ini last jumpa dorang. Eh sedih doh sumpah tak tipu. Sebab dua minggu rapat dah rasa macam family :') Tahniah Eddy sebagai pengarah program berjaya buat program yang pertama under KSJ ! Tahniah juga kepada yang menjayakan program ni, dan aku selaku ajk cenderahati pun rasa berbesar hati sebab program ini dah berjaya. Hihihi

Untuk Ijan, Ghaza, Hariz, Eddy, Iwe geng geng ukur tanah nii, goodluck ok LI sem depan. Ok Eddy still dekat KSJ. Hahha Kak Bungaa, I will miss you kak, akak sangat sempoii (Y)Haa satu satu nyaa peserta degree, Afiq yang muka macam orang putih tapi bila cakap keluar haa loghat Kedah haha pun sempoii~ Untuk Amin, Shah, Izzat yang macam gayboy asek berkepit je, hahah korang pun sama sempoii~ Ingt lagi Shah bergaduh dengan Izzat siap snap finger yang macam orang perempuan bergaduh tuhh. Hahah so lawakk :D Daaan untuk semuaa yang terlibat, korang memang best. Serious talk ni :) Nanti kita buat GOP lagi eh ? Hihihi

I really enjoyed this trip, thank you Allah give me a chance like this. I will remember every moment we spend together. The jokes that they make fun of me, make fun of Mek, tease each other, Hahah it just so unforgettable. I will look forward to meet up with you guys again,  if Allah wills, we will meet again. Oh great I miss you guys already :)

Saturday, November 2, 2013

Trip to China (Part 3)

Boleh tak nak sambung perjalanan holiday aku ni ? Boleh tk boleh ? Hihihi tk kira boleh ke tak nak jugakk sambung. Hohoho

29 Oktober 2013 (Selasa)

Ini hari last day dekat Beijing, sebab nak ke Shanghai naik bullet train kononnyaa. Hahah train apa tah kita orang naik ni yang pasti bukan bullet train, bak kata Ijan KTC - Keretapi Tanah Cina. Hahaha, pagi tuh awal lagi bangun even semalam tidur lambat menari bagai, kemas barang lagii. Turun pergi breakfasr duluu jap, breakfast dekat hotel Beijing seronok sebab nampak teratur tkde yang pork pork. Memang boleh makan laa. Amek nasi goreng siket, telur siket, sosej siket dengan roti cheese. Done breakfast ! Oleh sebab train kita orang pukul 730 maka pagi tuh pergi Tea Shop. Umi mintak dekat Lily nak pergi Forbidden City sebab tak nak pergi Tea Shop dengan Olympic-Stadium-yang-dia-bawak-kita-orang-pergi-kedai-pearl tapii Lily bukan jenis orang yang boleh dirunding -,- So memang ke China ni tak pergi Forbidden City, sangat laa rugi bagi saya. Sangaaaat -,- So dekat Tea Shop ni dia kasi try 4 jenis tea. Pu'er tea, Black tea, Fruit tea. Amenda tah lagiii, tapii gua tetap cinta akan tea boh :*



Lepas pergi Tea Shop pergi University BLCU kalau tak silap Beijing Language Culture University. Haa dekat sini lorh kena menari, sebab culture kan kira nak tunjuk culture kita pulaa. Hahaha fail semua fail ! Terabur nak mampus, pentas kecik, aku yang duduk belakang tersepit. Hahaha daaan u ni sangatt seronok sebab besar, kawasan cantik, lanskap menarik. Aaa memang perasaan nak belajar oversea membuak buak :D Dan again dekat sini ada kawan Fareez lagii, bapak aa kawan dia merata dunia, seronok gilaaaa -,- Dengar taklimat siket lepastuh siap siap menarii~



Haa vespa biru tuh kawan Fareez yang punya, dekat sana banyak motor macam ni. Lawa gila kaaan ? Macam nak satu. Hihihih video menari ? Hahaha biar laa menjadi simpanan sendiri, hahaha sebab kalau masuk pertandingan memang kalah. Hancuss ! Lepas pergi U nii, baru pergi yang Kedai Pearl dekat stadium olympic tuhh. Time tuh semua macam malas dahh, malas nak turun malas laa malas. Lily kata kalau sempat nak bawak kita pergi Forbidden City, so tuh semua macam malas nak turun dekat kedai pearl so semua ok kejap je dengar jangan beli lepas tuh balik. Tapiii.... Hahahahh pelbagai drama pulaa, yang bagi information tuh anak kepada tuan kedai, nama Lily juga. Yang ni kita orang panggil Lily the Pearl. Sebab dekat Shanghai nanti Lily juga. Hahaha Lily Pearl cakap ini first time dia sembang depan orang, memang muka dia cuak habis, nervous gilaa. Tapi kita orang ni kan macam support each other, cehh so dia selesa 'Because Lily is crazy today, Lily will give you a gift' Dia datang bawak cincin pearl, pastu sorang sorang dapat. Gila tak gilaa, harga satu tuh 480 yuen kott. Hahaha pearl tuh memang betul sebab kita org pergi kedai lain check. Lepas tuh sebab dia gila lagii, semua harga rantaii gelang cincin dia turun. Jual rantai 1000+ rasanya ke berapa tah pastu turun 100yuen. Weyh memang kena beli laa hoiii. Hahah jadii disebabkan Lily crazy, kita orang stuck lama dekat sana dan tkde masa nak pergi Forbidden City :( Haha tkpe laa tkde rezeki.


Sebab nak naik train dah kan, so pergi makan malam dulu. Makan malam dekat mall mana tah, dalam mall tuh ada restoran. Lawa gilaaa kott serious, tapi sebab kesempitan masa yang Lily Beijing nii asek push orang cepat cepat nanti ketinggalan train katanya sebab jalan di Beijing sungguh jam sekalii. Hahah ingat lagii cara dia cakap. Dan memang kita orang makan cepat cepat macam nak tercekik rasanyaa. Ini semua sebab train pukul 745. Hahah dah sampai dekat tempat railway station pukul 7 rasanya, Lily kata semua kena berlari sebab train tk tunggu. Hahah time ni so epic ! Beijing memang sejuk gilaa, tah laa dah malam dah time tuh, lepas tuh berlari ditengah tengah orang ramaii. Semua bertanggungjawab masa ni, yang lelaki bawak kan beg perempuan, ye aa mana tk nya beg perempuan bapak berat, lelaki ringan je. Hahah pastu aku macam terlambat siket, Si Hariz tunggu aku cakap laa tkpe laa jalan dulu, dia cakap kita yang last ni pastu dia bawak kan beg aku pastu berlari aa bersama sama. Hahah serious macam family :) 

Sampai je dekat train memang ngam ngam, sempat masuk. Satu row ada tiga katil, row sebelah dengan sebelah gabung. Konon masa dalam bas dah asingkan lelaki dengan perempuan lain. Dah sampai dah duduk dekat dalam row memasing tengok gabung jugak lelaki perempuan. Hahah, kira ada 3 perempuan 3 lelaki, nak asing balik dah susah macam serabut so tidur je laa. Agak awkward juga ye, mana tak nya kira macam tidur satu bilik. Hahah tp semua dah matang kan kira mcm ok je. Aku punya katil num da, memang pendek eh maksud aku nak duduk tk boleh kena terus baring. Hahha sadis nyaa -,- malam tuh duk cerita hantuu, aku dengar je, tk cerita. Sebab tk tahu nak cerita apaa. Hahah lepas dah cerita semua tuh keadaan dah tenang sebab mula mula semua macam kabut kan so makaan time ! Umi bawak rice cooker, so masak maggie dalam train tuh. Hahah so Malaysian~ sebab kita orang lambat makan so kena masak sendiri, jadii maggie yang aku bawak satu bungkus asam laksa habiss untuk 6 orang makangg :D Rasa seronok sebab macam ibu masak kan untuk kitaa, hihi Mira laa yang masakkan, Jajaa tukang licin kan. Hihihihi terima kasih kawan kawaan :)

Before tidur layan Pee Mak, aku malas nak tengok sebab kena pakai spek sambil baring, nak duduk tk boleh. So tidur laa. Hahah esok tuh dah bangun Ijan cakap, masa dia nak pergi toilet dia turun sebab dia duduk atas sekali dia cakap aku berdengkur. Hahahahha Kwa sebelah katil pun cakap. Hahaha malu gilaaa bapakk. Hahahha tapi aku dah cakap dah before aku tidur maaf kalau aku dengkur atau kentut. Hihihihi nak buat macam mana selesemaa :( Elehh Ijan tuh duk batuk batuk buat bising je tkpe :p Hihihi 



Haa lupa nak cakap yang kita orang naik train ni 15jam -,- Hahah yang gambar instax tuh sorang sorang ada untuk budak bilik. Heheh eh rindu semua :)

30 Oktober 2013 (Rabu)

Kira pagi ni dekat Shanghai dahh~ Train sampai pukul 9 lebih. Daan dekat Shanghai tak sejukk -,- Dan dan semua macam tk biasa pula. Hahah iye laa dekat Beijing sejuk seronokk. Dekat Shanghai biasa punya sejuk yang boleh tahan. Then Lily Shanghai tunggu bawak balik hotel. Tapi check in pukul 12 so pergi shopping dulu. Dekat mana tah tapi dia macam Times Square. Hahaha dan harus tawar menawar. Dah pukul 12 tuh baru gerak hotel. Kira hari ni free and easy~ Buat laa apa apaa, Hotel kali nii besarrr ! Macam five star tapii bila sampai dekat breakfast hampehh -,- Lepas dah angkut barang, dah mandii, ye laa dekat dalam train tak mandii, gosok gigi dengan cuci muka je sempatt. Hihihi lepas tuh Eddy dengan Ijan ajak jalan jalaaan~ Apa lagii jalaaan laa. Tengok bandar Shanghaii. Hihihi


Baru je balik dorang dorang yang lain ajak keluar lagii, memang ikut laa. Sebab nak buat apa je dalam bilik. Hahah ini keluar sampai malaaaam~ jalan jalann ikut je semua jumpa mall masukk~ Hahah beli tk pun ini nama dia jalan jalaaaan~ Mall ni macam pavillion laa kiraa. Hahaha Lepas tuh dorang dorang ni nak pergi Deban. Eh aku tk tahu laa ejaan dia macam mana. Tapi yang pasti kena naik macam LRT, aku tk join aku jalan sekitar hotel je, sebab aku rasa macam bahaya sebab dorang semua keluar ni mana ada passport dekat tangan. Hahah kang apa apa jadi susah beb. Maka aku Mek Ibu Pia Eddy Numan dengan Faez je yang tk follow pergi sanaa. So kita orang jenjalan pergi taman mana tah yang pasti taman tuh seronok sebab orang excercise dengan lagu semuaa. Kita orang join dorang pandang pelik. Hahha



Dah balik jenjalan, ramai ramai duduk lepak dekat bilik aku dengan Mek. Bilik strategic, keluar lift je memang straight bilik aku. Hahah duk lepak makan maggie dua bungkus, kali ni Mek yang buat kan. Hihihi Aku dengan Eddy seronok makan. Agak pelik dan takut juga laki lepas bilik, aku tanya Mek takpe ke nii, Mek kata takpe hahah tapi tk tutup pintu laa, lepas tuh yang pergi Deban dah balik semua duk lepak sekalii, makan maggie mek buat. Pengetua pun join kejap, Hahaha dia datang mintak panadol dengan makanan siket. Lama juga aa lepak lepas tuh dah balik semua ke bilik masing masing kemas barang siket sebab esok balik Malaysia dahh :(

Last post will be continue :)

Trip to China (Part 2)

27 Oktober (Ahad)

Ini hari aku dengan Mek tak lambat, just on time. Nak gerak breakfast dekat bawah turun turun dia mintak kad bilik yang cover punya. Mana laa saya bawak, saya bawak kad access je, pastu malaih laa saya nak naik bilik semula, so terus turun dekat lobby tunggu kawan kawan lain. Yang syok hari ni sebab nak pergi Great Wall ! Yeayyyy ! Tapi before tuh pergi kedai jade dulu. Sebab laluan dia macam on the way ke Great Wall, tempat Great Wall ni jauh siket. Ehh jaoh banyak. Hahhaa


Macam biasa jade, alahai beli siket siket je, lepas tuh keluar tangkap gambar lagii ! Hahah haa dekat sini memang sejuk dari semalam, sebab dia dah macam atas bukit. Hihihi gambar lompat lompat wajib kena ada sebab itu menarik. Hihihi gambar lompat aku edit kasi gerak gerak. Kalau view dekat handphone mungkin tak nampak rasa nyaa. 


Then teruskan perjalanan pergi kristal punya kedai pula, amenda laa agent kami ni. Tahu tak kami ni student, bawak tempat macam org dewasa. Bila mintak tukar tempat tak boleh laa sebab ada dalam acara bagaii. Lily lily, hahah okayh laa kristal pun kristal laa. Macam biasa dengar orang tuh bagi explanation siket lepas tuh tengok tengok barang dekat kedai tuh tak beli pun lepas tuh keluar ! Hihihi kat luar tengok dorang main takraw, eh tapi dia pakai macam shelter cock tuh. Sekali lagi maaf akan kesilapan ejaan, hahaha. Apa lagi gua nak main juga, reti tk reti belakang ceritaa. Hihihi


Bila penat time sejuk dia agak rasa sakit dada so berhenti dah laa. Hahah baru rasa apa yang abah pernah cakap dia, cahaya matahari ada tapi sejuk. Sejuk sebab angin yang melampauu. Hahaha. Lepas tuh pergi makaangg ! Baru ada energy siket nak naik Great Wall. Hihihi dan restoran kali ni bapak punya besar ouhh. Makanan dia macam biasa sedap je saya rasa, lapar kan. Hahhah dah makan dah solat semuaa great wall timee ! Hihihi

Sampai sampai je keluar bas, bapakk angin kencang gilaaa. Sejuk macam nak shii shii. Hahaha tapi terujaa sebab tengok depan mata sendiri. Selalu nya tengok dalam movie je, dalam movie karate kid tuhh. Ni depan mata hoii depan mata sendiriii. Hihihi daaaan, gambar banyak sangat sampai tak tahu nak collage yang manaa. Maaf eh ter double gambar. Hihihih



Sampai 330 Lily bagi masa untuk daki Great Wall tuhh, pastu jumm makan malaam ! Eh tapi before tuh pergi kedai kesihatan apa tahh, yang jual macam koyok, sapu sapu amenda tahh. Hahah Haa masa nak balik tuh, ya Allah boleh pulak Syakir tertinggal, tah laa bas dah jalan lepas tuh tetibe Umi nampak dia, Umi jerit laa eh itu budak kita, dan memang betul budak UTM jugaa. Hahah Syakir niiii -,- dia bukan nak cakap yang pergi toilet. Yang tukang kira orang orang pun satu how come boleh kata cukup orang dah. Kalau tak tertinggal laa Syakir dekat Beijing sanaa. Hihihi ouh Umi tuh Puan Naimah :3


Balik hotel macam biasaa, jalaaaan lagiii~ Ouh time ni Akid budak UTM gak dia datang sini. Sebab ayah dia buat master dekat China. Bapak aa kira macam rumah kedua dia kot kat siniii. Seronok gilaa :O Jenjalan even dah daki Great Wall tapi jalan lagii, jauh pulak tuhh. Entah mana mana tahh pergi nyaa. Sebab bukan selalu kan pergi sini, maka ikut sahajaa. Pastu beli air chocolate panas, uuuu kongsi dengan Mek. Aaaa sedappp~ 


28 Oktober 2013 (Isnin)

Anddd today we suppose to go Forbidden City. Tapi dalam agenda takde yang pergi Universiti. Agent tuh kata dia takde dapat information pun kita nak ke Universiti, so ada sedikit masalah dekat sini, tapi dapat diselesaikan dengan bantuan kawan Fareez, Muhaimin bawak kan kita orang pergi Uniersiti Hebei. Kasihan dia ponteng kelas, nasib ada dia. Kalau tk tkde makna GOP nii, Hahaha. Daaan itu pasal laa kena bawak blazer -,-


Besar gilaa U dia ni haa, datang buat academic study sikett. Dengar lecturer sana bagi tak sikett. Dia just kenal kan u dia dekat kitaa, kita tunjuk video siket u kita ke dia. Yang selebihnya aku mengantuk so pandang depan tapi mata pejam. Hahaha time gini Abang Johan, amboii abang. Hahah em kira senior Muhaimin ni tolong jadi translator. Daebak ! Lepas tuh pergi makaaaan~ yeayy makan dekat kafeteria muslim punya yang dekat u tuh sendiri. Makan pakai chopstik ! Haha no sudu no garfu. Kalau dekat restoran pakai sudu garfu je. Hihihi ni nasi dia dalam petak petak senang untuk makan mungkin. Hehehe seronokkk~ guna taktik dan cara sendiri asalkan dapat makan. Hihihi dan satu ayam tergolek atas lantaii. Hahah dan tak berapa kenyang ye sbb tk puas makan -,-


Lepas makan tuh solat time~ Johan cakap nanti kita solat dekat kawasan lapang. Aku pun macam eh takde surau ke, dia kata mana ada dekat sini, selalu orang muslim solat dekat court ke mana mana laa yang lapang. Woww so daebak ! Islam itu mudah. Ehem, hihihi. So mula mula Johan cakap solat dekat court pastu tukar dekat bilik kuliah ke bilik mana tah. Em gambar scenery gua tak berapa pandai sangat tangkap lawa lawaa. Cowie tauu cowie.


Lepas tuh balikk ! Smpai malam terus pergi makan, sebab dari universiti ni ke hotel memang jauhh. Jaoh gilaaa -,- penat dah duduk dalam bas yang sempit gila nak mati tuh. Hahaha malam buat apa ye, aduh lupa sihh -,- tapi rasanya tak keluar, ehh jappp. Haaa malam tuh practice menariii. Hahah sebab esok tuh kena pergi univeriti lain nak buat persembahan. Tah laa sejuk kut malam kan, menari dekat luar. Orang lalu pandang je, hahaha. Practice dekat tingkat 5 depan bilik hotel kena halauu, haha aa pengalaman yang seronok :) 

Continue later~

Trip to China (Part 1)

Assalamualaikum orang orang kampung~

Sebelum tuh Alhamdulilah saya dan rakan rakan selamat pergi dan pulang dari China dengan selamatnya. Dalam group whatsapp ramai juga yang demam bila balik China. Weather shock mungkin, hahah. Aku tekak je barai sikit. Mana taknya air kosong minum berapa liter je dekat sana tah laa sejuk. Kering tekak sayaa. Jadi mari saya nak kongsikan pengalaman selama berada di Beijing 4 hari dan Shanghai 2 hari.

25 Oktober 2013 (Jumaat)

Flight pukul 745, jadi disebabkan hari ini jumaat maka bertolak dari KSJ pukul 230 kononyaa. Aku apahal tah malam tuh tidur lambat, tapi esok pagi tuh bangun kemain awal tk tahu laa sebab semangat ke excited ke takut ke apa yang peting awal laa juga. Hahha tunggu pukul 230 mak ai lamanyaa, cepat laa. Ok dari situ boleh tengok siapa yang tak sabar sabar nii. Hahahha dah pukul 230 semua kumpul, tunggu bas semua sampai 330, bapakk aa tah laa flight pukul 745, nak kena sampai LCCT dua jam awal, Jumaat tah laa jam. CUak jugak sebenarnya takut terlepas fight nanti kang susahh. Heheh bas dah sampaii, masuk kan luggage dalam bas, haha bonet bas yg bawah tuh sampai tak muat so kena letak luggage dekat atas. Perempuan punya luggage laa macam nak pindah duduk sana rasa. Lelaki sempoii beg kecik je -,- Then before bertolak tangkap gambar duluu depan kafe. Hihihi


Ouh lupa nak cakap yang join program ni seramai 36 orang termasuk pengetua rasanya. Hehehe sampaii LCCT dalam 530 rasanyaa, then masuk pergi masukkan luggage, sorang max luggage 20kg. aku dari Malaysia dah bawak 15.1kg, hahaha balik tambah 0.9kg. Hihihi tk beli apa sangat pungg~ Lepas dah check in beg pergi solat asar jap haa lepas tuh pergi toilet hahah time dekat toilet kasihan gilaaa Mek. Dia tengah betulkan tudung tetibe ada makcik dari luar dia nak muntah memang tak tahan dah dia termuntah dekat lantai belakang Mek, apa lagii muntah tuh terkena dekat beg Mek. Tah laa baru beli iye dok Mek ? Hahah memang dugaan betul, nak basuh tuh Allah memang bau dia Subhanallah -,- Nasib Mek ni kuat tak nangis even dia cakap nak nangis rasa. Hahaha Then dalam pukul 620 macam tuh dah boleh check in masuk, pergi naik kapal terbang~ Haa masa nak check in tuh aku lalu bunyi, dah tak pasal pasal kena raba~ Hahahah Satu row tiga orang, aku tepi tingkap Madiha tengah tepi sekali Mek. Semua memang excited tk tahu nak cakap macam manaa. Hihihih


Dari Malaysia nak ke Beijing 5 ke 6 jam macam tuh memang pishang duduk lelama nii. Awal awal tidur japp, pastu makan japp, pastu tidur balik pastu tak selesa sebab tk selesa. Hahah yang budak lelaki memang dah pishang sangat siap jalan jalan main kad sambil berdiri semuaa. Hahah Tapi yang pasti dekat luar memang sejuk, siap ada frozen dekat tingkap. dalam pukul berapa ye alaa tk ingat, rasa pukul 145am tk pun 2 haa lebih kurang laa. Hihihi dekat airport Beijing tak sejuk lagii, macam biasa biasa punya sejuk je. Keluar naik bas tour tuh, perhh bapak sejuk gilaa, time tuh first time aku haa haa *bunyi yang keluar kan asap dekat mulut* jadii ! Hahaha i loike :D Tour guide dekat Beijing yang tunggu kita orang tuh nama dia Lily~ dia Chinese tapi baru belajar bahasa indon. Hahah dan cara dia cakap sangatt lawak. Geli hati sayaa :D


Then Lily bawak kita orang balik hotel, sebab semua memang dah penat sangatt. Hotel apa tah nama yang pasati dekat lobby dia ada wifi. tak macam dekat hotel Shanghai. Hahaha kira esok baru start perjalanan dinegara orang. Cehh~ hahah bilik dia besar juga laa, sepatutnya aku roommate dengan Aida, tapi masing masing dah nak roommate memasing, so tukar sesama sendiri, jadi roommate aku dengan Mek. Hihihihi


26 Oktober 2013 (Sabtu)

Malam tuh Lily suruh kumpul pukul 830 rasanya, isyh alaa aku lupa laa. yang aku tahu alarm aku tutup pastu sambung tidur pastu gabra lambat siket. Hahah tak breakfast pun :( makan biskut dari Malaysia je. Hahah yang pasti yang paling lambat Shaff dengan Aida. Hahah kasihan mereka sebab katanya semalam telan panadol tuh yang tak sedar. 

First placa nak pergi Summer Palace, tapi Summer Palace tk bukak lagi ke macam mana so gerak Silk Factory dulu. Amenda laa pergi tempat macam nii, hahah tak pe laa layan sahaja saya asal kan berjalan. Haa pagi ni suhu 5 celcius rasanyaa, memang kena berglove glove nii. Aaaa saya seronokk ^^ dengar kejap je dia terang terangkan, lepas tuh dia suruh kita beli, haha memang tak laa bebudak ni nak beli silk bagai nii, pastu keluar dari tempat tuh duk main tangkap gambar. Hihihi




Baru satu tempat tapi gambar dah dekat seratus, hahaha. Lepas Silk tuh baru gerak Summer Palace. Dekat je dengan Silk ni haa, depan tuhh. Depan mana ? Haa depan tuh je. Hihihih Summer Palace ni dekat tengah tuh ada istana, Lily ada cakap pasal sejarah siket, tapi aku tak bagi perhatian dan tk dengar sangatt, tahu cepat laa sampai nak tangkap gambar nii. Haa tuh je aku tahuu. Hahahha dekat tengah tuh ada itik besarrr, pastu angin dekat sana sangatt kuatt dan sejukk ! Hahah, kebetulan bawak yang Harimau Malaya punya yang boleh ikat dekat kepala lalu saya pun pakai dengan tetibe. Hihihihi


Lepas sejam kott duk jalan jalan, tangkap gambar, hahah yang kelakarnya jalan siket tangkap gambar jalan siket posing, hahah benda jalan jauh lagi boleh pergii. Hihihi sebab apa begitu ? Sebab excited sahajaa :p Lepas pergi Summer Palace pergi solat dekat masjid tertua dan terbesar kalau tak silap. Dan memang masjid tuh besarrr ! Lelaki dengan perempuan memang asing jaoh gilaa, bangunan dia cantik cantik macam cerita orang cina dulu duluu. Hihihi time ni DSLR duk elok je dalam beg, sbb tengah kusut. so camera phone pun jadi laa. Hihihi 


Sempat buat posing taichi sahajaa, hihih lepas solat tuh Lily cakap dekat depan siket tuh ada Muslim Market, so ramai ramai lepas solat gerak sana tengok ada apaa. Lepas tuh dorang dorang ni beli buah celup dengan gula merah rasanya, amenda laa tapi yang pasti aku tak makan. Hahah haa time ni beli dengan bantuan kawan Fareez yang belajar dekat sana dan jumpa disana, dorang beli makanan mengarut tuh, 4 yuen kira 2 ringgit laa dekat sini. Seronok je tengok Si Muhaimin tuh sembang Mandarin dengan orang sana. Yang kita orang ni tahu ni hau ni hau je. Hahaha


Pukul 5 macam tuh kot gerak pergi tengok acrobatic eh betul ke tidak spelling aku nii, hahaha lantak laa. Memang terbaik gilaaa ! Orang tuh naik atas orang tuh buat itu buat ini, sambut pasu, amenda tah lagi aksi merbahayaa, hahah. Badan semua macam sotong takde tulang, memang elastik gilaaa. Hahah yang paling tak boleh blah dalam glob besi 5 motor scramble duk buat aksi, Hahah memang mind blown ! 


Lepas makan malam, eh lupa nak cakap makan memang disediakan. Lily bawak kita orang pergi restoran halal makan lunch dengan dinner. Sedap jugaa, alaa macam biasa je, lauk 8 jenis, nasi macam pulut. Hahah dah lapar memang gua ngapp je semuaaa. Lepas tuh balik hotel, keluar jenjalan dekat sekitar hotel tuh. Tengok keadaan malam kononnyaa, hahaha. Dekat sana dia punya kedai tutup awal, pukul 9 macam tuh nak tutup. sebab malam dorang awal, pukul 6 tuh dah macam pukul 8 dekat Malaysiaa. 


Lepas tuhh balikkk hotel sebab esok tuh nak kena bangun awal lagiii !

Dan tunggu post yang seterusnyaa. Penat nak cerita sebab banyak sangatt. Hahah gambar pun penat nak pilih sebab berjutaa. Takpe saya pasti akan update lagii, sebab ini kenangan dan pengalaman saya yang patut saya kongsikan. Amboii, hahhah :D

Friday, October 18, 2013

TutupTiraiSemester3

Alhamdulilah.

Setelah sekian lama ditunggu, menahan hati melihat mereka yang habis awal menarik beg nak pulang, habis juga final untuk semester 3 ! *mata bertakung sedih sbb tk percaya dah habis* Hahaha, lama ouh serious, dari awal exam, sampai hari yang last exam. Eh tahu tak jiwa raga terseksa. lagi lagi tengah tengah exam tuh ada raya. Untuk saya kira macam em tkpe laa lagi, boleh balik jap rumah. Heheh yang jaoh ? Salam perantauan laa semua.

Ouh mari saya membuat konklusi pada paper paper yang sudah saya jawab.

Institusi Islam
Sebab dah lama sangat hari berlalu, aku tak ingat dah apa. Hahah yang aku tahu pagi sebelum exam baru tahu carrymarks. Haha haa masa II ni aku semangat siket sebab awal awal kan. Nota haa lengkap dalam buku gua tulis.

Etika Profesional
Yang ni pun aku tk ingat sangat. Yang pasti er ala tak ingat laa. Haa yang pasti saya cuak. Gua tk berapa berkenan siket dengan subjek umum ni sebenarnya. Hihihihi yang pasti gua jawab kurang profesional. Hahah

Construction Technology 3
Ini ? Hahah spot punya spot tak masuk. Cis. Ye Puan ada bagi tahu chapter apa masuk tapi dia bagi 7 dari 5. Hoii memang senang laa nak tahu masuk apa. Tengok past sem punya paper dan berbekalkan sedikit kepakaran masing masing, lalu kami meng-spot. Sangkakan teori iceberg tk masuk, tengok tengok ado. Hahahahhah so tahi -,-

Building Services 2
Aaa BS, aku berharap sangat tk keluar escalator sebab komponen dia macam tk berapa paham, lepas tuh masa test dah pernah keluar. Tengok tengok aduhh keluar lagi. Banyak soalan dia twist dari test je, kalau dulu dia minta terang kali ni minta perbezaan. Haa macam tuh twist dia.

Structure
Hahah gap exam yang lepas lepas semua banyak hari, kalau tak 4, 3 hari. Sampai structure haa amek kau sehari je, semua mindblown. Hahah k tkde kena mengena. Masa structure ni mcm susah nak tahu masuk apa. Kalau kira kira tuh boleh laa spot, masuk yang masa test gua dapat 3/15 tuh. Hahaha so tahi -,- Tapi tkpe sebab 3 laa gua faham kan balik kira beam tuh. I blame the bas yang dtg lambat so aku lambat amek test tuh sebab dapat 3. Hahhaha boleh tak ? Hihihi em yang teori mcm masuk apa nii -,- Time ni mood stdy sumpah hilang. Tak sesemangat macam II dulu. Oh dan saya sangat tk suka bila dia hilang.

Building Economics
Yayyyy paper last ! Yayy yayyy, dan sebab yang mood study dah hilang tuh study BE ni tak paham paham. Hahahah. Ye laa ekonomi kan ada bahasa sendiri, lepas tuh bahasa BI pulaa. Aduhh baca macam tk lekat je dalam otak. Hahah lepas tuh pakai slide, memang ada choice laa nak bukak slide ke bukak movie. Hihihihi :3 Dalam buku ada tapi macam 'eh mende dia cakap ni hoi' Malam tuh baru belajar betul betul, itu pun Sheyshey ajar. Sebab hari sebelum tuh dia balik. Hihih mekasih eh mekasih. Meh nak cium siket :* Hahah 

Dan aku sebenarnya, takut result BE nanti. Hahah alaa biar laa eh tapi takut :(

Macam biasa lepas habis exam, keluar berjimba. Kalau dulu keluar jaoh siket. Ni wangsawalk je, alahai before exam pun keluar sini, bosan dah saya dengan wangsawalk ni. Hahah, tkpe laa jaoh jaoh bahayaa. Hihihi, ingat nak bersaloon dengan Sheyshey tapi saloon yang jumpa macam mahal sangat jewp. Hm hm so makan Pizza Hut dengan Gegediks. Lepas tuh movie marathon ! Insidious 2 dengan Make your move~ Bapak aa aku taknak tengok cerita hantu ! Nanti seksa diri. Tidur pikir, mandi pikir, duduk sorang sorang pikir. Tuh yang saya malas tuh. Tapi entah macam mana ok laa tgk laa. Dan yang 2 punya sangatt mindblown lagi sekali. Hahah



Baik lah itu sahajaa kisah sem 3 sayaa, cepat je masa berlalu rasanya. Pejam celik pejam celik eh dah sem 4 dah. Sem 5 LI, sem 6 lepas tuh habisss ! Boleh kawen. Eh ? Hahaha bangun pagi pun liat nak kawen, puih.


Jumpa lagi sem depan kawan kawan :)

Wednesday, October 9, 2013

LambaiLambaii

Salam.

Dan mengapa malam ni rasa macam malas nak belajar, aaa ! Eh bukan malas cuma tiada semangat, buat nota separuh separuh. Hahah asek nak dengar laguuuu je, volume nak kuat pula tuh. Memang macam agak sia sia juga laa kalau tulis tk tumpukan perhatian. Amboi, hahah.

Jadi terasa nak update belog.
Walaupun tiada idea.

Ahh lantak laa inibelogsaya. Hahah entah rasa nak update saya update laa. Heheh, tapi saya rasa macam nak cerita kononnya seorang pelajar KPTM kena rogol dengan 13 orang bangla dekat LRT Pandan Jaya. Petang tadi laa kecoh ditwitter pasal ni.

Orang ini tweet orang ini retweet
Orang ni tk tahu apa apa dan tweet
Orang ni nyatakan pendapat
Orang tuh bantah, katanya berita palsu

Serious aku pun dah percaya. Iye siapa tak kasihan, katanya dirogol bergilir gilir dengan 13 orang bangla dan dibunuh. Ada kata india, ada kata melayu. Aikkk ? Lepas tuh ada baca satu tweet kata ni berita palsu. Sudahhh..... Lepas tuh malam tadi tgk tweet tweet kata itu semua palsu. Berita tak sahih. Isyh siapa yang sebarkan cerita macam nii, dia dah bodohkan semua warga twitter. Jahat betul, hahaha tapiiii kalau dah keluar paper dah keluar tv baru boleh percaya, buat masa sekarang tak na percaya. Daaaaaaaaaaaaan, bangla trending malam nii ! Hahaha famus mu banglaa famusss !

Cerita dekat sini, bukan salah kaum. Kaum kaum, rogol rogol. Ada je melayu cina ke india merogol, tapi bila bangla semua haa duk bising. Sebenarnya bila dengar perkataan rogol ya Allah, minta dijauhkan. Moga aku dan kawan kawan dijauhkan dengan jenayah yang makin berleluasa. Takut sangat, tak aman dah sekarang dekat dekat je semuanya berlakuu :'(

Salah siapa ?
Kaum Hawa ?
Kaum Adam ?

Semua ni salah SYAITOOOOOON ! Hahahaha

K macam ni, perempuan ada 9 nafsu. Nafsu makan shopping macam macam laa, pelbagai nafsu sampai sendiri pun penat nak layan. Kejap kejap nak makan ni kejap kejap nak main bowling kejap kejap nak tengok wayang. Hahah lelaki ? ada 1 je. Haa yang tuh laa nafsu dia. *tutup mata* Hahahah

Tapi kita sebagai perempuan boleh elakkan diri, eh maksud aku ada pilihan. Contoh dari segi permakaian. Kau boleh je pakai sopan siket instead pakai sexy. Benar ? Pakaian laa aku rasa faktor utama juga menjadi tarikan dan tumpuan para lelaki yang bernafsu buaya nii.

Lagi satu mama selaluuuu pesan kalau aku nak keluar dengan kawan kawan, keluar berjalan jalan pusing pusing keyell nii lorhh. Hahah katanya kalau dah jumpa kawan jangan nak huaa huaa tak ingat dunia, duk gelak gelak sakan semua. Satu lagi kalau ada lelaki jangan nak gelenyar gedik duk macam nak tarik perhatian. Cuba awak lepas ni kalau jalan pandang bawah, em tundukkan pandangan ? :) Ye saya tahu nak cuci mata tapiii jangan laa banyak banyak, siket siket je its ok kot. Hahaha eh suka hati je -,- nak berubah mana boleh drastik. Benar ?

Daaaan last sekali, hari tuh ada ada dengar ustazah datang ceramah dekat ksj ni haa. Beliau cakap amalkan baca ayat Kursi, eh betul ke ejaan aku ni ? Maaf kalau silap. Katanya tiga keadaan elok diamalkan untuk baca ayat ni. Lepas solat, sebelum tidur dan sebelum keluar rumah :) Jadi saya cuba amalkan juga, kadang kadang lupa, kalau ingat baca laa. Occayh :)

'Benda nak jadi, jadi laa'
Apa kata sebelum jadi kita beringat ? :)

Apa kata kita main satu permainan, awak tegur saya saya tegur awak ?
Yang baik tak salah kan kalau berkongsi :3

Wednesday, October 2, 2013

LatePost

Assalamualaikum cinta.
Waalaikumusalam rindu.

Ok bergini jam menunjukan pukul 0527pagi. Ye saya masih tidak tidur. Sejak akhir akhir ni saya susah nak tidur. Maksud saya bila jelangnya malam amboi haa bila malam je nanti saya cuak. Saya cuak nak tidur sebab saya tahu, saya pasti bila baring bersiap sedia nak tidur pasti tak boleh. Dan secara tiba tiba segar bugar. Kenapa dengan sayaa ? :(( Isyh saya sedih laa. Macam nak menangis. Tapi nasib saya kuat. Kahkah. Dan dan bila saya dah terlelap saya sangat marah ye marah serta marah laa dekat sesiapa buat saya tersedar sebelum saya sedar sendiri. Tolong laa saya belum tidur saya penat niii..... Lain laa saya yang minta dia kejut kan. Hohoh

Bagaimana exam ?
Taknak cerita lagi. Tunggu habis semua exam bagu buat satu entry pasal exam je. Hihihihi

Haa tahu kan saya nak pergi China, alaa yang GOP UTM buat nii, dari sem lepas dia plan tahuu, 6 bulan tunggu. Plannya fly 25Oct-1Nov nii. Harap harap menjadi kenyataan, sayaa tk pernah melancong itu sebab saya macam excited. Hihihi alaa yang pergi Indonesia dulu tempat pendalaman.... Naik angkut, hahaha tuh lain. Tak best, cuaca samaa macam Malaysia. Ni Chinaaa, wuuu pakai coat sebab sejukk, nanti haa haa keluar asap dekat mulut. Hihihihi Tapiii... 21 kena ada dekat KSJ sebab nak praktis menari. Aduhh tahu tak saya habis final 18... Hm hm tkpe laa, sekali sekala korban kan masa. Hihihihi

Em hm err..
Saya nak tegur siket boleh. Hm er macam mana ye nak start. Hmm saya ada seorang kawan, Dulu kawan saya ni single bukan double. Dia hampir setiap hari tweet pasal Islam, jangan risau jika single sebab Allah jaga. Hm bagus dia time tuh, twetnya lagi seperti couple tak perlu semua. Tapi sekarang dah jumpa pasangan. Dah couple, yeahh dia dah bahagia. Tak salah sebab manusia ada perasaan bukan. Tapiii tapiii kenapa nak berpaut paut tangan tuhh.......... Makwe awak pakai tudung pula......... Tak.....Manis......Saya......Tengok......Saya.........Maluu........ Awak ingat dulu masa awak single awak macam mana ? Kenapa awak berubah........Mungkin bagi sesetengah ini dianggap perkara biasa.... bagi sayaa tidakk............Maaf tapi terus saya hilang respect ke awak.........Tolong laa kawal hormon..... Hahahaha k cara tunjuk kasih sayang lain kan adaa.... Kan kan ? :)

Itu je saya nak cakap. Saya tak mau cakap banyak laa ((padahal dah satu perenggan)) sebab perjalanan saya jaoh lagii. Saya tak tahu macam mana. Manusia biasa iman turun naik. Moga aku dijauhi perkara macam tuh. Amin~ :)

Eh roomate baru letak kepala 5minit dah tidur. Wahhh jealousnya sayaaaa T.T

Monday, September 30, 2013

WelcomeFinalExamForThirdSemester

Hihihihih secara zahirnya, tajuk post aku tiru Widayahhh :p Haiii Wiwi lamaa tak  jumpa, tak dengar cerita. Hari tuh cakap lepas makan nak bagi tahu biar aku call balik. Sampai sekarang tk cakap dah habis makan ke belum. Lamanya kau makan.......... Hahahahha


Jadi ini exam pertama untuk tahun yang kedua. Alah sama je cara dia semua macam exam yang sebelum ni semua. Pergi awal, pilih tempat, letak slip ic dgn matriks card. Hohoho tapiiii yang tak best nyaa dekat PSZ banyakk -,- Tahu tak PSZ tuh tak sebesar Dewan Besar. Tak syiok laa kalau duduk PSZ, nantii idea sempit susah nak keluar. Tah laa tak sejuk sangatt. Macam mana nak poyo poyo bawak sweater nii ?! Nasib laa pukul 9, kalau pukul 8 ya Allah tak tahu macam mana saya nak survive. Tapi kenapa tak pukul 10 ke 11 ? Hihihihi :p

Macam biasa kehidupan di Universiti ada carrymark, Hahahaha carrymark hahahha sedih dengar. Hahhaha ouh ni gelak nak cover sedih kang terkeluar air mata siapa nak lap ?! Hahahahha :((( 3 subjek dapat 40+ per 60. Ehh bagii sayaa terukk tauu sebab hm hm memang terukkk T.T takpe laa ada laa tuh silap saya dekat mana manaa. Saya kena usaha lebih final nii. Hm kenaaa. Ye kenaa. Alaaa tapiii saya takut laa Hahahahhaha.

In Sha Allah BOLEH ! Doakan sayaa :))

Daaan saya doakan untuk kawan kawan seperjuangan saya sekalii, moga kawan kawan dapat jawab exam dengan tenang dan senang. Kawan kawan UTM kawan kawan SEMTEG. Untuk Gegediks, untuk Cecomels, untuk Gemilang 7 :)



Saturday, September 14, 2013

SeoulGarden

'Weyh korang jum minggu depan try Seoul Garden'
'Haa ok ok, boleh minggu depan'

'Aduh minggu ni busy pula tkde masa.'
'Bila nak makan Seoul Garden nii'
'Minggu depan laa.'

'Jum pergi Seoul Garden'
'Alaa minggu ni ke, masa study week laa'

'Sheysheyy jum pergi Seoul Garden petang niii'
'Petang nii ? Ok juuum'

Aaaa bukan tknak ajak kawan kawan, tapi bila ajak pelbagai pula alasan. Gua tk tahan nak try Seoul Garden niii. Hahaha, makanya lepas kelas, aku dengan Sheyshey pergiii Seoul Garden dekat Festival City. Memang dah lama nak try. Lagi lagi hari tuh ternampak dekat TV. Lagi laa perasaan tuh membuak buak.

Itulah sebabnya berdua. Ye ramai ramai lagi best, syokk happening. Tapi jadi macam tuh laa, nak persetujuan bersama tuh agak rumit serta payah. Nanti aku yang geram. Heheheheh pergi waktu lunch dan weekdays sebab nak pakai student card. Ingat lunch je boleh pakai dinner pun boleh. Dua orang, student card, lunch costs RM63.90. Mula mula terus bayar sebab benda ni buffet makan laa kau banyak mana tapiiii cannot membazir 500g, nanti kena denda. Kena makan setahun sekali je kalau macam ni macam. Hahaha tkpe, kita nak apa ? Kita nak try :)


Aaaaa seronok sangatt, teruja macam beruk dapat pisang. Gua laa lettuw, tah apahal happy sangatt. Hahah, sebab nampak menarik mungkin. Best besttt ! ^^ Ada banyakkkkk ayaaaaaaaaam, ayam ni ayam tuh. Ada daging, ada yang macam nak buat yong tau foo. Aaaa conokk :3 Tapi semua kena masak sendiri, and i feels like a chef ! Bakar ayam ni itu, yang satu lagi tuh boil dengan sup Thai Tom Yam. 





Lepas sejam lebih baru stop makan, layan dessert ice cream pulaa. Itu Sheyshey haa, memang hantu ice cream. Gua amek 3 scoop pun lambat habis, dia siap tambah tambah. Hahah, tapii kalau bab ayam, gua laa hantunyaaa. Heheheh, haa untuk air pula ada macam macam air. Amek je air apa. Air gas, air mocha, white coffee. Dan tetibe time tuh aku tk kenal apa itu air gas, aku pandang mocha dgn white coffee je. Heheheheh :3

Perut dah kembung, sudah mari pulang :) 


 See youu when i see you, Seoul Garden :3
Ni mengidam aku Dip n Dip bila boleh dapat nii ?
Satu je masalah dia, too jauhh T.T