Thursday, June 21, 2018

Final Chapter; VIVA 2

And again,
This post supposedly published long way before. Due to my uncontrollable laziness, haha draft la jadinyaaa. Jadi ni tetibe aku nk jugak update walaupun aku malas ni aku paksa diri macam mana aku paksa diri utk last sem. Tiberrrrr

Truth to be told, apa yang org dok kata last sem nii paling semput sekalii. Aku ingt biasa biasa mcm sem lepas je, rupanya semput dia lain macam. Punca utama buat semput ni tk lain tk bukan, THESIS hahaha dan PED! Dua dua 4 kredit mati ko... Yang satu kerja sendiri, lagi satu kerja kumpulan. Ni kalau aku nak flashback balik susah payah dua dua kerja ni fuh boleh gigil beb. Sebab tk tahu la apa yg nak gigil sangat tp kerja non stop. Subjek lain tu rilek rilek je lagii, macam tk beriya tp ada kerja. Ha english pun tk rileks gak. Tiap minggu adaaaa je kerja nak kena buat. Sebab english ni tkde final kan maka begitu la jadinya.

Okay tapi pape pun aku nak fokus kan pada perjalanan thesis aku. Haha biar la orang kata degree je tkde apa sangat pun thesis tu tapi kalau tk lepas benda alah ni kena repeat beb.Sebab dia kerja sorang kan, maka usaha sendiri nak buat macam mana nak plan macam mana semua. Oh ya dengan bantuan SV. Serious aku cakap SV memang memainkan peranan penting serious. Dapat sv yang teliti mcm aku, memang penat tp berbaloi. Ada yang aku dengar sv tk amek peduli pun ada. Tapi tu la, bukan kita boleh pilih sv mana kita nak, ikut lecturer bagii. Maka apa yang kamu dapat tu, itu lah yang terbaik dan ada hikmah buat kamu. Perhh kata kata memberangsangkan tak? Hahaha 

Aku ingt lagi last sem before cuti sem tu aku balik lambat dengan harapan nya nak buat thesis, nk siapkan instrument data collection, tapi hahaha tkde apa yang siap pun. Lepas tu terus pergi bercuti dekat japan allahu kembalikan masa itu aku rindu hahaha balik bercuti sakan tu si budak sha yang pantas terus setelkan collect data. Perh dia ni memang idola I. Kerja dia semua lajuu. Jadi bila tengok dia nk setel collect apa semua, terus rasa semangat dan sedikit cuak sebab masa cuti tu ramai gak yang collect. Yang aku? Masih terkontang kanting huhu. Naik je sem baru tu, terus kejar sv nak dia lulus kan instrument. Tapi apakan daya, aku rasa hampir 2 bulan la nk siapkan insturmrnt tu ikut kemahuan dia. Sebab aku percaya dia nak bantu aku, maka aku kena bantu diri sendiri. Tapi time nk setel kan instrument tu, aku dah betulkan sikit sikit aku punya literature review, dah content bakal bakal responden yang nak aku temui. 

Alhamdulilah, semua para responden saya baik dan memang nampak dorang nak bantu walaupun busy. Ada jugak turun naik KL nak interview. Tapi tkpe sebab semua tu dah nmpak hasilya. Dah berbaloi!! Masa hantar LAP jugak dipermudahkan, aku dah siap siap print binding semua sehari sebelum hantar. Alhamdulilah. Sebab dua minggu before tu aku dah beriya dah workhard tido lambat buat thesis betul kan balik apa sv comment oh dan formating! Gila betul la formating tu boleh naik stress sampai kepala. Hahaha time before dapat rentak tu masyaAllah tp i suka buat kerja gitu, seronok. Dah tahu rentak, akak pun buat laa job. Hahaha

Lepas 3 minggu hantar LAP, tiba laa masanya untuk VIVAAA!
Kalau masa viva 1 tuu, semua orang sehari je, cuma pagi dan petang. Aku pagi kawan kawan seangkatan petang. Untuk Viva 2 nii, aku hari frist, kawan kawan hari second. Maka aku cuak sorang sorang je masa hari first tu. Tapi masalahnya aku terlupaaaaa gila aku present hari rabu tuu. Hahaha Sebab minggu tu penuhh dengan presentation dan ballonn debate. Lepastu hari selasa aku macam teringat yang aku punya viva hari rabu hahahaha cuaks lagi la kita! Slide dah siap dahh cuma nk betulkan lagii, bahan bahan nk bawak masuk dalam viva tk sediakan lagi, practice belum lagii. eh senang cite banyak la benda tk siap lagi. Tapi aku skrg dah reti sikit control cuaks, hahaha acah ptg tu boleh pergi bazar lagi hehe. 

Hari kejadian!
Kalau ikut jadual aku punya turn pukul 1040. Jadi memula nak gerak dengan meera pukul 9 tapi sebab aku rasa cuaks mcm semua benda aku baca aku dah tak tahuu, kul 930 aku gerak pergi berjuang. Sempat lagi kita nak record masa perjalanan kita nk ke sana tu sebab kita nk ingt moment kita nk viva hehehe. Lepas tu sampai sampai Meera belum masukk lagi sebab dia before aku. Pastu time meera dah masuk tu aku dah selawat je banyak banyak. Hahah dengan tengok Meera masa presentation tu macam beriya, siap tunjuk instrument dia lagi, transkip responden. Hahahaha aku apa lagi time ni kembali la cuaks.

Namun, lepas je Meera keluar, aku masuk bilik tu eh btw lupa nak cakap panel aku sepatutnya 3 orang tapi satu orang tu tk datang maka 2 panel sahajaaa. Hehehe ha time masuk tu dah tk cuak dah dia dah cool so aku mulakan langkah perh mcm bersilat kan hahaha so far waktu present tu aku boleh jawab apa dia tanya. Macam tkde la tk tahu, aku boleh justifikasi kan balik kenapa itu kenapa ini. Sebab panel panel nii kekadang saja je nak kasi kita bercakap. Bak kata sv aku la hahaha. lepas tu aku present part analisis pun dorg macam angguk angguk jee, Lepas tu conclusion pastu eh dah siap OMG IM SHOOKETH hahaha suka hati bahasa twitter kan ni. Aku macam eh dah habis? Eh tu je ke? Hahahah

Alhamdulilahh, aku tk repeat mistake time diploma.

Sebenarnya salah satu benda yang buat aku takot sangat dengan thesis ni sebab kajian topikal time diploma la! Hahaha benda tu buat aku terkesan sampai sekarang. Sebab tu jugak masa nak masuk degree aku mcm takot nyan dengan thesis, aku takot benda tu jadii lagii hahahah. Tapi pape pun, aku dah face my fear! Hehehhe dulu result kajian topikal tu aku dapat B- kot, aku nangis gilaaaaa sampai tk keluar bilik, tk makan hahahahha macam putus cinta sikit laa. Tapi untuk thesis kali ni, aku dapat A! Yeayyyy, im so proud of myself!

However, I couldn't done it without my parents doa, my supervisor who really help me a lot, and my friends! Giving me support while im at my lowest, and contribute some idea while im asking for opinion. Not to forget my very dearly boyfriend, fuh lain macam bunyi dia hahaha, eventho we're not in the same course, u support my mental hahaha and always be there for me! Thankiu mi amor.








Finally I've made it!
We made it!








Sunday, March 4, 2018

Japan, Sapporo-shi & Tokyo #1

Salam all,

Engkorang okay tak kalau aku nak sampung post backpackers aku pergi japan pulak ni? Aku dah la lama tk update post, lompat lompat je kerjaa. Banyak post aku berhutang, eh bukan berhutang cuma tertinggal nii. Tapi tkpe la engkorang orite je la eh. 

Uish tapi sem lepas banyak benda jadii!
Viva 1 
Second Last Sem
New Year

Wehh banyak nya tak update hahahah alamak aku nak update mana satu dulu nii hahahha... Takpe la aku proceed je la dengan Japan ni.

Untuk mereka-mereka yang dah follow aku dulu dulu, dan kalau masih ingat laa aku pernah ke Japan dengan family. Kali ni dengan member lak hihih. Masa dengan family tu pergi area Tokyo sahajaa. Lepas tu macam tk pergi prefecture lain. Untuk dengan geng ni kami beli multicity flight.

KL - CTS  &  HND - KL

Weh first time buat multicity bercuti dengan member. Dan aku rasa syiok gila rasa macam masa penuhhhhh je hahaha. Mari i cerita satu satu itinerary.



Flight

Untuk flight ni memang ikut nasib je sebenarnya. Sebab memula aku macam tk pergi tau, so member yg lain dah beli tiket dulu sebab masa dorg usha usha time tu tiket dah turun. Tapi still dalam 1k lebih. Tapi dah turun laa sebab airasia c'mon. Jadi dorang pun beli la dulu takot tiket naik balik. Aku dengan Irfan macam tak tahu tak tahu nak pergi tak, tapi aku memang usha setiap hari la tiket. Pastu time aku tiket murah dalm RM965 return untuk multi city. Time ni aku tk senang duduk dah sebab dah murah nak gi jugakk hahaaha. Jadi kira rezeki kita orang la kot. Tapi tu la memang airasia ni sukahati je harga nak letak tuu. Tengok je la setiap harii. Masa kami beli tu dalam bulan 11. Kira kami fly bulan 1. Untuk makan dengan baggage, beli kemudian bila nak dekat tarikh pergii. Tapi kan aku usha, kalau beli sekali macam murah sikit je. Add on ni macam mahal sikit. Entah la ce korang usha hahaha. Baggage tu kami amek 20kg sahajaa untuk makanan, tapi bila hari kejadian dekat airport masa timbang hahahaha lebih 20kg. Semua salah tin yang berat tuu! Jadi dekat airport kami tambah 5kg lagii rasanya alamak ini i lupa sikit.

Untuk flight domestic dari Sapporo ke Tokyo kami naik Jetstar. Time tu cari je memana flight yang murah nak ke sana, atau naik bullet train. Rasanya bullet trainn macam mahal masa i usha hari tu. Jumpa flight murah, naik flight sajaa~ Merasa naik flight lain kan, asek airasia jee hahahaha.


Expenses for flight:

Airasia (Multicity)                     - RM 965
Food in flight                             - RM30
Baggage (Share with 8pax)       - RM29/pax
Jetstar Domestic Flight             - RM197
TOTAL                                     : RM1,221.00

Accomodation

Untuk dekat Sapporo, kami amek airbnb. Oh boleh tekan link sini untuk ke apartment sementara kami hahaha. Bagi aku apartment ni strategik, luas dan i puas hati. Serious sebab ruang tamu dia luas sebab kami kan ramai semua macam nak lepak dkt luar makan dekat luar so just nice je. Dekat luar tu pun boleh bentang tilam kalau nak tidur luar. Sebab luar ada heater so semua berebut nak rapat dengan heater hahaa. Pinggan mangkuk, periuk sudu sodek semua okay, cuma dia tkde iron je la kot yang kelemahan dia. Oh jangan lupa bawak sabun tahara ye samak semua peralatan dia tu. Overal i suka duduk apartment nii. Dekat dengan train, bawah apartment ada kedai. 


Kalau dekat tokyo pula, apartment dia kawasan macam putrajaya tau. Strategik tapii masa kami nak cari tu susah sikit maybe sebab malam. Tapi apartment ni kecik sikit. Ruang tamu dia tk se power macam dekat sapporo. Lepas tu barang dia macam tk cukup. Sudu apa semua tkde, pinggan pun tkde ada iron je la dia punya advantage. Sebab kami ni memasak, so dia punya perkakas tk cukup. Jadi saya tk berasa sedikit puas hati dengan apartment ini. Sebab ruang tamu dia kecik dengan tk cukup peralatan masak. Tapi kalau nak duduk sini boleh, tekan link ini. Ha lepas tu waktu check out tu, aku macam tk perasan yang check out pukul 10 so dorg ni pun lek lek tenang tenang je la nk bangun. Tapi time tu nasib la dah masakk, lepastu tuan rumah datang nak kemas rumah sebab ada ptg ada org lain nak masuk. Kelam kabut ah semua hahaha sebab masa dekat Sapporo hari tu kami keluar tenang tenang je, tuan rumah tk datang kan so ingt Tokyo sama la macam tu haha.



Oh kami amek yg dua bilik, kira khas satu bilik lelaki satu bilik perempuan. Buat macam ko balik kampung degan sedara pakai tudung dalam rumah ha buat lagu itu. 

Jadi expenses untuk accomodation/pax :

Sapporo    - RM 265
Tokyo       - RM 135
TOTAL    :  RM 400


Entrance Fee

Untuk entrance fee ni, yang beli dari Malaysia hanya Disneysea. Yang tetibe mahal sebab ada charge bank dan currency, hareeei betul. Kalau korg nak beli onthespot pun i think okay je.. Sebab murah je dalam RM280 kot. Eh tapi kami beli dekat wesite dia sendiri dalam RM287. Eh jap tk kan beza 7ringgit je hahahaa, ala tgk la sendiri dekat website Disneysea tu sendiri. Tp entah laa aku rasa Disneysea ni macam tk se syiok Disneyland. Tapi aku tk tahu asal ramai kata Disneysea lagi best haha...

Entrance fee Maruyama Zoo pula, kami beli terus dekat situ. Murah je dalam RM 22 jeeee! Ha masuk la sepuluh kali hahahaha.

Untuk rental skii set kena dalam RM 105. Masuk dekat kawasan skii tu tk kena bayar, free je. Kalau nak masuk tknak main skii pun tkpe, boleh main tube, free je k. Tapi time tu kami semua apahal tah amek skii yang aku main sekali je lepas tu tknak main. Ini namanya membazir. Hahaha! Weh susah gila nak jalan guna skii tuu, pastu pakaian berat pastu rasa nak terjatuh jee pastu dah terjatuh tkleh nak bangunn. Hahah tknak main skii dah mengarut!

Expenses fee

Disneysea     - RM 287
Zoo               - RM 22
Skii Rental    - RM 105
Total              : RM 414

Sunrise :)



Okaylah untuk post day by day aku tunggu kerajinan post yang seterusnya pulak heheheh, till here x

Perth#4

Last day last post for Perth Trip!


Untuk last day ni, kami dah checkout hostel tp tinggal beg dekat sana. Kira bag je laa tk check out lagi sebab weolls nak pergi jalan jalann~ tp untuk jalan jalan last day ni sekitar area tu je sebab takot la i nak petgi jauh jauh. Flight balik tu dalam pukul 650pagi. Jadi pukul 6/7 ptg tu dah gerak ke airport sebab tak kan la i nak gerak dalam pukul 1 bagi baru gerak airport haha semua org perempuan oii gila jangan buat buat hal mak marah nanti. 

Alaa i saji gambar je la sebab dah lupa sikit. kahkah padan muka siapa suruh malas update.




Otw to King's Park ~









Last day memang tkde aktiviti pun, jalan sight seeing je. Takpun naik bas percumaa. CAT Bus, pastu jalan ikut rasa pastu balik amek beg dekat hostel then pergi airport.

Dari hostel nak ke airport macam tkde train direct. Jadi kami ada nak bas jugakk, pastu bas tu pulak macam kena tukar tukar. Tah laa malam, sebenarnya we all cuak sikit la sbb tempat tukar bas tu macam sunyi sepi jee. Hahah masalah takot ni semua berpunca sebab malam je, kalau siang inshaAllah tkde pikir bukan bukan.

Dah sampai airport baru lege, cari port nak sleep. Tapi tk boleh sleep sangat sebab sejuk gila oii. Memang dekat sana perabih duit beli hot chocolate je laa haha. Till then girls! Thankiu Perth for ur amazing and incredible view :)

Friday, January 5, 2018

Perth #3

Day 3

Okayyyyy girls. This is the highlight of the trip heheh sebab satu hari penuhh pergi sana sinii dan tak rasa bosan atau ada masa yang terluang haha. Oh yaa, dan paling sejuk gila serious, angin kuat nak mampus! Tudung serious tak behave haha...

Jadi kita bangun awal ini hari untuk pergi Blue House sebab i baca blog blog dorg cakap dkt situ kalau lambat penuh orang. Jadi pagi tu kuar awal tp singgah dekat Elizabeth Quay dulu. Eh yeke nama dia mcam ni haha aku tulis apa yang aku ingat ingat lupa je haha. We all jalan kaki okay dari hostel, fuh jauh ye sebenarnya tp sbb tk panas tak berpeluh i okay. Sampai dekat situ serioussss angin kuat bapak. Haha sebab dekat dengan laut. Itu lain macam angin dia.

Tapi kalau datang sini malam lawa la sebab lighting dkt bangunan tu. Tapi kita trip gegirl je mak tak bagi keluar malam hihihi. Ha tatap la muka penuh frame niii, gambar scenery i tk retii nak snap sikitt.



Next Stop!
Blue House.

Dari Elizabeth Quay ni ko pergi dekat Elizabeth Quay Station Bas. Jalan sikit em dalam 800meter je kot. Takde la jauh sangat, dia akan jauh kalau ko silap jalan hihihi. Station bas ni macam TBS sikit. If im not mistaken laa. Lepas tu ko pakai phone ko, make sure ada internet, ko search jalan dari tempat ko nak ke Blue House. Ko akan naik satu bas je, Blue 950 kalau tak silap (ceh padahal aku baru google). Dalam 12minit je, station ko nak berhenti tu, ko tanya la budak dalam bas tu sesapa mamat yang hensem ko tanya je dorg tolong. Cakap yang kita nak pergi sini, nanti bila dah sampai station nk berhenti tu bagi tahu pls. Sebab macam pos awal aku tu, station bas dekat sini dia tanda pakai pole je. batang kayu haha.... Maka okay dekat mana aku tadi aku lost jap aku tadi gi sidai kain ha multitasking tk? Run errands and blogging hahahahahaha.


First Impression.
Laa dia tepi jalan ke hahaha. So kereta lalu lalang je cuma nasi la dia macam kebawah sikit. so tkde la satu level dengan highway dia tu. Cuma macam oh macam ni je rupanya hihi. No need to pay anything, percuma je. Basically memang tkde apa pun selai seketul rumah ni untuk kita bergamboo. Masa kita org sampai dalam pukul 9-10 pagi im not sure tp yang pasti belum ada org lagi datang! Maka kami photoshoot lebih kurang sejam tanpa diganggu dan pelbagai pose. Haha pastu time kami nak balik tu, ada dua kumpulan datang huhu ciam dorg kena take turn nk bergambo. Dan sangat tidak selesa ko nak posing tp ada orang tunggu ko macam emm awkward... So make sure pergi awal supaya ko ada masa untuk pose macam model hihi.





Next stop!
Cottesloe Beach.

Lepas rasa puas hati dekat Blue House tu, kita gi beach pulak. Dengar cerita beach dekat Ausie cantik kebaboom. And its true! Tapi aku rasa semua pantai cantik haha maklum la kita tk biasa tgk pantai, kita punya rumah ada klcc je so kita jangok sikit. Tapi serious masa otw nk pergi sana tu cantik gila, sebab jalan yang bas lalu tu macam berbukit bukau, lepas tu nampak laut dari jauhh. Perh lawa serious lawaa. Aku tgh cakap sambil teringt dalam kepala otak aku nii :')

Dan dekat sini seriious windyyyy gila, sejuk nak mampusssss. Tangan muka rasa kejung. Muka rasa melekit gak sbb air masin laut kan yikes.. Tapi tk paham kenapa ada dua tiga ketul manusia mandi air laut jugak. Weh serious sejuk serious. Hahah



Tgk ler tudung kena tiup angin mcm mana. Kak amy tk boleh nak stand straight dah sejuk gils! Haha ini tgh sembang dengan aweks Brazil dia kata apa tah tp something pasal aku cantik. Kah! #akakgurauje





Next Stop for Lunch!
Fremantle Fish Market.

Semestinya kita akan makan Fish n Chip! Hihihih tp aku lupa amek gambo dohh aku amek movie je. Maafkan aku. Portion dia besar gila, serious kongsi pls pls. Jangan ikut nafsu pls, kongsi la tk rugi apa pun. Tapi kita ni mana reti nak kongsi sbb rasa lapar tp sebenarnya cukup dia kalau kongsi berdua, Ikan dia besar wehh ada dua ada satu, fries dia banyak gilaaa. Sos kena beli i think tp i forgot betul ke tak haha. Oh semestinya kami makan dkt Keilis'S! Dah itu je semua orang duk recommend hihihi.




Itu dia signboard Keilis!

Naaaah, it is just me playing tourist and modelling with lovely view em...



Last pit Stop!
Chorus!

Apa tah nama kedai ni tak sure. Emmmm aku cuba ingt kan lagi eh emmmm ala tk ingt laa. Tapi dia dekat bandor. Dan churros dia sedap oiii,









Akak dah tk kuat nak sambung akak terliur tgk makanan ini akak nak murung sekejao bye...