Sunday, March 25, 2012

AllergicOfDust !

lately i always keep sneeze, got flu and eye irritation. sampai kan tengah tido boleh terbangun gatal mata punye pasal. bersin ? jangan cakap aa, sehari tak sah kalau tak bersin choo choo, err nie sound effect jeaa. hihihi, one day, i went to clinic to find out my problem. and the doctor said that im allergic to dust. resedung ? haa tuh belum lagy. tp kalo tak cegah dari awal boleh jadi aa. so die ckp i must keep away from carpet, cause carpet trap dust and the dust trap into my nose ! grr, dah macam vacuum da hidung aku nie sedut habuk -___-" teddy bear, also cannot. nicee -_____- aku baru minat teddy bear da kene jaoh kan diri. ahaha :D bilik kene kemas selalu, make sure habuk takde, oke aku lah paling rajin nak kemas bilik -____-"

here i want to share something that i google just now.

Apa itu alahan hidung ?

Alahan maknanya reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu alah pada makanan seperti udang dan sebagainya, ia akan mendapat gatal-gatal. Jika mereka alah pada ubat pula, seseorang itu akan mendapat kesan yang teruk seperti sesak nafas. Itulah alahan.
Alahan hidung yang juga boleh dikenali sebagai ‘allergic rhinitis’ bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu terdedah kepada habuk, habuk di sini bermakna ‘house dust mite’ atau hama yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Alahan yang disebabkan oleh hama inilah yang kerap berlaku.
Hama juga memang banyak terdapat dalam karpet, langsir, tilam, cadar dan sarung bantal yang tidak berganti. Hama ini makanannya pula ialah kulit-kulit yang gugur dari badan kita. Contohnya, jika kita baring di atas katil, kulit yang gugur akan menjadi makanannya. Najis hama itu akhirnya bercampur dengan habuk lain dan kemudian ia bertukar menjadi habuk dan habuk itulah yang membuatkan hidung menjadi bersin, gatal, tersumbat dan berair.
Apabila berada di luar rumah pula, debunga terutamanya dari bunga boleh menyebabkan alahan pada hidung kita. Jika pesakit itu alah kepada debunga, hidungnya kan berasa gatal-gatal dan akhirnya ia akan bersin-bersin.
Jika seseorang itu merasakan gatal-gatal di hidung, hidung mereka tersumbat, berair dan selalu bersin, ini bermakna mereka mempunyai ciri-ciri alahan hidung.
Di sini gatal bukan bermakna gatal yang datang dari hidung sahaja. Kalau di peringkat teruk, mata kita boleh gatal. Ini adalah kerana mata dan hidung saling berdekatan. Selain itu muka juga boleh rasa gatal. Sesetangah pesakit pula lelangit mereka pun boleh rasa gatal.

AND YOU KNOW WHAT, RESDUNG MAY BRING TO DEATH ! oke that's scaryyyy -_____-


Here some step to deal with the allergic 

1) Elakkan pencetus alahan yang diketahui. 

Jika anda sering alah selepas makan makanan laut, atau mengalami hidung berair atau mata berair apabila bermain dengan kucing, cuba jauhkan diri dariada punca-punca alahan tersebut.

2) Bersihkan habuk di rumah, di dalam kereta dan di pejabat. 

Cuci, vakum atau tukar cadar, alas sofa, kain hamparan dan mainan lembut sekerap mungkin.

3) Tingkatkan kualiti udara persekitaran dengan membersihkan penapis udara dalam sistem penyaman udara secara kerap. 

Kalau boleh, galakkan pengudaraan dengan membuka tingkap kereta, rumah dan pejabat.

4) Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai banyak pengawet dan pewarna.

5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran dan air.

6) Kunjungi doktor atau pakar alahan untuk mendapatkan ubat bagi melegakan gejala. 

No comments:

Post a Comment